NOTA 8 RAMADAN

NOTA 8 RAMADAN

“RAMADAN BULAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA”

Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti , bulan yang disambut dengan hati yang gembira oleh setiap mukmin, Antara rahmat bulan Ramadan:

-Allah swt memilih Ramadan sebagai bulan untuk menurunkan al-Qur’an kali pertama dan ia merupakan satu dari rahmat yang paling besar. Ia kitab petunjuk bagi manusia secara umum dan bagi orang yang bertaqwa.

-Pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup

-Syaitan di belenggu

-Pahala berlipat kaligandakan, orang yang mengerjakan umrah mendapat pahala mengerjakan haji

-Ramai hamba-hamba Allah yang dibebaskan dari api neraka

Pada bulan yang mulia ini marilah kita berdoa kepada Allah (s.w.t) semoga kita tercatat dalam golongan yang dibebaskan dari api neraka seperti  Sabda Nabi saw:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ ، وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ ، وَيُنَادِي مُنَادٍ : يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ ) .

Dari Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Nabi (saw):

“Apabila datangnya malam pertama dari bulan pertama, syaitan dan jin yang kuat dirantai, pintu neraka  ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka pintu syurga, tiada satu pintunya yang ditutup dan penyeru berseru: Wahai orang yang mencari kebaikan datanglah! Wahai orang yang mencari keburukan, jauhkanlah dan bagi Allah hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka. Ia pada setiap malam.”

(HR al-Thirmizi, no.682, Ibnu Majah no. 1642. Hadith dihukumkan hasan oleh al-albani dalam sahih al-Jami’, no.759)

 

عَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ ، وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ ) . رواه أحمد (21698) وابن ماجه ( 1643 )

Dari Jabir r.a berkata: Bersabda Rasul saw : (( Sesungguhnya pada setiap kali berbuka ada orang-orang yang dibebaskan yang itu pada setiap malam.))

            Pembebasan dari api neraka adalah harapan bagi kita  kerana ialah kejayaan yang sebenarnya. Firman Allah swt:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan  (surah Ali Imran ayat 185)

 

Berdasarkan hadith Nabi saw sangat banyak amalan yang boleh kita lakukan pada bulan yang mulia ini untuk membebaskan diri kita dari api neraka. Antaranya

Pertama: Ikhlas

Diriwayatkan dari ‘Itban bin Malik bersabda Nabi s.a.w:

فَإِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ ، مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya neraka orang yang mengucapkan tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dia melakukan demikian semata-mata mencari keredaan Allah.

Sahih al-Bukahri, no. 425, Kitab Solat, bab menghadap kiblat

Kedua: Meningkatkan kualiti solat dengan solat 40 waktu takbiratul Ihram bersama imam

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى ، كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ ، بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ ، وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ ” 

Dari Anas bin Malik. Berkata: Bersabda Nabi (s.a.w) : Sesiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik. ( HR Imam al-Tirmizi)

Berkata al-Mubarakfuri solat kerana Allah iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah. Yang dimaksudkan dengan takbir yang pertama ialah Takbiratul Ihram. Bilangan empat puluh hari tersebut mestilah berturut-turut tanpa putus

Hadith ini antara yang diperselihkan statusnya antara hasan dan daif. Oleh itu diharap orang yang melakukan amalan ini mendapat ganjaran mengamalkannya atau sekurang-kurangnya dia dapat menghidupkan syiar yang baik ini. Semoga Allah swt membebaskan kita dari sifat nifaq dan dari api neraka

Ketiga: Menjaga solat subuh dan asar iaitu melakukannya pada awal waktu

Dari ‘Umarah bin Ruwaybah r.a berkata bahawa dia mendengar Nabi (s.a.w) bersabda:

لَنْ يَلِجَ النَّارَ أَحَدٌ صَلَّى ، قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ ، وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ، يَعْنِي الْفَجْرَ ، وَالْعَصْرَ “

Maksudnya: Tidak akan disentuh oleh api neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit dan terbenam matahari iaitu solat subuh dan Asar.”

HR Imam Muslim dalam kitab Masjid dan tempat solat, bab kelebihan solat subuh dan Asar dan menjaganya, no. 1009.

Fadilat ini diperolehi dengan melakukannnya di awal waktu. Pada masa yang sama marilah kita  menjaga sunnah sebelumnya seperti solat sunat fajar seperti sabda nabi saw:

ركعتا الفجر خير من الدنيا و ما فيها  [ رواه مسلم ]

Maksudnya: Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik dari dunia dan isinya.
Antara cara untuk bangun solat fajar ialah tidur awal, tidur dalam keadaan berwuduk, mengamalkan zikir sebelum tidur dan berdoa kepada Allah supaya menganugerahkan rezeki yang besar ini iaitu dapat mengerjakan solat subuh di awal waktu.

4)Menjaga 4 rakaat solat sunat sebelum zohor dan selepasnya

Dari Ummu Habibah r.anha berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ حَافَظَ عَلَى أرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ ، وَأرْبَعٍ بَعْدَهَا ، حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ

Maksudnya: “ Sesiapa yang menjaga solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dan 4 rakaat selepasnya, maka Allah mengharamkan neraka dari menyentuhnya.”

HR Abu Daud, no.1269, Ibnu Majah, no. 1160 dan al-Tirmizi, no. 427 dan katanya: Hadith hasan gharib

Marilah kita bermula dengan bulan Ramadan berusaha untuk menghidupkan Sunnah ini. Sekiranya kita merasa berat untuk melakukannya ingatlah nabi saw menyebut: Diharamkan ke atasnya dari disentuh oleh api neraka”  Sesungguhnya ia mudah bagi mereka yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t

5) Air mata yang menangis kerana takutkan Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَال ، َقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  لَا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ وَلَا يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Nabi (s.a.w): Tidak akan masuk neraka lelaki yang menangis kerana takutkan Allah sehinggalah susu kembali ke puting susu (binatang) –dan ianya mustahil dan tidak akan berkumpul antara debu di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam.

HR al-Tirmizi dan al-Nasai

Justeru berbahagialah kiranya anda benar tangisan anda kerana takut kepada Allah

Tangisan banyak dalam bulan ramadan apabila mendengar bacaan al-Qur’an dalam solat terawih dan tahajjud. Moga Allah melindungi kita dari air mata yang tidak mengalir kerana takut kepadanya.

6)Memperbanyakkan zikrullah.

Di bulan yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan zikrullah kerana ia salah satu dari amalan yang menyelamatkan seseorang dari azab neraka.


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ – صلى الله عليه وسلم -:أَلا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَأَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ، وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ؟ قَالُوا: وَمَا ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ وَقَالَ: ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَقَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ”

Dari Abu al-Darda’ r.a berkata: Bersabda Nabi s.a.w: Inginkah aku beritahu kepada kamu amalan kamu yang paling baik, yang lebih bersih di sisi tuhanmu, yang paling tinggi kedudukan, yang lebih baik bagi kamu dari memberi emas dan perak, dan kamu bertemu dengan musuh kamu sehingga leher kami dipenggal?

Mereka bertanya: Apakah amalan tersebut wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: Zikrullah

Berkata Muaz bin Jabal: Tidak amalan anak Adam yang lebih selamat baginya dari azab Allah dari zikrullah

HR al-Hakim dalam al-Mustadrak, jilid 1, hal. 673, no.1825 dan al-Tirmizi, suntingan Ahmad Syakir, jilid 5, hal. 459, no.3377. Dia menghukum hadith ini sebagai hasan.
7-Mempertahankan maruah saudaranya

وعن أَبي الدرداء رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : (( مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أخيهِ ، رَدَّ اللهُ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ يَومَ القيَامَةِ )) . رواه الترمذي ، وقال : (( حديث حسن )) .

Dari Abuddarda’ r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya -seperti mencegah orang yang hendak mengumpat saudaranya itu di hadapannya, maka Allah menolak diri orang itu dari neraka pada hari kiamat” – Saudara yang dimaksudkan ialah orang yang sesama Muslim atau mu’min.

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

8- Melakukan amalan-amalan yang baik

Imam Muslim  (no. 1007) meriwayatkan dari ‘Aisyah (r.anha) bahawa Nabi saw bersabda:


«إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِي آدَمَ عَلَى سِتِّينَ وَثَلَاثِمِائَةِ مَفْصِلٍ، فَمَنْ كَبَّرَ اللهَ، وَحَمِدَ اللهَ، وَهَلَّلَ اللهَ، وَسَبَّحَ اللهَ، وَاسْتَغْفَرَ اللهَ، وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ، أَوْ شَوْكَةً أَوْ عَظْمًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ، وَأَمَرَ بِمَعْرُوفٍ أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ، عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّينَ وَالثَّلَاثِمِائَةِ السُّلَامَى، فَإِنَّهُ يُمْسِي يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنِ النَّارِ»

Maksudnya:”Bahawasanya setiap manusia dari Bani Adam itu dijadikan atas tiga ratus enam puluh ruas tulang. Maka barangsiapa yang bertakbir kepada Allah, bertahmid kepada Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, mohon pengampunan kepada Allah, suka mengalihkan batu dari jalan para manusia, ataupun duri ataupun tulang dari jalan orang banyak, atau memerintahkan kepada kebaikan atau melarang kemungkaran, sebanyak tiga ratus enampuluh kali banyaknya, maka sesungguhnya orang itu berpetang pada hari itu dan ia telah menjauhkan dirinya dari neraka.

Semoga Allah swt mencatatkan kita dibulan yang mulia dikalangan hambanya yang dibebaskan dari api neraka

اللَّهُمَّ اعْتِقْ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَإِخْوَانَنَا وَأَخَوَاتِنَا وَأَبْنَاءَنَا وَبَنَاتِنَا وَأَهْلِينَا وَعُلَمَاءَنا وَمَنْ لَهُ حَقٌّ عَلَيْنَا وَالْمُسْلِمِينَ مِنَ النَّارِ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s