Khutbah Jumaat Sempena Kedatangan Ramadan

أما بعد ، فيا أيها المسلمون اتقوا الله وراقبوه ، وأطيعوه ولا تعصوه .. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ التوبة 119.

Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.

Firman Allah (s.w.t):

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

  1. sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. Surah al-Nahl

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)F

Hari ini 2  ramadan 1436H. Musim melipatgandakan amalan soleh  dan meraih pelbagai ganjaran dari sisi Allah (s.w.t) tiba lagi. Tanpa kita sedari kita mula meninggalkan satu pertiga pertama dari bulan Ramadan. Di hadapan kita tinggal 19 hari atau 20 hari untuk kita meninggalkan bulan Ramadan yang merupakan satu dari makhluk Allah (s.w.t) yang Allah ciptakan untuk kita umat Islam bersungguh-sungguh menghidupkannya.Firman Allah (s.w.t):

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ

  1. Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. Surah al-Tawbah

Antara bulan-bulan ini Allah (s.w.t) memilih bulan Ramadan sebagai bulan yang diberikan beberapa kelebihan seperti Sabda Nabi (s.a.w) bersabda: Allah berfirman: ” Setiap amal anak adam adalah untuk anak adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku dan aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai, Maka apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah bercakap perkataan-perkataan keji, dan jangan mengucapkan perkataan yang kasar.  Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah mengatakan : “Aku ini berpuasa ! Aku ini berpuasa ! “.Demi Allah, yang diri Muhammad dalam genggaman-Nya, Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila dia berbuka , dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya.( HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

Sangat banyak bentuk amalan yang boleh dilakuakn oleh kita pada bulan yang mulia ini, Oleh itu khatib mengajak  para Jemaah berusaha melakukan tiga perkara iaitu

Pertama: Meningkatkan kualiti ibadat yang wajib disamping menambahkan ibadat sunat

Kedua: Membersihkan harta dari sumber yang haram

Ketiga: Menghidupkan amalan sedekah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Sabda Rasul (s.a.w):

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قَالَ : قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم   : (( إنَّ الله تَعَالَى قَالَ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدي بشَيءٍ أَحَبَّ إلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقرَّبُ إلَيَّ بالنَّوافِلِ حَتَّى أحِبَّهُ ،))

رواه البخاري

Maksdunya:“Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya.”

Justeru itu kita sebagai umat Nabi Muhammad saw perlu merebut peluang keemasan ini  dengan memperbanyakkan amalan di samping meningkatkan kualiti amalan-amalan fardu dan menambah amalan-amalan sunat.Antara contoh amalan wajib yang merupakan kewajipan fardu kifayah ialah Solat berjemaah lima waktu sehari semalam.Sabda Rasulullah saw

صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة.

Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.

Antara amalan yang perlu diperbaiki oleh kita, janganlah kita datang ke masjid untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih sahaja tetapi marilah kita makmurkan rumah Allah di setiap waktu solat terutama solat fardu subuh…

Amat malang sekali apabila ada segelintir umat Islam yang berpuasa tetapi tidak solat atau yang bersungguh-sungguh solat sunat terawih yang hukumnya sunat tetapi solat lima waktunya belum mencukupi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t):

Kedua: Membersihkan harta dari Riba dan sumber yang haram

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Nabi (s.a.w) dalam banyak hadith menekankan kepada kita untuk menguruskan harta kita dengan cara yang betul dan jangan kita gagal dalam ujian pengurusan harta apabila harta tersebut diperolehi dari sumber yang haram atau cara yang haram seperti riba, rasuah, tidak amanah, menipu dan juga apabila harta tersebut dibelanjakan pada tujuan kemaksiatan atau berlaku pembazaran. Ia juga menjadi ujian apabila harta itu tidak ditunaikan haknya yang wajib berupa zakat.

عن ْكَعْبِ بْنِ عِيَاضٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:

  إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ

Maksudnya: Dari Ka’ab bin ‘Iyad berkata aku mendengar Nabi Saw bersabda: Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada cabaran dan fitnah dan ujian bagi umatku adalah harta. HR al-Tirmizi no. 2336 dan berkata al-Tirmizi  Hadith Hasan Sohih Gharib, Ibn Hibban no. 2470,  dan al-Hakim jild 4, hal. 318, Ahmad).

Marilah kita mengingati pesanan Rasullullah(s.a.w) kepada golongan yang hanya tamakkan kekayaan tanpa mempedulikan cara pendapatannya. Baginda (s.a.w) juga mengingatkan seperti mana hadith riwayat Imam al-Bukhari ( no. 1954) Bab Orang tidak mempedulikan dari mana harta diperolehi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

 يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلَالِ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ

Maksudnya: Akan sampai satu masa di mana manusia tidak mempedulikan sumber pendapatannya adakah dari sumber yang halal atau haram.

Marilah sama-sama pada bulan yang mulia ini kita bersihkan harta benda yang diperolehi dengan cara yang haram seperti membeli kereta, rumah atau mengambil insurans dengan membuat pinjaman berasaskan sistem riba. Ingat dosa riba  adalah satu dosa yang sangat besar kerana pemakan dan pemberi riba disebut sebagai golongan yang memerangi Allah (s.w.t) dan Rasul (s.a.w). Firman Allah (s.w.t):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ}

  1. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
  2. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Surah al-Baqarah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Menurut Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil serta tidak mahu meninggalkan “saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia berada dalam posisi peperangan dengan Allah (s.w.t)n dan rasul-Nya (s.a.w)

Berhubung dengan ayat ini Imam Malik bin Anas berkata:

Saya telah membuka lembaran-lembaran kitab Allah dan sunnah Nabi (s.a.w), maka aku tidak dapati  (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah (s.w.t) mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya.

Justeru sempena bulan Ramadan marilah kita menukarkan urusan kita dalam pinjaman seperti  pinjaman kereta, perumahan, modal, peribadi dari system konvensional yang mempunyai unsur bunga, faedah dan interest merupakan satu bentuk riba yang diharamkan Allah (s.w.t).  Sanggupkah kita datang ke masjid untuk beribadat pada bulan yang mulia ini untuk solat berjemaah atau terawih sedangkan kereta yang kita pandu tersebut menggunakan pinjaman riba, kereta kita menjadi kereta yang berperang dengan Allah (s.w.t)!!!

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t) Riba juga boleh berlaku dalam akaun simpanan dan pelaburan seperti akauan pelaburan dengan pulangan tetap ( fixed deposit account) dan akauan simpanan konvensional yang menjanjikan kadar faedah tetap sekitar 0.1 ke o.2 peratus.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Dibulan ramadan ini marilah kita menukarkan  penggunaan kad kredit konvensional yang menetapkan syarat riba dalam kontrak jual belinya kepada kad kredit dan kad caj Islam seperti yang  disediakan oleh bank-bank tempat seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank Islamic, Am Islamic Bank, BSN Aiman kad. Rajhi Debit dan Charge Kad dan banyak lagi…

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Mulai Ramadan tahun ini marilah kita bersihkan segala urusan jual beli kita dari unsur riba dengan memilih system insuran Islam. Ringkasnya sangat banyak bentuk riba yang diharamkan dalam Islam yang tidak dapat dihuraikan di atas minbar Jumaat ini yang memerlukan kepada penjelasan yang detail. Ringkasnya khatib ingin mengajak sidang Jumaat supaya memastikan kita jauh dari dosa riba supaya kita tidak ditimpa azab oleh Allah (s.w.t)

Diriwayatkan dari   Abdullah bin Mas’ud bahawa Nabi saw bersabda:

مَا ظَهْرَ فِي قَوْمٍ الزِّنَى وَالرِّبَا ، إِلا أَحَلُوا بِأَنْفُسِهِمْ عِقَابَ اللَّهِ جَلا وَعَلا

Maksudnya: Tidak zahirnya secara meluas riba dan zina melainkan , tandanya adalah mereka telah menghalalkan (bagi turunnya) azab Allah ke atas mereka.

HR Ibnu Hibban no. hadith 4502.  Berkata Syu’aib al-Aranaut : Hadith Hasan Lighayrih

Ketiga: Menghidupkan amalan sedekah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Sedekah adalah merupakan satu cara untuk menjana ekonomi umat. DI dalam al-Qur’an dan hadith sangat banyak ayat yang menggalakkan kita bersedekah, berinfaq serta membelanjakan harta di jalan Allah (s.w.t).  Lihat sahaja di awal juzuk tiga dalam surah al-Baqarah Allah (s.w.t) menerangkan menyebut tentang sedekah dan infaq lebih  kurang tiga muka surat meliputi 14 ayat

Allah (s.w.t) menjanjikan keberkatan kepada mereka yang bersedekah. Sabda Rasul (s.a.w)

وعن أَبي هريرة رضي الله عنه  : أن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم   ، قَالَ : (( مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ إلاَّ مَلَكانِ يَنْزلاَنِ ، فَيقُولُ أحَدُهُمَا : اللَّهُمَّ أعْطِ مُنْفقاً خَلَفاً ، وَيَقُولُ الآخَرُ : اللَّهُمَّ أعْطِ مُمْسِكاً تلَفاً ))  مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

Tiada suatu haripun yang semua hamba Allah berpagi-pagi padahari itu, melainkan ada dua malaikat yang turun – kebumi, yang satu berkata: “Ya Allah, berikanlah kepada orang yang memberikan nafkah akan gantinya,” sedang yang lainnya berkata: “Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan – hartanya dan enggan menafkahkan akan kerosakan – menjadi habis samasekali.” (Muttafaq ‘alaih)

Marilah kita mencontohi para sahabat yang sangat pemurah seperti Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan berbilion demi Islam. Antaranya

(1)Menjual tanah beliau dengan harga 40 ribu dinar emas yang nilai semasa sebanyak dan wang itu dibahagikan kepada suku Zuhrah, para ummahatul mukminin dan fakir miskin

(2) Memberi infaq sebanyak 400 dinar emas kepada setiap seorang bekas tentera perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang

Marilah kita memperbanyak sedekah pada bulan yang mulia sebagaimana yang dilakukan oleh Rasul (s.a.w)

وعن ابن عباس رضي الله عنهما ، قَالَ : كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم  أجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ ، فَلَرَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم  ، حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ. متفقٌ عَلَيْهِ .

Dari     Ibnu     Abbas    radhiallahu     ‘anhuma,    katanya: “Rasulullah   s.a.w.   itu   adalah   sedermawan-dermawannya   para manusia dan lebih-lebih lagi kedermawaannya itu ialah dalam bulan  Ramadhan ketika ditemui oleh Jibril. Jibril itu menemui beliau s.a.w. pada setiap malam bulan Ramadhan lalu membacakan al-Quran padanya. Maka niscayalah Rasulullah s.a.w. itu, ketika ditemui oleh Jibril,adalah lebih dermawan dalam memberikan kebaikan daripada angin yang dilepaskan tiupannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Sidang Jumaat

Kita tidak akan mampu bersedekah sekiranya kita tidak memeliki harta. Justeru pada bulan Ramadan kita meningkatkan produktiviti kerja, menggiatkan usaha-usaha menjana ekonomi umat Islam berdasarkan system ekonomi Islam. Kita sangat memerlukan kepada tokoh-tokoh usahawan dan dermawan yang menjadikan taqwa sebagai paksi dalam urusan mereka sebagaimana yang ingin dicapai dari ibadat puasa.

Firman Allah (s.w.t):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

باَرَكَ اللّهُ لِى وَلَكُم فِي القرآنِ الْعَظِيم ، وَنَفَعَنِي وَإيَّاكُم بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيم، وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُم وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَات والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات فَاسْتَغْفِرُوه إِنَّهُ هُوَ الْغًفُورُ الرَّحيم

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s