NOTA 9 RAMADAN ” Ramadan bulan berdoa”

RAMADAN BULAN BERDOA

Firman Allah (s.w.t):

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ( Surah al-Baqarah)

Sabda Nabi (s.a.w):

((  ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدًّ  دَعَوَتُهُم : الصَّائِمُ حِين  يُفْطِرُ، والإِمَامُ الْعَادِل ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوم))

Maksudnya: “ Tiga doa yang tidak ditolak : Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi.

Dalam riwayat Ahmad no. 9743: الصَّائِم حَتَي يُفْطِر “ Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.

Menurut Syaikh Syuaib: Hadith sahih. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah, no.1901, al-Tirmizi 3598, katanya hadith hasan sahih, al-Baghawi no. 1395 dan Ibnu Khuzaimah no. 1901)

Berkata Syaikh Fadl Hassan Abbas Rahimahullah: Ini bermaksud mereka yang berpuasa sepatutnya memperbanyakkan doa sepanjang masa berpuasa dan ia diteruskan sehingga saat dia berbuka ( Fadl Hassan ‘Abbas, al-Tibyan wa al-Ittihaf fi Ahkam al-Siyam wa al-I’tikaf, hal. 126)

Antara ibadah yang kita yang dilakukan pada bulan Ramadan ialah doa. Sabda Nabi saw: “ Sesuangguhnya doa itu adalah ibadah ( Hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, katanya hadith hasan sohih.

Justeru sempena kedatangan bulan Ramadan yang sepatutnya kita memperbanyakkan berdoa daripada kita menonton televisyen atau berbual kosong atau tidur sahaja sementara menanti saat waktu berbuka puasa, saya catatkan nota ringkas berkaitan doa.

Besarnya doa! Doa perlu dipelajari

Untuk mengetahui betapa besarnya ibadah doa ini diriwayatkan bahawa Nabi saw mengajar para sahabat berdoa sebagaimana Nabi saw mengajar mereka surah-surah al-Qur’an. Imam Muslim, Abu Daud, Malik, al-Tirmizi. Ibnu Hibban no.999, al-Baihaqi dalam kitab Fi Ithbat Azab al-Qabr dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad  meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas berkata bahawasanya Rasul saw mengajar mereka berdoa sebagaimana baginda mengajar mereka surah dari al-Qur’an. Baginda bersabda: Katakanlah kamu semua:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، و أَعُوذُ بِكَ َمِنْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالْمَمَاتِ

“ Ya Allah aku mohon perlindungan dengan-Mu dari azab neraka Jahannam, azab kubur, fitnah dajjal dan dari ujian kehidupan dan kematian

Doa memohon perlindungan ini juga diajar oleh Nabi saw untuk kita mengamalkannya semasa tahiyat akhir. Dari Abu Hurairah ra berkata bersabda Nabi saw:

(( إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللهِ مِنْ أرْبَعٍ ، يقول : اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ ))

“ Apabila kamu membaca tahiyyat akhir maka mohonlah perlindungan dari Allah dari empat perkara: Ya Allah aku mohon perlindungan dengan-Mu dari azab neraka Jahannam, azab kubur, dari ujian kehidupan dan kematian serta keburukan fitnah dajjal ‘ HR Muslim no. 588

Rasulullah saw mengajar doa kepada ‘Aisyah

Dari ‘Aisyah r.a bahawa Nabi saw mengajarnya membaca doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ ، وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وَآِجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ ، وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ تَقْضِيهِ لِي خَيْرًا 

“ Ya Allah daku mohon darimu segala bentuk kebaikan kesemuanya sama ada untuk waktu yang segera atau akan datang, sama ada yang saya tahu atau yang saya tidak tahu. Saya memohon perlindungan mohon darimu segala bentuk keburukan kesemuanya sama ada untuk waktu yang segera atau akan datang, sama ada yang saya tahu atau yang saya tidak tahu. Ya Allah aku memohon dari  kebaikan yang diminta oleh hamba-Mu dan Nabi-Mu Muhammad saw, dan aku memohon perlindungan dari keburukan yang minta oleh hamba-Mu dan Nabi-Mu. Ya Allah sesungguhnya aku mohon syurga dan apa yang membawaku hampir kepada syurga sama ada perkataan mahupun amalan. Dan aku memohon darimu menjadikan setiap Qada’ yang kamu tentukan untukku Qada’ yang baik.”

Hadith riwayat Ahmad (25019). Berkata Syaikh Syu’aib al-Arnaut Isnadnya sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah ( jilid 1, hal. 263-264), Ibnu Majah ( no. 3846), al-Tahawi dalam Syarh Musykil al-Athar (no.6025,6026, 6027), Abu Ya’la al-Musili (no. 4473), al-Bukhari dalam adab al-Mufrad ( no. 639)

 

Di dalam riwayat yang lain dari Aisyah ( Musnad imam Ahmad no. 25173 ada tambahan selepas “ Ya Allah aku mohon syurga…  وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، maksudnya “ dan aku berlindung denganmu dari Neraka dan apa yang membawaku hampir kepada neraka sama ada perkataan mahupun amalan

Saidina Abu Bakar minta Rasul saw ajar doa

وعن أَبي بكر الصديق رضي الله عنه : أنَّه قَالَ لرسُولِ الله   صلى الله عليه وسلم : عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ في صَلاَتِي ، قَالَ : (( قُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً ، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أنْتَ ، فَاغْفِرْ لي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وارْحَمْنِي ، إنَّكَ أنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ )). أخرجه : البخاري 8/89 (6326) و9/144 (7387) و(7388)، ومسلم 8/74 (2705) (48) .

Dari Abu Bakar al-Siddiq ra bahawa dia berkata kepada Rasulullah saw: “ Ajarkanlah daku satu doa untuk daku baca dalam solatku. Nabi saw bersabda: Katakanlah:

Ya Allah, aku telah berbuat aniaya kepada diriku sendiri dengan aniaya yang besar, -Qutaibah berkata; yang banyak-, dan tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau, ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu, serta kasihinilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Doa yang terbaik adalah doa yang ma’thur

                Doa ma’thur ialah doa yang disebut oleh Allah swt di dalam al-Qur’an atau disebut dalam hadith Nabi (s.a.w). Termasuk juga antara doa yang baik ialah doa yang dibaca oleh para sahabat Nabi (s.a.w). Fikirkan bagaimana rahmat Allah s.w.t kepada kita, Dia memerintahkan kepada kita berdoa dan memberi petunjuk pula kepada kita untuk berdoa kepada-Nya sama ada melalui al-Qur’an mahupun Nabi (s.a.w). Doa-doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w boleh di dapati di dalam kitab-kitab hadith seperti sahih al-Bukhari dan sahih Muslim kerana Nabi saw menyebut “ Doa itu adalah ibadah.” Ada antara doa ini yang umum dan ada antaranya yang dibaca pada masa tertentu. Allah merahmati imam Nawawi yang menyusun kitab al-Azkar yang menghimpunkan doa-doa dan zikir yang ma’thur dari Nabi s.a.w. Sebagai tanda cinta kita kepada Allah dan rasul-nya adalah sesuatu yang baik untuk kita menambah koleksi kitab ini di rumah kita. Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Apa yang saya ingat pesanan imam Nawawi dalam kitab al-Azkar ini ialah pesanan beliau supaya kita beramal sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Bukanlah Imam Nawawi yang memulakan usaha mengumpul doa-doa yang ma’thur ini bahkan telah didahului oleh ulama’

Antara doa ma’thur yang biasa kita baca ialah:

1) رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ  ayat 201 surah al-Baqarah

Doa inilah yang paling banyak dibaca oleh Nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari  Anas r.a bahawa doa yang paling banyak oleh Nabi saw ialah:

(( اللَّهُمَّ آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ))

2) Ali Imran ayat 8:  رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

3) رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ)   [الأعراف/23]

4) رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء)   [إبرهيم-40]

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Antara doa yang masyhur di kalangan kita tetapi bukan doa ma’thur ialah doa solat duha. Dari segi maksudnya  ianya baik tetapi ia bukan doa daripada Rasulullah saw.

Antara kandungan doa ini yang boleh dipersoalkan ialah “ Sekiranya ia haram maka bersihkan”? Bagaimana rezeki yang haram boleh dibersihkan?

 

Doa Yang Jami’ ( menyeluruh)

Nabi saw suka membaca doa yang jami’ iaitu yang ringkas akan tetapi menyeluruh:

وعن عائشة رَضِيَ اللهُ عنها ، قالت : كَانَ رسُولُ الله r يَسْتَحِبُّ الجَوَامِعَ مِنَ الدُّعَاءِ، وَيَدَعُ مَا سِوَى ذَلِكَ . رواه أَبُو داود بإسناد جيدٍ . أخرجه : أبو داود (1482)

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu suka doa-doa yang menghimpun – iaitu yang mengandung segala macam kepentingan dan  keperluan – dan  beliau s.a.w. meninggalkan yang selain itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Memilih waktu dan tempat yang sesuai untuk berdoa.

Ada waktu yang tertentu yang Allah swt makbulkan doa seperti saat kita berpuasa, selepas solat pada satu pertiga akhir malam, pada hari Jumaat khususnya pada satu saat yang dirahsiakan oleh Allah swt dan lain-lain. Antaranya Nabi saw bersabda:

وعن أَبي أمامة t قَالَ : قيل لِرسولِ اللهِ r : أيُّ الدُّعاءِ أَسْمَعُ ؟ قَالَ : (( جَوْفَ اللَّيْلِ الآخِرِ ، وَدُبُرَ الصَّلَواتِ المَكْتُوباتِ )) . رواه الترمذي ،وقال : (( حديث حسن ))

Dari Abu Umamah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Manakah doa yang lebih pasti untuk didengar itu-selanjutnya lalu dikabulkan?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu di tengah malam yang terakhir dan selepas  fardu.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Demikian juga di tempat-tempat yang tertentu amat diharapkan makbulnya doa seperti di rawdah, dalam masjid, masjidil haram , di Makkah dan lain-lain.

Kesalahan ketika berdoa

Terdapat beberapa kesalahan ketika kita berdoa. Dicatatkan secara ringkas di sini tanpa huraian

(a)Doa dalam bahasa Arab tetapi tidak faham

(b)Bergopoh-gapah dalam mengharapkan doa dimakbulkan

(c)Tidak yakin ketika berdoa

(d)Berdoa dalam keadaan makanan, minuman, pakaian sumber rezeki haram. Ini menyebabkan doa tidak makbul

(e)Berdoa dalam keadaan memutuskan silaturrahim. Ia juga satu sebab doa tidak makbul.

Beberapa doa yang ma’thur untuk diamalkan.

Selain dari doa-doa yang telah saya catatkan sebelum ini . Dicatatkan di sini beberapa doa yang dianjurkan untuk kita amalkan dalam kehidupan harian.

(i)Doa bermusafir. Insya Allah kita akan bersama-sama bermusafir dengan keluarga di hari raya ‘Idul Fitri, jangan lupa membaca doa ini:

Semasa duduk di atas kenderaan sebelum bertolak pergi kita dianjurkan untuk bertakbir sebanyak tiga kali kemudian membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ ، وَإنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلبُونَ . اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا البرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمِلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا ، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ . اللَّهُمَّ أنْتَ الصَّاحِبُ في السَّفَرِ ، والخَلِيفَةُ في الأهْلِ . اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ ، وَكَآبَةِ المَنْظَرِ ، وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المالِ وَالأَهْلِ وَالوَلَدِ

Maksudnya: Maha Suci Zat Allah yang menundukkan kenderaan ini pada kita dan kita tidak berkuasa rnengendalikannya – melainkan dengan pertolongan Allah – dan sesungguhnya kita akan kembali kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya kami memohonkan kepadaMu dalam permusafiran kami ini akan kebajikan dan ketaqwaan ,juga apa-apa dari amal perbuatan yang Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah segala sesuatu untuk kita dalam permusafiran ini dan engkau dekatkan mana-mana perjalan yang jauh. Engkau adalah pelindung kami dalam perjalanan, pengganti – yang mengawas-awasi – dalam keluarga. Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan kepadaMu dari kesukaran perjalanan, keburukan pemandangan dan buruknya keadaan ketika kembali, baik mengenai harta, keluarga ataupun anak.”

Sekembali dari permusafiran kita dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk membaca doa di atas dan dihujungnya ditambah dengan:

آيِبُونَ ، تَائِبُونَ ، عَابِدُونَ ، لِرَبِّنَا حَامِدُونَ

“Kita telah kembali, kita semua bertaubat – kepada Allah, menyembah kepada Tuhan kita serta mengucapkan puji-pujian pada-Nya.” (Riwayat  Muslim)

(ii)Doa penutup majlis ilmu yang diamalkan oleh Rasul saw

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا ، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بأسْمَاعِنا ، وَأَبْصَارِنَا ، وقُوَّتِنَا مَا أحْيَيْتَنَا ، وَاجْعَلْهُ الوارثَ مِنَّا ، وَاجْعَلْ ثَأرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا ، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا ، وَلاَ تَجْعَلْ مُصيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

“Ya Allah, bagikanlah kepada kami dari rasa takut padaMu sesuatu yang menghalang-halangi antara kami dengan perbuatan maksiat padaMu. juga kurniakan kepada kami dari taat padaMu sesuatu yang dapat menyampaikan kami kesyurgaMu.demikian juga kurniakan dari keyakinan yang dapat meringankan kita menghadapi bencana-bencana di dunia ini. Ya Allah, berikanlah kami merasai kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan kita, selama Engkau masih menghidupkan kami dan jadikanlah semua itu sebagai yang tertinggal dari kami – yakni sampai di akhir hayat hendaklah masih dapat digunakan sebaik-baiknya. Jadikanlah pembalasan kami itu tertuju kepada orang yang menganiaya kepada kami. Berilah kami pertolongan kepada orang yang memusuhi kami dan janganlah dijadikan bencana yang  menimpa kami dalam urusan agama kami. Janganlah engkau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar perhatian yang menjadu matlamat kami atau puncak dari ilmu pengetahuan kami – sehingga tidak memberikan kemanfaatan samasekali untuk urusan akhirat. Demikian pula janganlah memberikan kekuasaan untuk memerintah kami kepada orang yang tidak belas kasihan kepada kita.” (HR al-Tirmizi)

(iii)Doa memohon perlindungan dari ilmu yang tidak bermanfaat dan lain-lain

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, nyanyuk, dan siksa kubur. Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ketakwaan kepada jiwaku, sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya, Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak berguna, hati yang tidak khusyu’, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan.'”(RIWAYAT IMAM MUSLIM)

(iv)Doa keluar dan masuk rumah

Ketika keluar rumah disunatkan membaca:

Pertama:

بِسْـمِ اللهِ وَلَجْنـا، وَبِسْـمِ اللهِ خَـرَجْنـا، وَعَلـى رَبِّنـا تَوَكّلْـنا.   [أبو داود 4/325]

Dengan nama Allah kamu masuk, dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal

Kedua:

 اللّهُـمَّ إِنِّـي أَعـوذُ بِكَ أَنْ أَضِـلَّ أَوْ أُضَـل ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَل ، أَوْ أَظْلِـمَ أَوْ أُظْلَـم ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُـجْهَلَ عَلَـيّ .

Ya Allah aku mohon perlindungan darimu dari menyesatkan atau disesatkan, dari tergelincir atau menggelincirkan, dari melakukan kezaliman atau dizalimi, dari aku menjadi jahil atau aku dijahilkan.

Semasa masuk rumah di sunatkan membaca:

بِسْـمِ اللهِ وَلَجْنـا، وَبِسْـمِ اللهِ خَـرَجْنـا، وَعَلـى رَبِّنـا تَوَكّلْـنا.   [أبو داود 4/325]

Dengan nama Allah kamu masuk, dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal

Contoh doa yang dimakbulkan:

-Allah swt memakbulkan doa Nabi Ibrahim a.s yang meminta zuriat lalu dikurniakan kepadanya Ismail dan kemudiannya Ishaq a.s. Hebatnya doa Nabi Ibrahim a.s kebanyakan nabi dan rasul adalah dari keturunan beliau. Doa baginda as. ialah: رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (surah al-Saffat ayat 100)

-Allah swt memakbulkan doa Nabi Zakaria as yang memohon supaya dikurniakan zuriat yang baik dengan menganugerhakan kepadanya Nabi Yahya a.s yang tidak pernah diberi nama sepertinya sebelum ini. Doa yang dibaca oleh Nabi Yahya a.s ialah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“ Ya Allah kurniakan kepadaku dari sisimu zuriat yang baik. Sesungguhnya engkau maha mendengar doa”

-Allah swt memakbulkan doa Nabi Ibrahim as  dengan melantik Nabi Muhammad saw sebagai seorang Rasul. Doa yang diminta oleh Nabi Ibrahim a.s ialah :

) رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (129)

Bilakah doa ini dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Zakaria a.s ? Ianya dibaca selepas baginda as bersama Ismail as selepas membina Ka’bah di Makkah! Nabi Ibrahim a.s berdoa selepas melakukan satu ibadah dan doa dibaca di tempat yang mulia.

Nabi Zakaria a.s berdoa di mihrab setelah melihat karamah iaitu perkara luar biasa yang dilihat di mihrab Maryam.

كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

. tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan Yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana Engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak dikira”. (Ali Imran ayat 37)

Di sinilah tempat Nabi Zakaria as berdoa meminta zuriat. Firman Allah (s.w.t):

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ  Di sana Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya ( Ali Imran ayat 38) iaitu selepas dia melihat karamah Maryam.

Allah s.w.t memakbulkan doa Nabi Zakaria as dengan mengurniakan anak yang benar-benar hebat seperti yang diterangkan sifatnya oleh Malaikat

فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ

Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri solat di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.(Ali Imran ayat 39)

Walaupun  doa boleh dibaca di mana-mana dan bila-bila tetapi adalah lebih afdal kita mengambil kira masa dan tempat untuk kita memohon kepada Allah s.w.t.

Justeru saat yang paling diharapkan pada bulan Ramadan ini ialah disaat kita bermunajat pada sepuluh malam terakhir, pada malam-malam ganjil pada satu pertiga akhir malam di masjid!

-Doa isteri Imran yang memohon perlindungan zuriatnya dari diganggu oleh syaitan.

وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Anaknya Maryam membesar sebagai anak yang solehah seperti dalam firman-Nya: فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا “maka ia (Maryam Yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya Dengan penerimaan Yang baik, dan dibesarkannya Dengan didikan Yang baik”

-Allah swt memberi hidayah kepada ibu Abu Hurairah r.a  setelah Rasul s.a.w mendoakannya ibu Abu Hurairah mengisytiharkan keislamannya di hadapan Abu Hurairah seperti yang dicatat dalam nota 5 Ramadan

– Doa Rasul saw kepada Saidina Anas bin Malik ra. Imam Muslim ( hadith 2480, kitab fadilat sahabat)  meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim ibu kepada Anas bin Malik ra pernah meminta dari Rasul saw lantas baginda saw berdoa:


اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ

Maksudnya: Ya Allah perbanyakkan harta dan anaknya dan berilaha keberkatan kepada apa yang kurniakan kepadanya.

Berkata Anas bin Malik: فَوَاللَّهِ إِنَّ مَالِي لَكَثِيرٌ وَإِنَّ وَلَدِي وَوَلَدَ وَلَدِي لَيَتَعَادُّونَ عَلَى نَحْوِ الْمِائَةِ الْيَوْمَ

Maksudnya: Demi Allah sesungguhnya hartaku banyak dan jumlah anak dan cucuku mencecah seratus orang ( Muslim hadith 2481)

-Doa Saidina ‘Umar yang meminta untuk mati syahid di Madinah Rasul s.a.w dimakbulkan oleh Allah swt apabila dia terkorban kerana ditikam dengan pisau bermata dua yang beracun oleh hamba Majusi Abu Lu’luah Fairuz

-Di Makkah saya pernah terbaca sebuah buku mengkisahkan seorang muslimah yang tinggal di negara Eropah yang ditimpa dengan kanser tahap 4 dan doktor menyatakan tidak ada harapan untuk sembuh. Kehidupannya bergelumang dengan maksiat. Sahabatnya mencadangkan kepadanya supaya pergi ke Makkah dan bertaubat kepada Allah dan membanyakkan minum air zam-zam dan berdoa kepada Allah kerana Nabi (s.a.w) menyebut مَاء زَمزم لِما شُرِبَ لَه  . Sampai di Makkah dia menangis selama berhari-hari menyesal atas kesilapan yang lampau dan memohon supaya Allah swt menyembuhkan penyakitkan sambil minum air zam-zam. Apabila dia pulang ke Eropah dan berjumpa dengan doctor yang merawatnya, doctor menyebut kansernya telah sembuh sepenuhnya!

Ini sebahagian dari catatan yang dapat dikongsikan kali ini dengan izin-Nya. Segala pujian adalah untuknya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s