BEBERAPA BIMBINGAN NABI SAW UNTUK MENGURUS LIDAH

JANGAN JADIKAN LIDAH DAN KEMALUAN MENJADI SEBAB KE NERAKA

Nabi saw memberitahu kepada kita bahawa sebab manusia di campakkan ke dalam api neraka ialah gagal mengawal lidah dan kemaluan.

عن أَبي هريرة رضي الله عنه ، قَالَ : سُئِلَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم  عَنْ أكثرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ ؟ قَالَ : ((  تَقْوَى اللهِ وَحُسنُ الخُلُقِ )) ، وَسُئِلَ عَنْ أكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ : ((  الفَمُ وَالفَرْجُ )) رواه الترمذي، وقال : (( حديث حسن صحيح )).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: “Bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budipekerti.” Beliau ditanya pula tentang apakah sebagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Baginda saw menjawab:

“IAITU KERANA PERBUATAN MULUT DAN KEMALUAN”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

ZIKIR ATAU DIAM

Marilah kita isi saat Ramadan ini dengan  menyebut  zikrullah, membaca al-Qur’an, berselawat ke atas Nabi saw, beristighfar, nasihat-menasihati, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Inilah  bimbingan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw

عن أَبي هريرة رضي الله عنه ، عن النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : (( مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ )) متفق عَلَيْهِ 1511- أخرجه : البخاري 8/125 (6475) ، ومسلم 1/49 (47) (74) .

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau – kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja.” (Muttafaq ‘alaih)

Jangan kita membuang masa untuk membincangkan perkara-perkara lagha dan remeh yang tidak memberi keuntungan dunia apatah lagi keuntungan akhirat.

Justeru itu pastikan lidah kita sentiasa basah kerana mengingati Allah :

عن ابن عمر رضي الله عنهما ، قَالَ : قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم :

 (( لا تُكْثِرُوا الكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ؛ فَإنَّ كَثْرَةَ الكَلاَمِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ ! وإنَّ أبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ القَلْبُ القَاسِي )) . رواه الترمذي .

Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: «

Janganlah engkau semua BANYAK BERCAKAP, selain daripada  BERZIKIR KEPADA ALLAH, sebab sesungguhnya banyaknya bercakap selain dari mengingati Allah menyebabkan hati menjadi keras dan sesung­guhnya SEJAUH-JAUH MANUSIA DARI ALLAH ialah yang BERHATI KERAS,”

JAMINAN SYURGA UNTUK MEREKA YANG MENJAGA LIDAH

Betapa hebatnya mereka yang berjaya mengurus lidah dan kemaluan, mereka di jamin syurga oleh Allah s.w.t!

عن سهل بن سعد ، قَالَ : قَالَ رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : (( مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الجَنَّةَ )) متفق عَلَيْهِ .

“Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan menjaga  apa yang ada di antara kedua tulang rahangnya – iaitu mulut – serta  apa yang ada antara kedua kakinya – iaitu kemaluannya, maka saya memberikan jaminan syurga untuknya.”

BERFIKIRLAH SEBELUM BERCAKAP

Oleh itu bagi mengelakkan kita dari dihumban oleh Allah s.w.t ke  neraka kerana dosa lidah, Nabi s.a.w membimbing kita untuk berfikir sebelum bercakap. Benarlah kata ungkapan “ lidah tidak bertulang” dan “ terlajak sampan boleh kembali, terlajak kata tidak boleh berundur, kerana mulut santan binasa.

عن أَبي هريرة رضي الله عنه : أنَّه سمع النبيَّ صلى الله عليه وسلم يقول :

(( إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِ والمَغْرِبِ )) متفق عَلَيْهِ .

1514- أخرجه : البخاري 8/125 (6477) ، ومسلم 8/223 (2988) (50) .

Bersabda Nabi  s.a.w

Sesungguhnya seseorang hamba itu berbicara dengan suatu perkataan yang tidak ia fikirkan – baik atau buruknya, maka dengan sebab perkataannya itu ia tergelincir ke neraka yang jaraknya lebih jauh daripada jarak antara sudut timur dan sudut barat”

Moga sedikit panduan ini membantu kita untuk mengurus lidah dan tulisan kita di media sosial.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s