NOTA 6 RAMADAN “ QUR’AN FAJAR”

Firman Allah (s.w.t)

 (أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا) الإسراء/78 ،

Maksudnya: “Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Berhubung dengan ayat ini Abu Hurairah meriwayatkan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (فَضْلُ صَلَاةِ الْجَمِيعِ عَلَى صَلَاةِ الْوَاحِدِ خَمْسٌ وَعِشْرُونَ دَرَجَةً ، وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ ، يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ : اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ : (وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا) رواه البخاري (4717) ومسلم (649) .

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw bersabda:
“Kelebihan solat yang dilakukan secara berjemaah ke atas solat yang dilakukan secara individu ialah 25 darjat. Malaikat malam berkumpul dengan malaikat siang dalam solat subuh. Berkata Ibnu ‘ Abbas bacalah jika anda mahu firman Allah:
” Laksanakanlah solat subuh. Sungguh solat subuh itu disaksikan oleh Malaikat.”

Terdapat dua pandangan berkaitan maksud “ Quran Fajar” dalam ayat di atas:

(a)Qur’an yang dibaca  di dalam solat subuh. Ini merupakan pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Qatadah dan lain-lain. Pandangan ini dipilih oleh Ibnu Jarir al-Tabari.

 :
” وأما قوله : (وَقُرْآنَ الْفَجْرِ) فإن معناه : وأقم قرآن الفجر : أي ما تقرأ به صلاة الفجر من القرآن ، والقرآن معطوف على الصلاة في قوله : (أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ) ….(إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا) يقول : إن ما تقرأ به في صلاة الفجر من القرآن كان مشهودا ، يشهده فيما ذكر ملائكة الليل وملائكة النهار ، وبالذي قلنا في ذلك قال أهل التأويل ، وجاءت الآثار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم” انتهى من ” جامع البيان ” (17/520) .

“Adapun firman Allah (s.w.t): Dan Quran Fajar iaitu tunaikan qur’an fajar iaitu apa yang dibaca dari al-Qur’an dalam solat subuh.  Maksud sesungguhnya Qur’an Fajar disaksikan maksudnya: “ Apa yang dibaca dalam solat subuh dari al-Qur’an…ia disaksi oleh malaikat malam dan siang.. pandangan kami ini  juga dipilih oleh ahli ta’wil dan telah datang riwayat dari Rasul saw (Jami’ al-Bayan, jilid 17, hal. 250)

(b) Solat subuh

Ini merupakan pandangan Ibnu Kathir

وقال الحافظ ابن كثير رحمه الله :
“وقوله تعالى : (وَقُرْآنَ الْفَجْرِ) يعني : صلاة الفجر” انتهى من “تفسير القرآن العظيم” (5/102) .

Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah: Qur’an Fajar ialah solat subuh.

Bacaan  al-Qur’an solat subuh:

Ayat surah al-Isra’ menjelaskan kelebihan membaca al-Qur’an dalam solat subuh kerana ia disaksikan oleh malaikat.

Berhubung bacaan dalam solat sama ada solat fardu atau solat sunat, Profesor Dr. Ibrahim bin ‘Aliyy al—Abid melalui kajian ilmiahnya dalam buku berwasit mengupas dengan panjang berkaitan bacaan Nabi saw dalam solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat. Tajuk buku beliau ialah:

آحاديث وآثار القراءة في الصلاة

“ Hadith dan Athar yang disebut berhubung bacaan al-Qur’an dalam solat.”

Dalam kajiannya ini beliau menyebut 22 hadith dan 32 Athar berkaitan bacaan Rasulullah saw  dan para sahabat dalam solat fardu subuh.

Berdasarkan hadith-hadith yang sahih dapatlah dirumuskan beberapa perkara berkaitan bacaan dalam solat subuh

* Sunnah memanjangkan bacaan dalam solat subuh berbanding solat-solat yang lain.

عن جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَحَضَتْ الشَّمْسُ صَلَّى الظُّهْرَ وَقَرَأَ بِنَحْوٍ مِنْ وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى وَالْعَصْرَ كَذَلِكَ وَالصَّلَوَاتِ كَذَلِكَ إِلا الصُّبْحَ فَإِنَّهُ كَانَ يُطِيلُهَا

Dari Jabir bin Samurah berkata: Adalah  Nabi (s.a.w)  apabila tergelincir matahari, baginda mengerjakan solat zohor dan membaca dengan kadar panjang surah وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى.  Dalam solat Asar baginda membaca  sepertinya dan dalam solat Subuh dengan bacaan yang lebih panjang dari itu  ( HR Abu Daud)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قال : ” مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ أَحَدٍ أَشْبَهَ صَلَاةً بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ فُلَانٍ فَصَلَّيْنَا وَرَاءَ ذَلِكَ الْإِنْسَانِ وَكَانَ يُطِيلُ الْأُولَيَيْنِ مِنَ الظُّهْرِ وَيُخَفِّفُ فِي الْأُخْرَيَيْنِ وَيُخَفِّفُ فِي الْعَصْرِ وَيَقْرَأُ فِي الْمَغْرِبِ بِقِصَارِ الْمُفَصَّلِ وَيَقْرَأُ فِي الْعِشَاءِ بِالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَأَشْبَاهِهَا وَيَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ بِسُورَتَيْنِ طَوِيلَتَيْنِ ” .

سنن النسائى الصغرى » كِتَاب الطَّهَارَةِرقم الحديث: 972

Dari Abu Hurairah (r.a) berkata: Aku tidak pernah solat di belakang seorang yang hampir sama dengan Rasul dari si fulan. Kami solat di belakang lelaki tersebut. Dia memanjangkan dua rakaat pertama solat zohor, dan memendekkan dua rakaat terakhir dari solat zohor, meringankan solat Asar, membaca dalam solat maghrib surah-surah Qisar al-Mufassal ( surah al-Duha sehingga surah al-Nas), dan membaca dalam solat Isyak dengan وَ الشَّمْسِ وَضُحَاهَا dan yang panjang sepertinya, dan baginda membaca dalam solat subuh dua surah yang panjang.

* Nabi s.a.w membaca dalam solat subuh dengan Tiwal al-Mufassal (Surah Tiwal al-Mufassal bermula dengan surah al-Hujurat atau Qaf sehingga surah al-Naba)’dan lebih panjang dari itu. Antaranya Nabi saw pernah membaca

(a)surah al-Rum ( 6 ¼ m.s) [ HR al-Nasai no.947, bab bacaan dalam solat subuh dengan surah al-Rum, ,

(b)Surah al-Saffat ( 7 m/s, 182 ayat.

Dari Ibnu Umar r.a berkata:

كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنَا بالتَّخْفِيفِ، وَيَؤُمُّنَا بالصَّافات))

Maksudnya: Adalah Rasul saw memerintahkan kami untuk meringankan bacaan. Baginda mengimamkan kami dengan membaca surah al-Saffat.

[HR al-Nasa’i, no. 826, Ahmad, jil. 2, hal. 26, Abu Ya’la, no. 5445, Ibnu Huzaimah dalam sahihnya, no. 1606, Ibn Hibban, no. 1817, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 13194 dan al-Baihaqi dalam sunannya, jil. 3, hal. 118. Menurut Profesor Ibrahim ‘Ali al-‘Abid, sanadnya hasan.

Dalam riwayat Abu Ya’la dari Yazid bin Harun, dan dalam riwayat Ibnu Hibban dari Yazid bin Harun dan Syababah bin Siwar al-Madaini kedua-duanya dari Abi Zaib ada tambahan:

(( في صلاة الفجر))

…Nabi mengimamkan kami membaca surah al-Saffat dalam solat subuh.

(c) Nabi saw membaca surah al-Fath (4 ½ m.s, 29 ayat) seperti dalam riwayat Abdul Razzaq dalam musannafnya dari Abu Barazah r.a (Hadith 2732)

* Pada masa yang lain Nabi saw juga membaca Awsat al-Mufassal  iaitu dari surah al-Naba’ sehingga surah al-Duha,  Dalam hadith ‘Amru bin Hurayth Nabi (s.a.w) membaca dalam solat subuh surah al-Takwir [ HR Muslim, no. 456, baba bacaan dalam solat subuh, al-Nasa’I, Ahmad, al-Tayalisi, Abdul Razzaq, al-Syafi’i, al-Humaydi]

* Tiada surah yang khusus untuk dibaca dalam solat subuh kecuali pada pagi Jumaat.

Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْجُمُعَةِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ وَهَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنْ الدَّهْرِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam shalat subuh membaca: “ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan ‘HAL ATAA ‘ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan).” (HR. Al-Bukhari no.  891 dan Muslim no. 879)

Kadar panjang bacaan Nabi (s.a.w) dalam solat subuh

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الأَسْلَمِيِّ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقْرَأُ فِي الْفَجْرِ ، مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ آيَةً.

صحيح مسلم » كِتَاب الصَّلَاةِ » بَاب الْقِرَاءَةِ فِي الصُّبْحِ رقم الحديث: 708

Hadis Abu Barzah r.a:
Rasulullah s.a.w membaca ayat-ayat Al-Quran semasa sembahyang Subuh sebanyak enam puluh hingga seratus ayat.

Bacaan Pendek Dalam solat subuh kerana musafir atau tangisan bayi atau sebab lain

Berdasarkan hadith-hadith Nabi (s.a.w) ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi (s.a.w)  pernah membaca dalam solat subuh surah al-Zalzalah, al-Ma’uztayn (surah al-Falaq dan al-Nas, surah al-Kafirun dan al-Nas.( Lihar riwayat-riwayat ini dalam kitab  hadith dan Athar bacaan dalam solat) Antara hadith-hadith ini:

1)

عَن مُعَاذ بن عبد الله الجهني أَنَّ رَجُلاً مِن جَهِينَة  أخبره أَنَّهُ سَمِعَ  النَّبِي يَقْرأْ فِي الصُّبحِ (( إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرض))  فِي الرَّكْعَتَينِ كِلْتَيْهِما، فَلاَ أَدْرِي أَنَسِي رَسولُ الله صلى الله عليه وسلم أَمْ قَرَأ ذَلِكَ عَمْداً

Dari Muaz bin Abdullah al-Juhani bahawa seorang lelaki Juhainah memberitahu bahawa dia pernah mendengar Nabi (s.a.w) membaca dalam solat subuh surah al-Zalzalah. Ia dibaca pada rakaat pertama dan rakaat kedua. Menurutnya dia tidak adakah bacaan tersebut kerana Rasul (s.a.w) lupa atau sengaja. (HR Abu Daud, no. 816, kitab solat, bab lelaki mengulang surah yang sama dalam dua rakaat dan al-Baihaqi dalam sunannya, jilid 2 , hal. 390, Menurut Imam Nawawi hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang sahih. (al-Majmu’, jilid 3, hal. 384). Berkata al-Hafiz Ibn Hajar perawi-perawinya adalah thiqah (Nataij al-Afkar Fi Takhrij al-Azkar).

2) Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam musannaf ( jilid 2, hal. 57), Abdul Razzaq dalam Musannaf ( jilid 2, hal. 365, no. 3724) dan Abu Daud dalam al-Marasil. No. 39, dari Ibnu Sabit:

أنَّ رَسولَ الله صلى الله عليه وسلم قَرَأَ  في الرَّكْعَةِ الأُولَى بِسُورَةٍ  نَحواً مِنْ سِتِّين آَيَةً  فَسَمِعَ بُكَاءَ صَبِيٍّ . قال: فَقَرأَ فِي الثَّانِيةِ  بِثَلاثِ أياتٍ

Maksudnya: (( Bahawa Rasul s.a.w membaca dalam rakaat pertama satu surah sekitar 60 ayat, kemudian Nabi (s.a.w) mendengar tangisan bayi.” Baginda membaca pada rakaat kedua tiga ayat sahaja.))

Menurut Dr. Ibrahim ‘Aliy al-Abid isnad rijal thiqah akan tetapi ianya mursal. Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam al-Fath, jil. 2 , hal. 202: Ini hadith mursal,

Kesimpulan dari riawayat-riwayat ini, bacaan pendek yang dibaca oleh Nabi (s.a.w) dalam solat adalah disebabkan oleh ada halangan yang menyebabkan Nabi s.a.w  seperti musafir, tangisan bayi dan lain-lain

Bacaan sahabat dalam solat subuh

Saya catatkan di sini beberapa contoh panjangnya bacaan para sahabat dalam solat subuh mereka. Dalam ruang ini saya tidak akan membincangkan dari sudut fiqh bacaan panjang atau pendek oleh Imam. Tujuan saya menulis catatan ini untuk menunjukkan betapa bersungguhnya sahabat r.a dalam beribadah khususnya dalam memanjangkan bacaan mereka dalam solat subuh! Juga memberi motivasi kepada kita untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadat kita pada bulan yang mulia ini.

1- Saidina Abu Bakar (r.a) pernah membaca surah al-Baqarah dalam surah al-Fajr sehingga matahari hampir terbit.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قال : ” صَلَّيْتُ خَلْفَ أَبِي بَكْرٍ الْفَجْرَ فَاسْتَفْتَحَ الْبَقَرَةَ فَقَرَأَهَا فِي رَكْعَتَيْنِ ، فَقال عُمَرُ : حِينَ فَرَغَ ، قال : يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ لَقَدْ كَادَتِ الشَّمْسُ أَنْ تَطْلُعَ قَبْلَ أَنْ تُسَلِّمَ ؟ قال : لَوْ طَلَعَتْ لَأَلْفَتْنَا غَيْرَ غَافِلِينَ 

Dari Anas bin Malik r.a berkata: Aku solat  fajar di belakang Saidina Abu Bakar (r.a). Dia pernah membaca surah al-Baqarah dari awal serta membacanya dalam dua rakaat . Selesai solat Saidina Umar (r.a) bangun dan berkata: “ Semoga Allah mengampunkan kamu. Matahari hampir terbit sebelum kamu memberi salam. Saidina Abu Bakar menyebut: Sekiranya matahari terbit, kita tidak akan tergolong dalam golongan yang lalai.

Diriwayatkan oleh ‘Abdul Razzaq dalam Musannaf, jilid 2, hal. 113, no. 2711, Ibnu Abi Syaibah dalam Musannaf, jil.3, hal. 353, dan al-Baihaqi. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar sanadnya sahih.( Fath al-Bari jil.2, hal. 256)

2-Saidina Umar (r.a) juga pernah membaca surah al-Baqarah dalam solat subuh

Dari al-Saib bin Yazid berkata: Aku solat subuh di belakang Saidina Umar bin al-Khattab r.a. Beliau membaca di dalamnya surah al-Baqarah. Apabila mereka bersurai matahari telah terbit. Mereka berkata: Matahari telah terbit.  Saidina Umar membalas:

Sekiranya matahari terbit, kita tidak akan tergolong dalam golongan yang lalai.

Diriwayatkan oleh al-Tahawi dalam Syarah Ma’ani al-Athar , jilid 1, hal. 180 dengan sanad yang sahih.

Selain itu ada beberapa riwayat yang menjelaskan surah yang dibaca oleh Saidina Umar dalam solat subuh.

(a)Dari Abu Rafi bahawa Umar (r.a) membaca 100 ayat dari surah al-Baqarah diikuti dengan surah al-Mathani ( surah yang bilangan ayatnya kurang daripada seratus. Ia bermula dari surah al-Ahzab sehingga awal surah al-Hujurat atau Qaf) atau awal-awal surah al-Mufassal. Pada rakaat kedua beliau membaca 100 ayat dari surah Ali Imran diikuti dengan  surah al-Mathani atau awal-awal surah al-Mufassal.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih dan disebut oleh al-Bukhari dalam sahihnya secara Mu’allaq dalam kitab sifat solat bab menghimpunkan dua surah dalam satu rakaat

(b)Surah al-Hajj

Dari Abdullah bin Tha’labah bahawa dia solat subuh dan beliau dua kali sujud sejadah dalam surah al-Hajj

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah, al-Darqutni, al-Baihaqi dengan sanad yang sahih. Al-Baihaqi menyebut riwayat ini adalah bersambung dan sahih.

(c) Surah Yusuf dan al-Haj dengan bacaan yang lambat.

وصلى عمر رضي الله عنه الفجر فقرأ سورة يوسف وسورة الحج قراءة بطيئة ) رواه مالك في الموطأ وعبد الرزاق وابن أبي شيبة والبيهقي وسنده صحيح

Dalam riwayat Malik, Ibnu Abi Syaibah dan al-Baihaqi Saidina Umar membaca surah Yusuf dan surah al-Haj dalam surah al-Fajr dengan bacaan yang lambat.

Saidina Umar sangat banyak membaca surah Yusuf dan surah al-Hajj dalam solat subuhnya sehingga Abdullah bin Amir bin Rabiah menyebut: Aku tidak menghafaz surah Yusuf dan surah al-Hajj melainkan melalui Umar (r.a) kerana banyaknya beliau membaca surah ini. Beliau membacanya dengan bacaan yang lambat.

(d)Saidina Umar pernah membaca dalam rakaat pertama dalam solat subuh surah Yusuf. Pada rakaat kedua beliau membaca surah al-Najm sehingga akhir surah. Kemudian beliau sujud sajdah. Selepas sujud beliau menyambungnya dengan surah al-Zalzalah. ( Riwayat ‘Aliyy bin al-Ja’d dalam sunannya, jilid 1, hal. 321, no. 186 dan al-Tahawiyy dengan lafaz yang lebih ringkas

(e) Dari Abdullah bin Amir bahawa Umar membaca dalam solat subuh surah al-Kahf dan Yusuf.

(f) Dari Zaid bin Wahb bahawa Umar mengimamkan kami dan membaca surah Bani Israil (al-Isra’) dan al-Kahf sehingga dia menoleh ke dinding masjid kalau-kalau matahari sudah terbit. ( Riwayat Ibn Abi Syaibah, jil. 1 , hal. 353, al-Tahawiyy , jil. 1, hal, 180.

3-Diriwayatkan dari Abu Abdul Rahman al-Sulami bahawa Saidina ‘Ali membaca dalam solat subuh surah al-Anbiya. Riwayat Abdul Razzaq dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih.

Adapun semasa musafir para sahabat memendekkan bacaan mereka dalam solat subuh.

(a)Amru bin Maimun yang menemani Saidina Umar (r.a) bermusafir menyebut bahawa Umar r.a membaca dalam solat subuh surah al-Kafirun dan al-Ikhlas- Riwayat Abdul al-Razzaq dalam musannaf

(b)al-Ma’rur bin Suwaid menemani Umar r.a dan mereka dalam perjalanan antara Makkah dan Madinah. Umar r.a menjadi imam dan beliau membaca surah al-Fil dan Quraisy. Riwayat Abdul al-Razzaq dalam musannaf

(c) Thabit al-Bunani rahimahullah menemani Anas bin Malik r.a  ke Basrah. Anak beliau bernama Abu Bakar mengimami solat subuh lalu membaca surah al-Mulk. Apabila memberi salam, Anas (r.a) berkata: Kamu telah membaca panjang. – Riwayat Abdul al-Razzaq dalam musannaf.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s