Monthly Archives: Ogos 2012

KHUTBAH JUMAAT MASJID BANDARAYA 31 OGOS

E-KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

KHUTBAH JUMAAT: KEMERDEKAAN YANG SEBENARNYA

Masjid Bandaraya,Kota Kinabalu, 13 Syawal 1433H

اَلحمدُ للهِ  الْقَائلِ : إَنَا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيْنَا. لِيَغْفِرَ لَكَ اللهُ  مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيكَ وَيَهْدِيَكَ صَرَاطًا مُّسْتَقِيماً. وَيَنْصُرَكَ اللهُ نَصْراً عَزِيزاً

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ , وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ , وَالسِّرَاجُ  الْمُنِيْرُ .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ , وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِه وَلاَ تَـمُوتُنَّ إِلاَّ وَأنْتُم مُسْلِمون!.

Wahai hamba Allah bertaqwalah kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Ayat yang dibaca di awal khutbah tadi menyentuh tentang kemerdekaan kota Mekah melalui peristiwa pembukaan kota Makkah “Fathu Makkah” yang menyaksikan Nabi (s.a.w) menumbangkan lebih dari 360 berhala yang berada di sekeliling Ka’bah. Kemerdekaan Mekah setelah beratus-ratus tahun manusia menjadi hamba kepada berhala yang disembah selain Allah (s.w.t). Sejak ‘Amru bin Luhay membawa masuk berhala ke Mekah, pelbagai nama berhala yang disebut di dalam al-Qur’an dan hadith yang menjadi sembahan manusia seperti Ya’uq, Yaguth, Suwa’, al-Lat, al-Uzza, Isaf dan Na’ilah. Berhala-berhala ini terus menjadi sembahan penduduk Mekah dan masyarakat semenanjung Tanah Arab yang berada di sekitar Mekah. Secara berperingkat-peringkat Nabi (s.a.w) menyelamatkan manusia dari dijajah oleh ajaran syirik dan hanya selepas lebih kurang 21 tahun, 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, 8 tahun di Madinah, Nabi kembali ke Mekah untuk memerdekakan sepenuhnya bumi Mekah dari penyembahan berhala. Ayat-ayat tersebut bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan ang jelas nyata,

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

3. dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kemerdekaan Mekah juga merujuk kepada berakhirnya amalan-amalan jahiliyah seperti perzinaan, pelacuran, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menyakiti jiran, golongan yang lemah ditindas dan dizalimi, berakhirnya penipuan dan riba dalam sistem jual beli dan terbinanya sistem hidup Islam di Mekah bermula dari pembinaan rumah tangga sehinggalah kepada hukum-hakam berkaitan cara berekonomi, cara bersosial, cara menjalinkan hubungan dengan Negara luar dan cara menangani jenayah dalam masyarakat seperti menyekat arak, judi, perzinaan dan segala bentuk kemungkaran. Kemerdekaan yang menjadi titik tolak kepada kestabilan kerajaan Islam Madinah al-Munawwarah di bawah pimpinan Rasulullah (s.a.w) yang bukan sahaja menjadi Imam di dalam solat, bukan setakat sebagai khatib dalam solat Jumaat bahkan baginda adalah ketua kepada kerajaan Islam yang ditakuti oleh  dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Pengisian kepada kemerdekaan Mekah ialah melaksanakan segala perintah Allah (s.w.t) dan meninggalkan segala larangan yang termaktub di dalam al-Qur’an dan hadith Nabi (s.a.w). Polisi inilah juga yang dipegang dan diamalkan oleh khulafa’ al-Rasyidin Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali R.anhum. Polisi ini juga diteruskan oleh setiap kerajaan Islam pada zaman Bani Umayyah, zaman Bani Abbasiyah sehingga kepada zaman kerajaan Uthmaniyah yang bermula dengan pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menjatuhkan kuasa besar Rom yang berpusat di Kota Konstatinople , Sultan Muhammad al-Fatih yang disifatkan oleh Rasulullah (s.a.w) sebagai sebaik-baik pemimpin. Kerana berpegang kepada al-Qur’an dan hadith banyak tempat berjaya dimerdekakan dari penyembahan berhala kepada penyembahan Allah (s.w.t). Kesannya Islam sampai kepada kita di negeri-negeri Tanah Melayu, Indonesia dan Patani.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita bersyukur kehadrat Allah (s.w.t) kerana pada hari ini kita sama-sama memperingati satu hari yang cukup bersejarah dalam negara kita iaitu sambutan kemerdekaan yang ke-55. Persoalannya apakah maknanya kita countdown jam 12 malam tadi dalam keadaan bilangan anak luar nikah yang bakal dilahirkan pada 9 bulan akan datang bertambah. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar sinar harian merekodkan sepanjang 2008-2010 iaitu dalam tempoh 2 tahun sebanyak 152, 182 orang anak luar nikah yang dilahirkan. Ini bermakna purata anak luar nikah yang dilahirkan ialah seramai 208.47 orang sehari iaitu seramai 8.67 orang setiap jam! Adakah penyumbang kepada angka ini adalah dari kalangan kita? Anak perempuan kita? Adik-beradik perempuan kita? Anak buah kita? Saudara mara kita? Jiran-jiran kita? Rakan sepejabat kita? Inilah pencapaian kita setelah lebih lima dekad kita mencapai kemerdekaan! Maka marilah sama-sama kita bermuhasabah. Semoga Allah memelihariasemua wanita Islam dari terjeremus ke lembah yang merosakkan keturunan kita….

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kemerdekaan menurut Islam bukanlah semata bebas dari penjajahan material semata-mata sebaliknya kemerdekaan yang sebenar dalam Islam ialah apabila manusia memerdekakan dirinya dari menyembah selain Allah (s.w.t) seperti mana terkandung di dalam kata-kata   (رُبْعِي بن عَامِر)Rub’ie bin A’mir ketika beliau bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

نَحْنُ قَوْمٌ ابْتَعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سِعَةِ الآخِرَةِ”

“Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Allah, dari kezaliman kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”

Ungkapan Rubi’yy bin ’Amir ini menunjukkan kemerdekaan yang sebenarnya ialah apabila kita berpegang teguh sepenuhnya dengan ajaran Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Persoalannya bagaimana kita ingin mengisi kemerdekaan yang Allah s.w. t  anugerahkan kepada kita. Apakah ianya cukup setakat mengadakan aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan, bulan kemerdekaan, mengebarkan jalur gemilang dan sebagainya. Ya sambutan yang diadakan sebagai satu tanda kesyukuran kita atas nikmat Allah yang cukup besar ini, tetapi apa yang lebih penting ialah penghayatan kepada kemerdekaan itu sendiri. Bagi menjawab persoalan ini marilah kita membaca ayat Allah  dari surah al-Hajj.

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Ayat ini menjelaskan kepada kita beberapa pengisian kepada kemerdekaan

Pertama :

أَقَامُوا الصَّلَاةَ

Mendirikan solat dan melakukan ibadat-ibadat lain yang akan menghampirkan diri kita kepada Allah s.w.t. Kemerdekaan itu sepatutnya diisi dengan melakukan perkara-perkara ketaatan yang membawa kita kepada keredaan Allah s.w.t. Dalam kita membangunkan  dan memajukan negara , kesibukan kita menjalankan tugas harian jangan sampai kita lupa akan tanggungjawab kita kepada Allah swt. Marilah kita sama-sama bermuhasabah  setelah kita mencapai kemerdekaanlebih  setengah abad, berapa ramai masyarakat kita yang masih tidak pandai mengerjakan solat, mereka yang tahu mengerjakan solat berapa ramai yang menunaikan solat? Apakah masjid kita penuh seperti penuhnya pusat membeli-belah?  Apakah solat menjadi agenda penting dalam rutin harian kita? Sejauh mana masyarakat kita menghayati Islam dari erti kata yang sebenarnya? Dalam kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini jangan kita lupa untuk bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmatnya yang sangat banyak.

Sidang Jumaat yang rahmati Allah,

Pengisian kedua kepada kemerdekaan ialah:

وَآتَوُا الزَّكَاةَ

Mengeluarkan zakat atau dalam erti kata yang lain memastikan ekonomi kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita bebas dari sumber-sumber yang diharamkan oleh Allah s.w.t samada riba atau penipuan. Golongan yang berada perlu membantu golongan yang miskin dengan cara mengeluarkan zakat dan bersedekah. Golongan yang miskin dan tidak berkemampuan pula janganlah sekadar mengharapkan bantuan sebaliknya perlu mengubah kehidupan mereka dengan berusaha dan bekerja mengikut kemampuan kerana tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Pastikan sumber rezeki kita adalah dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan yang halal.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pengisian ketiga kepada kemerdekaan berdasarkan ayat surah al-Hajj ialah

وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ

“Menghidupkan budaya Amar Makruf dan Nahi Mungkar. “

Masyarakat yang merdeka perlu mengajak kepada kebaikan antara satu sama lain  dan pada masa yang sama sekiranya terdapat kepincangan  maka perlu ada golongan yang menegur kesalahan.

Insya Allah dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar akan dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur.

Sidang  Jumaat,

Walaupun Negara kita telah lama menikmati kemerdekaan tetapi masih ramai yang masih belum memenuhi takrif merdeka menurut Islam menghayati semangat itu mengikut acuan Islam bagi mengelakkan masyarakat terus terjajah minda oleh pemikiran dan ideologi  asing , mereka hidup bukan dengan cara hidup Islam. Hari ini kita dapati generasi muda berpelukan berciuman tanpa segan silu di tempat awam apatah lagi di tempat yang tertutup. Erti sebenar kemerdekaan bagi generasi muda pada masa kini semakin luntur serta tidak dihargai dan ia terbukti apabila berlakunya pelbagai kes membabitkan golongan itu seperti mat rempit, buli dan samseng dan tidak kurang yang ditahan di pusat serenti kerana terlibat dengan dadah dan syaboo .

Justeru itu marilah kembali kepada al-Quran dan hadith dalam mengisi kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Marilah kita mengingati dan menghayati perjuangan generasi yang lalu memperjuangkan kemerdekaan sehingga terkorban. Marilah sama-sama mempertahankan kemerdekaan negara daripada anasir jajahan kuasa besar dalam bentuk moden. Marilah disaat  55 tahun kita menyambut kemerdekaan ini kita memperbanyakkan beristighfar dan bertasbih kepada Allah (s.w.t). Firman Allah (s.w.t):

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ( 1 ) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ( 2 ) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ( 3 ) ) 

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai kota Makkah); Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat”.                                                                                      

              (An-Nasr : 1-3)

Semoga Allah mencatat kita dikalangan hamba-Nya yang bersyukur yang mengisi nikmat kemerdekaan dengan pengisian yang mendapat keredaan-Nya dan jauh dari kemurkaan-Nya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

al-Murabbi as-Syaikh Dr. Solah ‘Abdul Fattah al-Khalidiyy

Facebook: http://www.facebook.com/#!/alkhaledi.salah

Youtube: Temuramah pengalaman hidup Dr. Solah al-Khalidiyy

Ucapan tahniah sempena kemenangan Dr. Mursi

I’jaz al-Qur’an

Al-Murabbi a;-Syaikh Dr. Solah ‘Abdul Fattah al-Khalidiyy antara guru yang paling lama saya belajar dengannya di Jordan, seawal saya menjejak kaki di Sweileh Jordan pada September 1995 sehinga saya meninggalkan bumi Jordan.Antara kata kata hikmah yang saya tidak dapat lupakan ketika menyampaikan kuliah khusus di Bayt Nasywa, rumah siswi University Jordan di penghujung 1990an…

“AL-QUR’AN ADALAH SAHABAT YANG KITA TIDAK AKAN JEMU BERKAWAN DENGANNYA. DENGAN MEMBACA AL-QUR’AN KITA MEMPUNYAI 114 SAHABAT YANG KITA BOLEH PILIH. SETIAP KAWAN INI TIDAK AKAN MENJEMUKAN KITA.”

INSYA ALLAH saya akan uploadkan ceramah ini suatu masa nanti. Sebahagian kandungan ceramah diringkaskan dalam khutbah Jumaat saya bertajuk Nuzul al-Qur’an :terhadap al-Qur’an. Intipatinya terkandung dalam khutbah Jumaat bersempena Nuzul al-Qur’an: https://abuawatif.wordpress.com/2011/08/09/khutbah-nuzul-al-quran/.

 

 

Antara kuliyah yang saya menadah dengan beliau

(a) Sebagai Mustami’ di Kuliyah Dakwah dan Usuluddin

-I’jaz al-Qur’an

-Tafsir surah al-Anam

– Manahij Mufassisirin( Metodologi Pentafsiran al-Qur’an)

(b) Kuliyah umum di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf

-Tafsir Surah al-Kahf, kuliyah sebelum Jumaat

-Tafsir Juzuk 28 selepas maghrib setiap Sabtu malam Ahad dari surah al-Mujadalah sehingga surah al-Munafiqun

-Tafsir surah al-Ahzab selepas maghrib setiap Sabtu malam Ahad, kelas ini selepas tafsir juzuk 28

– Fiqh Manhaji dalam mazhab Imam Syafie, Kuliah maghrib Sabtu malam Ahad

-Tazkirah subuh setiap pagi sekitar lima minit dari tafsir surah al-Nahl sehingga surah al-Syuara’. Dr Solah berjaya menghabiskan tafsir keseluruhan al-Qur’an di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf selama lebih kurang 20 tahun. syaikh menjadi imam di masjid ini dari masa mudanya sehinggalah berlakunya perjanjian damai Jordan-Israel 1994 syaikh berhenti dari menjadi Imam. Saya ada mendengar rakaman khutbah beliau semasa menjadi imam dan beliau sangat tegas pendiriannya.

-Antara yang saya tidak boleh lupakan, saya diberi kesempatan untuk mendengar khutbah yang di sampaikan oleh Dr. Solah al-Khalidiyy sekitar tahun 1999@ 2000 setelah beliau diGAM  dari menyampaikan khutbah pada tahun 1994. Waktu itu baru sahaja umat Islam menyambut ‘Idul Adha dan imam yang sepatutnya menyampaikan khutbah tidak hadir. Dr Solah naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbahnya dan isi kandungannya adalah hadith Huzaifah berkaitan fitnah akhirr zaman yang menyebut tentang dua ala abwab jahannam, penyeru-penyeru di pintu neraka. warna kulit mereka sama dengan kita,  bahasa mereka sama…Khutbah yang disampaikan oleh syaikh ini antara khutbah yang paling menyeronokkan saya sepanjang hidup ini…antara khutbah yang paling berkesan…Antara mutiara-mutiara yang masih segar dalam ingatan ke hari ini ialah:

Sekarang kita hidup pada zaman fitnah. Masyarakat Islam diuji dan jauh dari Islam. Namun begitu saya berasa gembira apabila saya melihat seorang anak muda membuka mushaf di dalam bas membaca al-Qur;an.”

(c) Kuliyah khusus di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf

– Kuliyah Fiqh Ta’wil al-Qur’an, awal surah al-Baqarah sehingga ayat 30. (Catatan kuliyah masih ada dalam simpanan saya.

– Ringkasan kepada tafsir Ibnu Kathir  yang ditulis oleh syaikh sendiri

(d) Kuliyah khusus di rumah beliau

Saya juga sempat menghadiri kuliyah khusus yang diadakan di rumah syaikh setiap Jumaat@ Sabtu. Antara kitab yang dibaca

-Tatbiq al-Nahw oleh Dr Abduh al-Rajihi

-Muqaddimah Usul al-Tafsir oleh Ibnu Taymiyah…Kitab ini  habis dibaca.

Kelas di rumah dr antara kelas yang tidak dilupakan.

(e) Saya juga ada menyimpan rakaman kuliah tafsir surah Ali Imran yang disampaikan di Baq’ah satu penempatan di Amman, Jordan

Artikel berkaitan:

Ustaz Adlan Abdul Aziz:Kenangan Bersama Dr.Solah…tafsiran ‘Alif Laam Miim’

Ibnu Suhaimi: Kerinduan Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

Ustaz Zakaria Hamzah ( Abu Fatin) :Guruku-Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi, Ulama’ Tafsir Moden Terkini Yang Alim

Muhammad Abdulloh Suradi:Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi, Ulama’ Tafsir Moden Terkini Yang Alim

Khuttah barraqah

Dalam artikel saya bertajuk MERINDUI BUMI SYAM(GURU-GURU HADITH) saya ada menyebut:

Dr.Solah al-Khalidiyy…beliau merupakan pentafsir terkenal di Jordan…Saya belajar dengannya dua kitab iaitu al-Jami’ Bayna al-Sahihayn iaitu hadith-hadith yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim dan pada bulan ramadan, 3o minit sebelum berbuka saya belajar dengannya kitab Sohih Sirah Nabawiyah. Kami juga pernah belajar Sohih Muslim di teratak kami Dar al-Fikr selepas Asar hari Jumaat

Semoga Allah Memberkati Perkahwinan Mereka

Alhamdulillah pada petang 7 syawal saya sempat menghadiri majlis walimatul urus perkahwinan anak kepada dua orang sahabat yang dikasihi kerana Allah. Pertama puteri kepada Hj Abu Aslam Abdullah di Masjid Bandaranya Nabilah. Majlis yang sederhana tetapi bertepatan dengan syarak. Waktu zohor semua tetamu berhenti dan dapat menunaikan solat secara berjemaah. Anaknya kahwin muda, sesuatu yang agak jarang tetapi bagi saya suatu yang baik. Teringat saya kepada syaikh al-Murabbi Said Hawwa yang mengahwinkan anaknya sebelum masuk ke Universiti. Ketika berusia 17@ 18 tahun walaupun kurang disenangi sahabat handai. Prinsipnya anaknya tidak akan masuk ke universiti kecuali selepas berkahwin. Menurut murabbi saya yang saya sangat sayangi kerana Allah Dr. Muaz Hawwa, bapanya mencari berbelas pasangan untuk dikahwinkan dengan beliau tetapi ramai yang menolaknya kerana terlalu muda. Selepas tawjihi (macam SPM) Dr Muaz memohon untuk menyambung pelajaran di Universiti tetapi tidak mendapat tempat. Semasa berusia 18 tahun Dr.Muaz berkahwin dan alhamdulillah selepas itu mendapat tempat di universiti. Alhamdulillah ketiga-tiga anaknya yang berkahwin sebelum masuk universiti adalah penghafaz al-Qur’an dan ketiga-tiga pemegang ijazah kedoktoran…TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA NABILAH DAN PASANGANNYA..SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN BERDUA…

Foto diambil dari Facebook cikgu Azrul Shahizul Nizam Azizoon. Kedua mempelai ini adalah penuntut di Sekolah Perubatan Universiti Malaysia, Sabah

Kedua ialah perkahwinan puteri kepada Ustaz Rapihi Derim yang diadakan di Dewan Masyarakat Menggatal.Menantunya orang Sarawak.

Semoga mereka semua akan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad (s.a.w) dan menjadi penyokong kepada perjuangan Islam.

ALLAHUAKBAR

Kuliah Subuh 7 Syawal: Apa selepas Ramadan Part 2&3

Antara intipati:

1) Kisah jiran kubur Said Hawwa bermimpi melihat Said Hawwa di dalam kubur membaca al-Qur’an tidak berhenti-henti

2)Kesedihan terhadap muslimat yang bertudung di bulan Ramadan tetapi apabila menyambut ‘idul fitri dan menghadiri kebaikan ini dihancurkan dengan mendedahkan aurat

PART 3

Keajaiban Sedekah: RM100K sebulan bahagian ke-2

11 RAMADAN

Ustaz Jumat al-Belurani melancarkan infaq di Facebook:

Albelurani Alfalaki

31hb Julai melalui mudah alih

alhamdulillah, saya mengajak diri saya dan sahabat2 FB agar sudi kiranya kita mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini dengan nikmat bonus yg yg bakal diterima ataupun dengan rezeki yg ada utk sama2 menginfaqkan sedikit daripada nikmat ini utk kebahaggian kita di alam barzakh mahupun di akhirat kelak. oleh itu sesiapa yg berniat utk infaq bolehlah menghubungi saya :

1. utk pembinaan 3 blok kelas Sek. rendah tahfiz an-nur, taman austral kepayan (dalam kawasan surau riadussolihin) yg memakan kos rm100k yg akan digunakan utk plajar2 baru tahun hadapan.

2. infaq utk pembinaan kompleks pusat dakwah serantau di kawasan sepang yg ketika ini diusahakan oleh yayasan amal malaysia. Yayasan amal malaysia cawangan sabah membuka infaq secara wakaf rm50 sekaki. ini adalah utk mentarbiyyah dan melatih kader2 dakwah yg bakal menyampaikan dakwah islamiyyah seluruh asia termasuklah di sabah dan seramai 8 org plajar telah graduet ketika ini sedang giat berdakwah di pedalaman sabah.

jika tuan/puan berimnat utk saham akhirat ini boleh hubungi saya.

Berikut adalah komen dalam facebook al-Belurani:

3Suka ·  · Kongsi.u

Nik Anwar Ibn Zakaria usaha yang murni

pada 31hb Julai pukul 8.17 pagi · Suka

Fidzan Mml nombor akaun?

pada 31hb Julai pukul 10.15 pagi melalui mudah alih · Suka · 1

Abd Halim Abd Ghani InsyaAllah Ustaz.. 🙂

pada 31hb Julai pukul 11.42 pagi · Suka

Albelurani Alfalaki Utk sek. Tahfiz boleh salurkan sumbangan terus ke akaun Bank islam no…10016010084808.. atas nama PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR.

pada 31hb Julai pukul 12.14 ptg melalui mudah alih · Suka · 2

Albelurani Alfalaki Sumbangan utk kompleks pusat dakwah serantau boleh dibank-in ke acc no spt berikut:
1. Al-Rajhi Bank ; 19200-1110830185 (Yayasan Amal Malaysia)
2. Bank Islam ; 10016010054313 (Yayasan Amal Malaysia)
3. Boleh bagi cek atas nama Yayasan Amal Malaysia
4. Atau terima duit tunai

pada 31hb Julai pukul 12.14 ptg melalui mudah alih · Suka · 2

 

15 RAMADAN (KHUTBAH JUMAAT DI MASJID AL-HIDAYAH, KG.BANGKA2)

Pada hari ini khutbah saya terbahagi kepada dua bahagian utama. Khutbah pertama menyentuh perkaitan antara INFAQ dan TAQWA . Kandungannya seperti yang saya sampaikan dalam kuliah Subuh 8 Ramadan di MNS dan khutbah kedua berkaitan mencari lailatul Qadar (Lihat artikel bertajuk: https://abuawatif.wordpress.com/2012/08/07/lailatul-qadar-mahukah-kita-perolehinya-setiap-tahun/

Alhamdulillah jumlah kutipan di masjid al-Hidayah, Kg Bangka selama Sembilan hari ialah sebanyak RM1119.25.

16 RAMADAN (MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA MASJID NURUL HIKMAH)

Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di Masjid ini pada bulan Ramadan. Sekalipun program ini kurang mendapat sambutan kerana kebanyakan peserta adalah dari pelajar SMKA Kota Kinabalu namun Alhamdulillah kutipannya berjumlah RM963.00. Dalam majlis ini saya menerangkan tujuan puasa dan bagaimana mendapatkan lailatul Qadar

17 RAMADAN (CERAMAH NUZUL AL-QUR’AN DI SURAU SMKA KOTA KINABALU)

Hampir satu jam saya berceramah berhubung peranan seorang muslim terhadap al-Qur’an dan saya menggalakan kepada pelajar-pelajar SMKAKK untuk menjadi seorang tokoh yang hebat dalam bidang al-Qu’an dan mencontohi kehebatan beberapa tokoh antaranya Syaikh Uthman Taha yang menjadi penulis mushaf. Saya menyatakan harapan saya agar ada di kalangan mereka suatu hari nanti menjadi anggota Lajnah tashih al-Qur’an dan saya membawa contoh nama Ustaz Mohd Akmal Othman dan Ustaz Imam Ibrahim Kisab yang nama mereka tertulis di belakang  mushaf yang dicetak di  Malaysia. Jumlah sumbangan dari pelajar SMKA Kota Kinabalu pada malam Nuzul al-Qur;an ialah RM354.00 satu jumlah yang agak besar bagi pelajar. Kebanyakan duit yang disumbangkan ialah RM1.00. Saya juga mencadangkan mereka berderma RM1.00 pada setiap malam dari malam-malam terakhir dari bulan Ramadan agar mendapat ganjaran bersedekah pada malam al-Qadar. Jika ini dipraktikkan jumlah kutipan yang akan terkumpul lebih dari RM3000.00.

 

Pada sebelah siang pula, saya menerima berita kematian ibu kepada Penolong Kanan Pentadbiran sekolah saya, ini bermakna empat waktu solat saya bersolat di Masjid Bandaraya (MBR). Selepas Asar saya berforum bersama al-Fadil Ayahanda Tuan Guru Hj Muchlis Ali Kassim kepada penuntut Kolek Yayasan Sabah dengan tajuk forum “ Transformasi Ramadan, berjayakah kita menjadi mukmin bertaqwa” Dalam forum tersebut ustaz Muchlis berpesan kepada hadirin supaya membawa duit sepanjang masa supaya dapat bersedekah dan beliau membacakan hadith malaikat mendoakan orang yang bersedekah.

 

Pada petang ini, Ustaz Zulzaim, mudir PPIAN (Tahfiz) membawa kotak sumbangan yang besar dengan motosikalnya. Alhamdulillah kotak ini telah menerima ribuan ringgit sumbangan dari para dermawan bermula dengan kutipan pada malam 18 Ramadan di MBR dan kotak ini digunakan setiap malam di SRS bermula malam 19 Ramadan sehingga hari raya ‘Idul Fitri.

18 Ramadan (Tazkirah Nuzul al-Qur’an)

Selepas Isyak sekitar 15 minit saya menyampaikan tazkirah Nuzul al-Qur’an berkaitan tanggung jawab terhadap al-Qur’an. Intipatinya terkandung dalam khutbah Jumaat bersempena Nuzul al-Qur’an: https://abuawatif.wordpress.com/2011/08/09/khutbah-nuzul-al-quran/. Diakhir tazkirah saya menyebut sebagai tanda cinta kita kepada al-Qur’an marilah sama-sama memberi sumbangan kelas khas Tahfiz kea rah melahirkan generasi al-Qur’an. Jumlah sumbangan yang terkumpul ialah sebanyak RM1461.00.

Kuliah Subuh 7 Syawal: Apa selepas Ramadan Part 1

KEAJAIBAN SEDEKAH : 100 RIBU DALAM MASA SEBULAN!!!ALANGKAH BAIKNYA SEKIRANYA KITA BERINFAQ SEPERTI INI PADA BULAN-BULAN LAIN(Bahagian 1)

KEAJAIBAN SEDEKAH OLEH: ABU AWATIF

ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!ALHAMDULILLAH,  saya bagi pihak Jawatankuasa DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN NUR (TAHFIZ) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para penderma sekalipun jumlah yang disumbangkan hanyalah 5 sen sahaja kerana menyahut seruan Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud: “TAKUTLAH KAMU AKAN API NERAKA WALAUPUN DENGAN SEPARUH BIJI KURMA.”

 

ALHAMDULILAH pada hari terakhir Ramadan kita berjaya mencapai sasaran mengutip dana sebanyak RM100.000.  Jika melihat penyata bank bertarikh 22 Ogos 2012  baki dalam akauan Pusat Pendidikan Islam An Nur ialah RM114, 316.04  ditolak dengan RM10,000 baki dalam akauan sebelum Ramadan dan RM3939 kutipan pada malam 1 syawal dan malam I’dul Fitri maka jumlah yang terkumpul sepanjang Ramadan ialah kira-kira RM100,377.00.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA PARA PENDERMA SEMOGA ALLAH (S.W.T) MENAMBAHKAN REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA YANG DI DOAKAN OLEH PARA MALAIKAT:

اللهم اعط منفقا سلفا ، الله اعط ممسكا تلفا

“  Ya Allah berikan kepada setiap orang berinfaq tambahan harta dan berikan kepada orang yang kedekut kemusnahan harta bendanya.” HADITH MUTTAFAQUN ‘ALAYHI

JUMLAH KUTIPAN SEPANJANG RAMADAN(ANGGARAN)

TEMPAT JUMLAH KUTIPAN
JEMAAH SURAU RIYADUSSOLIHIN RM23338.00
MASJID-MASJID RM24646.00
INDIVIDU DAN ORGANISASI RM16216.00
BANK IN RM30090.00
LAIN-LAIN RM6087.00

Kronologi:

Sebelum Ramadan Jawatankuasa Pendididikan Islam an-Nur (Tahfiz) Ustaz Mohd Jumat bin Abdul Razak al-Hafiz (Pengerusi), Ustaz Ridhuan Othman (Setiausaha) bersama wakil-wakil Pusat Pendidikan Islam an-Nur; Cikgu Hambali Sa’ad (Pengerusi), Ustaz Mohd Radzi Amaran( Setiausaha), wakil Surau Riyadussolihin Ustaz Muhammad Sua’id (Timbalan Pengerusi) dan Ustaz Muhasibi duduk semeja membincangkan masa depan Kelas Tahfiz yang mula beroperasi Januari 2012. Pada tahun 2013 bilangan pelajar bertambah dan kelas yang sedia ada tidak dapat menampung pelajar yang bertambah dari tahun ke tahun. Anggota mesyuarat bersetuju untuk membina kelas yang baru dengan rangka kelas akan dilakarkan oleh arkitek Hj. Syahril…Anggota mesyuarat juga bersetuju untuk melancarkan DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN NUR (TAHFIZ).

BAHAGIAN 1: 1-10 RAMADAN

Malam 1 Ramadan

Ustaz Muhammad Suaid membuat pengumuman di Surau Riyadussolihin berhubung hasrat PPIAN (TAHFIZ) untuk membina 6 blok kelas. Sumbangan yang pertama diterima ialah sebanyak RM500.00dari seorang sahabat jemaah Surau Riyadussolihin. Sahabat ini terus menyampaikan INFAQNYA beberapa kali dan mengikut perkiraan saya jumlahnya lebih dari RM1500, semoga Allah (s.w.t) memberi keberkatan rezeki kepada sahabat ini.

6 Ramadan

Di sekolah saya mendapat panggilan telefon dari Haji  IXXXXXX salah seorang jemaah Masjid Negeri Sabah (MNS). Dia membawa bersamanya RM1550 sebagai INFAQ yang dikumpul sesama angota keluarganya. Oleh kerana sebelum ini jumlah kutipan untuk PDS (Pusat Dakwah Serantau) telah melebihi RM15k, sedangkan kutipan untuk PPIAN (Tahfiz) baru RM700, saya meminta keizinan darinya untuk membahagikan INFAQ tersebut kepada dua bahagian, sebahagian untuk PDS dan sebahagian untuk PPIAN( Tahfiz). Hj. IXXXXXX menyerahkan kepada saya untuk menguruskannya. Jumlah kutipan sehingga 6 Ramadan baru RM1500 DARI RM100.00. Baru 1.5% dari sasaran.

7 Ramadan.

Saya menerima sumbangan RM1000  dari Kak UXXX XXXXXXX, salah seorang jemaah MUSLIMAT  SRS . Alhamdulillah selepas itu berkali-kali saya menerima sumbangan dengan jumlah ini di SRS dan di tempat-tempat lain. Antara kisah yang menarik pada pagi Jumaat 21 Ramadan, sehari selepas Bonus (Khamis)  seorang guru di MS menyerahkan sampul tebal kepada cikgu Hambali dan menyebut: Ini sumbangan ikhlas dari saya. Saya pun membukanya dan di dalamnya note RM50.00 sebanyak 20 keping…Semoga Allah SWT memberi keberkatan kepada rezeki beliau…

Pada sebelah tengahari saya menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah kampung di sebelah Menggatal dan menyentuh tentang kelebihan Ramadan. Saya kaitkan antara SEDEKAH dan TAQWA, namun tiada sebarang sumbangan yang diperolehi. Apapun ada seorang jemaah yang bertanya berhubung PPIAN(TAHFIZ). ALHAMDULILLAH saya datang kali ke-2 untuk berkhutbah Idul Fitri di masjid yang sama, kami mendapat sumbangan sebanyak RM479.60.

8 Ramadan

Saya menyampaikan kuliah subuh mingguan di MNS dan tajuknya perkaitan antara puasa dan sedekah. Antaranya saya nyatakan bahawa ayat puasa hanyalah lima bermula ayat 186 sedangkan ayat-ayat galakan untuk berINFAQ   meliputi beberapa muka surat dalam juzuk tiga. Bermula dengan ayat 261 surah al-Baqarah yang menjelaskan kelebihan bersedekah. Firman Allah (s.w.t):

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Diikuti dengan ayat berikutnya berhubung dengan adab-adab bersedekah seperti tidak mengungkit-mengungkit atau menyakiti penerima sedekah, tidak riya’ dan sedekah dan infaqlah hendaklah dilakukan semata-mata MENDAPATKAN KEREDAAN ALLAH (S.W.T).Firman Allah (s.w.t):

Dan bandingan orang-orang Yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) Yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat Yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. SURAH AL-BAQARAH 265

Dalam ayat 267 pula Allah (s.w.t) memerintahkan supaya mengeluarkan zakat dari harta yang baik dan bukannya dari yang kurang baik. Firman Allah (s.w.t):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan JANGANLAH KAU SENGAJA MEMILIH YANG BURUK DARIPADNYA) (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. Surah al-Baqarah (2):267

Seterusnya dalam ayat 268 Allah (s.w.t) menjelaskan usaha-usaha syaitan untuk menghalang manusia dari bersedekah dan membelanjakan harta di jalan Allah (s.w.t) dengan alas an bersedekah akan menyebabkan penderma akan menjadi fakir sedangkan Allah (s.w.t) menjanjikan keampunan dan pahala kepada mereka yang BERINFAQ. Firman Allah (s.w.t):

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.

Seterusnya Allah (s.w.t) sedekah itu boleh dilakukan secara tersembunyi atau terbuka. Allah juga memuji mereka  dan menjanjikan pahala kepada mereka yang bersedekah dan mereka tidak akan berasa takut atau bimbang. Firman Allah (s.w.t):

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, Dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. Surah al-Baqarah (2):274. Ini merupakan ayat terakhir berkaitan INFAQ dalam surah al-Baqarah. Ayat berikutnya adalah berkaitan hokum RIBA.

INFAQ JUGA MENJADI SATU DARI CIRI ORANG YANG BERTAQWA YANG MENJADI MATLAMAT KEPADA ORANG YANG BERPUASA.

Firman Allah (s.w.t) di awal surah al-Baqarah:

Kitab  Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta MEMBELANJAKAN (MENDERMAKAN) SEBAHAGIAN DARI REZEKI YANG KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Lihat juga surah al-Baqarah (2):177 yang menyebut sifat-sifat orang bertaqwa; antaranya:

“Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi…”

Dalam surah Ali Imran  ayat 133-135 pula Allah (s.w.t) berfirman:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu  ORANG YANG MENDERMAKAN HARTANYA PADA MASA SENANG DAN SUSAH, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Selesai kuliah saya mendapat sumbangan beberapa jemaah untuk PDS dan sumbangan untuk PPIAN (TAHFIZ) berjumlah RM350.00. Jumlah terkumpul sehingga pagi 8 Ramadan ialah RM2870.00 iaitu 2.87%. Waktu ini saya dan rakan-rakan tertanya-tanya mampukah kami mendapat RM20K?

10 Ramadan

Saya ditugaskan sebagai imam di Masjid al-Hilal, Tangjung Dumpil.(http://www.facebook.com/pages/Masjid-Al-Hilal-Tanjung-Dumpil/231295656924106) Ini road-show saya diluar SRS. Saya ke sini bersama sahabat yang dikasihi al-Fadil Ustaz Muhasibi Razali. Selepas rakaat ke-8 saya memberi tazkirah berhubung PUASA-TAQWA-INFAQ  dan dihujungnya saya menyatakan hasrat kami untuk membina kelas bagi kelas Tahfiz. Saya menyebut Ustaz Muhasibi akan menanti di belakang untuk menerima sumbangan tetapi waktu ini kami tidak membawa apa-apa sehingga ada jemaah yang bertanya sampaikah sumbangan yang kami berikan…Jumlah yang berjaya dikutip pada malam tersebut ialah RM381.00. Untuk rekod jumlah yang diperolehi sumbangan jemaah masjid al-Hilal sepanjang Ramadan sehingga satu syawal ialah RM3468.00 dengan salah seorang jemaahnya datang ke sekolah pada Jumaat 14 Ramadan menyerahkan sumbangan sebanyak RM2000.00 ditambah sumbangan RM300.00 yang diserahkan pada Ustaz Jumat selepas tazkirah Subuh pada 12 Ramadan@1 Ogos sebanyak RM300.00

AL-belurani.  1 ogos: seusai menyampaikan tazkirah lps subuh tadi mengenai “infaq” ada pihak telah menghulurkan infaq rm300 utk pembinaan blok2 kelas sek. rendah tahfiz an-nur. didoakan penderma tersebut dimurahkan dan diberikati rezekinya.

Pada sebelah tengahari 10 Ramadan, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah zohor di MNS bertajuk: Berita gembira dan berita amaran di dalam al-Qur’an dan dihujung saya sampaikan hasrat kami untuk membina blok kelas tambahan dan jumlah kutipan ialah RM216.00

DERMA DAN MAJLIS TAHLIL

Bagi mempelbagaikan bentuk sumbangan, pada minggu pertama Ramadan saya mengedit borang sumbangan Moreh dan Tahlil Asrama MS yang disediakan oleh Ustaz Mohd Radzi dan Alhamdulillah banyak juga sumbangan yang diperolehi terutamanya dari staf SMK Tansau melalui ustaz Sya’ban. Jumlahnya lebih RM1K. Boleh dikatakan setiap hari saya menerima permintaan untuk mengadakan tahlil. Ada juga yang mengisi borang dan memberi sumbangan sahaja…

KHUTBAH JUMAAT: APA SELEPAS RAMADAN?

Masjid An Nur, IPG GAYA Kota Kinabalu, 6 Syawal 1433H

اَلحمدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا .

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ , وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ , وَالسِّرَاجُ  الْمُنِيْرُ .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ , وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آَلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِه وَلاَ تَـمُوتُنَّ إِلاَّ وَأنْتُم مُسْلِمون!.

Wahai hamba Allah bertaqwalah kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam. Firman Allah (s.w.t):

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Dalam menjalankan amalan dan perkara kebajikan sesuatu yang paling disukai Allah ialah melakukan ibadat secara istiqamah. Istiqamah ialah melakukan sesuatu perkara secara berterusan dan berpanjangan bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain.

Sekiranya kita perhatikan menjadi kelaziman iatau kebiasaan masyarakat Islam masa kini, bila datangnya ramadan masjid penuh sesak dengan umat Islam, amalan tadarus atau membaca al-quran kedengaran di sana sini, amalan sedekah meningkat, ceramah-ceramah agama turut kedengaran dicorong-corong masjid dan sebagainya lagi, tetapi apabila habis sahaja bulan ramadan, keadaan kembali seperti asal, masjid-masjid mula terus lengang, solat fardu tidak dilaksanakan di masjid atau di surau akibat ketiadaan jemaah, al-Quran mula dijadikan hiasan semula dan berbagai lagi fenomena yang amat mendukacitakan. Maka di manakah tarbiah ramadan? Apakah ini dinamakan ibadat bermusim? tepuk dada tanyalah iman, Moga-moga kita tidak tergolong dalam kelompok ini insyaAllah.Marilah kita berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada kita untuk istiqamah dalam melakukan ibadat dan tergolong dalam golongan yang disebut dalam ayatnya:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu”. Surah Fussilat Ayat 30

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bagi menjamin istiqamah dalam ibadah, khatib ingin berkongsi dengan siding Jumaat berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Ramadan seperti yang disiarkan oleh Profesor Dr. Syaraf Qudah pensyarah dalam bidang hadith di Universiti of Jordan dalam laman sosial facebooknya bertajuk: مَاذا بَعَدَ رَمَضان  apa selepas Ramadan?

Beliau menyebut 12 point yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim untuk berjaya dalam menghadapi ujian didunia ini dia perlu berada pada tahap dia berada dalam bulan Ramadan. Antaranya:

  1. Kita bertaubat kepada Allah (s.w.t) dan telah biasa meninggalkan perkara-perkara yang haram maka kita perlu menjaga taubat kita selepas Ramadan. Tuhan kepada bulan Ramadan  adalah tuhan kepada bulan-bulan yang lain, sesungguhnya Allah (s.w.t) maha hidup dan tidak lalai.
  2. Kita menjaga dan menunaikan kewajipan-kewajipan pada bulan Ramadan, maka selepas Ramadan kita juga perlu menunaikan kewajipan tersebut
  3. Keikhlasan kita bertambah pada bulan Ramadan melalui ibadat puasa yang tidak dapat dilihat oleh seseorang kerana ibadat puasa bukanlah ibadat yang dapat dilihat seperti solat. Puasa merupakan ibadat di mana seseorang meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa yang hanya diketahui antara seorang hamba dengan penciptanya. Maka bersama-sama kita menjaga keikhlasan ini selepas Ramadan
  4. Kita berpuasa pada setiap hari bulan Ramadan, maka kita teruskan puasa tersebut selepas Ramadan dengan puasa 6 hari dari bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w) Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa 6 hari di bulan syawal mendapat pahala seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Begitu juga dengan berpuasa pada hari-hari putih 13,14 dan 15 dari bulan Islam serta puasa sunat Isnin dan Khamis
  5. Kita biasa solat berjemaah pada bulan Ramadan maka kita teruskannya selepas Ramadan
  6. Kita menjaga Qiamullail (spt solat terawih) pada bulan Ramadan, maka jagalah ianya  walau dengan solat 2 rakaat tahajjud setiap malam
  7. Kita memperbanyakkan membaca al-Qur’an pada bulan Ramadan, maka jangan kita berpisah dengan al-Quran pada bulan selain Ramadan, maka bacalah sejuzuk al-Qur’an setiap hari.
  8. Kita memperbanyakkan doa pada bulan Ramadan, maka hendaklah kita sentiasa bergantung dan berharap kepada Allah (s.w.t) pada hari-hari lain dalam setahun
  9. Kita bersedekah kepada faqir miskin pada bulan Ramadan, maka kita teruskan amalan ini pada bulan-bulan selepas Ramadan
  10. Kita biasa menjalinkan silaturrahim pada bulan Ramadan, maka kita teruskan menjalinkan silaturrahim selepas Ramadan
  11. Kita biasa dengan kelas-kelas pengajian pada bulan Ramadan, maka kita teruskan menuntut ilmu selepas Ramadan. Jadikan sepanjang tahun belajar dan mengajar kerana ilmu diperolehi dengan belajar
  12. Kita dilatih bersabar pada bulan Ramadan bukan sahaja bersabar atas lapar dan dahaga bahkan dari perkara yang menyakitkan kita seperti sabda Nabi (s.a.w): “

إِذَا أَصْبَحَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صَائِمٌ

Maksudnya: “ Apabila berpaginya seorang dari kamu dalam keadaan berpuasa maka janganlah dia berkata kesat dan berlaku jahil, sekiranya ada seorang yang mengutuknya atau menyerangnya, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya saya berpuasa. Sesungguhya saya berpuasa.” Maka teruskan amalan ini selepas Ramadan. Sesuungguhnya kelembutan itu dengan kita berusaha menjadi seorang yang lembut.

Semoga Allah (s.w.t) menerima segala amalan kita dan Allah membantu kita semua melakukan ketaatan sepanjang tahun.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Bantulah Kami Untuk melakukan ketaatan kepadamu, Ya Allah Kembalikan kepada kami Ramadan bertahun-tahun, Ya Allah keluarkan kami dari bulan Ramadan sebagai hamba-Mu yang bertaqwa semoga kami termasuk dalam golongan yang engkau sebut di dalam kitabmu:

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ ( 73 ) وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ ( 74) ) .

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (Mereka pun masuk) – Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjinya kepada kami, dan yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”. Surah al-Zumar Ayat 73-74.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Hari Raya ‘Idul Fitri 1433H

KHUTBAH HARI RAYA  ‘IDUL FITRI 1433H

Kg.Gudon, Kota Kinabalu

اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , وَللهِ الْحَمْدُ .

اَلحمدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا .

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ , وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ , وَالسِّرَاجُ  الْمُنِيْرُ .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ , وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آَلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِه وَلاَ تَـمُوتُنَّ إِلاَّ وَأنْتُم مُسْلِمون!.

Wahai hamba Allah bertaqwalah kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Syukur kepada Allah swt kerana pada pagi ini kita sama-sama  seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia dapat menyambut 1 syawal ,kita dapat bersama-sama bertakbir, bertahmid membesarkan Allah (s.w.t) sebagai satu tanda kemenangan setelah selesai menunaikan ibadat puasa selama sebulan moga-moga kita keluar dari bulan ramadan sebagai manusia bertaqwa seperti firman Allah (s.w.t):

Firman Allah Taala:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

(Surah al-Baqarah ayat 183)

اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , وَللهِ الْحَمْدُ .

Sidang jemaah muslimin dan muslimat

Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, ramai yang gembira menyambut kehadiran satu Syawal. Semangat menimbulkan serta menzahirkan suasana kegembiraan di Aidilfitri ini sememangnya disarankan oleh Rasullullah SAW. Namun tidak ramai diantara kita yang menghayati apakah sebenarnya asas dan dasar kepada kegembiraaan dan keceriaan tersebut. Pada hakikatnya, hari raya Aidilfitri dirayakan kerana meraikan kejayaan orang yang telah lulus dalam ujian bulan Ramadhan serta mereka yang telah berjaya kembali kepada fitrahnya selepas berjuang mengekang hawa nafsunya, melalui amalan berpuasa, , tadarus Al-Quran, solat terawih berjemaah dan bersedekah dan berzakat,
Dengan kejayaan tersebut, orang yang telah `lulus’ dalam ujian Ramadan ini layak beroleh anugerah dari Allah SWT. Walaupun hadiah dan ganjarannya itu tidak berupa penyampaian segolong sijil atau ijazah dalam satu majlis konvokesyen yang gemilang di pagi Aidilfitri, namun anugerah tersebut tetap tersimpan untuk diserahkan di pentas Hari Akhirat kelak.

Sesungguhnya Idul Fitri itu ialah hari merayakan kejayaan. Kejayaan bagi orang yang telah melaksanakan ibadat puasa, menunaikan solat 5 waktu disamping melakukan ibadat sunat seperti solat terawih, solat tahajjud , solat witir, zikir, tasbih dan lain-lain ibadat di bulan ramadan, mereka berhak menyambut Idul Fitri itu dengan penuh kegembiraan, apakah makna kita menyambut raya dalam keadaan solat lima waktu kita tidak sempurna? Zakat tidak ditunaikan, anak-isteri tidak menutup aurat dan kita masih melanggar perintah Allah SWt. Golongan ini sebenarnya tidak layak untuk menyambut idul fitri.

اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , وَللهِ الْحَمْدُ .

Muslimin yang mulia,

Bagaimanakah caranya umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini? Sudah tentu tidak sama dengan orang-orang lain menyambut perayaan mereka.
Kita tidak dibenarkan membazir di dalam menyambut hari raya. Kita disuruh memakai pakaian yang cantik di hari raya, tetapi ini tidak bermaksud mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk membeli berpasang-pasang pakaian yang serba baru, sedangkan yang lama masih boleh digunakan.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah
Pada 1 Syawal atau hari raya pertama, Allah melarang umat Islam berpuasa. Ini boleh diertikan Allah memberi peluang kita berhari raya, makan minum dari rezeki yang dikurniakan kepada kita sebagai hadiah kemenangan, kerana berjaya menamatkan puasa selama sebulan. Hari raya perlu  diisi dengan pengisian taqwa sebagai penerusan kepada ibadat yang dilakukan pada bulan Ramadan.

اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , وَللهِ الْحَمْدُ .

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Di saat kita baru sahaja meninggalkan bulan Ramadan ini,  tibalah masanya untuk kita bermuhasabah dan bertanya apakah  ibadat puasa yang telah kita lakukan , adakah ia benar-benar puasa yang diterima oleh Allah S.W.T. atau sebaliknya? Adakah kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah? Adakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dari api neraka setelah menjalani sebulan puasa. Sejauh mana taqwa yang telah kita tingkatkan setelah kita berpuasa  sebulan Ramadan?  Adakah ibadat puasa yang telah kita lalui menyebabkan kita merasai kemanisan beribadat? Adakah ibadat solat yang kita tunaikan sama ada yang sunat atau fardu, solat terawih, solat tahajjud dan lain-lain, adakah kita merasai kelazatannya? Adakah bentuk-bentuk ibadah yang kita lakukan, sedekah dan infaq yang kita berikan, zakat yang kita keluarkan, bantuan dan sumbangan yang kita berikan sepanjang ramadan. Adakah kita merasai nikmat dan khusyuk dari segala bentuk ibadah yang telah kita lakukan sepanjang ramadan? Inilah ibadat yang sepatutnya kita lakukan bukannya kita beribadat kerana mengikut kebiasaan. Orang berpuasa kita berpuasa…orang mengadakan majlis khatam al-Qur’an, maka kita pun membaca al-Qur’an, orang pergi solat terawih maka kita pun ke masjid untuk berterawih tetapi semua ibadat ini kosong dari kekhusyukan, kosong dari kemanisan dan keseronokan beribadat. Inilah roh kepada setiap ibadat yang kita lakukan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w):

أنْ تَعْبُدَ الله كَأَنَّك تَراهُ فَإن لَم تَكنْ تَراهُ فَإنَّه يَراكَ

“ Kamu menyembah Allah (s.w.t) seolah-olah kamu melihatnya, dan tentunya kamu tidak dapat melihat Allah Allah (s.w.t)  tetap melihat kamu.” HR Muslim

Kelazatan ini yang inilah yang dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Sabda Rasulullah (s.a.w): وَجُعِلَت قُرَّةُ عِينِي فِي الصَّلاةِ  maksudnya dijadikan penyejuk mataku dalam ibadat solat. Merasai kelazatan beribadah yang melahirkan kekuatan dalaman. Rasulullah (s.a.w), para sahabat dan generasi awal menjadikan ibadat khusus solat, puasa, zakat, tahajjud sebagai kekuatan dalaman untuk menegakkan agama Allah (s.w.t), bukan sahaja untuk menentang hawa nafsu tetapi untuk menentang musuh-musuh Islam dalam peperangan.  Inilah kekuatan yang perlu kita cari dari ibadat yang dilakukan

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

لهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , وَللهِ الْحَمْدُ .

Marilah kita mencari kelazatan beribadah ini sebagaimana yang dikecapi oleh Rasulullah (s.a.w), para sahabat dan generasi dahulu. Kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Rasulullah (s.a.w) untuk bertahajjud dengan membaca al-Qur’an hampir enam juzuk, bermula dengan surah al-Baqarah diikuti dengan surah Ali Imran dan al-Nisa’ dalam satu rakaat, kelazatan inilah yang memberi kekuatan untuk seorang sahabat Nabi menghabiskan bacaan surah al-Kahfi sekalipun tubuhnya telah mengalirkan darah kerana dipanah oleh musuh semasa menunaikan solat, kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Saidina Uthman bin Affan untuk membaca keseluruhan al-Qur’an dalam satu rakaat solat witir di sisi Ka’bah, kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Imam Syafie untuk khatam al-Qur’an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadan dan kelazatan inilah yang memberi kekuatan kepada Imam Ahmad bin Hanbal untuk solat Isyak dan Subuh dengan satu wuduk selama 30 tahun! Kelazatan beribadat jugalah mendorong Saidina Abu Bakar bersedekah keseluruhan hartanya untuk disumbangkan dalam peperangan Tabuk! Kelazatan beribadat jugalah mendorong Saidina Umar (r.a) menyumbangkan separuh dari hartanya dalam perang Tabuk! Kelazatan dalam beribadah juga mendorong Saidina Uthman bin ‘Affan dan Saidina Abdul Rahman menyumbangkan kuda dan emas dan perak yang dianggarkan nilainya pada waktu ini jutaan ringgit! Justeru sempena ‘Idul Fitri tahun ini marilah kita menyumbangkan harta kita untuk tabung ‘Idul Fitri masjid ini atau tabung-tabung lain seperti tabung Aman Palestin atau tabung Kelas Khas Tahfiz, Pusat Pendidikan Islam an Nur, Taman Austral Kota Kinabalu yang memerlukan dana sebanyak RM 200,000 untuk pembinaan kelas fasa kedua. Alhamdulillah sepanjang Ramadan baru-baru ini, para dermawan telah menyumbangkan RM100, 000 untuk tabung pembangunan Pusat Pendidikan Islam al-Nur. Marilah sama-sama kita bersedekah sehingga kita merasai kelazatan bersedekah dan berinfaq di jalan Allah (s.w.t)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Alhamdulillah hari ini kita bersama-sama menyambut idul fitri. Persoalannya sejauh manakah kita mampu menjadi manusia bertaqwa setelah kita berpuasa selama sebulan. Adakah Hari raya disambut dengan menghabiskan masa membaca al-Qur’an sebagai penerusan dari ibadat bulan Ramadan atau ia disambut di hadapan televisyen berjam-jam menonton drama-drama, kisah-kisah cinta, filem-filem yang diimport dari timur dan barat yang jelas bertentangan dan Islam dan tidak memberi manfaat dan melupakan tanggungjawab melayan tetamu. Amalan ini tidak seharusnya dibiarkan kerana ia bertentangan dengan taqwa yang ingin dicapai dari ibadat puasa dan bertentangan dengan roh sambutan Aidil Fitri yang sebenar iaitu kembali  kepada fitrah, kemurnian, kesucian dan kemuliaan sebagai makhluk Allah swt.

 اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , اللهُ أكبرُ , وَللهِ الْحَمْدُ .

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah (s.w.t),

Adakah kita ingin merosakkan kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini dengan membiarkan isteri kita, anak-anak perempuan kita, wanita-wanita Islam disekitar kita membuka tudung mereka. Tudung yang dipakai dengan cantik selama sebulan hanya disimpan di dalam almari. Adakah kita ingin meninggalkan al-Qur’an yang kita baca sepanjang ramadan dengan menyimpannya di atas rak buku? Apakah patut kita meninggalkan ramadan dengan mengulangi kembali dosa-dosa dan kesalahan yang telah kita sesali, setelah kita bertaubat kepada Allah (s.w.t)? Marilah sama-sama kita memerangi hasutan dan godaan syaitan yang akan dibebaskan beberapa ketika lagi. Semoga kita keluar dari bulan Ramadan sebagai golongan yang dibebaskan daripada api neraka. Semoga Allah (s.w.t) memanjangkan umur kita sehingga kita bertemu dengan ramadan yang akan datang.  Semoga kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa yang Allah sediakan untuk mereka syurga. Firman Allah (s.w.t):

Maksudnya:

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (Mereka pun masuk) – Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjinya kepada kami, dan yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian Yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang Yang beramal”. Surah al-Zumar Ayat 73-74.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

أ

KHUTBAH KEDUA

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمدُ.

اَلحمدُ للهِ الَّذِى هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا اللهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهَ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ, وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah (s.w.t).

Wahai hamba-hamba Allah bertaqwalah kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar taqwa. Firman Allah (s.w.t):

 Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat – benar (dalam Segala perkara),supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Surah al-Ahzab 70-71)

Sidang jemaah muslimin dan muslimat,

Di bulan Syawal disunatkan puasa 6 hari dengan ganjaran pahala yang amat besar seperti sabda Rasulullah S.A.W. :
عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه ؛ أنه حدثه ؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال

 “مَنْ صَامَ رَمَضَان. ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتاًّ مِن شَوَّال. كَانَ كَصِياَمِ الدَّهْر”.

Bermaksud : “Barangsiapa berpuasa dalam bulan ramadan, kemudian dia berpuasa pula 6 hari dalam bulan ramadan Syawal adalah seperti puasa sepanjang tahun”. HR Imam Muslim
Oleh itu kita hendaklah merancang masa jika hendak menghadiri majlis rumah terbuka atau kunjung-mengunjung antara satu sama lain, supaya peluang melakukan puasa sunat tidak terabai dalam bulan tersebut.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah (s.w.t)

Terdapat beberapa perkara mungkar yang berlaku dalam masyarakat semasa menyambut Idul Fitri. Idul Fitri yang mulia telah dikotori oleh majlis-majlis kebudayaan yang bercampur maksiat, maka marilah di hari raya tahun ini, cuba kita bersihkan dari berulang lagi. Anak-anak kita hendaklah dinasihati dan di kawal dari melakukan perkara-perkara sumbang dan maksiat. Jangan biarkan mereka berhari raya sebagai mana penganut agama lain, seperti mengadakan pertunjukan pentas, menyediakan minuman keras, bergaul antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti bersalam-salaman di antara satu sama lain, tari-menari, memakai pakaian mendedahkan aurat yang menjolok mata dan sebagainya.

Marilah kita insafi dan kita hapuskan tradisi kebatilan yang sedang bermaharajalela dalam masyarakat kita. Marilah kita raikan Idul Fitri dengan mematuhi syariat dan roh keislaman, kunjung-mengunjung, menghubungkan silaturrahim, bermaaf-maafan di antara satu sama lain, kerana kiranya maksiat dan dosa terus bermaharajalela dalam sebuah masyarakat atau negara, pasti tuhan akan menurunkan bala sebagai balasan. Janganlah ibadat selama sebulan ini kita hancurkan dengan perbuatan mungkar. Di manakah letaknya keimanan kita? Beranikah kita melanggar perintah larangan Allah S.W.T.? Firman Allah S.W.T.

 

Bermaksud : Dan apabila sampai tempoh hendak membinasakan penduduk sebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-melampau itu dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya” .

[Surah al-Isra’ 16]

Akhirnya marilah kita menghayati kata-kata seorang ulama Abu Yazid al-Bustami menyebut:

لَيْسَ الْعِيدُ لَمنْ لَبِسَ الْجَدِيد وَلكن العيد لِمَن زَاد التٌّقَى

“Bukanlah  hari raya itu bagi orang (yang hanya) berpakaian baru semata-mata, dan bukan pula bagi mereka yang menyediakan makanan semata-mata akan tetapi hari raya itu bagi mereka yang menambahkan ketaqwaan kepada Allah  dan takutkan balasan-Nya di akhirat nanti.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبراهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيْمَ. وَبَارِكْ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهيمَ  فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

اَللَّهُمَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤمِنَاتِ وَالْمُسلِمِيْنَ والمسلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلاَمَ والمسلِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَالمسلِمِيْنَ, وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالمشرِكِيْنَ, وَالنِّفَاقَ والمنافِقِيْنَ, وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلاَءِ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَنَا وَيَصُدُّوْنَنَا عَنْ سَبِيْلِ اللهِ.

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِى فِلَسْطِيْنَ, وَفِى الْعِرَاقِ, وَفِى شِيْشَانَ, وَفِى كَشْمِيْر وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ, وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ, وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ, وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ, وَيَا مُجْرِىَ السَّحَابِ, وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ, اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا اَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أُعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.