Bagaimanakah wanita yang uzur(haid) mendapat ganjaran Lailatul Qadr?

Antara kesilapan besar golongan wanita yang haid ialah mereka beranggapan tidak dapat beribadat pada 10 akhir Ramadan disebabkan keuzuran mereka. oleh itu mereka menghabiskan masa mereka dengan perkara yang tidak bermanfaat langsung. Sebenarnya mereka masih sempat merebut keutamaan lailatul qadar seperti orang lain.

Juwaibir pernah mengatakan bahawa dia pernah bertanya pada Adh Dhohak, “Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya dalam keadaan berdzikir), apakah mereka dapat mendapatkan bagian dari lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya, mereka tetap bisa mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.”[ Latho-if Al Ma’arif]
Dari riwayat ini menunjukkan bahawa wanita haidh, nifas dan musafir tetap bisa mendapatkan bagian lailatul qadar. Namun karena wanita haidh dan nifas tidak boleh melaksanakan shalat ketika kondisi seperti itu, maka dia boleh melakukan amalan ketaatan lainnya. Yang dapat wanita haidh lakukan ketika itu adalah, SUMBER: http://pbasmkps.blogspot.com/2010/09/bagaimana-wanita-haid-menghidupkan.html

Secara asasnya wanita yang haid boleh melakukan semua perkara yang dicadangkan dalam artikel :https://abuawatif.wordpress.com/2012/08/07/lailatul-qadar-mahukah-kita-perolehinya-setiap-tahun/

kecuali solat, memegang mushaf, membaca al-Qur’an dan tawaf dan memasuki masjid.

(a) Berniat untuk menghidupkan lailatul Qadr sebelum datangnya 10 malam terakhir untuk beribadah bersungguh seperti membaca al-Qur’an, solat terawih, solat tahajjud, memperbanyakkan solat-solat sunat. Sekiranya dia datang haid pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadan dia berniat sekiranya dia tidak haid dia akan melakukan ibadat yang dilarang semasa haid seperti solat dan membaca al-Qur’an. Seseorang yang berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan seperti wanita berniat untuk membaca al-Qur’an atau solat pada sepuluh malam terakhir tetapi dia terhalang untuk melakukannya kerana datang haid maka dia akan mendapat pahala . Ini berdasarkan hadith riwayat Imam Muslim:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ:كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزَاةٍ فَقَالَ:”إِنَّ بِالْمَدِينَةِ لَرِجَالًا مَا سِرْتُمْ مَسِيرًا وَلَا قَطَعْتُمْ وَادِيًا إِلَّا كَانُوا مَعَكُمْ حَبَسَهُمْ الْمَرَضُ”{رواه مسلم}.

Dari Jabir (r.a) katanya: Kami bersama dengan Nabi (s.a.e) dalam satu peperangan. Baginda bersabda: Sesungguhnya di Madinah ada lelaki yang bersama kamu apabila kamu melalui satu perjalanan atau melintasi satu lembah Cuma mereka terhalang untuk bersama kita kerana sakit.”

Menurut Imam Nawawi semasa mengulas hadith ini:

فَضِيلَة النِّيَّة فِي الْخَيْر، وَأَنَّ مَنْ نَوَى الْغَزْو وَغَيْره مِنْ الطَّاعَات فَعَرَضَ لَهُ عُذْر مَنَعَهُ حَصَلَ لَهُ ثَوَاب نِيَّته، وَأَنَّهُ كُلَّمَا أَكْثَرَ مِنْ التَّأَسُّف عَلَى فَوَات ذَلِكَ، وَتَمَنَّى كَوْنه مَعَ الْغُزَاة وَنَحْوهمْ كَثُرَ ثَوَابه”.

“Kelebihan berniat melakukan suatu kebaikan. Sesiapa yang berniat untuk berperang atau melakukan ketaatan, tiba-tiba ada keuzuran yang menghalangnya dari melakukan ketaatan tersebut maka dia mendapat paha niatanya, dan jika dia semakin dia merasa sedih atas ketidakmampuannya untuk melakukan perkara tersebut,dia dia sangat berharap untuk melakukan amalan tersebut, maka semakin besar pahalanya.

Pengarang kitab al-Jawab al-Kafi syarah kepada kitab hadith 40 Imam Nawawi menyebut:

:”من نوى عملا صالحا، فمنعه من القيام به عذر قاهر، من مرض أو وفاة أو نحو ذلك فإنه يثاب عليه

Maksudnya: Sesiapa yang berniat melakukan sesuatu amal soleh, tetapi dia terhalang dari melakukan perkara tersebut kerana suatu keuzuran seperti sakit, kematian atau seumpamanya maka dia akan mendapat pahala.

(b) Memperbanyakkan Zikrullah

Harus bagi seorang wanita yang haid untuk berzikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir. Letaklah sasaran setiap hari supaya masa anda diisi dengan sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh wanita lain yang tidak uzur. Contohnya setiap zikir tersebut dibaca seribu kali sebagai ganti kepada ibadat solat atau membaca al-Qur’an.

(c) Memperbanyakkan doa khususnya doa diajar oleh Rasul (s.a.w) kepada Sayyidah ‘Aisyah sekiranya bertemu dengan malam al-Qadar iaitu   اَللَّهُمَّإِنَّكَعَفُوٌّكَرِيْمٌتٌحِبُّالْعَفْوَفَاعْفُعَنِّي  Maksudnya:“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan mulia, kamu suka memaafkan, maafkan aku.”HR Imam al-Tirmizi.

(d) Memperbanyakkan istighfar khususnya di 1/3 akhir malam

(e) Memperbanyakkan bersedekah.

(f) Menjawab azan sekiranya mendengar azan

(g) Menyediakan juadah berbuka puasa atau memberi makan kepada orang yang berbuka puasa

(h) Berdakwah ke jalan Allah seperti menggalakkan dan memberi sokongan kepada suami dan anak-anak untuk menghidupkan malam al-Qadar

(i) Membaca blog. Contohnya artikel saya yang berjudul : Menangis kerana takutkan dan rindukan Allah:

 (j) Mendengar bacaan al-Qur’an

(k) Menonton siaran langsung solat terawih dari Mekah seperti yang disiarkan dalam TV 1, TV 2, atau dari Madinah di TV al-Hijrah

(l) Mendengar radio IKIM F.M

(m) Berfacebook  sesama wanita yang uzur  membincangkan perkara-perkara yang menghampirkan diri kepada Allah (s.w.t). Rujuk artikel berikut:

1. Melayari internet dengan pertimbangan iman: https://abuawatif.wordpress.com/2010/04/15/khutbah-jumaat-melayari-internet-dengan-pertimbangan-iman/

2. Berfacebook dengan pertimbangan iman:

https://abuawatif.wordpress.com/2010/04/06/berfacebooklah-dengan-pertimbangan-iman/

(n) Memberi hadiah

(o) Mengadakan halakah ilmiah dan usrah khususnya kepada wanita-wanita yang tinggal beramai-ramai seperti di asrama

(p) Menyebarkan SMS yang berfaedah

(q) Memikirkan tentang kejadian alam, kehebatan ciptaan Allah (s.w.t).

(r) Berusaha menghidupkan sunnah Nabi (s.a.w) yang dilakukan sepanjang tempoh antara maghrib sehingga terbit fajar seperti membaca doa sebelum dan selepas makan, doa masuk tandas dan sebagainya

(s) Memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam seperti yang dialami oleh umat Islam di Syria dan Myanmar

(t) Membaca bahan-bahan ilmiah yang berfaedah seperti buku, majalah

(u) Membantu anak-anak atau adik belajar atau menyiapkan kerja rumah

(v) . Melakukan aktiviti persiapan harian untuk keesokan hari pada waktu malam seperti membasuh baju, pinggan mangkuk, menggosok baju suami, mengemas rumah dengan harapan mendapat ganjaran pahala dari sisi Allah (s.w.t)

 (w) Mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir sebelum tidur seperti membaca Allahu Akbar 33x, Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x

(x) Membaca doa bangun tidur

(y) Menyediakan juadah sahur untuk suami dan anak-anak dengan ikhlas

(z) Membanyakkan bentuk-bentuk ibadat yang lain seperti menjalinkan hubungan silaturrahim dengan saudara mara seperti berhubung dengan ibu bapa yang jauh.

Rujukan:

1.http://www.fatawah.com/Fatawah/445.aspx

2. http://www.oliivia.com/vb/showthread.php?t=4883

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MALAM LAILATUL QADAR SECARA KHUSUSNYA WANITA UZUR  

1.JANGAN BUANG MASA DENGAN MENONTON RANCANGAN TELEVISYEN YANG TIDAK BERFAEDAH. TIADA HALANGAN UNTUK MENONTON RANCANGAN YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH (SWT) SEPERTI SIARAN DALAM TV AL-HIJRAH DAN ASTRO OASIS.

2. KELUAR RUMAH SEPERTI PERGI KE PASARAYA  DALAM KEADAAN TIDAK  MENUTUP AURAT…INI BUKAN SAHAJA UNTUK WANITA YANG UZUR TETAPI UNTUK SEMUA WANITA. BERSYUKURLAH ALLAH TIDAK MENCATATKAN AMALAN KEBURUKAN YANG KITA LAKUKAN PADA MALAM LAILATUL QADAR SELAMA 83 TAHUN 4 BULAN, KALAU ALLAH CATATKAN DOSA BAYANGKAN ANDA MENDAPAT DOSA TIDAK  MENUTUP AURAT SELAMA 83 TAHUN 4 BULAN? JANGANLAH ANDA SENDIRI YANG MEMBUKA PINTU NERAKA PADA BULAN ALLAH MENUTUP PINTU NERAKA KERANA WANITA YANG TIDAK  MENUTUP AURAT TIDAK MENCIUM BAU SYURGA SEPERTI DALAM HADITH RIWAYAT IMAM MUSLIM

Advertisements

One response to “Bagaimanakah wanita yang uzur(haid) mendapat ganjaran Lailatul Qadr?

  1. alhamdulillah, dapat baca ilmu yg bermanfaat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s