Nota 10 Ramadan

NOTA 10 RAMADAN “ Puasa untuk-Ku dan Ku yang membalasnya.”

Sabda Nabi saw:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

“Semua amal Anak Adam akan dilipat gandakan kebaikan antara sepuluh kali sampai tujuh ratus kali kali ganda. Allah Azza Wa Jallah berfirman, ‘Kecuali puasa, maka ia untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahalanya”  HR Muslim no. 1151

Hadith ini menunjukkan setiap amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan antara sepuluh kali sehingga tujuh ratus. Contohnya amalan membaca al-Qur’an, pada setiap huruf Allah swt akan lipat gandakan 10 pahala manakala ibadah sedekah dilipatgandakan sehingga tujuh ratus kali ganda. Adapun ibadat puasa maka Allah s.w.t sendiri yang akan memberikan pahalanya  tanpa batasannya. Tidak seperti amalan-amalan yang lain.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyebut beberapa kelebihan puasa berdasarkan hadith Qudsi ini. Antaranya:

(a)Amalan puasa selamat dari riya’ kerana ia hanya diketahui oleh Allah s.w.t.

(b) Pahala puasa dari segi ganjaran dan lipatkaliganda hanya diketahui oleh Allah s.w.t

(c) ‘Puasa untuk-Ku’, menunjukkan ia termasuk ibadah yang paling dicintai dan mulia di sisi Allah swt Ibnu Abdul Bar berkata, “Cukuplah ungkapan ‘Puasa untuk-Ku’ menunjukkan keutamaannya dibandingkan ibadah-ibadah lainnya.

Marilah kita tingkatkan puasa kita berdasarkan kategori manusia yang beramal dengan perintah dan hukum-hakam Allah swt di dalam al-Quran yang dicatat dalam ayat 32 surah Fatir

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Maksudnya:

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan  dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan  dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. “

Berhubung ayat ini Ibnu Kathir menyebut:

يَقُولُ تَعَالَى : ثُمَّ جَعَلْنَا الْقَائِمِينَ بِالْكِتَابِ الْعَظِيمِ ، الْمُصَدِّقُ لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكُتُبِ ، الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ، وَهُمْ هَذِهِ الْأُمَّةُ ، ثُمَّ قَسَّمَهُمْ إِلَى ثَلَاثَةِ أَنْوَاعٍ ، فَقَالَ : ( فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَهُوَ : الْمُفَرِّطُ فِي فِعْلِ بَعْضِ الْوَاجِبَاتِ ، الْمُرْتَكِبُ لِبَعْضِ الْمُحَرَّمَاتِ . ( وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَهُوَ : الْمُؤَدِّي لِلْوَاجِبَاتِ ، التَّارِكُ لِلْمُحَرَّمَاتِ ، وَقَدْ يَتْرُكُ بَعْضَ الْمُسْتَحَبَّاتِ ، وَيَفْعَلُ بَعْضَ الْمَكْرُوهَاتِ . ( وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ وَهُوَ : الْفَاعِلُ لِلْوَاجِبَاتِ وَالْمُسْتَحَبَّاتِ ، التَّارِكُ لِلْمُحَرَّمَاتِ وَالْمَكْرُوهَاتِ وَبَعْضِ الْمُبَاحَاتِ

Maksudnya: Allah swt berfirman: Kemudian kami jadikan orang yang melaksanakan kitab yang agung ini, kitab yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Mereka yang kami pilih dari hamba-hamba kamu iaitu umat ini (Islam). Mereka terbahagi kepada tiga:

Pertama: Menzalimi diri sendiri iaitu MEREKA YANG LALAI DALAM MELAKSANAKAN BEBERAPA KEWAJIPAN DAN MELANGGAR BEBERAPA LARANGAN

Kedua: Orang yang sederhana: MEREKA YANG MENUNAIKAN KEWAJIPAN DAN MENINGGALKAN PERKARA YANG HARAM. DIA MENINGGALKAN BEBERAPA PERKARA YANG SUNAT JUGA MELAKUKAN BEBERAPA PERKARA YANG MAKRUH

Ketiga: Orang yang mendahului dalam membuat kebaikan  dengan izin Allah: ORANG YANG MELAKUKAN KEWAJIPAN DAN PERKARA YANG SUNAT, MENINGGALKAN PERKARA YANG MAKRUH DAN HARAM SERTA MENINGGALKAN BEBERAPA PERKARA YANG HARUS.”

Berdasarkan ayat surah Fatir marilah kita berusaha untuk menjadi golongan yang berlumba-lumba melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini DENGAN

(a)Bangun di awal pagi untuk merebut kelebihan waktu satu pertiga akhir malam. Bermula dengan membaca doa bangun tidur diikuti membaca  akhir surah Ali Imran ayat 190-200 sambil melihat ke langit dan memikirkan kekuasaan Allah swt diikuti dengan berwuduk. Kemudian solat tahajjud 2,4,6,8 rakaat , bermula dengan dua rakaat yang ringan dan ditutup dengan 3 rakaat witir sekiranya belum dilakukan selepas terawih dan diikuti dengan memperbanyakkan istighfar dan diikuti   bersahur semasa tempoh kadar membaca 50 ayat sebelum masuk waktu subuh. Ini tidak bermakna kita tidak boleh bersahur selepas ini. Waktu akhir sahur ialah azan subuh!

(b)Bersegera ke masjid setiap kali mendengar azan supaya dapat bertakbiratul ihram bersama imam pada setiap waktu solat. Ini didahului dengan solat sunat tahiyyatul masjid diikuti dengan solat sunat Qabliyah dan Ba’diyah.

(c) Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk KERANA NABI SAW MEMBERITAHU BAHAWA ORANG YANG BOLEH MENJAGA WUDUK IALAH ORANG YANG BERIMAN

عنْ ثَوْبَانَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – قَالَ : قَالَ رَسُولُ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ( اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمُ الصَّلَاةُ ، وَلَا يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلَّا مُؤْمِنٌ ) رَوَاهُ مَالِكٌ وَأَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ ، وَالدَّارِمِيُّ .

Maksudnya: Dari Thauban r.a  berkata: Bersabda Nabi saw: “Istiqomahlah kalian, walaupun kalian tidak akan mampu melakukannya secara hakiki (namun berusahalah mendekatinya), dan ketahuilah sebaik-baik amalan kalian adalah solat, dan tidaklah ada yang MENJAGA WUDHU kecuali dia seorang mukmin” Hadith riwayat Malik, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Darimi. Menurut syaikh Syuaib al-Arnaut hadith sahih. HR Ahmad no. 22378.

Diikuti dengan solat sunat wuduk selepas setiap kali berwuduk.

(d) Beri’tikaf dan duduk di masjid atau surau selepas subuh dengan berzikir, berselawat, membaca al-Qur’an, membaca zikir pagi yang ma’thur, mendengar kuliah atau tazkirah subuh sehingga terbit matahari dan waktu duha. Kemudiaan mengerjakan solat duha 2 atau 4,6,8 rakaat.

(e)Memperbanyakkan bacaan al-Qur’an. Ada beberapa bentuk wirid al-Qur’an yang boleh dilakukan pada bulan Ramadan. Pertama mendengar bacaan al-Qur’an, kedua membaca al-Qur’an sama ada secara persendirian, bertadarus secara berkumpulan khususnya pada waktu malam mencontohi Rasul saw yang bertadarus pada malam bulan ramadan atau bacaan dalam solat seperti solat terawih atau tahajjud, ketiga memahami beberapa ayat al-Qur’an seterusnya berniat untuk berusaha dan beramal dengannya.

(f)Memperbanyakkan sedekah

(g)Memperbanyakkan zikir yang ma’thur, dan berselawat kepada Nabi saw khususnya selepas solat Asar.

(h)Mengeratkan hubungan silaturrrahim, mendamaikan antara dua orang yang berselisih, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah sekiranya ada kematian.

(i) Menghidupkan amalan-amalan sunat yang lain di bulan Ramadan seperti memperbanyakkan doa, beristighfar sebelum berbuka dan di waktu-waktu lain, berbuka dengan rutab atau tamar, menyegerakan berbuka puasa, memberi makan kepada orang yang berbuka berdoa semasa berbuka dan yang terbaik yang ma’thur iaitu

ذَهَبَ الظَّماء، وَابْتَلَعَت الْعَرُوق، وَثَبَتَ الأَجْرَ إَن شَاءَ الله

(j)Menjaga lidah dari berkata perkataan yang sia-sia dan haram

(k) Menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan seperti menonton drama, telenovela dan rancangan tv yang mengandungi perkara yang diharamkan oleh Allah swt

(l)Menghidupkan malam dengan solat terawih, sebaik-baiknya dua puluh rakaat. Pilihlah masjid atau surau yang paling panjang bacaannya.

(m) Melakukan solat-solat sunat yang lain seperti solat tasbih, hajat dan istikharah

(n)Mendoakan keampunan untuk semua umat Islam, mendoakan kebaikan untuk seluruh umat islam khususnya mujahid, pendakwah dan umat Islam yang sedang dizalimi di Palestin, Syria , Arakan dan tempat-tempat lain.

Secara keseluruhan golongan yang mendahului dengan kebaikan dalam bulan Ramadan sentiasa melakukan kebaikan dengan izin Allah.

Sekiranya tidak mampu janganlah sampai kita meninggalkan perkara wajib atau melakukan dosa.

Janganlah pahala puasa kita berkurangan kerana melihat atau melakukan perkara-perkara yang diharamkan seperti  semasa menonton video di Yuotube, semasa melayari internet, berfacebook, berwhatsApp dan lain-lain media sosial atau berkongsi pautan yang terdapat padanya elemen-elemen haram seperti gambar yang tidak menutup aurat atau hadith-hadith palsu, tulisan yang mempunyai unsur fitnah, perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan lain-lain. Moga Allah mengampunkan kesalahan kita

Moga Allah swt menjadikan puasa kita puasa golongan yang mendahului dalam kebaikan atau golongan yang sederhana dan bukannya puasa orang yang zalim

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s