NOTA 16 RAMADAN

NOTA 16 RAMADAN “ KEBERKATAN WAKTU PAGI”

RAYUAN INFAQ RAMADAN 1436H

1.TAHFIZ AL-HAKIM JENGKA 15 PAHANG YANG BARU DILAKUKAN ACARA PECAH TANAH SEBELUM RAMADAN MAYBANK-156141528644

2.DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR, KOTA KINABALU FASA KE-3- RM100,000 DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN 1 BLOK, BANK ISLAM 10 0160 1008 4808, MAYBANK 56 02 1400 2770, KUWAIT FINANCE HOUSE- 0091 4000 1132

3-DANA WAKAF KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAH- MAYBANK 563046310726 DI ATAS NAMA DARUL HADIS MANAGEMENT

4.MA’HAD DIRASAT DINIYYAH (MADAD), KG TEMIN, BANK ISLAM: 06082010009239, MAYBANK 556011062642

Sabda Rasulullah s.a.w:

وعن صخر بن وَداعَةَ الغامِدِيِّ الصحابيِّ رضي الله عنه : أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم  ، قَالَ :

 اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي في بُكُورِهَا

وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشَاً بَعَثَهُمْ مِنْ أوَّلِ النَّهَارِ . وَكَانَ صَخْرٌ تَاجِراً ، وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ أوَّلَ النَّهَار ، فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ . رواه أَبُو داود والترمذي ، وقال : (( حديث حسن

Dari Shakhr bin Wada’ah al-Ghamidi as-Shahabi r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi harinya.”

Rasulullah s.a.w. apabila hendak mengirimkan suatu pasukan -yang baginda s.a.w. sendiri tidak menyertainya – atau hendak mengirimkan tentera – untuk peperangan, maka beliau s.a.w. menghantar mereka – pada permulaan siang hari -jadi pagi-pagi sekali.

Shakhr adalah seorang pedagang. la mengirimkan dagangannya itu selalu di permulaan siang hari, maka menjadi kayalah ia dan bertambahlah serta banyaklah hartanya.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Hadith ini mengisyaratkan kepada kita untuk mengisi masa awal pagi dengan sebaik-baiknya bukannya dengan tidur!

BAGAIMANA MENGISI WAKTU AWAL PAGI
1)ZIKIR PAGI
Antara zikir pagi ditunjukkan oleh Nabi (s.a.w) ialah:
* Membaca سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ seratus kali

عن أَبي هريرة رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم : (( مَنْ قَالَ حِيْنَ يُصْبِحُ وَحينَ يُمْسِي : سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ ، مِئَةَ مَرَّةٍ ، لَمْ يَأتِ أَحَدٌ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ ، إِلاَّ أحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ )) . رواه مسلم .

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdi, seratus kali, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang keadaannya lebih baik dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari ucapannya tadi.” (Riwayat Muslim)

Selain itu antara zikir pagi yang boleh dibaca ialah:
PERTAMA:

أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر. [مسلم 4/2088]

Kami berpagi dalam keadaan segala kerajaan milik Allah dan segala puji bagi Allah. Tidak ada tuhan melainkan Allah yang maha esa. Tidak ada sekutu baginya. Baginya kekuasaan dan baginya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu. Ya Allah aku mohon darimu kebaikan yang ada pada hari ini dan kebaikan selepasnya. Ya Allah aku memohon perlindungan dari darimu keburukan yang ada pada hari ini dan keburukan selepasnya.

KEDUA:

اللّهُـمَّ بِكَ أَصْـبَحْنا وَبِكَ أَمْسَـينا ، وَبِكَ نَحْـيا وَبِكَ نَمُـوتُ وَإِلَـيْكَ النُّـشُور. [الترمذي 5/466]

Ya Allah dengan-Mu Kami berpagi dan dengan-Mu kami berpetang, dengan-Mu kami hidup dan dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami akan kembali.

KETIGA:

اللّهُـمَّ إِنِّـي أَصْبَـحْتُ أَشْـهِدُك ، وَأُشْـهِدُ حَمَلَـةَ عَـرْشِـك ، وَمَلائِكَتِك ، وَجَمـيعَ خَلْـقِك ، أَنَّـكَ أَنْـتَ اللهُ لا إلهَ إلاّ أَنْـتَ وَحْـدَكَ لا شَريكَ لَـك ، وَأَنَّ ُ مُحَمّـداً عَبْـدُكَ وَرَسـولُـك .(4x ) [أبو داود 4/317]

Ya Allah aku berpagi dalam keadaan aku bersaksi, malaikat-malaikat yang menjaga Arasy-Mu, malaikat-Mu dan semua makhlukmu bersaksi bahawa Engkaulah Allah. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau yang esa dan tidak ada sekutu bagimu dan Muhammad adalah hamba-Mu dan Rasul-Mu.

KEEMPAT:

اللّهُـمَّ ما أَصْبَـَحَ بي مِـنْ نِعْـمَةٍ أَو بِأَحَـدٍ مِـنْ خَلْـقِك ، فَمِـنْكَ وَحْـدَكَ لا شريكَ لَـك ، فَلَـكَ الْحَمْـدُ وَلَـكَ الشُّكْـر . [أبو داود 4/318]

Ya Allah, aku berpagi dengan nikmat-Mu atau yang diperolehi daripada seseorang dari makhlukmu adalah dari Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur

Bagi mereka yang tidak berkelapangan bolehlah mengamalkan zikir yang diajar oleh Nabi saw kepada Sayyidah Juwairiyah
وعن أم المؤمنين جُويْريَةَ بنت الحارِث رَضِيَ اللهُ عنها: أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم خرجَ مِنْ عِنْدِهَا بُكْرَةً حِيْنَ صَلَّى الصُّبْحَ وَهِيَ في مَسْجِدِها ، ثُمَّ رَجَعَ بَعدَ أنْ أضْحَى وَهِيَ جَالِسَةٌ ، فقالَ : (( مَا زِلْتِ عَلَى الحالِ الَّتي فَارقَتُكِ عَلَيْهَا ؟ )) قالت : نَعَمْ ، فَقَالَ النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم : (( لَقَدْ قُلْتُ بَعْدَكِ أرْبَعَ كَلِمَاتٍ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، لَوْ وُزِنَتْ بِمَا

قُلْتِ مُنْذُ اليَوْمِ لَوَزَنَتْهُنَّ :

سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ ، وَرِضَا نَفْسِهِ ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Dari Ummul mu’minin iaitu Juwairiyah binti al-Harith radhiallahu ‘anha bahawasanya Nabi s.a.w. keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika solat Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di tempat solatnya. Kemudian baginda s.a.w. kembali setelah melakukan solat Duha, sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempat solatnya. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: “Engkau masih tetap dalam keadaan ini dari waktu saya tinggalkan.” Juwairiyah menjawab: “Ya.” Nabi s.a.w. lalu bersabda: “Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, niscaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu lebih berat daripada yang engkau ucapkan. Kalimat-kalimat itu ialah: “Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridba nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kaiimatibi – Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya, sebanyak hitungan makhluk-Nya, sesuai dengan keridhaan ZatNya, seberat timbangan ‘arasyNya dan sepanjang beberapa kalimatNya.” (Riwayat Muslim)

2)MENGAJAR DAN MENUNTUT ILMU
Syaikh Habannakah al-Midani dipanggil sebagai Sultan Ulama’. Semasa saya menziarahi Jordan pada penghujung 2014 saya mendengar dari seorang syaikh dari Syria yang menceritakan bagaimana masa syaikh Habannakah al-Midani penuh dengan kelas pagi, petang, siang dan malam. Satu ketika sekumpulan peniaga berjumpa dengan syaikh dan meminta untuk diadakan kelas khas dalam fiqh muamalah. Syaikh bersetuju, mereka berbincang waktu yang sesuai. Mereka mencadangkan selepas subuh. “ Kelas penuh”. Demikianlah jawab syaikh apabila di Tanya waktu-waktu lain, sebelum zohor, selepas zohor, selepas Asar, selepas maghrib dan selepas Isyak semuanya penuh. Akhirnya mereka bersetuju mengadakan kelas satu jam sebelum subuh!
3)MEMBACA DAN MENULIS BUKU
Sebahagian Ulama menggunakan waktu awal pagi untuk menulis atau membaca buku.
5)BERZIKIR DI MASJID ATAU SURAU SEHINGGA WAKTU SYURUQ
Besarnya keberkatan waktu awal pagi ini Nabi saw menjanjikan pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna bagi mereka yang berzikir d masjid selepas subuh sehingga waktu duha dan diakhiri dengan solat ISYRAQ atau duha.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ ” قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna . HR al-Tirmizi

Justeru itu marilah kita mengelakkan diri tidur pada waktu yang penuh keberkatan ini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s