Category Archives: Jejak Dakwah

Datuk Mokhtar Rapok Imam yang disegani

Sabda Rasul s.a.w bermaksud:

“Sebaik-baik kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.”

picture1

Tokoh kedua yang akan saya masukkan dalam blog ini ialah yang berbahagia Datuk Mokhtar Rapok yang berpengalaman sebagai imam dan pengajaran al-Quran.

Pelajar yang diamanahkan untuk melakukan kajian tentang Datuk Mokhtar ialah:

 

 
JAAFRE BIN ABDUL RASHID
AFFENDI  YAHYA
ROSLEE SUMIN
JIMMY  YANGUS
FIRDAUS  ABD. RAHMAN

Bibiografi Tokoh Dakwah: Datuk Haji Mokhtar Bin Rapok

Nama penuh beliau Mokhtar Bin Rapok Bin Jalil. Dilahirkan pada 8hb. Mac 1949(60 tahun) di Kampung Mintulud (Bintulud) Padas Damit Beaufort (45 minit perjalanan dari Pekan Beaufort). Beliau berketurunan Bisaya. Bapa beliau Rapok bin Jalil merupakan seorang Imam Kampung berasal dari Padas Damit. Beliau merupakan guru mengaji, berzanji dan marhaban serta guru Rabana (kompang). Ibu Datuk Mokhtar bernama Juahir Binti Mokti yang merupakan anak kepada Iman suku kaum Brunei di Kota Klias. Datuk Mokhtar mempunyai lapan orang adik beradik, dua meninggal dunia (lima orang lelaki seorang perempuan). Isteri Datuk Mokhtar bernama Siti Khadijah @ Hojah Binti Haji Nasruni yang berasal dari Selangor. Hasil dari perkahwinan beliau dikurniakan lima orang anak empat lelaki seorang perempuan. Kini empat dari mereka sudah bekerja dan seorang lagi masih bersekolah. [1]


[1] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

 

 

Sejarah pendidikan

Mula bersekolah di S.R.K Bangkalalak Beaufort dari darjah satu hingga darjah enam. Sekolah Menengah di Maktab Sabah sehingga ke tingkatan 3 (LCE). Disebabkan sekolah agama pada peringkat awal belum ada beliau belajar dengan seorang guru dari Indonesia melalui sistem sekolah pondok. Di sebabkan minatnya yang begitu mendalam di bidang agama, beliau bersama ayahnya pergi ke rumah guru-guru agama untuk mendalami ilmu agama. Pernah beberapa ketika beliau tinggal beberapa lama di rumah guru agama untuk belajar agama Islam dengan mendalam. Selepas beliau mengikuti abangnya Asmat Nordin dan tinggal di Sembulan Lama, beliau ditawarkan menjadi Bilal oleh Imam Pandin di masjid negeri. Akhirnya beliau pada 1973-1976 di tawarkan melanjutkan pelajaran ke Institut Tahfiz Al-Quran (Darul Quran) Kuala Kubu, Masjid Negara dalam bidang Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.

Pada ketika setiap negeri ditawarkan seramai dua orang untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Tahfiz Al-Quran, beliau bersama Muhidin Yusin (sekarang Timbalan Pengarah Pelajaran) terpilih. Namun selepas beberapa bulan, saudara Muhidin Yusin menarik diri kerana minat beliau kearah pendidikan dan penulisan. Akhirnya Datuk Mokhtar Rapuk wakil tunggal dari Sabah menghabiskan diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Masjid Negara. Pada ketika itu senior beliau Dato Hassan Din turut belajar di Institut tersebut.

 

Kehidupan Rumah Tangga

Datuk bersyukur ke hadarat Illahi kerana mendapat keluarga yang memahami pahit maung kehidupan seorang pendakwah. Datuk selaku imam besar Masjid Negeri Sabah dan aktif dengan kegiatan-kegiatan dakwah dan keagamaan lebih banyak berdampingan dengan masyarakat dan sasaran dakwah berbanding dengan keluarga. Setiap hari Datuk berada di luar rumah sehingga jam 10 malam untuk menjalankan tugas-tugas sebagai imam. Pada hujung minggu beliau perlu berganding bahu dengan ustaz-ustaz untuk mengadakan kelas-kelas al-Quran dan pendidikan agama Islam di Masjid Negeri. Kadang-kala sahaja Datuk berkesempatan balik awal ke rumah ia itu selepas jemaah fardhu Isya. Dengan sedemikian, Datuk banyak bergantung kepada isteri tersayang untuk menguruskan kebanyakan hal-hal berkaitan dengan rumah tangga. Di samping itu, isteri tersayang memahami masyarakat lebih memerlukan Datuk daripada keluarganya. Begitulah besarnya pergorbanan isteri tersayang terhadap Datuk meskipun hanya sebagai seorang suri rumah tangga. [1]

Namun demikian, Datuk tidaklah mengabaikan tanggungjawabnya dalam pendidikan anak-anaknya. Sebagai seorang pendakwah, adalah menjadi hasrat Datuk supaya anak-anaknya dapat meneruskan perjuangannya dalam bidang keagamaan.  Datuk telah menghantar anak sulungnya untuk mengikut pengajian tahfiz al-Quran di Semenanjung. Bagaimanapun, anaknya telah memilih untuk tidak meneruskan pengajiannya. Sementara anak kedua dan ketiga masing-masing memiliki ijazah dalam kejuruteraan dan teknologi maklumat. Kedua-duanya telah meneruskan kerjaya bukan dalam bidang keagamaan. Anak yang keempat pula belajar di Universiti Unisel juga bukan dalam bidang keagamaan. Hanya anak yang bungsu masih mengikut pengajian tahfiz. Datuk berharap agar anaknya yang bungsu tersebut dapat meneruskan perjuangannya dalam bidang keagamaan. Namun Datuk sentiasa bersyukur meskipun anak-anaknya tidak mempunyai kelayakan dalam bidang keagamaan. Apa yang lebih utama ialah agar anak-anaknya menjadi insan yang berguna terhadap agama dan negara. Perjuangan menegakkan Islam tidak terhad kepada mereka yang memiliki kelulusan dalam bidang keagamaan. Apa yang penting anak-anaknya menyedari bahawa usaha dakwah terletak pada bahu setiap muslim. [2]

 

Guru-Guru Agama :Guru-Guru Agama di kampung.

Seperti juga dengan pendakwah-pendakwah lain, guru pertama Datuk adalah bapanya ia itu Allahyarham Rapok. Bapanya telah mengajar Datuk mengaji al-Quran. Namun beliau tidak dapat mengkhatamkan pengajian al-Quran dengan bapanya. Bapanya amat mengambil berat tentang pendidikan agama terutamanya pengajian al-Quran.  Bapanya telah menghantar Datuk belajar al-Quran dengan guru-guru agama yang terdapat di sekitar kampung. Di mana Datuk meneruskan pengajian al-Qurannya dengan pak ciknya bernama Tusar Bin Yusuf.  Dengan guru Tusar, Datuk dapat mengkhatam pengajian al-Quran.  Selepas itu, bapanya sebagai ketua kampung telah berpakat dengan penduduk-penduduk kampung untuk menjemput guru-guru agama dari luar daerah. Ini adalah bertujuan mendapatkan guru-guru agama yang lebih berpendidikan dan berpengalaman. Akhirnya, mereka berjaya mendapatkan seorang guru agama dari Indonesia bernama Mualifin atau Haji Mansor Bin Abdullah. Datuk belajar dengan guru Haji Mansor selama tiga tahun dan dapat khatam al-Quran dengan beliau. Selepas itu, Datuk meneruskan pengajian al-Qurannya dengan salah seorang murid terbaik Haji Mansor ia itu Haji Zakaria Atuk. Sekali lagi Datuk mengkhatam pengajian al-Qurannya.[3]

Guru-Guru Agama Semasa Merantau.

Setelah berhijrah ke Kota Kinabalu, Datuk tidak jemu mempelajari pengajian  agama. Di Kota Kinabalu terdapat ramai guru-guru agama. Di Kota Kinabalu juga pengajian agama tidak terhad kepada pengajian al-Quran. Antara guru-guru agama yang beliau sempat belajar ialah  Datuk Haji Ismail Abbas (bekas mufti negeri Sabah), Ustaz Haji Ahamd Othman (bekas Pengarah Dakwah MUIS). Dalam pengajian al-Quran, Datuk pernah belajar dengan  Ustaz Abdul Rahman Othman selama 6 bulan untuk memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah sahaja.  Dua orang lagi murid yang belajar bersama-sama Datuk telah berhenti kerana tidak sanggup mengikuti kepayahan memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah. Datuk juga sempat belajar Taranum dengan Ustaz Haji Saidin Abd. Rahman  ia itu johan tilawah peringkat kebangsaan. Semasa mengikuti pengajian tahfiz di Kuala Lumpur, Datuk telah belajar dengan Tuan Haji Sheik Hassan Ismail seorang pakar ilmu al-Quran.

 

Pendidikan Agama

Setelah menjalani pelajaran agama di kampung dan secara tidak formal di Kota Kinabalu, Datuk telah ditawarkan mengikuti pengajian tahfiz al-Quran di Masjid Negara Kuala Lumpur. Beliau mendapat biasiswa Yayasan Sabah untuk mengikuti pengajian tersebut. Datuk telah dipilih bersama seorang lagi perserta dari Sabah ia itu  Muhidin Yasin (kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah).  Datuk merupakan salah seorang daripada sembilan orang penuntut yang dipilih dari seluruh Malaysia. Datuk dan Muhidin merupakan anak murid dari Sabah yang pertama kali ditawarkan pengajian tersebut. Muhidin tidak meneruskan pengajiannya. Maka Datuk merupakan penuntut pertama dari Sabah lulus dalam pengajian itu dan dianugerahkan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.[4]

 

Pendidikan Bukan Keagamaan.

Peluang untuk belajar pada masa itu adalah tidak terbuka luas berbanding dengan masa kini. Di samping itu, negeri Sabah masih belum membangun. Masyarakat pada masa itu juga tidak begitu menekankan pelajaran. Datuk telah belajar di Sekolah Rendah Bangkalalat dari tahun satu dan sehinggalah tamat tahun enam. Selepas itu beliau mengikuti abangnya Asmat Rapok ke Kota Kinabalu. Di sana Datuk meneruskan pelajaran menengahnya di Maktab Sabah. Datuk tidak sempat menamatkan pejarannya ke peringkat Lower Certificate of Education (LCE) kerana menerima tawaran melanjutkan pengajian penghafalan Al-Quran di Masjid Negara.

 

Pengalaman dan bidang Kerjaya.

Selepas darjah enam sempat menjadi Cikgu selama 7 bulan di ST Paul dan ST John Beaufort.  Setelah berhijrah ke Kota Kinabalu pernah dilantik menjadi bilal di masjid negeri. Pada tahun 1976 sesudah menghabiskan pembelajaran di Tahfiz Al-Quran di Masjid Negara, pada 1977 beliau diminta mengajar di sekolah Toh Puan Hajah Rahmah sehingga 1979. Tidak dapat dinafikan Datuk adalah seorang pendakwah dan terlibat sepenuhnya secara aktif dalam bidang keagamaan. Kini Datuk telah bersara daripada perkhidmatan awam negeri Sabah. Tetapi atas sebab kepakaran dan pengalamannya beliau dilantik secara kontrak sebagai salah seorang imam Masjid Negeri dan juga merupakan tenaga pengajar Mahat Tahfiz Sabah. Beliau memulakan penglibatannya dalam keagamaan apabila menjadi bilal ( separuh masa ) pada setiap hari Jumaat di Masjid Sembulan( pada masa itu, Masjid Sembulan merupakan satu-satu masjid di bandar Kota Kinabalu).[5]

 

Setelah Masjid Negeri Sabah dibina pada tahun 1975. Imam Masjid Negeri pada masa itu ialah Datuk Haji Imam Pandin. Beliau adalah imam pertama Masjid Negeri. Atas sebab usia dan kesihatan Datuk Haji Imam Pandin, MUIS telah memilih Datuk untuk menjawat jawatan Penolong Imam Masjid Negeri bermula 01hb.Mac 1983 hingga akhir 1986. Pada awalnya, Datuk agak keberatan untuk menerima jawatan tersebut. Menurutnya beberapa calon lain seperti Datuk Haji Asmali Bachik dan Haji Gafar Rijin juga telah menolak tawaran jawatan Penolong Imam Masjid Negeri. Sebabnya mereka khuatir akan gagal melaksanakan tugas sebagai Penolong Imam. Datuk akhirnya bersetuju menerima tawaran itu kerana memikirkan kepentingan masyarakat yang memerlukan seorang Penolong Imam.

 

Datuk telah menjawat jawatan tersebut selama 23 tahun. Akhirnya Datuk dilantik sebagai Imam Besar Masjid Negeri pada tahun 1986. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 2002 sebelum beliau ditukarkan bertugas ke pejabat Wilayah dan Kariah Masjid. Datuk dilantik sebagai penolong pengarah Bahagian Pentadbiran Qariah dan Wilayah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Bagaimanapun beliau dilantik semula menjadi Imam Besar Masjid Negeri pada oktober tahun 2005 dan sehinggalah pada mac tahun 2006. Datuk bersara wajib pada 1hb. April 2007. Di samping bertugas sebagai imam, Datuk juga pernah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar Mahat Tahfiz Sabah. Beliau juga pernah menjawat jawatan Penyelia Kursus di Pusat Tahfiz dan Datuk merupakan guru pembimbing Taranum sehingga sekarang. Sehingga kini Datuk masih lagi dlantik secara kontrak sebagai salah seorang penolong Imam Masjid Negeri Sabah dan tenaga pengajar di Pusat Tahfiz Sabah.

Di samping jawatan formal, Datuk juga terlibat dengan aktiviti keagamaan tidak formal. Antaranya :

       I.            Penceramah jemputan Radio Sabah

    II.            Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sabah

 III.            Penceramah / tenaga pengajar kepada persatuan-persatuan Islam dan jabatan-jabatan kerajaan.

 

Pingat Anugerah

Pada tahun 1994 Datuk dikurniakan pingat ADK dan seterusnya menerima pingat PGDK pada tahun 1997. Beliau pernah menerima Anugerah Imam As- Syafie pada tahun 2000 dan tahun 2008.

 

Anak-anak murid yang berjaya

Sementara antara anak murid didikannya ialah YB Datuk Haji Arifin Arif dan Tuan Haji Amri Suratman (Pengarah JHEAINS). Selain dari itu kebanyakkan anak murid datuk telah dilantik menjadi imam-imam di daerah.[6]

 

Pengalaman semasa berdakwah.

Terlalu banyak peristiwa pahit maung yang beliau lalui sepanjang penglibatannya dengan aktiviti dakwah. Datuk telah berada di pesada dakwah negeri ini sejak dari zaman pemerintahan USNO dan sehingga kini.

 

 

Semasa Pentadbiran USNO.

Sabah pada masa itu masih belum membangun dan baru sahaja mengecap kemerdekaan. Masyarakatnya pada masa itu tidak mempunyai pelajaran dan pengetahuan agama masih rendah. Pada masa itu majoriti penduduk muslim ke atas penduduk bukan Islam di negeri Sabah adalah sangat kecil. Dengan sedemikian pemerintahan pada masa itu berusaha untuk memperbesarkan majoriti tersebut supaya Perlembagaan Persekutuan boleh memaktubkan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.  Ketua Menteri pada masa itu Almarhum Tun Datuk Haji Mustapha mengerakkan supaya usaha dakwah diperkuatkan dengan mengadakan aktiviti pengislaman masyarakat bukan Islam termasuklah mereka yang berkepercayaan pagan. Datuk mengimbau, usaha pengislaman yang dijalankan pada masa itu sangat bersungguh-sungguh dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintahan selepasnya. USIA selaku jentera utama dakwah telah mengadakan acara pengislaman beramai-ramai di merata tempat di Sabah. Aktiviti sedemikian diadakan di masjid-masjid, padang, balai raya dan rumah-rumah pemimpin masyarakat. Setiap kali mengadakan aktiviti itu bilangan saudara baru mencapai puluhan dan ratusan orang.[7]

Untuk membimbing saudara baru, USIA melantik mubaligh-mubaligh di seluruh daerah. Mereka memberi bimbingan ke atas saudara baru. Meskipun usaha tersebut berbau politik tetapi objektif sebenarnya ke arah mempersebarkan agama Islam di negeri Sabah. Lebih dari itu, kerajaan USNO berjaya menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah (Negeri Sarawak tidak berjaya dalam usaha sedemikian dan gagal menjadikan Islam sebagai agama rasminya). Datukpun sedia maklum terdapat bantahan  ke atas usaha tersebut. Malah bantahan itu  tidak sahaja daripada masyarakat bukan Islam tetapi juga dari kalangan masyarakat Islam. Datuk merumuskan sememangnya terdapat kelemahan dengan aktiviti pengislaman  tersebut. Lebih-lebih lagi apabila berlaku kes-kes murtad di kalangan saudara baru. Tetapi pada keseluruhannya usaha tersebut telah memantapkan kedudukan agama Islam di Sabah dan ramai saudara baru tersebut masih kekal dengan agama Islam.  [8]

Kerajaan USNO telah menubuhkan MUIS pada tahun 1972 untuk memperkuatkan jentera dakwah di Sabah. Dengan penubuhan MUIS, usaha dakwah dan kegiatan agama Islam dilakukan oleh sebuah organisasi kerajaan. MUIS juga dapat memperkuatkan usaha dakwah di Sabah. Datuk merupakan salah seorang dari empat orang kakitangan awal MUIS. Beliau menjawat jawatan sebagai Pembantu Rendah Am, Pengiran Ahmad Tajudin sebagai Setiausaha MUIS dan Almarhun Datuk Haji Abu Bakar Titingan sebagai Pengerusi. Pada tahun 1973, Sekolah Islamiyah telah dibina di Tawau hasil daripada usaha masyarakat setempat dan bantuan kerajaan. Sekolah ini telah melahirkan ramai penuntut-penuntut yang mewarnai suasana kegiatan dakwah di Sabah pada masakini. Antaranya Datuk Haji Awang Sharin Alimin, Ustazah Hajjah Zaloha Hj Ahmad, Ustazah Hajjah Shamsiah Baharom, Ustaz Haji Saidin Musi dan ramai lagi. Kerajaan telah membina Sekolah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah di Kota Kinabalu yang lebih besar serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Semua murid-murid dari Sekolah Islamiyah telah dipindahkan ke Sekolah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah. Sementara Sekolah Islamiyah terus kekal sebagai sebuah sekolah rendah.

Kerajaan  juga berhasrat membina sebuah Masjid Negeri sebagai simbol syiar Islam di Sabah. Almarhum Tun Mustapha telah mewartakan tapak Masjid Negeri untuk tujuan itu. Almarhum juga telah mewartakan tapak tanah Wisma MUIS untuk didirikan  sebuah bangunan kepunyaan MUIS. Hasrat membina sebuah Masjid Negeri telah tercapai dengan terbinanya Masjid Negeri Sabah pada tahun 1975 setahun sebelum pemerintahan USNO ditumbangkan oleh Parti Berjaya. Datuk menceritakan kerajaan Berjaya meneruskan aktiviti pengislaman secara beramai-ramai. Sama seperti Almarhum Tun Mustapha, YAB Datuk Harris Salleh juga terlibat dengan aktiviti pengislaman. Beliau juga mendapatkan khidmat tenaga pendakwah dari Indonesia dan Semenanjung. Antara pedakwah-pendakwah tersebut ialah Allahyarham Ustaz Aliuddin, Ustaz Haji Iyen Atim, Allahyarham Ustaz Umar Sidek, Allahyarham Ustaz Nawawi dan sebagainya.[9]

 

Kegiatan Dakwah Masakini.

Datuk berpendapat jentera pentadbiran dakwah di Sabah pada masa ini adalah jauh lebih mantap. MUIS kini telah memiliki kompleks sendiri. Di samping itu, dengan tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pentadbiran agama Islam di Sabah adalah jauh lebih teratur.  Antaranya ialah :

·        Pentadbiran pejabat-pejabat MUIS dan JHEINS adalah lebih teratur dan mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan setiap tahun.

·        Sekolah-sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) mendapat bantuan kewangan dan tenaga pengajar.

·        Tertubuhnya Pusat Zakat Sabah, Pusat Mahat Tahfiz Sabah dan Institusi Mahkamah Syariah.

 

Seterusnya usaha dakwah pada masa lalu telah menunjukkan hasil dengan kelahiran ramai para-para ustaz, tahfiz dan pendakwah dari kalangan penduduk negeri Sabah.  Pegetahuan agama, penguasaan pembacaan Al-Quran di kalangan para imam juga telah jauh meningkat. Akitiviti keagamaan di masjid-masjid kini mendapat sambutan.[10]

 

 

Pengalaman Berdakwah : Didakwa Mengislamkan Saudara Baru Dan Krisis Politik pada Tahun 1986.

Di samping pergerakan dakwah di negeri Sabah seperti yang dicatatkan di atas, Datuk juga banyak mengalami peristiwa-peristiwa genting. Dua peristiwa genting yang Datuk alami ialah  beliau disaman oleh keluarga saudara baru dan krisis politik di Sabah pada sekitar tahun 1986. Menurut Datuk, beliau telah didakwa oleh sebuah keluarga saudara baru kerana telah mengislamkan seorang saudara baru yang berusia di bawah 16 tahun. Keluarga saudara baru itu tidak berpuas hati apabila anak mereka memeluk agama Islam secara sukarela. Di bawah perundangan seseorang yang berusia 16 tahun dan ke bawah yang berhasrat memeluk Islam hendaklah terlebih mendapat perakuan bersumpah.

 

Pada masa itu para-para imam dan malah MUIS sendiri tidak mengetahui akan keperluan tersebut. Akibatnya Datuk dan MUIS telah didakwa di mahkamah di atas kesilapan tersebut. Selepas kes tersebut, MUIS telah memperbetulkan prosedur pengislamannya dan memastikan semua keperluan perundangan dilakukan sebelum sebarang pengislaman dilakukan. Pada tahun 1986, Kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Berjaya telah ditumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS). Ini menyebabkan tercetusnya krisis politik di Sabah.  Penyokong daripada Parti Berjaya dan USNO telah bergabung mengadakan perarakan kerana marah dengan tindakan menconteng tanda salib pada pagar Masjid Negeri Sabah. Bagaimanappun, agenda tersirat pergerakan tersebut ialah menimbulkan provokasi kepada kerajaan PBS. Jika tercetus pergaduhan di antara pergerakan tersebut dengan penyokong-penyokong PBS maka kerajaan pusat akan mengisytiharkan darurat. Dengan sedemikian secara tidak langsung kerajaan baru di bawah pentadbiran PBS adalah dimansuhkan.[11]

 

Masjid Negeri Sabah telah menjadi markas pergerakan tersebut. Ramai pemimpin Islam telah terlibat dengan pergerakan tersebut. Antaranya Almarhum Tun Datuk Haji Mustapha, Tun Datuk Haji Sakaran dan Allahyarham Datuk Haji Abdul Malek Chua. Dari Masjid Negeri, mereka mengadakan beberapa perarakan di bandar Kota Kinabalu dan Penampang. Sementera itu, mereka telah membuat bom daripada petrol untuk digunakan semasa perarakan. Mereka juga memasang sepanduk yang mengandungi unsur-unsur menghasut. Pergerakan itu juga cuba menyemarakan semangat masyarakat Islam agar bangkit dan berjihad. Malah ada sebahagian mereka yang terlibat merupakan pejuang-pejuang Moro yang bersiap-sedia untuk berjihad.

 

Namun atas kawalan ketat pihak Polis, sebarang kejadian yang tidak diingini telah dapat dielakkan. Hanya beberapa kes kerosakan harta benda dan kereta telah berlaku semasa perarakan yang diadakan. Akhirnya pergerakan tersebut telah terhenti akibat kawalan pihak Polis dan tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Islam. Datuk selaku imam Masjid Negeri semasa peristiwa tersebut menjadi sasaran. Beliau tidak dapat menghalang atau mengawal kerana kebanyakan mereka yang terlibat adalah merupakan tokoh-tokoh terkemuka negeri Sabah. Mereka telah berkampung di Masjid Negeri dan kawalan hanya dapat dilakukan oleh pihak Polis. Datuk, Setiausaha MUIS Haji Adnan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berbahagia Datuk Khalil Jamillul telah disoal siasat oleh pihak polis kerana tidak menghalang pergerakan tersebut menggunakan Masjid sebagai markas. Mereka bertiga juga dipersoalkan kerana membiarkan pergerakan tersebut memasang sepanduk berunsur menghasut di Masjid Negeri. Mereka juga dipersoalkan kerana membiarkan pergerakan itu membuat bom daripada petrol. [12]

 

Bagaimanapun mereka telah tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana keadaan tersebut adalah di luar kawalan. Pihak Polis juga hanya membuat pengawasan ke atas pergerakan tersebut. Pada peringkat awal, akan tercetus pertumpahan darah dan kehilangan nyawa jika pihak Polik menggunakan kekerasan untuk menghentikan aktiviti pergerakan tersebut. Pergerakan tersebut hanya dapat dihentikan setelah beberapa siri perbincangan dilakukan pihak Polis dan pemimpin-pemimpin Islam dengan ketua-ketua pergerakan tersebut. Alhamdulillah tidak berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini akibat krisis politik tersebut. Buat Datuk ia merupakan sebuah peristiwa genting dalam hidupnya sebagai seorang pendakwah.

 

Penulisan:

Tidak menulis buku. Hanya membuat teks Khutbah dan untuk RTM.

Kegiatan dan sumbangan kepada masyarakat:

Datuk mengendalikan kelas Tahsin Al-Quran pada setiap malam di Masjid Negeri Sabah dan sekitar Kota Kinabalu dari tahun 1980 sehingga sekarang. Di samping itu Datuk mengendalikan kursus-kursus Tahsin Al-Quran dan Fardhu Ain berkala anjuran jabatan kerajaan dan NGO seperti JKM, KEMAS, TELEKOM dan anjuran masjid di sekitar pantai barat. Datuk juga sering menerima kemputan mengetuai majlis doa selamat dan solat hajat, solat jenazah, majlis bacaan berzanji dan marhaban sekitar Kota Kinabalu. Datuk juga sering dijemput menjadi hakim Tilawah Al-Quran peringkat daerah, bahagian negeri dan kementerian. Beliau juga adalah hakim ppertandinganberzanji dan marhaban peringkat bahagian dan negeri.

Nasihat dan harapan kepada generasi muda:

Mantapkan diri sendiri dahulu dengan ilmu Al-Quran dan Hadith.

 

Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan Datuk Mokhtar Rapuk merupakan tokoh dakwah yang sangat berjasa dalam usaha dakwah di negeri Sabah. Beliau merupakan seorang yang boleh dianggap tawaduk dan tidak meninggi diri walaupun bergelar seorang datuk. Kami amat bertuah kerana dapat berwawacara dengan beliau dan dapat menimba pelbagai ilmu daripada beliau. Pengalaman beliau sebagai tokoh dakwah amat kami kagumi dan kami sanjungi. Beliau amat menekankan betapa pentingnya peranan almarhum Tun Mustapa dalam perjuangan dakwah Islam dan begitu juga peranan USIA dan Muis dalam gerakan dakwah.

Tidak dinafikan kegiatan dakwah di Malaysia telah berjalan sejak Islam mula-mula di perkenalkan di negara ini pada abad yang lalu. Bagaimanapun kegiatan dakwah dalam bentuk gerakan yang dijalankan oleh badan-badan tertentu serta membawa kesan yang besar ke atas pemikiran orang Islam dan menimbulkan reaksi daripada pelbagai golongan masyarakat hanya bermula dalam tahun-tahun 1970-an. Dalam kegiatan itu pelbagai badan dakwah bergerak dengan aktif mengikut cara dan kemampuan masing-masing. Dilihat lihat dari segi bentuk dan cara bergerak, badan-badan itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu badan-badan dakwah yang berfungsi sebagai agen kerajaan dan badan-badan dakwah yang bergerak secara sukarela.

 Kegiatan dakwah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah berfungsi sebagai agensi kerajaan juga mengecewakan. Ini adalah disebabkan sifatnya sebagai badan kerajaan dan terpaksa tunduk kepada undang-undang secular negara ini dalam mengambil sebarang tindakan atau keputusan berhubung dengan masalah social, ekonomi, undang-undang dan dalam perencanaan serta pelaksanaan kegiatan dakwah itu sendiri. Persoalannya apakah umat Islam di negara ini berbangga hanya dengan penyampaian dakwah tanpa mengambil kira sejauh mana dakwah itu dijalankan mengikut kehendak ajaran Islam dan sejauh mana pula ia mencapai matlamat dakwah yang sebenar.

 

Rujukan

Muhiddin Yusin, 1990. Islam Di Sabah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhiddin Yusin @ Mohd. Anas, 1981. Sejarah Penubuhan Usia dan kegiatannya dalam Dakwah Islam di Sabah.  Tesis masters Muhiddin Yusin (UKM).

 

Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.


[1] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[2] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[3] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[4] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[5] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[6] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[7] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[8] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[9] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[10] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[11] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

[12] Wawacara antara Datuk Mokhtar Rapok dengan Jaafre B. Abdul Rashid, Affendi Yahaya dan Roslee Sumin.  Pada 18hb.March, 2009 jam 9.00am hingga jam 11.00am.

Advertisements

JEJAK ULAMA (SIRI 1) SYAIKH SYU’AIB AL-ARNAUT MUHADDITH TERKENAL I

Syaikh Syuaib(1928-...) sudah menjangkau 81 tahun tetapi masih kelihatan sihat

Syaikh Syuaib(1928-...) sudah menjangkau 81 tahun tetapi masih kelihatan sihat

Biodata

Nama:Syu’aib bin Muharram al-Arnaut
Bapa: Berasal dari Albania dan berhijrah bersama keluarga ke Syria pada tahun 1926 kerana cintakan ilmu
Kelahiran: Dilahirkan pada tahun 1928

Syaikh Syu’aib al-Arnaut merupakan guru yang saya menadah ilmu dengannya sejak tahun pertama pengajian melalui salah seorang sahabat Arab sehinggalah saya tamat pengajian. Pada hari Jumaat malam Sabtu saya belajar dengannya kitab Subulussalam dan pada hari Sabtu malam Ahad saya belajar dengannya kitab al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, pada masa itu beliau mengajar tafsir surah al-Baqarah.

Syaikh Syu’aib al-Arnaut menghabiskan masanya lebih dari empat puluh tahun berkhidmat dengan hadith dengan menyunting semula lebih dari manuskrip-manuskrip hadith dan sehingga lebih 200 jilid kitab dihasilkan. Beliau bukan sekadar menyunting tetapi turut mentakrijkan hadith-hadith dan menyatakan taraf hadith tersebut. Antara karya besar yang disunting oleh beliau ialah Siyar a’Lam al-Nubala lebih kurang 30 jilid, musnad Imam Ahmad 50 jilid, sohih Ibn Hibban Bi Sharh Ibn Libban 14 jilid dan lain-lain. Antara hasrat beliau ialah untuk menghasilkan ensklopedia hadith-hadith sohih dan hasan dan berharap generasi yang akan datang akan menghuraikan enskopedia tersebut semoga Allah mempermudahkan. Ini yang saya dengar dalam satu kuliyah yang saya hadiri.

Pernah satu hari saya berjumpa dengan beliau di Dar al-Bashir yang terletak di Abdali Amman dan bertanya apa yang kamu ingin beli… Saya menjawab pada masa itu: Saya tidak ada duit dan memang masa itu duit biasiswa dah habis… Dia pun berkata: Ambillah mana-mana buku dan apabila ada duit bayarlah…Saya pun mengambil kitab Sohih ibn Hibban yang disunting oleh beliau.

Walaupun tidak mempunyai ijazah M.A apatah lagi Ph.D, pensyarah-pensyarah hadith berjumpa dengan beliau dipejabatnya. Inilah kelebihan ilmu…

LIHAT SLIDE GAMBAR SYAIKH SYU’AIB DI YOU TUBE: http://www.youtube.com/watch?v=eRuZz-1yOxM

Semasa yang melayari internet saya bertemu dengan satu temubual yang dijalankan dalam laman al-Sunnah al-Nabawiyah dengan fadilah syaikh syuaib. Insya Allah saya akan terjemahkan sedikit demi sedikit:
Lihat teks asal di alamat berikut:
حوار مع فضيلة الشيخ شعيب الأرنؤوط
TEMUBUAL DENGAN FADILAH AL-SYAIKH SYUAIB AL-ARNAUTT
صاحب الفضيلة من خلال موقعنا شبكة السنة النبوية نود أن نلتقي معكم بطرح بعض الأسئلة.
Tuan yang mulia, melalui laman al-Sunnah al-Nabawiyah, kami ingin berjumpa dengan tuan dengan mengemukakan beberapa persoalan
– نود أن تعرف المتصفح للموقع عن سيرتكم الذاتية: المولد، والنشأة، وبداية طلبكم للعلم، وأبرز شيوخكم، ونتاجكم العلمي؟
Soalan 1: Kami ingin orang yang melayari laman ini berkenalan dengan riwayat hidup dari kelahiran, perkembangan, sejarah awal menuntut ilmu, guru-guru yang utama dan bahan-bahan ilmiah yang tuan guru hasilkan?
نشأت كما ينشأ بقية طلبة العلم، حبب إلي العلم، وأنا أعمل في التجارة، وكان يأتينا شيخ إلى محلنا في سوق ساروجا من أحياء دمشق القديمة حارة الشالة يأتينا بعد العصر، كان في ذاك العهد الناس بعد العصر يرتاحون ولا يعملون ولا يواصلون عملهم أبداً، فكان هذا الشيخ يأتي إلينا حسبة لوجه الله يقرئنا قواعد اللغة العربية، ويقرئنا إلى جانب ذلك شرح الكنز للشيخ عبد الحكيم الأفغاني رحمه الله، والحاشية، فقرأت عليه هذين الكتابين رحمة الله عليه.
Saya dibesarkan seperti penuntut ilmu yang lain, saya dikurniakan perasaan cinta kepada ilmu di samping menceburi bidang perniagaan. Syaikh(guru) datang ke kedai kami yang terletak di Suq(Pasar) Saruja yang merupakan penempatan lama di Damsyik selepas Asar. Pada masa itu orang ramai berehat selepas Asar dan mereka tidak bekerja. Guru datang kepada kami semata-mata mencari keredaan Allah swt dengan mengajar tatabahasa Arab di samping menerangkan Sharh al-Kanz yang dikarang oleh Syeikh Abdul Karim al-Alafghani Rahimahullah dan kitab al-Hashiah.
وأيضاً قرأت على الشيخ صالح فرفور عدة كتب: تفسير النسفي، شرح المنار في الأصول، وأيضاً صحيح مسلم ، وشرح كتاب البخاري للعيني رحمه الله عمدة القاري، وأيضاً قرأت عليه عدة أشياء، والبلاغة الواضحة، وشرح ابن عقيل ، وأيضاً قرأنا المنطق مثل المنطق الصوري الذي أصبح لا قيمة له في هذا العصر، ومن مشايخي أيضاً: الشيخ سليمان الغاوجي والد وهبي سليمان الغاوجي، هذا ومن الذين قرأت عليهم أيضاً النحو كما كانت على الطريقة العثمانية: يبدءون بالعوامل، والإظهار للبرجوي الشيخ البرجوي ثم الكافية لابن الحاجب وهي مشهورة ومتداولة عند المشارقة، وقرأت مراقي الفلاح وحاشية الطحطاوي عليه، وقرأت على والد الشيخ ناصر الألباني أيضاً كتاب في الفقه الحنفي لأبي الحسن القدوري، وهو كتاب معتمد عندهم من الكتب المعتبرة في مذهب أبي حنيفة ، وكذلك قرأت عليه بعض المسائل العلمية، بقيت عنده ثلاث سنوات رحمه الله وأنا أطارحه الأسئلة أنا أسأل وهو يجيب رحمة الله عليه، وحبب الله إلي العلم والحمد لله.
Saya belajar dengan
1)Syaikh Soleh Farfur beberapa kitab:
1. Tafsir al-Nasafiyy 2. Syarh al-Manar(Usul Fiqh), 3. Sohih Muslim, 4.Umdah al-Qariyy sharh sohih al-Bukhariyy oleh al-Ainiyy 5. al-Balaghah al-Wadihah 6. Sharh Ibn Aqil(Tatabahasa arab). 6. Mantiq al-Suriyy yang sekarang tidak ada nilai lagi
2) Syaikh Sulayman al-Ghawujiyy bapa kepada Wahbiyy Sulayman al-Ghawujiyy :
Belajar Nahu mengikut kaedah Uthmaniyah bermula dengan al-Awamil –
– Kitab al-izhar hasil tangan al-barjawiyy
– Kitab al-Kafiah karya Ibnu al-Hajib
-Kitab Maraqi al-Falah dan Hashiah al-Tahtawiyy

3)Bapa syaikh Nasir al-Albaniyy –kitab al-Fiqh al-Hanafiyy karangan Abu al-Hasan al-Qaduriyy salah satu rujukan penting dalam mazhab Abu Hanifah. Selain itu saya membaca dengannya beberapa persoalan ilmiah dan saya belajar dengannya selama tiga tahun, saya mengemukakan soalan dan beliau menjawab soalan
Dan Allah menanamkan perasaan cinta terhadap ilmu dan segala puji bagi Allah

بعدما درست بثمانية سنوات أُهّلت لأن أكون أستاذاً في معهد الفتح الإسلامي الذي يضم الآن عدداً كبيراً من الدارسين يتبعون المرحلة الثانوية، والمرحلة الجامعية، وأيضاً الماجستير، بعضهم إذا أراد أن يتمم الدكتوراه يذهب إلى مصر ويكملها، هذا المعهد أسس علي وعلى الشيخ أديب الكلاس، وبقينا سنتين نعلم الطلاب العلوم الإسلامية والعلوم العربية، وهكذا.
Selepas belajar selama 8 tahun saya diberi kepercayaan menjadi guru di Ma’had al-Fath al-Islamiyy(Pusat Pendidikan Islam al-Fath) yang menerima pelajar di peringkat menengah, universiti dan peringkat M.A dan mereka yang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D akan pergi ke Mesir. Ma’had ini diasaskan oleh syaikh Adib al-Kala:s. Saya di sini selama dua tahun mengajar pendidikan Islam dan bahasa Arab…
ثم بعد ذلك نشأت ظروف حببت إلي دراسة السنة النبوية، فأقبلت عليها إقبالاً طيباً، بحيث أنه استوعبت في كتب المصطلح مثل: مقدمة ابن الصلاح ، وتوضيح الأفكار للصنعاني ، وشرح النخبة لابن حجر رحمهم الله، وبدأت وكنت دائماً وأبداً أدعو الله سبحانه وتعالى أن يجعلني في زمرة المحدثين، وشاء الله أن تستجاب دعوتي، ومضيت في هذا أربعين سنة إلى الآن وأنا أخرج الكتب، وأتعاطى علم الحديث، وقد صدر لي ما يزيد عن مائتين مجلد في هذا الباب.
Selepas itu timbul persekitaran yang menambah kecintaan saya untuk mengkaji sunnah nabawiyah dan saya mendalami sunnah dengan baik apabila saya menghayati kitab-kitab Mustalah hadith seperti Muqaddimah Ibn Solah, Tawdih al-Afkar oleh al-San’aniyy, Sharh al-Nukhbah oleh Ibn Hajar rahimahumullah, sejak itu saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memasukkan saya dikalangan ahli hadith dan dengan kehendak Allah doaku dimakbulkan, dan saya telah menghabiskan masa selama 40 tahun sehingga sekarang saya menyunting dan menghasilkan buku dan memberi sumbangan dalam ilmu hadith dan sehingga sekarang sudah lebih dari 200 jilid telah dihasilkan

JEJAK PENDAKWAH SABAH

Alhamdulillah semester ini saya diberi amanah mengajar subjek PERSEDIAAN DIRI PENDAKWAH di kelas Diploma Pengajian Islam Pasca Siswazah, Universiti Malaysia Sabah.

Beberapa tahun lalu (Disember 2006 kalau tak silap)saya sempat mengikuti program yang diatur oleh Cikgu Jamil dan Abu Nuha, dan turut serta Ustaz Abdullah Din masa ni dia masih menjadi Imam di Masjid Negeri bertemu dengan beberapa tokoh yang berpengalaman dalam dakwah di negeri Sabah seperti Tuan Hj.Ismail Abbas, Ustaz Muchlis Hj.Kassim, Ustaz Abu Hurairah, Datuk Mokhtar Rafuq, al-Marhum Datuk Sahari, Ustaz Datuk Ahmad Othman dan Ustaz Iyen. Idea ini ditimbulkan oleh Abu Nuha selepas kewafatan Tuan Hj. Omar Siddiq yang meninggal dunia pada bulan Ramadan, seorang tokoh yang hebat di negeri Sabah, jenazah dimandikan oleh Ustaz Muchlis dan dihadiri oleh para ulama dan para pendakwah dan turut disembahyangkan oleh 2 TYT Tun Sakaran dan Tun Ahmad Shah. Sekiranya tokoh-tokoh sepertinya tidak dicatat sejarah mereka tentu menjadi satu kerugian. Saya sempat dalam pertemuan dengan al-Marhum Datuk Sahari dan Datuk Ahmad Othman, walaupun dua orang sahaja yang saya temui, banyak sekali pengalaman dakwah yang dapat dikutip dari dua tokoh ini.

Semasa kuliyah dengan Tuan Hj.Ayub saya berbisik dengan cikgu Jamil untuk meneruskan usaha ini dengan memberi tugasan kepada pelajar-pelajar DPI di UMS supaya sejarah tokoh-tokoh ini dapat didokumentasikan. Cikgu Jamil memberi reaksi positif, di harap usaha yang sedikit ini akan berjaya…Amin

Semalam 15 Rabiulawwal/11 Mac (kumpulan pertama yang diketuai oleh Abu Aslam telah mengadakan temubual dengan Datuk Ismail Abbas bekas mufti Sabah, seorang yang alim dan tawaduk, apabila pelajar-pelajar saya meminta untuk mengambil gambar, beliau menolaknya…saya orang tua … ambillah gambar guru kamu…dia orang muda demikian ujar Abu Aslam dalam perbualan telefon. Saya sendiri memang berharap untuk turut serta dalam pertemuan tersebut tetapi bertembung dengan mesyuarat di Tang Dynasti tambahan pula kesihatan saya tidak mengizinkan. Sesiapa yang berminat untuk turut serta ke destinasi seterusnya bolehlah berhubung dengan saya ditalian 013-8687704- Ustaz Norazamudin. 16 Rabiulawwal 1430H/11 Mac 2009-6pm