AMALAN AHLI SYURGA: HADITH-HADITH PILIHAN DARI KITAB RIYADUSSOLIHIN

HADITH 1: PEMBUNUH DAN YANG DIBUNUH MASUK SYURGA (HADITH 24)

وعن أبي هريرة رضي الله عنه  أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم  قَالَ : (( يَضْحَكُ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى إِلَى رَجُلَيْنِ يقْتلُ أَحَدهُمَا الآخَرَ يَدْخُلانِ الجَنَّةَ ، يُقَاتِلُ هَذَا في سَبيلِ اللهِ فَيُقْتَلُ ، ثُمَّ يتُوبُ اللهُ عَلَى القَاتلِ فَيُسْلِم فَيُسْتَشْهَدُ )) مُتَّفَقٌ عليه .

Dan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah (s.a.w.) bersabda:

“Allah (s.w.t)  tertawa – merasa senang – kepada dua orang yang seorang membunuh pada lainnya, kemudian keduanya dapat memasuki syurga.

Seorang dari mereka berdua berperang fisabilillah kemudian ia dibunuh, selanjutnya Allah menerima taubat orang yang membunuhnya tadi, kemudian dia memeluk Islam dan selanjutnya dibunuh  pula sebagai seorang syahid.” (Muttafaq ‘alaih)

HADITH 2: BERSABAR ATAS KEHILANGAN ORANG YANG DISAYANGI(HADITH 32)

وعن أبي هريرة رضي الله عنه : أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : (( يَقُولُ اللهُ تَعَالَى : مَا لعَبدِي المُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ  مِنْ أهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إلاَّ الجَنَّةَ )) رواه البخاري

Dari Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulullah (s.a.w) bersabda: Berfirman Allah (s.w.t):

“Tidak ada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang mu’min di sisi-Ku, di waktu Aku

mengambil – mematikan – kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keridhaanAllah, melainkan orang itu akan mendapatkan syurga.” (Riwayat Bukhari)

 

 

HADITH 3: BERSABAR (HADITH 34)

 

وعن أنس رضي الله عنه ، قَالَ : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم، يقول : (( إنَّ الله عزوجل ، قَالَ : إِذَا ابْتَلَيْتُ عبدي بحَبيبتَيه فَصَبرَ عَوَّضتُهُ مِنْهُمَا الجَنَّةَ )) يريد عينيه ، رواه البخاري .

Dari Anas r.a., katanya: “Saya mendengar Rasululiah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla berfirman:

“Jikalau Aku menguji  hamba-Ku dengan melenyapkan kedua matanya- iaitu  menjadi buta, kemudian ia bersabar, maka untuknya akan kuberi ganti syurga kerana kehilangan keduanya yakni kedua matanya itu.” (Riwayat Bukhari)

HADITH 4: BERSABAR ATAS KESAKITAN (HADITH 35)

 

وعن عطَاء بن أبي رَباحٍ ، قَالَ : قَالَ لي ابنُ عَباسٍ رضي اللهُ عنهما : ألاَ أُريكَ امْرَأةً مِنْ أَهْلِ الجَنَّة ؟ فَقُلْتُ: بَلَى، قَالَ : هذِهِ المَرْأةُ السَّوداءُ أتتِ النَّبيَّ r، فَقَالَتْ : إنّي أُصْرَعُ([1]) ، وإِنِّي أتَكَشَّفُ ، فادْعُ الله تَعَالَى لي . قَالَ : (( إنْ شئْتِ صَبَرتِ وَلَكِ الجَنَّةُ ، وَإنْ شئْتِ دَعَوتُ الله تَعَالَى أنْ يُعَافِيكِ )) فَقَالَتْ : أَصْبِرُ ، فَقَالَتْ : إنِّي أتَكَشَّفُ فَادعُ الله أنْ لا أَتَكَشَّف ، فَدَعَا لَهَا . مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah, katanya: “Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bertanya kepadaku: “Apakah engkau suka saya tunjukkan seorang wanita yang tergolong ahli syurga?”

Saya berkata: “Baiklah.” Ia berkata lagi: “Wanita hitam itu pernah datang kepada Nabi s.a.w.lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini terserang oleh penyakit dirasuk jin dan oleh sebab itu lalu saya membuka aurat tubuhku. Oleh kerananya haraplah tuan mendoakan untuk saya kepada Allah – agar saya sembuh.”

Baginda s.a.w. bersabda: “Jikalau engkau suka hendaklah bersabar saja dan untukmu adalah syurga, tetapi jikalau engkau suka maka saya akan mendoakan untukmu kepada Allah Ta’ala agar penyakitmu itu disembuhkan olehNya.”

Wanita itu lalu berkata: “Saya bersabar,” lalu katanya pula: “Sesungguhnya kerana penyakititu, saya membuka aurat tubuh saya. Kalau begitu sudilah Tuan mendoakan saja untuk sayakepada Allah agar saya tidak sampai membuka aurat tubuh itu.” Nabi s.a.w. lalu mendoakan untuknya – sebagaimana yang dikehendakinya itu.” (Muttafaq ‘alaih)


([1]) من الصرع وهو مرض معروف نسأل الله العافية .

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s