Category Archives: Keluarga

KHUTBAH JUMAAT: MENENTANG PENGHINAAN NABI SAW MELALUI VIDEO DAN KARIKATUR ANTI ISLAM DI MAJALAH PERANCIS


أَمَّابَعْد ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُونَ اتَّقُوا الله ؛ فَإِنَّ تَقْوَاهُ أَفْضَلُ مُكْتَسَبٌ وَطَاعَتُهُ أَعْلَى نَسَبٍ : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّإِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ آل عمران102

Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.

Muslimin sidang Jumaat sekalian!

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah (s.w.t):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا (53)

Ayat ini menegur perbuatan sahabat Nabi (s.a.w) yang dijemput menghadiri jamuan di rumah Nabi (s.a.w). Mereka datang awal dan masuk ke rumah Nabi (s.a.w) sebelum makanan masak. Mereka menunggu sebelum  makanan tersebut masak. Mereka berada di rumah Nabi (s.a.w) menanti-nanti makanan untuk dihidangkan dan selesai makan mereka duduk bersenang-senang dan berbual-bual antara satu sama lain walaupun mereka telah selesai makan. Perbuatan para sahabat yang datang awal sebelum makanan siap dimasak dan pulang lewat setelah selesainya jamuan  menyebabkan Nabi (s.a.w) berasa kurang selesa tetapi Nabi (s.a.w)  merasa malu untuk menyatakan perkara ini kepada para sahabat. Perbuatan ini ditegur oleh Allah (s.w.t) dengan menyebut:

إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ

“Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi (s.a.w)”

Di dalam ayat ini juga Allah (s.w.t) menyebut dua larangan yang perlu dijauhi oleh orang yang beriman:

Pertama

وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ

“kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah”

Kedua:

وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا

 “Kamu  tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya.”

Allah (s.w.t) menyebut berhubung dua larangan ini:

إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا

“ Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Perbuatan sahabat yang datang awal sebelum majlis jamuan dimulakan dan pulang lewat setelah selesai jamuan sekalipun sahabat melakukan ini kerana cinta dan sayang mereka terhadap Nabi (s.a.w) dinyatakan oleh Allah (s.w.t) sebagai perbuatan yang menyakiti Nabi (s.a.w), maka perbuatan golongan zionis yang menghasilkan video anti-Islam yang berjudul “ The Innocence of Moslem” yang bermaksud “ Orang Islam tidak bersalah”  dan terkini karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis. adalah merupakan perbuatan yang sangat menyakiti Rasul (s.a.w).

Filem yang menelan belanja sebanyak 5 juta dolar US bersamaan kira-kira RM15 juta  dihasilkan oleh Nakoula Basseley Nakoula, menggunakan nama samaran “Sam Bacile”. Pengarah filem ini mendakwa dia seorang pemaju hartanah Israel-Yahudi dan kemudian melaporkan bahawa dia adalah kelahiran Mesir Kristian Koptik.  Nakoula sebelum ini telah menggunakan beberapa nama samaran yang lain juga merupakan pengarah kepada beberapa filem porno. Sedutan video sepanjang 14 minit ini telah dimuat turun ke laman sosial Youtube oleh Bacile pada Julai yang lalu dibawah tajuk The Real Life Muhammad dan Muhammad Movie Trailer. Video ini dialih bahasa ke bahasa Arab telah dimuat naik pada awal bulan September oleh Morris Sadek, Koptik Mesir- seorang blogger Amerika.Pada 8 September, 2012, petikan video YouTube telah disiarkan dalam Al-Nasr TV, sebuah saluran  televisyen Islam Mesir telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila mereka membuat bantahan demi bantahan sebagai tanda cinta mereka terhadap Nabi Muhammad (s.a.w). Sabda Nabi (s.a.w):

لاَ يُؤمِنُ أَحَدُكَم حَتَّي أَكُونَ أَحِبَّ إِلِيهِ مِنْ وَالِدِه وَوَلَدِهِ والناَّسِ أَجْمَعِين

Tidak beriman seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari diri sendiri, bapanya , anak-anaknya dan seluruh manusia.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Apa yang berlaku merupakan siri-siri musuh Islam untuk memberi gambaran yang salah tentang Islam seperti Islam adalah pengganas serta gambatan yang salah terhadap Nabi (s.a.w) . Semasa Rasul (s.a.w) berdakwah di Mekah, beliau dituduh sebagai tukang sihir, pemecah belah masyarakat, gila, pembawa cerita dongeng dan baginda (s.a.w) disakiti secara fizikal, pernah musuh Islam meletakkan sisa najis lembu ketika Nabi (s.a.w) menunaikan solat, selepas kewafatan baginda (s.a.w) pernah musuh Islam cuba untuk mencuri jasad baginda (s.a.w) yang mulia yang zaman pemerintahan Nuruddin al-Zinki dan pada zaman moden ini kemulian Nabi (s.a.w) dihina oleh musuh-musuh Islam melalui penulisan, pada tahun lalu kita dikejutkan lukisan karikatur menghina Rasul (s.a.wO  di Denmark dan yang terkini melalui video yang menghina Rasul (s.a.w).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t):

Mengimbau kembali kepada sirah Nabi (s.a.w), berlaku pada zaman Nabi (s.a.w) pemimpin Yahudi yang bernama Ka’ab bin Asyraf yang sangat kuat menghina Nabi (s.a.w) dan para sahabat. Disebabkan kuatnya Ka’ab bin Asyraf menentang Islam dan menghina Nabi (s.a.w) baginda (s.a.w) bersabda:

 “ Siapakah di kalangan kamu yang sanggup membunuh Ka’ab bin Asyraf.?”

Mendengar seruan Rasul (s.a.w) seorang sahabat Nabi Muhammad bin Maslamah menyahut seruan Rasulullah (s.a.w) dengan berkata: Saya wahai Rasulullah (s.a.w).

Maka keluarlah Muhamad bin Maslamah bersama beberapa sahabatnya menuju ke perkampungan Ka’ab bin Asyraf yang dipagari dengan kubu. Dengan kebijaksanaan Muhammad bin Maslamah dan rakan-rakannya  berjaya membunuh Ka’ab bin Asyraf dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah (s.a.w) sebagai bukti.

Para ulama menyatakan bahawa peristiwa pembunuhan Ka’ab bin Asyraf menunjukkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam  bertindak membela Rasulullah (s.a.w). Inilah tindakan yang sewajarnya bagi mereka yang menyakiti dan menghina Rasulullah (s.a.w). Firman Allah (s.w.t):

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا (57) وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (58)

57. Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa Yang menghina.

58. dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

Sidang Jumaat yang dirahmati Alllah (s.w.t)

Di saat kita umat Islam memprotes musuh-musuh Islam yang memang kerja mereka memberi gambaran yang salah berhubung Islam, sejauh mana kesungguhan kita umat Islam untuk melaksanakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasul (s.a.w) sehingga ada orang Islam yang tidak menghormati masjid yang merupakan baitullah. Apabila pelancong asing datang ke masjid, kita meminta mereka memakai pakaian yang menutup aurat tetapi apabila wanita Islam sendiri masuk ke masjid mereka masuk ke rumah Allah (s.w.t) dalam keadaan aurat mereka  terdedah tanpa ada sebarang perasaan segan dan malu.

Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan ramai umat Islam tidak cukup solat lima waktunya. Sejauh manakah cinta kita terhadap Nabi (s.a.w) dalam keadaan orang Islam yang datang solat subuh dengan bilangan yang boleh dikira dengan jari? Adakah kita cinta kepada Allah (s.w.t) dan nabinya (s.a.w) dalam keadaan kita menggantungkan ayat al-Kursi atau ayat seribu dinar di atas televisyen kita. Kita menonton rancangan-rancangan yang tidak diredhai Allah (s.w.t) dan Rasulnya pada masa yang sama kita menggantungkan ayat-ayat Allah di atasnya.

Berapa banyak hadith nabi (s.a.w) yang kita baca atau kita dengar setiap hari? Berapa kali kita sudah menamatkan bacaan buku-buku berkaitan sirah dan sejarah hidup Nabi kita Muhammad (s.a,w) berbanding novel-novel atau majalah hiburan yang kita baca? Berapa ramai di kalangan kita yang menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid? Berapa ramai di kalangan kita yang tidur semasa mendengar ceramah agama atau semasa khutbah Jumaat disampaikan berbanding mereka yang sanggup menahan mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak atau menonton filem yang diminati? Mengapakah masih ada yang membaca ipad atau bermain dengan telefon bimbit semasa khutbah di sampaikan? Mengapa masih ada yang bercakap-cakap semasa khutbah disampaikan? Dimanakah pemuda dan pemudi Islam pada malam hujung minggu? Ini antara beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan bersama

باَرَكَ اللّهُ لِى وَلَكُم فِي القرآنِ الْعَظِيم ، وَنَفَعَنِي وَإيَّاكُم بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيم، وَتَقَبَّل مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُم وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَات والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَات فَاسْتَغْفِرُوه إِنَّهُ هُوَ الْغًفُورُ الرَّحيم

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Apabila kita membaca maklumat berhubung pengarah filem Innocence of Muslims bahawa dia   berketurunan Israel Amerika, maka ia bukanlah suatu yang menghairankan kerana datuk neneknya dahulu telah menyakiti Nabi Musa (a.s). Firman Allah (s.w.t):

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَدْ تَعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (5)

Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu?” maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t),

Filem yang menghina Rasul (s.a.w) bukan sahaja mendapat bantahan umat Islam seluruh dunia bahkan mendapat bantahan di kalangan orang bukan Islam termasuklah pemimpin-pemimpin di kalangan Yahudi dan kristian, maka bagaimana dengan orang Islam yang tidur dan makan tetapi tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku disekitarnya seperti filem yang menghina Nabi (s.a.w) sekalipun dia solat, mengerjakan haji dan umrah tetapi tidak merasa sedikit pun di dalam dirinya apa-apa perasaan.

Marilah kita menjadi umat Islam yang sebenarnya yang mencintai Nabi (s.a.w) dan benci kepada sebarang bentuk penghinaan ke atas Nabi (s.a.w) dengan mendoakan supaya Allah (s.w.t) menghukum mereka yang menghina Rasulullah (s.a.w) di dalam filem Innocence of Muslims dan karikatur karikatur anti-Islam di sebuah majalah  di Perancis.

Advertisements

e-Khutbah Jumaat: 4 soalan di akhirat

IDEA ASAL KHUTBAH INI ADALAH DARI KHUTBAH YANG DISAMPAIKAN OLEH  ALMARHUMDRFADAL HASSAN ABBAS PADA TAHUN 1987

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَو لاَ أَنْ هَدَاناَ اللّه ، وَأَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلا الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُه .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ , وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آَلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.

 فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُونَ اتَّقُوا الله ؛ فَإِنَّ تَقْوَاهُ أَفْضَلُ مُكْتَسَبٌ وَطَاعَتُهُ أَعْلَى نَسَبٍ : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّإِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ آل عمران102

Wahai hamba-hamba Allah saya berpesan kepada anda dan juga diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah SWT, maka berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.

Muslimin sidang Jumaat sekalian!

Marilah sama-sama kita mendengar satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi :

لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَع : عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه ،وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه  وَعَنْ عِلْمِهِ فِيماَ فَعَلَ

Maksudnya :

“ Tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di Padang Mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan ;

Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan

Kedua : Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan

Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan

Keempat : Tentang ilmunya ,apakah diamalkan dengannya .[ Hadith riwayat Imam al-Tirmizi]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Hadith ini mengingatkan kita berhubung 4 soalan yang nampak mudah tetapi ramai dikalangan kita yang tidak mengamalkannya.

Pertama: عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ

Bagaimana kita menghabiskan umur kita atau dalam erti kata yang lain, bagaimana kita menghabiskan nikmat masa yang Allah (s.w.t) kurniakan kepada kita. Firman Allah (s.w.t):

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

Pada hari ini marilah kita bermuhasabah bagaimana kita hari ini menghabiskan masa kita? Bagaimana kita menghabiskan masa kita siang dan malam? Adakah menghabikan masa berjam-jam dengan menenonton filem, drama dan telenovela atau menghabiskan masa dengan perkara-perkara berfaedah ? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup untuk duduk di masjid antara maghrib dan isyak atau selepas subuh untuk mendengar kuliah agama atau belajar al-Qur’an?  Adakah kita menghabiskan masa dengan menonton bola sehingga larut malam di kedai kopi atau di hadapan televisyen? Berapa ramai pula  di kalangan kita yang menghidupkan malam dengan solat tahajjud dan berapa ramai yang datang solat subuh berjemaah?  Berapa ramai yang menghadiri program jom heboh atau menyaksikan akademi fantasia berbanding yang menghadiri forum perdana atau rancangan realiti imam muda, ustazah pilihan atau solehah. Berapa ramai yang memilih channel tv al-Hijrah atau astro oasis berbanding saluran-saluran televisyen yang lain?

Justeru itu, berdasarkan hadith yang dibaca pada hari ini,  marilah kita menghargai masa dan jangan dibiarkan berlalu dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah (s.w.t).Setiap masa yang diabaikan merupakan satu kerugian bagi kita. Marilah sama-sama kita menghayati ungkapan Hasan al-Basri Rahimahullah yang menyebut

لَقَدْ أَدْرَكَنَا مَنْ كاَنَ الْوَقْتُ فِيْهِم أَنْفَسُ مِنْ دَنَانِيْرِهِم وَذَهَبِهِم وَفِضَّتِهِم

“ Kami sempat bertemu dengan generasi yang waktu mereka lebih berharga dari dinar, emas dan perak.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Soalan Kedua yang akan ditanya di akhirat nanti ialah:

وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه

Bagaimana kita menghabiskan masa muda kita?  adakah untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT atau disia-siakan zaman muda mereka dengan perkara –perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t .

Golongan pemuda hari ini  perlu mencontohi  pemuda ashabul  kahfi  yang yang berani mempertahankan aqidah dan agama sekalipun bilangan mereka sedikit, dan mereka tetap mempertahankan agama sekalipun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Di dalam sejarah Islam, menceritakan kepada kita betapa hebatnya peranan pemuda–pemuda Islam berjuang mempertahankan Islam sehingga Islam itu berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, menyedari betapa pentingnya golongan pemuda di dalam Islam , maka Rasulullah saw begitu mengambil berat terhadap golongan pemuda . Buktinya, mereka yang mula-mula memeluk Islam dan menerima dakwah Rasulullah SAW adalah di kalangan pemuda-pemuda yang umur mereka lebih muda daripada Rasulullah sendiri seperti Saidina Abu Bakar, Saina Umar, Saidina Othman ,Saidina Ali (r.anhum )dan lain-lain lagi.

Muslimin sidang jumaat sekalian,

Bagaimana pemuda umat Islam hari ini ? Adakah mereka membesarkan dalam keadaan beriman kepada Allah (s.w.t) atau mereka telah lupa tanggungjawab mereka terhadap Allah s.w.t? Ramai di kalangan pemuda hari berpegang dengan slogan zaman muda hanya sekali. Oleh itu mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan mereka menurut sahaja apa yang dibisikkan oleh syaitan dalam hati sanubari mereka. Sebahagian besar daripada golongan pemuda Islam pada hari ini sudah tidak lagi mengingati Allah swt seperti meninggalkan sembahyang. Mereka merasakan bahawa ibadat sembahyang lima waktu itu sangat membebankan. Seolah-olah lebih susah daripada mendaki gunung yang tinggi atau berenang di dalam lautan api.

Golongan pemuda seperti ini lebih gemar menghabiskan masa mereka di perhentian bas dan pusat membeli-belah atau ditepi pantai yang menjadi tempat berkumpul pemuda-pemudi yang tidak ada arah tujuan hidup. Di sinilah tempat mereka bersuka ria, bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, menghisap rokok dan melakukan perkara-perkara yang sia-sia , tidak ada guna di dunia dan akhirat.  Pergaulan bebas yang berlaku dikalangan pemuda-pemudi tanpa ada ikatan perkahwinan  yang sah menyebabkan berlakunya gejala sosial  seperti berzina, rogol, menggugurkan kandungan dan membuang anak-anak yang lahir daripada perbuatan zina dan tidak kurang juga mereka yang terlibat dengan gejala dadah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Satu lagi sindrom yang berlaku pada hari ini ialah anak muda tidak lagi berpeleseran di pusat membeli belah atau stesyen bas tetapi mereka menutup pintu bilik mereka untuk melayari internet.  Pemuda-pemudi Islam berada di hadapan internet dan berfacebok. Pemudi-pemjdi Islam menguploadkan dalam face book mereka  gambar yang tidak menutup aurat, lelaki dan perempuan bersembang berjam-jam di face book  sehingga mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap Allah (s.w.t). Sebahagian yang lain pula menonton WEB yang mempunyai unsur lucah. Akhirnya mendorong kepada perbuatan sumbang mahram atau perbuatan zina.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Persoalan yang ketiga ialah:

وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه

Tentang harta dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan?

Sidang Jumaat

Bagaimana umat Islam hari ini mencari harta mereka dan bagaiman harta tersebut dibelanjakan? Kebanyakan umat Islam hari ini tidak peduli soal sumber rezeki mereka adakah halal dan haram?  Apabila menyebut perkara yang haram, sebahagian kita memahami bahawa makanan dan minuman yang haram itu hanya  berupa arak, khinzir dan anjing atau binatang-binatang yang lain seperti binatang buas tetapi sebenarnya banyak disekeliling kita perkara-perkara yang haram dalam  urusan ekonomi. Umpamanya apabila membuat pinjaman, terdapat sebahagian umat Islam yang meminjam dengan Along untuk mendapatkan wang dengan cepat sedangkan ternyata pinjaman sebegini melibatkan riba yang diharamkan oleh Allah swt, apabila kita meninjau ke kedai loteri dan judi, kita lihat ramai umat Islam di sana bahakan ada yang berkupiah lebai berbaris untuk membeli tikam ekor dan banyak lagi senario-senario dalam masyarakar yang menunjukkan betapa umat Islam tidak mempedulikan rezeki yang mereka perolehi adakah dari sumber yang halal atau haram.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Bagaimana pula harta yang diperolehi tersebut  dibelanjakan?Ramai dikalangan kita hari ini , tahu tentang zakat fitrah sahaja tetapi tidak ramai yang tahu tentang zakat harta, kesannya tidak ramai orang yang berharta seperti orang yang menternak lembu dan kambing tidak menunaikan haknya, begitu juga ramai usahawan dan peniaga yang mendapat keuntungan besar dalam perniagaan mereka tidak membayar zakat. Ramai juga juga yang tidak dapat membezakan zakat harta yang wajib dengan sedekah dan infaq yang sunat. Mereka menyangkakan dengan bersedekah seperti membeli keperluan-keperluan masjid seperti sejadah, al-Quran  sudah tidak perlu lagi mengeluarkan zakat, kesannya kita lihat masih ramai golongan fakir dan miskin hidup melarat kerana tidak mendapat hak zakat mereka berpunca dari kejahilan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah (s.w.t) ke saluran yang sepatutnya.

Sidang Jumaat

Soalan yang keeempat ialah : عَنْ عِلْمِهِ فِيماَ فَعَلَ

Berkaitan ilmu yang diperolehi apa yang diamalkan.

Ilmu yang akan memberi manfaat ini bukanlah berupa segulung sijil atau ijazah  yang diperolehi di kolej atau universiti,  atau berupa gelaran  M.A dan Ph.d  ilmu yang sebenarnya ialah ilmu yang kita dapat amalkan.  Hari ini kita melihat satu fenomena yang menyedihkan apabila kita melihat anak-anak kita mendapat markah yang tinggi dalam subjek Pendidikan islam atau subjek tamadun Islam di universiti tetapi apabila melihat kepada pengamalan ilmu tersebut ternyata mereka gagal. Mereka tidak menutup aurat, mereka tidak solat, mereka melakukan perkara yang dimurkai Allah (s.w.t) . Mereka tidak menghormati ibu bapa mereka dan mereka tidak mengingati Allah (s.w.t)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Marilah kita mencontohi bagaimana para sahabat bersegera mengamalkan ilmu yang diperolehi tanpa banyak soal. Apabila mereka mengetahui sesuatu perkara itu baik mereka segera melakukannya dan sekiranya mengetahui perkara itu haram mereka segera meninggalkannya. Lihat para sahabat yang menyimpan arak di rumah mereka, apabila mendengar firman Allah yang mengharamkan arak, mereka pulang ke rumah mencurahkan arak yang banyak sehingga arak yang banyak itu mengalir di lorong-lorong Madinah. Mereka tidak bimbang tidak dapat duit dengan sebab arak itu dicurahkan ke bumi.Apabila mendengar ayat yang mengharamkan riba , orang kaya dan orang miskin tidak lagi bermuamalat dengan ribqa. Mereka yakin bahawa riba adalah najis dan haram. Orang Islam tidak boleh beramal lagi dengannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Alah (s.w.t)

Apa akan berlaku sekiranya kita umat Islam hari ini menghayati dan melaksanakan empat persoalan yang disebut oleh Rasul (s.a.w) yang dibaca diawal khutbah tadi? Khatib percaya kita akan menjadi umat yang digeruni oleh musuh. Kita akan menjadi umat yang terbaik sebagaimana yang dilalui oleh generasi yang lalu sehinggakan Islam berjaya mengusai dua pertiga dunia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Mengakhiri khutbah ini marilah sama-sama kita  bermuhasabah. Bagaimana kita ingin bertemu Allah (s.w.t) Bagaimana kita ingin mendapat keredaanAllah  sedangkan kita  memandang ringan terhadap usia, masa remaja, harta dan ilmu yang kita perolehi. Ingatlah tidak akan terlepas dari  empat perkara ini. Sudahkah kita bersedia ? Apakah jawapan yang kita akan berikan di mahkamah Allah (s.w.t) di akhirat nanti di saat  mulut kita ditutup dan yang bertutur ialah tangan kita dan yang menjadi saksi adalah kaki kita.

Firman Allah (s.w.t):

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (65)

Pada waktu itu kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. Surah Yasin

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّة ، وَنَفَعَنِي وَإِياَّكُم بِماَ فِيْهِمَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْحِكْمَةِ ، أَقُولُ مَا تَسْمَعوُن وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَخَطِيْئَة ؛ فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هَوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم

E-KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

KHUTBAH JUMAAT: KEMERDEKAAN YANG SEBENARNYA

Masjid Bandaraya,Kota Kinabalu, 13 Syawal 1433H

اَلحمدُ للهِ  الْقَائلِ : إَنَا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيْنَا. لِيَغْفِرَ لَكَ اللهُ  مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيكَ وَيَهْدِيَكَ صَرَاطًا مُّسْتَقِيماً. وَيَنْصُرَكَ اللهُ نَصْراً عَزِيزاً

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ , وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ , وَالسِّرَاجُ  الْمُنِيْرُ .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ , وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِه وَلاَ تَـمُوتُنَّ إِلاَّ وَأنْتُم مُسْلِمون!.

Wahai hamba Allah bertaqwalah kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah (s.w.t)

Ayat yang dibaca di awal khutbah tadi menyentuh tentang kemerdekaan kota Mekah melalui peristiwa pembukaan kota Makkah “Fathu Makkah” yang menyaksikan Nabi (s.a.w) menumbangkan lebih dari 360 berhala yang berada di sekeliling Ka’bah. Kemerdekaan Mekah setelah beratus-ratus tahun manusia menjadi hamba kepada berhala yang disembah selain Allah (s.w.t). Sejak ‘Amru bin Luhay membawa masuk berhala ke Mekah, pelbagai nama berhala yang disebut di dalam al-Qur’an dan hadith yang menjadi sembahan manusia seperti Ya’uq, Yaguth, Suwa’, al-Lat, al-Uzza, Isaf dan Na’ilah. Berhala-berhala ini terus menjadi sembahan penduduk Mekah dan masyarakat semenanjung Tanah Arab yang berada di sekitar Mekah. Secara berperingkat-peringkat Nabi (s.a.w) menyelamatkan manusia dari dijajah oleh ajaran syirik dan hanya selepas lebih kurang 21 tahun, 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, 8 tahun di Madinah, Nabi kembali ke Mekah untuk memerdekakan sepenuhnya bumi Mekah dari penyembahan berhala. Ayat-ayat tersebut bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan ang jelas nyata,

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

3. dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kemerdekaan Mekah juga merujuk kepada berakhirnya amalan-amalan jahiliyah seperti perzinaan, pelacuran, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menyakiti jiran, golongan yang lemah ditindas dan dizalimi, berakhirnya penipuan dan riba dalam sistem jual beli dan terbinanya sistem hidup Islam di Mekah bermula dari pembinaan rumah tangga sehinggalah kepada hukum-hakam berkaitan cara berekonomi, cara bersosial, cara menjalinkan hubungan dengan Negara luar dan cara menangani jenayah dalam masyarakat seperti menyekat arak, judi, perzinaan dan segala bentuk kemungkaran. Kemerdekaan yang menjadi titik tolak kepada kestabilan kerajaan Islam Madinah al-Munawwarah di bawah pimpinan Rasulullah (s.a.w) yang bukan sahaja menjadi Imam di dalam solat, bukan setakat sebagai khatib dalam solat Jumaat bahkan baginda adalah ketua kepada kerajaan Islam yang ditakuti oleh  dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Pengisian kepada kemerdekaan Mekah ialah melaksanakan segala perintah Allah (s.w.t) dan meninggalkan segala larangan yang termaktub di dalam al-Qur’an dan hadith Nabi (s.a.w). Polisi inilah juga yang dipegang dan diamalkan oleh khulafa’ al-Rasyidin Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali R.anhum. Polisi ini juga diteruskan oleh setiap kerajaan Islam pada zaman Bani Umayyah, zaman Bani Abbasiyah sehingga kepada zaman kerajaan Uthmaniyah yang bermula dengan pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menjatuhkan kuasa besar Rom yang berpusat di Kota Konstatinople , Sultan Muhammad al-Fatih yang disifatkan oleh Rasulullah (s.a.w) sebagai sebaik-baik pemimpin. Kerana berpegang kepada al-Qur’an dan hadith banyak tempat berjaya dimerdekakan dari penyembahan berhala kepada penyembahan Allah (s.w.t). Kesannya Islam sampai kepada kita di negeri-negeri Tanah Melayu, Indonesia dan Patani.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita bersyukur kehadrat Allah (s.w.t) kerana pada hari ini kita sama-sama memperingati satu hari yang cukup bersejarah dalam negara kita iaitu sambutan kemerdekaan yang ke-55. Persoalannya apakah maknanya kita countdown jam 12 malam tadi dalam keadaan bilangan anak luar nikah yang bakal dilahirkan pada 9 bulan akan datang bertambah. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar sinar harian merekodkan sepanjang 2008-2010 iaitu dalam tempoh 2 tahun sebanyak 152, 182 orang anak luar nikah yang dilahirkan. Ini bermakna purata anak luar nikah yang dilahirkan ialah seramai 208.47 orang sehari iaitu seramai 8.67 orang setiap jam! Adakah penyumbang kepada angka ini adalah dari kalangan kita? Anak perempuan kita? Adik-beradik perempuan kita? Anak buah kita? Saudara mara kita? Jiran-jiran kita? Rakan sepejabat kita? Inilah pencapaian kita setelah lebih lima dekad kita mencapai kemerdekaan! Maka marilah sama-sama kita bermuhasabah. Semoga Allah memelihariasemua wanita Islam dari terjeremus ke lembah yang merosakkan keturunan kita….

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Kemerdekaan menurut Islam bukanlah semata bebas dari penjajahan material semata-mata sebaliknya kemerdekaan yang sebenar dalam Islam ialah apabila manusia memerdekakan dirinya dari menyembah selain Allah (s.w.t) seperti mana terkandung di dalam kata-kata   (رُبْعِي بن عَامِر)Rub’ie bin A’mir ketika beliau bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

نَحْنُ قَوْمٌ ابْتَعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سِعَةِ الآخِرَةِ”

“Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Allah, dari kezaliman kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”

Ungkapan Rubi’yy bin ’Amir ini menunjukkan kemerdekaan yang sebenarnya ialah apabila kita berpegang teguh sepenuhnya dengan ajaran Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Persoalannya bagaimana kita ingin mengisi kemerdekaan yang Allah s.w. t  anugerahkan kepada kita. Apakah ianya cukup setakat mengadakan aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan, bulan kemerdekaan, mengebarkan jalur gemilang dan sebagainya. Ya sambutan yang diadakan sebagai satu tanda kesyukuran kita atas nikmat Allah yang cukup besar ini, tetapi apa yang lebih penting ialah penghayatan kepada kemerdekaan itu sendiri. Bagi menjawab persoalan ini marilah kita membaca ayat Allah  dari surah al-Hajj.

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Ayat ini menjelaskan kepada kita beberapa pengisian kepada kemerdekaan

Pertama :

أَقَامُوا الصَّلَاةَ

Mendirikan solat dan melakukan ibadat-ibadat lain yang akan menghampirkan diri kita kepada Allah s.w.t. Kemerdekaan itu sepatutnya diisi dengan melakukan perkara-perkara ketaatan yang membawa kita kepada keredaan Allah s.w.t. Dalam kita membangunkan  dan memajukan negara , kesibukan kita menjalankan tugas harian jangan sampai kita lupa akan tanggungjawab kita kepada Allah swt. Marilah kita sama-sama bermuhasabah  setelah kita mencapai kemerdekaanlebih  setengah abad, berapa ramai masyarakat kita yang masih tidak pandai mengerjakan solat, mereka yang tahu mengerjakan solat berapa ramai yang menunaikan solat? Apakah masjid kita penuh seperti penuhnya pusat membeli-belah?  Apakah solat menjadi agenda penting dalam rutin harian kita? Sejauh mana masyarakat kita menghayati Islam dari erti kata yang sebenarnya? Dalam kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini jangan kita lupa untuk bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmatnya yang sangat banyak.

Sidang Jumaat yang rahmati Allah,

Pengisian kedua kepada kemerdekaan ialah:

وَآتَوُا الزَّكَاةَ

Mengeluarkan zakat atau dalam erti kata yang lain memastikan ekonomi kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita bebas dari sumber-sumber yang diharamkan oleh Allah s.w.t samada riba atau penipuan. Golongan yang berada perlu membantu golongan yang miskin dengan cara mengeluarkan zakat dan bersedekah. Golongan yang miskin dan tidak berkemampuan pula janganlah sekadar mengharapkan bantuan sebaliknya perlu mengubah kehidupan mereka dengan berusaha dan bekerja mengikut kemampuan kerana tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Pastikan sumber rezeki kita adalah dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan yang halal.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pengisian ketiga kepada kemerdekaan berdasarkan ayat surah al-Hajj ialah

وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ

“Menghidupkan budaya Amar Makruf dan Nahi Mungkar. “

Masyarakat yang merdeka perlu mengajak kepada kebaikan antara satu sama lain  dan pada masa yang sama sekiranya terdapat kepincangan  maka perlu ada golongan yang menegur kesalahan.

Insya Allah dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar akan dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur.

Sidang  Jumaat,

Walaupun Negara kita telah lama menikmati kemerdekaan tetapi masih ramai yang masih belum memenuhi takrif merdeka menurut Islam menghayati semangat itu mengikut acuan Islam bagi mengelakkan masyarakat terus terjajah minda oleh pemikiran dan ideologi  asing , mereka hidup bukan dengan cara hidup Islam. Hari ini kita dapati generasi muda berpelukan berciuman tanpa segan silu di tempat awam apatah lagi di tempat yang tertutup. Erti sebenar kemerdekaan bagi generasi muda pada masa kini semakin luntur serta tidak dihargai dan ia terbukti apabila berlakunya pelbagai kes membabitkan golongan itu seperti mat rempit, buli dan samseng dan tidak kurang yang ditahan di pusat serenti kerana terlibat dengan dadah dan syaboo .

Justeru itu marilah kembali kepada al-Quran dan hadith dalam mengisi kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Marilah kita mengingati dan menghayati perjuangan generasi yang lalu memperjuangkan kemerdekaan sehingga terkorban. Marilah sama-sama mempertahankan kemerdekaan negara daripada anasir jajahan kuasa besar dalam bentuk moden. Marilah disaat  55 tahun kita menyambut kemerdekaan ini kita memperbanyakkan beristighfar dan bertasbih kepada Allah (s.w.t). Firman Allah (s.w.t):

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ( 1 ) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ( 2 ) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ( 3 ) ) 

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai kota Makkah); Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat”.                                                                                      

              (An-Nasr : 1-3)

Semoga Allah mencatat kita dikalangan hamba-Nya yang bersyukur yang mengisi nikmat kemerdekaan dengan pengisian yang mendapat keredaan-Nya dan jauh dari kemurkaan-Nya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Semoga Allah Memberkati Perkahwinan Mereka

Alhamdulillah pada petang 7 syawal saya sempat menghadiri majlis walimatul urus perkahwinan anak kepada dua orang sahabat yang dikasihi kerana Allah. Pertama puteri kepada Hj Abu Aslam Abdullah di Masjid Bandaranya Nabilah. Majlis yang sederhana tetapi bertepatan dengan syarak. Waktu zohor semua tetamu berhenti dan dapat menunaikan solat secara berjemaah. Anaknya kahwin muda, sesuatu yang agak jarang tetapi bagi saya suatu yang baik. Teringat saya kepada syaikh al-Murabbi Said Hawwa yang mengahwinkan anaknya sebelum masuk ke Universiti. Ketika berusia 17@ 18 tahun walaupun kurang disenangi sahabat handai. Prinsipnya anaknya tidak akan masuk ke universiti kecuali selepas berkahwin. Menurut murabbi saya yang saya sangat sayangi kerana Allah Dr. Muaz Hawwa, bapanya mencari berbelas pasangan untuk dikahwinkan dengan beliau tetapi ramai yang menolaknya kerana terlalu muda. Selepas tawjihi (macam SPM) Dr Muaz memohon untuk menyambung pelajaran di Universiti tetapi tidak mendapat tempat. Semasa berusia 18 tahun Dr.Muaz berkahwin dan alhamdulillah selepas itu mendapat tempat di universiti. Alhamdulillah ketiga-tiga anaknya yang berkahwin sebelum masuk universiti adalah penghafaz al-Qur’an dan ketiga-tiga pemegang ijazah kedoktoran…TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA NABILAH DAN PASANGANNYA..SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN BERDUA…

Foto diambil dari Facebook cikgu Azrul Shahizul Nizam Azizoon. Kedua mempelai ini adalah penuntut di Sekolah Perubatan Universiti Malaysia, Sabah

Kedua ialah perkahwinan puteri kepada Ustaz Rapihi Derim yang diadakan di Dewan Masyarakat Menggatal.Menantunya orang Sarawak.

Semoga mereka semua akan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad (s.a.w) dan menjadi penyokong kepada perjuangan Islam.

ALLAHUAKBAR

KHUTBAH JUMAAT: APA SELEPAS RAMADAN?

Masjid An Nur, IPG GAYA Kota Kinabalu, 6 Syawal 1433H

اَلحمدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ , وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا .

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ , وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ , وَالسِّرَاجُ  الْمُنِيْرُ .

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ حِبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا , نَبِيِّ الرَّحْمَةِ , وَشَفِيْعِ الأُمَّةِ , وَعَلَى آَلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ , وَبَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِه وَلاَ تَـمُوتُنَّ إِلاَّ وَأنْتُم مُسْلِمون!.

Wahai hamba Allah bertaqwalah kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam. Firman Allah (s.w.t):

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Dalam menjalankan amalan dan perkara kebajikan sesuatu yang paling disukai Allah ialah melakukan ibadat secara istiqamah. Istiqamah ialah melakukan sesuatu perkara secara berterusan dan berpanjangan bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain.

Sekiranya kita perhatikan menjadi kelaziman iatau kebiasaan masyarakat Islam masa kini, bila datangnya ramadan masjid penuh sesak dengan umat Islam, amalan tadarus atau membaca al-quran kedengaran di sana sini, amalan sedekah meningkat, ceramah-ceramah agama turut kedengaran dicorong-corong masjid dan sebagainya lagi, tetapi apabila habis sahaja bulan ramadan, keadaan kembali seperti asal, masjid-masjid mula terus lengang, solat fardu tidak dilaksanakan di masjid atau di surau akibat ketiadaan jemaah, al-Quran mula dijadikan hiasan semula dan berbagai lagi fenomena yang amat mendukacitakan. Maka di manakah tarbiah ramadan? Apakah ini dinamakan ibadat bermusim? tepuk dada tanyalah iman, Moga-moga kita tidak tergolong dalam kelompok ini insyaAllah.Marilah kita berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada kita untuk istiqamah dalam melakukan ibadat dan tergolong dalam golongan yang disebut dalam ayatnya:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu”. Surah Fussilat Ayat 30

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bagi menjamin istiqamah dalam ibadah, khatib ingin berkongsi dengan siding Jumaat berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Ramadan seperti yang disiarkan oleh Profesor Dr. Syaraf Qudah pensyarah dalam bidang hadith di Universiti of Jordan dalam laman sosial facebooknya bertajuk: مَاذا بَعَدَ رَمَضان  apa selepas Ramadan?

Beliau menyebut 12 point yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim untuk berjaya dalam menghadapi ujian didunia ini dia perlu berada pada tahap dia berada dalam bulan Ramadan. Antaranya:

  1. Kita bertaubat kepada Allah (s.w.t) dan telah biasa meninggalkan perkara-perkara yang haram maka kita perlu menjaga taubat kita selepas Ramadan. Tuhan kepada bulan Ramadan  adalah tuhan kepada bulan-bulan yang lain, sesungguhnya Allah (s.w.t) maha hidup dan tidak lalai.
  2. Kita menjaga dan menunaikan kewajipan-kewajipan pada bulan Ramadan, maka selepas Ramadan kita juga perlu menunaikan kewajipan tersebut
  3. Keikhlasan kita bertambah pada bulan Ramadan melalui ibadat puasa yang tidak dapat dilihat oleh seseorang kerana ibadat puasa bukanlah ibadat yang dapat dilihat seperti solat. Puasa merupakan ibadat di mana seseorang meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa yang hanya diketahui antara seorang hamba dengan penciptanya. Maka bersama-sama kita menjaga keikhlasan ini selepas Ramadan
  4. Kita berpuasa pada setiap hari bulan Ramadan, maka kita teruskan puasa tersebut selepas Ramadan dengan puasa 6 hari dari bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w) Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti puasa 6 hari di bulan syawal mendapat pahala seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Begitu juga dengan berpuasa pada hari-hari putih 13,14 dan 15 dari bulan Islam serta puasa sunat Isnin dan Khamis
  5. Kita biasa solat berjemaah pada bulan Ramadan maka kita teruskannya selepas Ramadan
  6. Kita menjaga Qiamullail (spt solat terawih) pada bulan Ramadan, maka jagalah ianya  walau dengan solat 2 rakaat tahajjud setiap malam
  7. Kita memperbanyakkan membaca al-Qur’an pada bulan Ramadan, maka jangan kita berpisah dengan al-Quran pada bulan selain Ramadan, maka bacalah sejuzuk al-Qur’an setiap hari.
  8. Kita memperbanyakkan doa pada bulan Ramadan, maka hendaklah kita sentiasa bergantung dan berharap kepada Allah (s.w.t) pada hari-hari lain dalam setahun
  9. Kita bersedekah kepada faqir miskin pada bulan Ramadan, maka kita teruskan amalan ini pada bulan-bulan selepas Ramadan
  10. Kita biasa menjalinkan silaturrahim pada bulan Ramadan, maka kita teruskan menjalinkan silaturrahim selepas Ramadan
  11. Kita biasa dengan kelas-kelas pengajian pada bulan Ramadan, maka kita teruskan menuntut ilmu selepas Ramadan. Jadikan sepanjang tahun belajar dan mengajar kerana ilmu diperolehi dengan belajar
  12. Kita dilatih bersabar pada bulan Ramadan bukan sahaja bersabar atas lapar dan dahaga bahkan dari perkara yang menyakitkan kita seperti sabda Nabi (s.a.w): “

إِذَا أَصْبَحَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صَائِمٌ

Maksudnya: “ Apabila berpaginya seorang dari kamu dalam keadaan berpuasa maka janganlah dia berkata kesat dan berlaku jahil, sekiranya ada seorang yang mengutuknya atau menyerangnya, maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya saya berpuasa. Sesungguhya saya berpuasa.” Maka teruskan amalan ini selepas Ramadan. Sesuungguhnya kelembutan itu dengan kita berusaha menjadi seorang yang lembut.

Semoga Allah (s.w.t) menerima segala amalan kita dan Allah membantu kita semua melakukan ketaatan sepanjang tahun.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Bantulah Kami Untuk melakukan ketaatan kepadamu, Ya Allah Kembalikan kepada kami Ramadan bertahun-tahun, Ya Allah keluarkan kami dari bulan Ramadan sebagai hamba-Mu yang bertaqwa semoga kami termasuk dalam golongan yang engkau sebut di dalam kitabmu:

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ ( 73 ) وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ ( 74) ) .

Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (Mereka pun masuk) – Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjinya kepada kami, dan yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”. Surah al-Zumar Ayat 73-74.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Menangisi Pemergian Ramadan dan mensyukuri nikmat idul fitri

 

 

SALAM IDUL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN , SEMOGA ALLAH SWT MENERIMA SEGALA AMALAN YANG DILAKUKAN

DARI ABU AWATIF  DAN KELUARGA 2 SYAWAL 1423H

Alhamdulilah segala puji dengan pujian yang banyak kehadrat-nya kerana memberi kekuatan kepada kita untuk menghidupkan Ramadan dengan puasa di siang hari dan qiyam(mendirikan) amalan-amalan  di malam hari bermula dengan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, solat maghrib dan isyak  berjemaah diikuti sunat terawih 8@20 rakaat dan diakhiri dengan witir semoga amalan yang dilakukan semata-mata  kerana Allah Berjaya mengaut keampunan dari  Allah swt.

“ Sesiapa yang menghidupkan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan menghrapakan balasan dari Allah diampunkan dosanya telah lalu.”

Pujian untuk Allah  swt  kerana dengan bantuan-Nya juga hamba-hamba-Nya dapat melipat gandakan amalan pada malam yang terbaik dalam satu tahun yang dinamakan dengan malam al-Qadar. Antara saat paling manis bagi seorang hamba ialah disaat mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t  Pada sepuluh malam terakhir dan khususnya pada malam-malam ganjil semoga semuanya dikurniakan keberkatan  malam al-Qadar  berdasarkan usaha  dan kesungguhan mencari malam tersebut dengan memanfaatkan setiap saat yang dikurniakan oleh Allah swt. Ianya hanyalah dalam masa yang sangat singkat yang berlaku pada sepuluh malam terakhir yang hanya meliputi 0.01% daripada jumlah jam dalam setahun. Bagi mereka yang menggunakan saat yang sedikit ini beruntunglah kerana sesiapa yang menghidupkan mendapat ganjaran pahala lebih baik dari seribu bulan. Menurut  Dr. Zulkifli al-Bakri dalam diskusi ilmu di radio IKIM  pada petang Jumaat semasa membincangkan berhubung malam al-Qadar, Allah swt tidak membandingkan 1  malam dengan bilangan malam 1000 bulan x 360 malam=360000 sebaliknya dengan 1000 bulan untuk mudah disebut…Rahmat Allah yang tidak dihargai oleh ramai orang… dengan menggunakan  sebaik-baiknya masa 0.01% dari bilangan jam dalam satu tahun Allah membalasnya bukan dengan 360000 hari bukannya 360000 malam!!!! Bayangkan bekerja lebih kurang 11 Jam upahnya  RM360000!!!Beruntunglah mereka yang menghidupkan sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan dan sesiapa yang mengecapi nikmat mencari lailatul qadr sebagaimana yang digalakkan oleh rasul saw dan dipraktikkan sendiri oleh rasul saw pasti akan mencarinya pada Ramadan yang akan datang.

Sabda rasul saw: “ Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan”

Dan Aisyah menjelaskan: “ Rasulullah saw sangat bersungguh-sungguh beribadat pada bulan Ramadan  tidak seperti pada bulan-bulan yang lain, dan pada sepuluh malam terakhir  dari bulan Ramadan baginda bersungguh-sungguh dalam beribdat tidak seperti malam-malam yang lain. HR Imam Muslim

 

Masa terus berlalu, sempatkah kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang? Menangiskah kita kerana meninggalkan Ramadan? Malam satu syawal sudah berlalu, di kampung bonda Imam menghidupkan  malam idul fitri dengan solat tasbih, jemaahnya masih lagi empat saf sama dengan malam-malam Ramadan yang lain. Malam dua syawal safnya telah berkurang kepada 1 1/8 saf!!!!Ya Allah bantulah kami untuk meneruskan amalan soleh pada hari-hari seterusnya…Semoga kita keluar dari bulan Ramadan sebagai hamba yang mendapat keampunannya, hamba-Nya yang dibebaskan dari api neraka dan hamba-Nya yang bertaqwa kepada Allah (swt).

 

Sedih apabila media-media menunjukkan contoh-contoh yang tidak baik yang merupakan satu bentuk kufur nikmat…banyak sekali pahala Ramadan dihapuskan pada hari raya sebagaimana yang ditulis dalam satui artikel dalam majalah solusi edisi khas ramadan dan syawal

AL-MARHUM AYAHANDA UMAR BIN TEH IBRAHIM DALAM KENANGAN -AL-FATIHAH

Antara doa yang dianjurkan oleh Rasul s.a.w sekiranya kita berjumpa dengan lailatul qadar ialah memohon kemaafan atas kesalahan kita iaitu:

اللهم إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاعْفُ عَنَّا

“ Ya Allah Sesungguhnya Engkau Pemaaf, Mulia dan suka memaafkan, ampunkan kami.”

                Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh sahabat saya Abu Haseef dalam blognya berkaitan keberkatan di sepuluh malam terakhir. Anugerah pahala beribadat lebih 1000 bulan adalah satu ganjaran yang dikejar, tetapi saat memohon keampunan dan mengabdikan diri kepada Allah swt adalah suatu yang cukup berharga.

                Nabi saw dalam banyak situasi menggalakkan kita memperbanyakkan istighfar dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai qudwah apabila baginda beristighfar 70 kali dan dalam riwayat yang lain 100x. Rasul saw beribadat malam sehingga bengkak kakinya sedangkan baginda telah diampunkan dosanya sebagai tanda kesyukuran…

                Dalam solat rasul saw mengajar kita memohon keampunan dari Allah swt. Antara doa yang menjadi amalan dalam masyarakat ialah doa yang dibaca semasa duduk antara dua sujud iaitu :

ربِّ اغْفِرْ لِي وارْحَمْنِي…  Wahai Tuhanku Ampunkan Daku dan rahmati daku…sebelum salam nabi mengajar kita membaca : اللهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أُخَّرْتُ وَمَا أًسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أُعْلَمُ بِهِ مِنِّي

Antara doa dalam tahajjud: اللهُمَّ لكَ أَسْلَمتُ….فاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَماَ أَخَّرتُ وَمَا أَسْرَرتُ

Bahkan Nabi menganjurkan kita memohon keampunan untuk si mati dalam solat jenazah :

اللَّهُمَّ اغْفِر لَهُ وارْحَمْه

Maka di sepuluh malam terakhir perbanyakkan kita memohon keampunan  atas kesalahan yang telah kita lakukan semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat keampunannnya seperti hadith Nabi s.a.w:

مَنْ قَامَ لَيلَةَ الْقَدر إِيْمَاناً واحْتِساَباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّم مِنْ ذَنْبِه

“  Sesiapa yang mendirikan malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasannya maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” HR

Antara doa yang tidak boleh kita lupakan ialah mendoakan ibu@bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita. Ini antara doa yang dibaca oleh Imam Dr. Abdul Rahman al-Sudaysi dalam doa solat witir usai solat tahajjud@pada malam khatam al-Qur’an yang biasanya pada malam ke-29 ramadan. Beliau mendoakan orang-orang Islam yang telah pergi terlebih dahulu…Teringat pula saya pada al-Marhum ayahanda yang telah pergi 11 tahun yang lalu iaitu pada hari Jumaat 12 Ramadan 1421H bersamaan 8/12/2000 hari Jumaat. Bila saya melihat takwim tahun ini 12 Ramadan juga jatuh pada hari Jumaat. Teringat saya antara pesanan terakhir beliau ialah rasa terkilannya kerana merasakan dirinya kurang mengusai ilmu agama sedangkan arwah abangnya al-Marhum Haji Musa yang meninggal pada bulan Mei 2000. Alhamdulillah Allah mentakdirkan saya dapat mengunjungi bapa setiap minggu semasa belajar Diploma Pendidikan di UIAM. Saya masih ingar  pandangan ayahanda semakin kabur  dan Nampak hanya dari dekat sahaja kesan dari sakit kencing manis yang kritikal semoga Allah swt menggantikannya dengan syurga seperti sabda Nabi s.a.w…Antara kenangan yang saya tidak dapat lupakan apabila beberapa teman rapat serumah di rumah Imam Masjid Jamek Kg. Melayu Petaling Jaya menemani saya untuk mengunjungi ayahanda yang semakin tenat di hospital Jengka iaitu al-akh as-syaikh Aizam Mas’ud, sdra Ustaz Abdul Karim al-Hafiz dan sdra Harun Zainal Abidin al-Hafiz. Mereka membaca beberapa ayat al-Qur’an dan orang yang sakit sangat sensitif. Titisan hujan mengalir ke pipi ayahanda…Tidak berapa lama selepas itu sakit ayahanda semakin tenat dan beliau di bawa ke hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan…Saya mendapat telefon yang sakit ayahanda semakin tenat dan ayahanda mula tidak sedar…Saya bersegera bertolak dari UIAM ke Kuantan dan saya hanya melihat tubuh ayahanda yang sesak nafas…Menurut bonda ayahanda menyebut nama anak-anaknya sebelum tidak sedar…Seterusnya ayahanda di masukkan ke ICU dan satu nikmat yang tidak dapat dilupakan ialah berpuasa, berbuka puasa, berterawih dan bersahur di hospital…satu keadaan yang jarang dilalui dalam kehidupan…Setelah beberapa hari di ICU keadaan ayahanda semakin tenat, ayahanda akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas Asar Jumaat 12 Ramadan…

Antara pengalaman berharga juga ialah menunggu jenazah keluar berhampiran bilik mayat selepas maghrib…suasana yang jarang dilalui dalam kehidupan…Saya sempat berbual dengan penjaga bilik mayat yang menjelaskan pengalamannya, antaranya dia menceritakan pengalamannya mengurus jenazah orang yang kemalangan dan salah satu jenazah warga Indonesia yang tidak dituntut berbulan-bulan.

Setelah selesai urusan, jenazah di bawa dengan ven jenazah dan saya mengiringi jenazah dan dalam masa yang cepat jenazah sampai di rumah dan disambut dengan baik. Orang di kampung telah membuat persediaan untuk menyambut jenazah. Malam itu kami tidak tidur dan bergilir-gilir membaca al-Qur’an dan alhamdulillah kami sempat mengkhatamkan al-Qur’an sebelum jenazah mula diuruskan untuk dimandikan. Saya bersama saudara mara menguruskan pemandian jenazah, seterusnya jenazah dikafankan dan saya mengimamkan solat jenazah. Selesai solat jenazah, rombongan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru pulang dari umrah yang merupakan ADUN Jengka pada waktu itu. Beliau mengimamkan solat jenazah kali kedua. Saya dan beberapa adik-beradik mengiringi jenazah ke kubur dan mendoakan jenazah setelah majlis pengkebumian selesai…Begitu cepat masa berlalu 11 tahun…semoga Allah mengampunkan dan mencucuri rahmat ke atas roh beliau…اللهم اغفر له وارحمه  …AL-FATIHAH…