Latar Belakang Penubuhan al-Ikhwan al-Muslimun Syria.
3.2.1 Pengasasan al-Ikhwan al-Muslimun Syria.
Kajian tidak dapat memastikan tarikh yang tepat tentang kemunculan al-Ikhwan al-Muslimun Syria. al-Ikhwan al-Muslimun Syria terbentuk melalui kombinasi beberapa pertubuhan Islam di Syria.[1] Pertubuhan tersebut ialah :
(a)Syabab Muhammad
Abu Sa،ud ،Abd al-Salam telah menubuhkan Jam،iyyah al-Rabitah al-Diniyyah li Syabab Muhammad pada tahun 1934 di Hims.[2]
(b)Dar al-Arqam atau al-Syubban al-Muslimun
Dar al-Arqam ditubuhkan di Halab dibawah pimpinan ،Umar Baha’ al-Amiri[3] pada tahun 1937. Dar al-Arqam yang asalnya merupakan kelab kebudayaan dan sukan telah bertukar menjadi Dar al-Syubban al-Muslimun.[4]
(c)Cawangan al-Ikhwan al-Muslimun Mesir di Hamah.
Pertubuhan di atas diasaskan oleh Muhammad al-Hamid bersama-sama rakan-rakannya seperti ،Abd-Allah al-Hallaq, Munir Lutfi, Munir al-Hurani, al-Haj ،Abd al-Ghani al-Sa،ati dan ،Abd al-Ghani al-Hamid.[5]
Pertubuhan-pertubuhan tersebut akhirnya disatukan atas nama Jam،iyyah al-Ikhwan al-Muslimin di antara tahun 1945 dan 1946. Mustafa al-Siba،i telah dipilih sebagai Muraqib al-،Am,al-Ikhwan al-MuslimunSyria dan Lubnan yang pertama.[6]
Jam،iyyah al-Ikhwan al-Muslimin berkembang dengan cepat dan mengepalai pertubuhan Islam yang lain sejak pilihanraya 1947 sehingga sekarang. Mereka telah melalui pelbagai peringkat dan memberi kesan kepada perkembangan politik di Syria.[7] Pada peringkat awal penubuhan, al-Ikhwan al-MuslimunSyria di bawah pimpinan Mustafa al-Siba،i telah melaksanakan program-program berikut :
(a) membentuk al-Lujnah al-Markaziyyah al-،ulya.
(b) menerbitkan risalah berkaitan pergerakan yang bertajuk: Ahdafuna wa Mabadiuna(Matlamat dan Prinsip Kami) pada tahun 1945.
(c) gerakan menentang French Mandate pada tahun 1945.
(d) mengasaskan organisasi Futuwwah pada Ogos 1946. Organisasi tersebut berfungsi sebagai satu mukhayyam besar untuk melatih anggotanya menggunakan senjata di samping aktiviti lain seperti sukan dan kebudayaan. [8]
(e) menubuhkan sekolah-sekolah di setiap muhafazah serta mengadakan kelas-kelas malam.
(f) menyediakan khidmat kesihatan terutamanya di kawasan-kawasan kampung dan kediaman terpencil.
(g) Menerbitkan beberapa akhbar seperti :
–al-Manar dan al-Liwasebagai akhbar harian.
–al-Syihab sebagai akhbar mingguan[9].
3.2.2 Struktur Awal Organisasi al-Ikhwan al-MuslimunSyria dan Lubnan.
Struktur organisasi Jam،iyyah al-Ikhwan al-Muslimin Syria hampir sama dengan al-Ikhwan al-Muslimun Mesir. Organisasi Jam،iyyah al-Ikhwan al-Muslimun Syria pada peringkat penubuhannya boleh dilihat seperti berikut :
(a) Markaz Damsyik (Markaz al-،Ulya)
Markaz Damsyik dijadikan pusat Lujnah al-Markaziyyah al-،Ulyayang diketuai oleh Muraqib al–،Am. Beliau dibantu oleh 25 orang anggota lain yang dilantik melalui pemilihan al-Mu’tamar al-،Am.
(b) Markaz Muhafazah
Di bawah Markaz al-،Ulya terdapat markaz mengikut muhafazah. Setiap markaz diselia oleh seorang ketua yang dilantik.
(c) al-Qada’
Setiap bahagian al-Qada’ dipimpin oleh seorang ketua yang dilantik.
(d) al-Syu،bah
Di bandar-bandar yang besar terdapat al-Syu،bah (cawangan) mengikut Hayy(kampung).
(a) al-Usrah
Merupakan unit terkecil dalam organisasi. Setiap usrah dipimpin oleh naqib yang dilantik. Pada kebiasaannya usrah dianggotai antara lima hingga sebelas orang ahli.
Terdapat beberapa lujnah yang ditubuhkan dalam al-Ikhwan al-Muslimun iaitu Lujnah al-Thaqafiyyah, Lujnah mukafahah al-Ummiyyah, Lujnah al-Tullab, Lujnah al-Ummah dan Lujnah al-Ta‘awun.
al-Lujnah al-Thaqafiyyah menjadi penaung kepada Madaris al-Jam‘iyyah. Antara madrasah yang termasyhur ialah al-Ma،had al-،Arabi al-Islamiyang diasaskan pada tahun 1945 dengan kerjasama Jam،iyyah al-Tamaddun al-Islami. Di samping itu lujnah di atas turut mengendalikan aktiviti kebudayaan yang lain. Daripada sudut ekonomi pula, al-Ikhwan al-Muslimun melaksanakan program ekonomi dalam bentuk kerjasama seperti al-Syarikah al-Ta،awuniyyah di Damsyik dan Halab serta al-Syarikah al-Tiba،ah wa al-Nasyr.[10]
Mustafa al-Siba،i menggambarkan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun dalam tempoh ini dengan menyebut :
“Pergerakan kita bukanlah satu persatuan atau parti politik tetapi merupakan gerakan kerohanian yang diterima oleh manusia sejagat. Ia merupakan satu revolusi baru.”[11]
3.2.3 Penubuhan Rabitah al-،Ulama’(1946)
Pada tahun 1946 Rabitah al-،Ulama’ diasaskan. Pertubuhan tersebut mendapat sambutan daripada ulama Syria. Rabitah al-،Ulama’ merupakan kombinasi al-Jam،iyyah al-Islamiyyah. Melalui pertubuhan ini, ulama secara sulit memberi bantuan dan sokongan kepada gerakan al-Ikhwan al-Muslimun dan aktiviti Islam yang diadakan oleh kumpulan Islam yang lain.[12]
3.2.4 Pilihanraya Hay’ah Ta’sisiyyah(1947)
Pada tahun 1947, pilihanraya Hay’ah Ta’sisiyyah diadakan. Pilihanraya tersebut melibatkan pertandingan di antara dua kumpulan utama iaitu kumpulan Mustafa al-Siba،i dan kumpulan yang mendapat sokongan negara luar. Dalam pilihanraya tersebut Mustafa al-Siba،i menang satu kerusi. Ketika membincangkan rang undang-undang Hay’ah Ta’sisiyyah, Mustafa al-Siba،i telah membuat dua tuntutan iaitu Islam sebagai agama rasmi negara dan Islam sebagai sumber utama perundangan. Tuntutan ini menyebabkan rang undang-undang Syria menyatakan:
(a)Islam sebagai salah satu sumber perundangan.
(b)Agama bagi presiden negara ialah Islam.
(c)Matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan generasi yang beriman kepada Allah s.w.t.
Kegagalan Mustafa al-Siba،i di dalam membuat tuntutan yang lebih komprehensif telah menimbulkan kemarahan ulama Syria.[13]
3.2.5 Peperangan Islam-Yahudi di Palestin(1948)
Deklarasi Balfour yang dimeterai semasa Perang Dunia I telah memudahkan orang Yahudi memasuki Palestin. Sepanjang tempoh 1917-1947 berlaku penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin. Pada tahun 1947 mereka mengisytiharkan negara Israel. Pengisytiharan tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam menyebabkan berlakunya Peperangan Islam-Yahudi 1948. Umat Islam Syria termasuklah al-Ikhwan al-Muslimun turut berjuang mempertahankan kiblat kedua.[14]
[1] Dr.Umar F.Abd-Allah(1983), op.cit., hal.91, Fathi Yakan(1987), Islam Fikrah,Harakah dan Perubahan, Hj.Mohd Tahir Daeng Mengati(terj.), Alor Setar: Pustaka Ikhwan, hal.103, Sa،id Hawwa(1988d), op.cit., hal.42, al-Habib al-Janhani(1989), op.cit., hal.116, R.Hrair Dekmajian (1989), al-Usuliyyah fi al- ،Alam al-،Arabi, Sa،id ،Abd al-Warith(terj.), Kaherah: Dar al-Wafa’, hal.164.
[2] al-Habib al-Janhani(1989), op. cit., hal.116.
[3] Beliau dilahirkan di Halab pada tahun 1918. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Damsyik dalam bidang undang-undang dan Universiti Serbonne dalam bidang Sastera dan Fiqh Lughah. Beliau terlibat dalam Perang Islam-Yahudi(1948). Beliau pernah mengajar di Universiti Muhammad al-Khamis di Pas, Maghribi, Dar al-Hadith al-Husniyah, di Ribat. Beliau merupakan seorang penyair. Sila lihat: Yusuf(1999a), op.cit., j.2, hal.72.
[4] Fathi Yakan(1987), op.cit., hal.103, Sa،id Hawwa(1988d), op.cit., hal.42.
[5]Ahmad al-Jawwad(t.t), al-Mahamid fi al-Sirah al-Syaikh Muhammad al-Hamid, hal.10, Temubual dengan Dr.Ahmad al-Jawwad pada 21 Februari 2000.
[6] Dr.Umar F. Abd-Allah(1983), op.cit., hal.91, Fathi Yakan(1987), op.cit., hal.103, Sa،id Hawwa (1988d), op.cit., hal.42, al-Habib al-Janhani(1989), op.cit., hal.116, R. Hrair Dekmajian(1989) op.cit., hal.164.
[7] al-Habib al-Janhani(1989), op.cit., hal.115.
[8] al-Habib al-Janhani(1989), op.cit., hal.116.
[9] ، Adnan Sa،d al-Din(1998), op.cit., hal.5-6.
[10] Ibid.
[11] Dr.Umar F.Abd- Allah(1983), op.cit., hal.21, R.Hrair Dekmejian(1989), op.cit., hal.164.
[12] Dr.Umar F. Abd- Allah(1983), op.cit., hal.33-34.
[13] Sa،id Hawwa(1988d), op.cit., hal 21.
[14] Fathi Yakan(1987), op.cit., hal.104, Sa،id Hawwa(1988d), op.cit., hal.42.