Nota 11 Ramadan ” Seperti angin bertiup”

NOTA 11 RAMADAN “ Seperti Angin Bertiup”

RAYUAN INFAQ RAMADAN 1436H

1.TAHFIZ AL-HAKIM JENGKA 15 PAHANG YANG BARU DILAKUKAN ACARA PECAH TANAH SEBELUM RAMADAN MAYBANK-156141528644

2.DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR, KOTA KINABALU FASA KE-3- RM100,000 DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN 1 BLOK, BANK ISLAM 10 0160 1008 4808, MAYBANK 56 02 1400 2770, KUWAIT FINANCE HOUSE- 0091 4000 1132

3-DANA WAKAF KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAH- MAYBANK 563046310726 DI ATAS NAMA DARUL HADIS MANAGEMENT

4.MA’HAD DIRASAT DINIYYAH (MADAD), KG TEMIN, BANK ISLAM: 06082010009239, MAYBANK 556011062642

KANDUNGAN:

SEPERTI ANGIN BERTIUP

BERSEDEKAH DENGAN NIAT UNTUK IBU ATAU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

HUBUNGAN ANTARA PUASA DAN INFAQ

BEBERAPA KELEBIHAN INFAQ

ADAB-ADAB BERSEDEKAH

JAUHI SIFAT BAKHIL

BERSEDEKAHLAH SEBELUM MALAIKAT MAUT MENJEMPUT KITA

BERSEDEKAHLAH SEBELUM SUATU HARI NANTI TIDAK ADA ORANG YANG HENDAK MENERIMA SEDEKAH

 

SEPERTI ANGIN BERTIUP

عن ابن عباس رضي الله عنهما ، قَالَ : كَان رسول الله صلى الله عليه وسلم  أجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ ، فَلَرَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم  ، حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ. متفقٌ عَلَيْهِ .

Dari     Ibnu     Abbas    radhiallahu     ‘anhuma,    katanya: “Rasulullah   s.a.w.   itu   adalah   sedermawan-dermawannya   para manusia dan lebih-lebih lagi kedermawaannya itu ialah dalam bulan  Ramadhan ketika ditemui oleh Jibril. Jibril itu menemui beliau s.a.w. pada setiap malam bulan Ramadhan lalu membacakan al-Quran padanya. Maka niscayalah Rasulullah s.a.w. itu, ketika ditemui oleh Jibril,adalah lebih dermawan dalam memberikan kebaikan daripada angin yang dilepaskan tiupannya.” (Muttafaq ‘alaih)

 

Dicatatkan di sini beberapa kisah yang menunjukkan kehebatan Infaq yang ditunjukkan oleh generasi Salaf

1)Saidina Abu Bakar menginfaq keseluruhan hartanya manakala Saidina Umar menginfaq  separuh dari hartanya

Berkata Saidina Umar  r.a  (semasa Rasulullah saw meminta para sahabat membuat persediaan untuk perang Tabuk): “ Suatu hari Nabi saw memerintahkan kepada kami untuk bersedekah. Bertepatan pada masa itu saya mempunyai harta. Katanya:  Sekiranya aku ingin mendahului Abu Bakar, maka pada hari ini aku akan mendahuluinya. Aku datang dengan membawa separuh dari hartaku. Nabi saw bertanya kepada Umar: Apakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu. “ Sepertinya.” Balas Saidina Umar.

Kemudian Saidina Abu Bakar datang dengan keseluruhan hartanya. Nabi saw bertanya kepadanya : Apakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu. “أَبْقَيتٌ لَهُم الله ورسوله –  Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulmya” Balas Saidina Abu Bakar

Berkata Umar r.a : “ Aku tidakkan mendahuluimu lagi dalam apa-pun selamanya .

( HR Abu  Daud dan hadith ini adalah lafaz Abu Daud. Kitab Zakat, no. 1679, al-Tirmizi dalam kitab Manaqib, no. 3829, kata al-Tirmizi hadith hasan sohih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, j. 1, hal. 573, jil. 1, hal. 573, katanya: Sohih mengikut syarat Muslim tetapi ia tidak diriwayat olehnya.)

 

3)Infaq Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf

Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan berbilion demi Islam. Antaranya

(1)Menjual tanah beliau dengan harga 40 ribu dinar emas yang nilai semasa sebanyak dan wang itu dibahagikan kepada suku Zuhrah, para ummahatul mukminin dan fakir miskin

(2) Memberi infaq sebanyak 400 dinar emas kepada setiap seorang bekas tentera perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang ( Lihat Siyar ‘Alam al-Nubala, al-Zahabi, jil. 1, hal. 81)

 

4)Infaq Saidina  ‘Uthman bin ‘Affan

Dari Abdul Rahman bin Samurah berkata: Aku melihat Saidina ‘Uthman  datang dengan 1000 dinar dan menuangnya di riba Nabi (s.a.w) semasa Nabi saw membuat persiapan tentera ‘Usrah ( perang Tabuk). Aku melihat Nabi (s.a.w) memasukkan tangannya ke dalam emas tersebut membalik-balikkan tangannya  dan baginda (s.a.w) bersabda:

مَا  ضَرَّ ابنُ عَفَّان مَا عَمِل بَعْدَ الْيَوم.

“ Tidak ada  lagi kemudaratan apa-apa yang dilakukan oleh Ibnu ‘Affan selepas hari  ini”

Baginda saw mengulangi ungkapan ini berkali-kali.

(HR Imam Ahmad no.  Menurut Syaikh Syu’aib al-Arnaut: Isnadnya hasan. Al-Tirmizi  (3701), Ibnu Abi ‘Asim dalam al-Sunnah no. 1279, dan al-Jihad no. 89, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, no 9222, al-Hakim,  jilid 3, hal. 102, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah jilid 5, hal. 215)

CONTOH MUSLIMAH

 

1)Sayyidah Zainab binti Jahsy

Imam Muslim ( 4490) meriwayatkan:

عَنْ عَائِشَةَ بِنْتِ طَلْحَةَ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْرَعُكُنَّ لَحَاقًا بِي أَطْوَلُكُنَّ يَدًا قَالَتْ فَكُنَّ يَتَطَاوَلْنَ أَيَّتُهُنَّ أَطْوَلُ يَدًا

Dari ‘Aisyah dia berkata; Rasulullah (s.a.w)  bersabda: Di antara kalian yang lebih dahulu bertemu denganku ( paling awal akan meninggal dunia) adalah yang paling panjang tangannya. Aisyah berkata;Lalu mereka, para isteri Rasulullah s.a.w, mungukur tangan siapakah yang paling panjang. Aisyah berkata; Ternyata setelah di ukur-ukur Zainablah yang paling panjang di antara kami, kerena dia sering beramal dan bersedekah dengan tangannya.

 

 

2) Sayyidah ‘Aisyah r.anha

 Berkata anak saudara ‘Aisyah Abdullah bin al-Zubayr bin al-Awwam : Aku tidak pernah wanita yang lebih pemurah dari ‘Aisyah dan Asma’ ( Ahkam al-Nisa’ Ibnu al-Jawzi, hal. 125)

 

Diriwayatkan dari ‘Urwah: Satu hari Mu’awiyah mengirim kepada ‘Aisyah 100 Ribu Dirham. ‘Aisyah telah menginfaq dan mengagihkan ke semuanya, tidak ada sedikit pun yang tertinggal. Berkata Barirah (hamba kepada ‘Aisyah ) : “ Kamu sedang berpuasa. Mengapa tidak ditinggalkan satu dirham untuk dibeli dengannya daging. “ Kalau kamu ingatkanku nescaya aku akan melakukannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hulyah al-Awliya, jil. 2 , hal. 47, al-Hakim, jil. 4, hal. 13)

 

 

BERSEDEKAH DENGAN NIAT UNTUK IBU ATAU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Marilah disaat bulan yang mulia ini kita bersedekah atas nama ibu atau bapa atau kedua-duanya yang telah meninggal dunia

Dari Aisyah radhiallahu anha bahwasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya ibuku itu meninggal dunia secara mendadak dan saya mengira andaikata ia dapat berbicara tentu ia akan bersedekah. Adakah ibuku akan memperoleh pahala jikalau saya bersedekah untuknya?” Beliau s.a.w. bersabda: “Ya.” (Muttafaq ‘alaih)

 

HUBUNGAN ANTARA PUASA DAN INFAQ

Ayat  berkaitan  puasa hanyalah lima bermula ayat 186 sedangkan ayat-ayat galakan untuk berINFAQ   meliputi beberapa muka surat dalam juzuk tiga. Bermula dengan ayat 261 surah al-Baqarah yang menjelaskan kelebihan bersedekah. Firman Allah (s.w.t):

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Diikuti dengan ayat berikutnya berhubung dengan adab-adab bersedekah seperti tidak mengungkit-mengungkit atau menyakiti penerima sedekah, tidak riya’ dan sedekah dan infaqlah hendaklah dilakukan semata-mata MENDAPATKAN KEREDAAN ALLAH (S.W.T).Firman Allah (s.w.t):

Dan bandingan orang-orang Yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) Yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat Yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. SURAH AL-BAQARAH 265

Dalam ayat 267 pula Allah (s.w.t) memerintahkan supaya mengeluarkan zakat dari harta yang baik dan bukannya dari yang kurang baik. Firman Allah (s.w.t):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan JANGANLAH KAU SENGAJA MEMILIH YANG BURUK DARIPADNYA) (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. Surah al-Baqarah (2):267

Seterusnya dalam ayat 268 Allah (s.w.t) menjelaskan usaha-usaha syaitan untuk menghalang manusia dari bersedekah dan membelanjakan harta di jalan Allah (s.w.t) dengan alas an bersedekah akan menyebabkan penderma akan menjadi fakir sedangkan Allah (s.w.t) menjanjikan keampunan dan pahala kepada mereka yang BERINFAQ. Firman Allah (s.w.t):

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.

Seterusnya Allah (s.w.t) sedekah itu boleh dilakukan secara tersembunyi atau terbuka. Allah juga memuji mereka  dan menjanjikan pahala kepada mereka yang bersedekah dan mereka tidak akan berasa takut atau bimbang. Firman Allah (s.w.t):

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, Dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. Surah al-Baqarah (2):274. Ini merupakan ayat terakhir berkaitan INFAQ dalam surah al-Baqarah. Ayat berikutnya adalah berkaitan hokum RIBA.

INFAQ JUGA MENJADI SATU DARI CIRI ORANG YANG BERTAQWA YANG MENJADI MATLAMAT KEPADA ORANG YANG BERPUASA.

Firman Allah (s.w.t) di awal surah al-Baqarah:

Kitab  Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta MEMBELANJAKAN (MENDERMAKAN) SEBAHAGIAN DARI REZEKI YANG KAMI BERIKAN KEPADA MEREKA. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Lihat juga surah al-Baqarah (2):177 yang menyebut sifat-sifat orang bertaqwa; antaranya:

“Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi…”

Dalam surah Ali Imran  ayat 133-135 pula Allah (s.w.t) berfirman:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu  ORANG YANG MENDERMAKAN HARTANYA PADA MASA SENANG DAN SUSAH, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

 

BEBERAPA KELEBIHAN INFAQ

1)Allah (s.w.t) memberi keberkatan kepada harta orang yang bersedekah

Firman Allah (s.w.t):

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

  1. Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. Surah al-Baqarah ayat 276.

Ayat ini menunjukkan apa yang kita sedekah akan membawa keberkatan

Sabda Rasul (s.a.w):

وعن أَبي هريرة  رضي الله عنه : أن النَّبيّ  صلى الله عليه وسلم  ، قَالَ : (( مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ إلاَّ مَلَكانِ يَنْزلاَنِ ، فَيقُولُ أحَدُهُمَا : اللَّهُمَّ أعْطِ مُنْفقاً خَلَفاً ، وَيَقُولُ الآخَرُ : اللَّهُمَّ أعْطِ مُمْسِكاً تلَفاً ))  مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .

Maksudnya: Setiap kali berpaginya seorang hamba, maka akan turun dua malaikat. Salah satu darinya akan berkata: Ya Allah berikan kepada orang yang berinfaq gantian manakala yang satu lagi berkata: Berikan kepada orang yang menahan hartanya kemusnahan.

Sabda Rasulullah (s.a.w):

: ((  قَالَ الله تَعَالَى : أنفِق يَا ابْنَ آدَمَ يُنْفَقْ عَلَيْكَ )) متفقٌ عَلَيْهِ .

Allah (s.w.t) berfirman dalam hadith Qudsi: Belanjakan harta kamu wahai anak Adam, nanti kamu akan dibelanjakan.”

 

2) Tidak akan berasa sedih dan takut

Firman Allah (s.w.t):

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah al-Baqarah ayat 274.

 

3)Dilipat gandakan ganjaran sehingga 700x ganda. Firman Allah (s.w.t):

 

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Surah al-Baqarah ayat 261

4)Sedekah dapat menghapuskan dosa

وعن مُعَاذٍ رضي الله عنه قَالَ:

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَما يُطْفِئُ المَاءُ النَّارَ

Maksudnya: Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana api memadamkan api.

5)Memasuki syurga dari pintu sedekah

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ أنْفَقَ زَوْجَيْنِ في سَبِيلِ اللهِ نُودِيَ مِنْ أبْوَابِ الجَنَّةِ ، يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا خَيرٌ ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الصَّلاَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الجِهَادِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ ))

“Barangsiapa yang menafkahkan sepasang binatang – yakni dua ekor kuda, lembu ataupun unta – dalam kepentingan fi-sabilillah, maka ia akan dipanggil dari semua pintu syurga dengan ucapan: “Hai hamba Allah, inilah yang lebih baik.” Maka jikalau seseorang itu dari golongan ahli shalat, ia akan dipanggil dari pintu Shalat, barangsiapa yang termasuk dalam ahli jihad, ia akan dipanggil dari pintu Jihad, barangsiapa yang termasuk dalam ahli puasa, ia akan dipanggil dari pintu Rayyan – artinya puas atau kenyang minuman, barangsiapa yang termasuk dalam ahli sedekah, maka ia dipanggil dari pintu Shadaqah.” ( HR al-Bukhari dan Muslim)

 

ADAB-ADAB BERSEDEKAH

1.Bersedekah dengan harta yang paling disayangi.

Firman Allah (s.w.t):

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

  1. kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya. Surah Al Imran

2.Ikhlas dalam bersedekah.

Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda kepada Sa’ad bin Abi Waqqas

 (( وإنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللهِ إلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ في فيِّ امرأتِك )) مُتَّفَقٌ عَلَيهِ .

“ Dan kamu membelanjakan apa-apa perbelanjaan untuk berderma semata-maya mencari keredaan Allah (s.w.t) melainkan kamu akan diberi pahala dengannya sehinggakan makanan yang anda masukkan ke dalam mulut isterimu’”

3 &4 . Jangan mengungkit dan menjauhi riyak serta jangan menyakiti penerima sedekah/infaq

Firman Allah (s.w.t):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.       Surah al-Baqarah ayat 264.

5.Jangan meminta semula apa yang disedekahkan.

وعن ابن عباس رضي الله عنهما : أنَّ رسول الله رضي الله عنه ، قَالَ

(( مَثَلُ الَّذِي يَرْجِعُ في صَدَقَتِهِ ، كَمَثَلِ الكَلْبِ يَقِيءُ ، ثُمَّ يَعُودُ في قَيْئِهِ فَيَأكُلُهُ ))

Nabi s.a.w. bersabda: “Perumpamaan orang yang mengambil kembali sedekahnya adalah seperti seekor anjing yang muntah lalu ia kembali kepada muntahnya itu, kemudian memakannya.” HR al-Bukhari dan Muslim

 

JAUHI SIFAT BAKHIL

Marilah sama-sama berdoa semoga Allah (s.w.t) menjauhi kita dari sifat bakhil sebagaimana yang didoakan oleh Nabi (s.a.w):

” اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِن الْجُبْنِ والْبُخْل”

Ya Allah aku mohon perlindungan dari sifat pengecut dan kedekut.”

 

Firman Allah (s.w.t):

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya. dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa Yang amat menghina; Surah al-Nisa’

Sabda Rasul (s.a.w):

وعن أَبي هريرة رضي الله عنه: أنَّه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم  ، يَقولُ : ((  مَثَل البَخيل وَالمُنْفِقِ ، كَمَثَلِ رَجُلَيْنِ عَلَيْهِمَا جُنَّتَانِ مِنْ حَديد مِنْ ثُدِيِّهِمَا إِلَى تَرَاقِيهِمَا ، فَأَمَّا المُنْفِقُ فَلاَ يُنْفِقُ إِلاَّ سَبَغَتْ – أَوْ وَفَرَتْ عَلَى جِلْدِهِ حَتَّى تُخْفِيَ بَنَانَهُ ، وَتَعْفُو أثرَهُ ، وأمَّا البَخِيلُ ، فَلاَ يُريدُ أنْ يُنْفِقَ شَيْئاً إِلاَّ لَزِقَتْ كُلُّ حَلْقَةٍ مَكَانَهَا ، فَهُوَ يُوسِّعُهَا فَلاَ تَتَّسِعُ )) متفقٌ عَلَيْهِ .

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perumpamaan orang bakhil dan orang yang suka menafkahkan itu adalah seperti dua orang lelaki yang di tubuhnya ada dua buah baju kurung dari besi – masing-masing sebuah, antara kawasan dada sehingga  tulang lehernya.

Adapun orang yang suka menafkahkan, maka tidaklah ia menafkahkan sesuatu, melainkan makin sempurnalah baju besinya sehingga  ia menutup  seluruh kulitnya sehingga menutupi tulang-tulang jari-jarinya.   Adapun orang kedekut maka tidaklah ia menginginkan hendak menafkahkan sesuatu, melainkan makin melekatlah setiap besi itu pada tempatnya. Ia hendak meluaskan besi  tadi, tetapi ia tidak dapat melebar.” (Muttafaq ‘alaih)

BERSEDEKAHLAH SEBELUM MALAIKAT MAUT MENJEMPUT KITA

Justeru itu marilah kita bersedekah sebelum datangnya saat kematian

Firman Allah (s.w.t):

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10)

  1. dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu Dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa Yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang Yang soleh “. Surah al-Munafiqun

BERSEDEKAHLAH SEBELUM SUATU HARI NANTI TIDAK ADA ORANG YANG HENDAK MENERIMA SEDEKAH

Marilah kita berdekah sebelum tibanya zaman tidak ada lagi orang yang mahu menerima sedekah

وعن أبي موسى الأشعريِّ رضي الله عنه : أنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم  قال : (( لَيَأتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَطُوفُ الرَّجُلُ فِيهِ بالصَّدَقَةِ مِنَ الذَّهَبِ فَلاَ يَجِدُ أَحَداً يَأخُذُهَا مِنهُ

Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Niscayalah akan datang pada sekalian manusia suatu zaman yang seseorang itu berkeliling dengan membawa harta yang akan disedekahkan berupa emas, tetapi ia tidak menemukan seseorang-pun yang suka mengambil sedekah itu daripadanya. (Riwayat Muslim)

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s