NOTA 5 RAMADAN “ SAAT UNTUK BERBAKTI KEPADA IBU BAPA”

CATATAN: SAYA MEMOHON MAAF KERANA NOTA PADA HARI INI PANJANG . SUDILAH KIRANYA SAHABAT-SAHABAT MEMBACANYA SAMPAI HABIS…

Sepanjang bulan Ramadan sebahagian kita menumpukan pada amalan-amalan sunat seperti membaca al-Qur’an, berzikir, sponsor majlis berbuka puasa, solat terawih tetapi mengabaikan sebahagian dari amalan-amalan wajib seperti solat jemaah. Mereka hanya hadir solat Isyak dan terawih sahaja tetapi solat bersendirian pada solat-solat fardu yang lain,  bahkan kerana kejahilan ada orang yang datang solat terawih tetapi tidak solat Isyak sehingga seorang sahabat saya membuat perbandingan di facebook “ Orang yang solat terawih tapi tak solat Isyak seperti orang yang memakai baju tetapi tidak memakai seluar.” Inilah sebahagian dari fenomena kejahilan yang menimpa sebahagian kecil dari kita. Amalan sunat adalah to pup kepada amalan wajib. Ingat pesanan Rasul s.a.w:

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قَالَ : قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم   : (( إنَّ الله تَعَالَى قَالَ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدي بشَيءٍ أَحَبَّ إلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقرَّبُ إلَيَّ بالنَّوافِلِ حَتَّى أحِبَّهُ ،))

رواه البخاري

Maksudnya:“Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya.”

Dalam nota kali ini saya ingin berkongsi berkaitan satu amalan wajib yang sangat tinggi kedudukannya…ianya selepas kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Ianya BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA.”

Firman Allah (s.w.t) dalam ayat 23 surah al-Isra’ Allah s.w.t berfirman:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً .. الإسراء23

  1. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Sabda Rasulullah (s.a.w):

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قَالَ : سألت      النبي صلى الله عليه وسلم : أيُّ العَمَلِ أحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى ؟ قَالَ : (( الصَّلاةُ عَلَى وَقْتِهَا )) ، قُلْتُ : ثُمَّ أي ؟ قَالَ : (( بِرُّ الوَالِدَيْنِ )) ، قُلْتُ : ثُمَّ أيٌّ ؟ قَالَ : (( الجِهَادُ في سبيلِ الله )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .

Dari Abu Abdirrahman yaitu Abdullah bin Mas’ud r.a., katanya: Saya bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Manakah amalan yang lebih tercinta disisi Allah?” Beliau menjawab: “ Solat menurut waktunya.” Saya bertanya pula: “Kemudian apakah?” Beliau menjawab: “Berbakti kepada orang tua.” Saya bertanya pula: “Kemudian apakah?” Beliau menjawab: “Yaitu berjihad fisabilillah.” (Muttafaq ‘alaih)

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA  merupakan akhlak yang wajib ada pada seorang yang bertaqwa. Besarnya ganjaran berbakti kepada kedua ibu bapa, Nabi Saw memberitahu kita bahawa berbakti kepada mereka menjadi salah satu penyebab untuk kita masuk ke syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِي اللهُ عَنْهُ – عَن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال : ” رَغِمَ أنْفُ ، ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ، ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدِهِماَ أَوْ كِلَيْهِمَا ، فَلَمْ يَدْخُلْ الـْجَنَّةَ ” أخرجه مسلم

 

Dari Abu Hurairah (r.a). pula dari Nabi (s.a.w.) bersabda: ” Amat hinalah! Amat malanglah! Amat rugilah!  orang yang sempat menemui kedua ibu bapanya di kala usia tua, baik salah satu atau keduanya, tetapi orang tadi tidak dapat masuk syurga – kerana tidak berbakti kepada orang tuanya.” (Riwayat Muslim)

KHAWATEER-JASA IBU BAPA TAK TERBALAS

Kita sering melihat dimedia eletronik khususnya media social gambar atau video anak mendukung ibu atau bapa di masjidil Haram…Ini suatu yang baik untuk dikongsikan..

Seorang sahabat menceritakan seorang rakannya membeli rumah baru dan mengutamakan ibunya kena menjadikan master bedroom untuk ibunya. Katanya inilah ruang untuk saya membalas jasa ibu saya. Saya sendiri tak tahu berapa lama dia akan hidup..Jadi saya nak berbakti kepadanya…

Seorang sahabat rapat saya berhenti kerja sebagai pensyarah universiti yang menjanjikan gaji yang lumayan dan membuka madrasah  untuk duduk dekat dengan ibunya yang sudah dimamah usia! Dia ingin berbakti.

Tetapi semua ini tidak akan dapat membalas jasa ibu kita walaupun setitik peluh yang dikeluarkan oleh ibu kita saat dia melahirkan kita!

عَنْ أَبِي بُرْدَة أَنَّهُ شَهِدَ ابْنُ عُمَرَ وَرَجُلٌ يَطُوْفُ بِالْبَيْت ، وَقَدْ حَمَلَ أُمَّهَ وَرَاءَ ظَهْرِهِ يَقُولُ :

 إِنِّي لَهَا بَعِيْرُهَا الْمُذَلَّلْ  #  إِنْ أُذْعِرَتْ رُكَّابُهَا لَمْ أُذْعَر ،

 ثُمَّ قَالَ لابْنِ عُمَرَ : أَتَرَانِي جَزَيْتُهَا ؟ أَتَرَانِي جَزَيْتُهَا ؟ قَالَ : لاَ ، وَلاَ بِزَفْرَةٍ وَاحِدَة ، أخرجه البخاري في الأدب المفرد ،

Dari Abu Burdah bahawa dia melihat Ibnu Umar dan seorang lelaki yang sedang tawaf di Ka’bah. Lelaki itu telah mendukungkan ibunya di belakangnya sambil berkata:

Sesungguhnya diriku adalah tunggangan ibu yang sangat patuh.

Apabila tunggangan yang lain lari, maka aku tidak akan lari

 

Lelaki itu bertanya: Adakah kamu melihat saya telah membalas kebaikannya? Adakah kamu melihat saya telah membalas kebaikannya? Jawab Ibnu Umar: Ia tidak membalas jasa ibunya  walaupun satu nafas yang dia keluarkan ketika melahirkan kamu . HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad.

KISAH-KISAH YANG MENYINGGUNG HATI

Dalam hadith kisah Juraij al-A’bid yang mengutamakan  solat sunat dari panggilan ibu sehingga ibunya berdoa yang tidak baik dan Allah swt telah memakbulkan doanya.  Juraij difitnah oleh pelacur. Pelacur wanita telah menggoda Juraij di tempat ibadatnya tetapi Juraij tidak melayannya sehingga apabila wanita pelacur itu melahirkan ANAK  lalu dia mendakwa dia berzina dengan Juraij sehingga orang ramai meruntuhkan tempat ibadatnya. Walaubagaimanapun Allah swt  menunjukkan kekuasaannya apabila bayi yang dikandung pelacur tersebut menyatakan bahawa dia adalah anak hasil perzinaan ibunya dengan pengembala kambing. Apa kesalahan Juraij? Juraij mengutamakan yang sunat dari yang wajib sehingga ibunya tersinggung ! Allah makbulkan doa seorang ibu!

Demikian juga kisah ‘Alqamah yang tidak dapat mengucap kerana mengutamakan isteri dari ibu!!!

Kita amat sedih apabila membaca atau mendengar atau melihat berita anak-anak derhaka pada hari ini! Berapa ramai ibu dan bapa yang dihantar oleh anak-anak ke rumah orang tua dengan alasan sibuk! Apabila ditinjau latar belakang pendidikan kesemua anaknya merupakan graduan universiti! Berapa anak yang rumahnya hanya beberapa meter dari rumah ibunya tetapi mereka tidak ada masa untuk menziarahi ibu, menatap wajah ibu, mencium pipinya, memeluknya…jangan nanti apabila dia sudah pergi barulah kita bersungguh-sungguh meminta orang menunggu kita…nak menatap wajahnya buat kali terakhir padahal semasa hidup…semasa Allah memberi nikmat kita bersamanya …kita tidak menatap wajahnya sepuas-puasnya..Bagaimana anak yang telah terjebak dengan dadah sanggup mencederakan ibunya sendiri kerana ingin mendapatkan duit bagi memenuhi kehendaknya nafsunya? Dia lupa bahawa yang disakiti adalah ibu kandung yang melahirkannya!

Di sini dicatatkan beberapa kisah untuk dijadikan pengiktibaran

KISAH BENAR 1

Seorang guru yang berasal dari  sebuah negeri  dan bertugas di sebuah negeri yang menjadi penghubungnya  pengangkutan udara. Telah berumahtangga, apabila pulang ke negeri asalnya pada cuti sekolah, dia langsung tidak menjenguk ibunya. Dia hanya pulang ke kampung isterinya sahaja…Inilah sikapnya setiap kali  cuti persekolahan…Tidak tahu atas sebab apa sehinggalah pada satu hari beliau menerima berita kematian ibunya…Tergerak di hatinya untuk pulang menatap wajah bondanya yang sekalian lima tidak dilihat dan ditakdirkan Allah (s.w.t) semua tiket penerbangan sudah habis…maka tidaklah dapat dia melihat wajah bondanya untuk kali yang terakhir!

KISAH BENAR II

Seorang ibu dihantar ke salah sebuah rumah orang tua oleh seorang anak. Selepas menghantar ibunya, si anak langsung tidak menziarahi si ibu sehinggalah si ibu meninggal dunia. Apabila meninggal dua, pihak rumah orang tua cuba berhubung dengan anaknya tetapi tidak berjaya. Dua tahun selepas itu anaknya muncul di rumah orang tua itu…Katanya ibunya ada di situ lalu dia menyebut namanya…Penjaga  rumah orang tua itu berkata tidak ada…akhirnya apabila di buat semakan,benar nama si ibu ada tetapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu!

KISAH BENAR III

Si ibu sangat sedih apabila anak-anaknya yang berjaya sibuk dengan kerjaya mereka sehingga tidak ada masa untuk berbakti untuk ibu. Mereka meninggalkan si ibu di rumah orang tua yang sama seperti dalam kisah benar II. Seorang ustaz menziarahi si ibu dan mendengar luahan rasa si ibu. Ustaz tersebut kemudiannya berceramah di sebuah masjid di ibu kota dan menceritakan kisah si ibu dalam kuliahnya…Selesai kuliah seorang wanita datang kepadanya dalam keadaan teresak-esak. Dia mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana menyedarkannya. Wanita itu adalah anak kepada si ibu…Alhamdulillah Allah (s.w.t)  masih memberi kesempatan kepadanya untuk menebus kesalahan…

Daripada kisah-kisah ini…inikah balasan yang diterima oleh seorang ibu!

Marilah kita merenung  petikan khutbah yang disampaikan oleh Syaikh Solah al-Budayr, Imam Masjid Nabawi pada 28 Mei 2010…Pembaca khutbahnya menangis dan pendengarnya juga menangis. Antaranya beliau menyebut:


أيها المسلمون .. إن المصاب الممرض والبلاء المرمض والعيش الممض عقوقُ البنين والبنات للأباء والأمهات ..عقوقٌ لا تنقضي قصصه ومآسيه ، ولا تنتهي غصصه ومخازيه ، أنشد مكلوم بعقوق ولده :

قد أطرق على شجى …وأغضى منه على القذا …وتحمل منه مضض الأذى
كم حسرةٍ لي في الحشا …من ولد إذا نشا …أملت فيه رشده فما نشا كما أشا .
كبيرة وجريرة توجب غضب الله وسخطه وعذابه ،

 

Wahai umat Islam! Sesungguhnya musibah yang menyakitkan dan bala yang memedihkan serta kehidupan yang sengsara ialah apabila anak-anak lelaki dan perempuan  menderhakai ibu bapa…kisah-kisah dan musibah penderhakaan anak-anak terhadap ibu bapa yang tidak berakhir…

Seorang yang terluka kerana anaknya yang derhaka merintih:

“Betapa dukacitanya aku , apabila seorang anak yang aku harapkan membesar sebagai seorang yang bijak,  tetapi dia tidak menjadi seperti yang aku mahukan,   dia besar sebagai anak  yang derhaka, derhaka yang pasti mendapat kemurkaan Allah dan azab-Nya.

فما أعظم دناءة العاق وخسته ، ومهانته ورذالته ، وسفاهته وحماقته ! لما بلغ والداه الكبر وذوى عودهما وانحنى عمودهما ، قابلهما بالجحود والنكران والهجران والنسيان والقطيعة والحرمان .. استبدل الوفا بالجفا ، والصفا بالأذى والبذا ، إن سئل بخل ، وإن عوتب جهِل ، وإن رُجي خيَّب ، وإن طُلب تغيب .. لا يجيب إلا عنفا ، ولا يعطي إلا خوفا ، ولا يعرف إلا سوف .. نسي أن أمر الوالدين مطاع ، نسي أن أمر الوالدين مطاع ، وحقهما لا يضاع ، فويلٌ للعاق ، فويلٌ للعاق يومَ ركب مطية العقوق ، وسار في ركب أهل الفجور والفسوق ، ويلٌ للعاق يوم أضجر والديه وأبكاهما ، وأحزنهما وأشقاهما ، وأرقهما وآذاهما ، وتركهما يعانيان كرب الأشجان ومرارة الأحزان لوالديه

 

Begitu keji, hina, buruk dan bodoh sekali  orang yang menderhakai kedua ibu bapanya! Apabila kedua-dua ibunya mencapai usia tua, mereka sudah bongkok..dia berjumpa dengan keduanya dengan melawannya, menyisihkan, melupakannya dan tidak mempedulikannya…dia telah membalas jasa keduanya sebelum ini dengan menyakiti mereka, dengan mulut yang celupar, dia telah membalas  sesuatu  yang suci dengan kekerasan, apabila dia diminta oleh kedua ibu bapanya dia akan kedekut, apabila dia diharapkan oleh kedua orang tuanya, dia mengecewakan kedua ibu bapanya,  apabila pertolongan diperlukan dia tidak ada, dia tidak menjawab melainkan dengan kekasaran,dia lupa akan tanggungjawab untuk mentaati keduanya, pada hal hak mereka tidak boleh dilupakan, kecelakaan besar bagi mereka yang menderhakai kedua ibu bapa,  pada hari dia menderhakainya, dan dia mengikuti jalan orang yang berdosa dan melakukan maksiat, pada hari dia menyebabkan ibu bapanya tidak tenang dan menyebabkan mereka menangis, dia menyedihkan dan menyusahkan keduanya, dia menyakiti keduanya dan meninggalkan kedua ibu bapanya menderita kesedihaan dan berduka lara dan mengalami kepahitan bersedih..


أيها العاق ، الناسي لما يجب عليه ، الغافل عما بين يديه ، كيف تعامل والديك بالازدراء والإهمال ، والاحتقار والإذلال ، والتسويف والمِطَال ، وتقدم عليما الزوجة والعيال ، والأصحاب والأموال وقد بلغت مبلغ الرجال ، وعلقا عليك – بعد الله –الآمال ، وانتظرا منك البر والإجلال والعطف والوصال ، كيف تطلب رضا مولاك وقد عققت أمك وأباك ، كيف تطلب رضا مولاك وقد عققت أمك وأباك ، كيف هجرت أمك ، كيف هجرت أمك ،كيف هجرت أمك وقد أطارت لأجلك الوسن ، وأخدمت لأجلك البدن ، وسقتك من ثديها اللبن ، وصيَّرتْ حجرها لك المنزل والسكن ، وتحملت لأجلك التعب والنصَب والوهن .
وإن أصابك هم أو حزن أصابها الغم والكرب والشجن ، وآثرتك على نفسها وتمنت حياتك ، وتمنت حياتك – ولو بموتها – ..

Wahai orang yang menderhakai kepada kedua ibu bapa! Yang lupa akan kewajipannya! Yang lalai akan ibu bapa yang berada dihadapannya! Bagaimana anda berinteraksi dengan kedua ibu bapa anda dengan penghinaan dan mengabaikan mereka, dengan memandang kecil dan rendah terhadap mereka, dan anda bertangguh-tangguh dan melewatkan. Kamu dahulukan isteri dan anak-anak! Kamu dahulukan rakan-rakan dan harta benda! Sedangkan anda sudah menjadi seorang yang dewasa..Sedangkan kedua-duanya bergantung harapan padamu- selepas Allah, mereka berdua menanti-nanti bakti, penghormatan, kasih sayang dan  silaturrahim darimu…Bagaimana anda memohon reda Allah sedangkan kamu menderhakai kedua ibu bapamu? Bagaimana anda memohon reda Allah sedangkan kamu menderhakai kedua ibu bapamu? Bagaimana anda tidak menyapa ibumu? Bagaimana anda tinggalkan ibumu? Bagaimana…Sedangkan dia telah berjaga malam kerana memenuhi keperluanmu, mengerah tenaga keranamu, dia menyusukanmu, dia menjadikan pangkuannya sebagai rumah dan tempat tinggalmu! Ibumu yang sanggup berpenat, berletih keranamu…sekiranya kamu merasa rungsing dan sedih, dia juga akan merasa risau dan susah hati, dia mengutamakan dirimu lebih dari dirinya sendiri, dia mengharapkan kamu akan terus hidup, dia mengharapkan kamu terus hidup walaupun dirinya akan mati!

 

Ingat  jika kita inginkan anak-anak kita berbakti kepada kita, maka janganlah kita lupa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita.

فعن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ” بروا آباءكم تبركم أبناؤكم ، وعفوا تعفَّ نساؤكمأخرجه الحاكم والطبراني ،

Dari Ibnu Umar ra berkata: Bersabda rasulullah (s.a.w): Berbaktilah kepada ibu-bapa kamu nanti anak kamu akan berbakti kepadamu, jagalah maruahmu, isteri kamu akan menjaga maruahnya…HR al-Hakim dan al-Tabarani,

 

 

MENCONTOHI KEBAKTIAN ABU HURAIRAH R.A …

                Kerana sayangkan ibu Abu Hurairah tidak pernah mengenal erti putus asa dalam mengajak ibunya kepada Islam. Mengakhiri nota panjang hari ini penulis persembahkan kisah Abu Hurairah yang tercatat dalam kitab Sahih Muslim, Kitab Fadilat-Fadilat Sahabat

عَنْ أَبِي كَثِيرٍ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ أَدْعُو أُمِّي إِلَى الْإِسْلَامِ وَهِيَ مُشْرِكَةٌ فَدَعَوْتُهَا يَوْمًا فَأَسْمَعَتْنِي فِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْرَهُ فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي

Dari Abu Kathir Yazid  bin Abdul Rahman, aku diberitahu oleh Abu Hurairah,dahulu, saya sering mengajak ibu saya untuk masuk Islam, ketika ia masih musyrik. Pada suatu hari saya mengajaknya untuk masuk ke dalam Islam, tetapi ia mengutarakan kata-kata yang tidak saya sukai tentang diri Rasulullah s.a.w.  Kemudian saya datang menemui Rasulullah sambil menangis

 قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ أَدْعُو أُمِّي إِلَى الْإِسْلَامِ فَتَأْبَى عَلَيَّ فَدَعَوْتُهَا الْيَوْمَ فَأَسْمَعَتْنِي فِيكَ مَا أَكْرَهُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَهْدِيَ أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ

Saya berkata; Ya Rasulullah, saya sering mengajak ibu saya untuk masuk Islam, tetapi ia selalu menolak dan malah mengucapkan kepada saya kata-kata yang tidak saya sukai tentang engkau. Oleh karena itu mohonkanlah kepada Allah agar ibu saya mendapatkan petunjuk dan hidayah-Nya.’

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ اهْدِ أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ

Setelah mendengar penjelasan saya. Rasulullah langsung berdo’a:

‘Ya Allah, berikanlah hidayah kepada ibu Abu Hurairah!

 فَخَرَجْتُ مُسْتَبْشِرًا بِدَعْوَةِ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Lalu saya kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana doa Rasulullah tersebut.

 فَلَمَّا جِئْتُ فَصِرْتُ إِلَى الْبَابِ فَإِذَا هُوَ مُجَافٌ فَسَمِعَتْ أُمِّي خَشْفَ قَدَمَيَّ فَقَالَتْ مَكَانَكَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ وَسَمِعْتُ خَضْخَضَةَ الْمَاءِ

Setibanya di rumah, saya mendapati pintu rumah masih tertutup. lbu saya mendengar derap langkah saya lalu berkata; Hai Abu Hurairah, tunggulah sejenak! ‘ Kemudian saya mendengar suara tumpahan air.

 قَالَ فَاغْتَسَلَتْ وَلَبِسَتْ دِرْعَهَا وَعَجِلَتْ عَنْ خِمَارِهَا فَفَتَحَتْ الْبَابَ ثُمَّ قَالَتْ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Ternyata ibu saya sedang mandi. Ia segera berpakaian dan mengenakan tudung. Ia membuka pintu seraya berkata;

Hai Abu Hurairah, sekarang aku bersaksi bahwasanya tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwasanya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.

 قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ وَأَنَا أَبْكِي مِنْ الْفَرَحِ

Abu Hurairah berkata; Lalu saya kembali lagi kepada RasuluIlah saw. Saya datangi beliau sambil menangis karena perasaan gembira.

قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَبْشِرْ قَدْ اسْتَجَابَ اللَّهُ دَعْوَتَكَ وَهَدَى أُمَّ أَبِي هُرَيْرَةَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ خَيْرًا

Saya berkata; ‘Ya Rasulullah, saya sungguh senang dan gembira, AIIah telah mengabulkan doa engkau. Dan Allah telah memberikan hidayah-Nya kepada ibu saya.Rasulullah saw memuji Allah dan mengucapkan syukur kepadaNya

قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُحَبِّبَنِي أَنَا وَأُمِّي إِلَى عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ وَيُحَبِّبَهُمْ إِلَيْنَا

Saya berkata; ‘Ya Rasulullah, mohonkanlah kepada Allah agar saya dan ibu saya mencintai orang-orang mukmin dan mereka juga mencintai kami!

 قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ هَذَا يَعْنِي أَبَا هُرَيْرَةَ وَأُمَّهُ إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيْهِمْ الْمُؤْمِنِينَ فَمَا خُلِقَ مُؤْمِنٌ يَسْمَعُ بِي وَلَا يَرَانِي إِلَّا أَحَبَّنِي

Kemudian Rasulullah berdoa;

‘Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu yang kecil ini (yaitu Abu Hurairah dan ibunya) cinta kepada orang-orang mukmin serta jadikanlah mereka cinta kepada keduanya! ‘

Maka tidak ada seorang mukmin yang mendengar nama saya dan tidak bertemu dengan saya melainkan ia cinta kepada saya.

KESIMPULAN

Pada bulan yang mulia ini…marilah kita mengambil kesempatan untuk meningkatkan bakti kita kepada ibu kita…kepada ayah kita selama mana mereka masih hidup…berkreatiflah dan berfikirlah bagaimana kita akan berbakti kepada kedua ibu bapa kita dan bakti kepada mereka tidak akan berakhir dengan kematian bahkan bakti kepada mereka adalah selama-lamanya dan jasa mereka sama sekali tidak akan terbalas.

اللَّهُمَّ مَتِّعْ وَالِدِينَا بَأَسْمَاعِهِم وَأَبْصَارِهِم وَقُوَّتِهِم مَا أَحْيَيتَهُم. اللَّهُمَّ مَتِّعْهُمْ  بِالصِّحَةِ والْعَافِيةِ وَطُولِ الْعُمُرِ في طَاعَتِكَ  وَ سَعَةِ الأَرْزَاقِ . اللَّهُمَّ  مَن كَانَ  مِنْهُم مَيِّتاً فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ واعْفُ عَنْهُ وارْفَعْ دَرَجَتِهِ في العِلِّيين وَاجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجِنَان

“Ya Allah berilah kedua ibu bapa kami menikmati nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan selagi mana mereka masih hidup. Ya Allah berilah kepada mereka nikmat kesihatan, keafiatan, umur yang panjang dalam melakukan ketaatan kepadamu dan mendapat keluasan rezeki-Mu. Ya Allah sesiapa di kalangan mereka yang mati, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, berikan keafiatan, maafkan dia, angkatlah darjatnya bersama golongan yang mendapat kedudukan yang tinggi dan jadikan kuburnya taman dari taman-taman syurga.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s