Category Archives: Tafsir

IKTIBAR DARI PERANG UHUD

CATATAN: CERAMAH INI MERUPAKAN KULIYAH SUBUH PADA 14 SYAWAL 1433H YANG DISAMPAIKAN DI MASJID NEGERI SABAH MENGUPAS PERISTIWA UHUD BERDASARKAN AYAT SURAH ALI IMRAN YANG DICATATKAN SELEPAS VIDEO INI DAN HIMPUNAN HADITH2 BERHUBUNG PERANG UHUD DALAM  PAUTAN DI BAWAH:

https://abuawatif.wordpress.com/2012/09/01/himpunan-hadith-hadith-berkaitan-peperangan-uhud/

Allah (s.w.t) berfirman dalam surah Ali Imran

140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

141. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang Yang kafir.

142. Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang Yang berjihad (yang berjuang Dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang Yang sabar (tabah dan cekal hati Dalam perjuangan)?

143. Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).

144. dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

145. Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan  dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

146. Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

147. Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

148. Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (Kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (Nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.

149. Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orangyang rugi.

150. (Janganlah kamu taatkan mereka!) bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.

151. Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.

152. dan Demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjinya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) Dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah Dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa Yang kamu sukai (Kemenangan dan harta rampasan perang). di antara kamu ada Yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada Yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan Sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata Dengan limpah kurniaNya). dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.

153. (ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang Dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan Yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) Yang mendukacitakan (kekalahan), Dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) Yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa Yang menimpa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan.

154. kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) Yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, Iaitu rasa mengantuk Yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan Yang lain Yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah Dengan sangkaan Yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. mereka berkata: “Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan Yang dijanjikan itu?” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja Yang berkuasa melakukannya menurut peraturan Yang ditetapkanNya)”. mereka sembunyikan Dalam hati mereka apa Yang mereka tidak nyatakan kepadamu. mereka berkata (sesama sendiri): “Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan Yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?” Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalau kamu berada di Rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang Yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing”. dan (Apa Yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa Yang ada Dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa Yang ada Dalam hati kamu. dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) Yang ada di Dalam dada.

155. bahawasanya orang-orang Yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir Dalam perang Uhud) itu, Sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan Dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) Yang mereka telah lakukan (pada masa Yang lalu); dan Demi Sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Advertisements

al-Murabbi as-Syaikh Dr. Solah ‘Abdul Fattah al-Khalidiyy

Facebook: http://www.facebook.com/#!/alkhaledi.salah

Youtube: Temuramah pengalaman hidup Dr. Solah al-Khalidiyy

Ucapan tahniah sempena kemenangan Dr. Mursi

I’jaz al-Qur’an

Al-Murabbi a;-Syaikh Dr. Solah ‘Abdul Fattah al-Khalidiyy antara guru yang paling lama saya belajar dengannya di Jordan, seawal saya menjejak kaki di Sweileh Jordan pada September 1995 sehinga saya meninggalkan bumi Jordan.Antara kata kata hikmah yang saya tidak dapat lupakan ketika menyampaikan kuliah khusus di Bayt Nasywa, rumah siswi University Jordan di penghujung 1990an…

“AL-QUR’AN ADALAH SAHABAT YANG KITA TIDAK AKAN JEMU BERKAWAN DENGANNYA. DENGAN MEMBACA AL-QUR’AN KITA MEMPUNYAI 114 SAHABAT YANG KITA BOLEH PILIH. SETIAP KAWAN INI TIDAK AKAN MENJEMUKAN KITA.”

INSYA ALLAH saya akan uploadkan ceramah ini suatu masa nanti. Sebahagian kandungan ceramah diringkaskan dalam khutbah Jumaat saya bertajuk Nuzul al-Qur’an :terhadap al-Qur’an. Intipatinya terkandung dalam khutbah Jumaat bersempena Nuzul al-Qur’an: https://abuawatif.wordpress.com/2011/08/09/khutbah-nuzul-al-quran/.

 

 

Antara kuliyah yang saya menadah dengan beliau

(a) Sebagai Mustami’ di Kuliyah Dakwah dan Usuluddin

-I’jaz al-Qur’an

-Tafsir surah al-Anam

– Manahij Mufassisirin( Metodologi Pentafsiran al-Qur’an)

(b) Kuliyah umum di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf

-Tafsir Surah al-Kahf, kuliyah sebelum Jumaat

-Tafsir Juzuk 28 selepas maghrib setiap Sabtu malam Ahad dari surah al-Mujadalah sehingga surah al-Munafiqun

-Tafsir surah al-Ahzab selepas maghrib setiap Sabtu malam Ahad, kelas ini selepas tafsir juzuk 28

– Fiqh Manhaji dalam mazhab Imam Syafie, Kuliah maghrib Sabtu malam Ahad

-Tazkirah subuh setiap pagi sekitar lima minit dari tafsir surah al-Nahl sehingga surah al-Syuara’. Dr Solah berjaya menghabiskan tafsir keseluruhan al-Qur’an di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf selama lebih kurang 20 tahun. syaikh menjadi imam di masjid ini dari masa mudanya sehinggalah berlakunya perjanjian damai Jordan-Israel 1994 syaikh berhenti dari menjadi Imam. Saya ada mendengar rakaman khutbah beliau semasa menjadi imam dan beliau sangat tegas pendiriannya.

-Antara yang saya tidak boleh lupakan, saya diberi kesempatan untuk mendengar khutbah yang di sampaikan oleh Dr. Solah al-Khalidiyy sekitar tahun 1999@ 2000 setelah beliau diGAM  dari menyampaikan khutbah pada tahun 1994. Waktu itu baru sahaja umat Islam menyambut ‘Idul Adha dan imam yang sepatutnya menyampaikan khutbah tidak hadir. Dr Solah naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbahnya dan isi kandungannya adalah hadith Huzaifah berkaitan fitnah akhirr zaman yang menyebut tentang dua ala abwab jahannam, penyeru-penyeru di pintu neraka. warna kulit mereka sama dengan kita,  bahasa mereka sama…Khutbah yang disampaikan oleh syaikh ini antara khutbah yang paling menyeronokkan saya sepanjang hidup ini…antara khutbah yang paling berkesan…Antara mutiara-mutiara yang masih segar dalam ingatan ke hari ini ialah:

Sekarang kita hidup pada zaman fitnah. Masyarakat Islam diuji dan jauh dari Islam. Namun begitu saya berasa gembira apabila saya melihat seorang anak muda membuka mushaf di dalam bas membaca al-Qur;an.”

(c) Kuliyah khusus di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf

– Kuliyah Fiqh Ta’wil al-Qur’an, awal surah al-Baqarah sehingga ayat 30. (Catatan kuliyah masih ada dalam simpanan saya.

– Ringkasan kepada tafsir Ibnu Kathir  yang ditulis oleh syaikh sendiri

(d) Kuliyah khusus di rumah beliau

Saya juga sempat menghadiri kuliyah khusus yang diadakan di rumah syaikh setiap Jumaat@ Sabtu. Antara kitab yang dibaca

-Tatbiq al-Nahw oleh Dr Abduh al-Rajihi

-Muqaddimah Usul al-Tafsir oleh Ibnu Taymiyah…Kitab ini  habis dibaca.

Kelas di rumah dr antara kelas yang tidak dilupakan.

(e) Saya juga ada menyimpan rakaman kuliah tafsir surah Ali Imran yang disampaikan di Baq’ah satu penempatan di Amman, Jordan

Artikel berkaitan:

Ustaz Adlan Abdul Aziz:Kenangan Bersama Dr.Solah…tafsiran ‘Alif Laam Miim’

Ibnu Suhaimi: Kerinduan Syeikh Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

Ustaz Zakaria Hamzah ( Abu Fatin) :Guruku-Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi, Ulama’ Tafsir Moden Terkini Yang Alim

Muhammad Abdulloh Suradi:Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi, Ulama’ Tafsir Moden Terkini Yang Alim

Khuttah barraqah

Dalam artikel saya bertajuk MERINDUI BUMI SYAM(GURU-GURU HADITH) saya ada menyebut:

Dr.Solah al-Khalidiyy…beliau merupakan pentafsir terkenal di Jordan…Saya belajar dengannya dua kitab iaitu al-Jami’ Bayna al-Sahihayn iaitu hadith-hadith yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim dan pada bulan ramadan, 3o minit sebelum berbuka saya belajar dengannya kitab Sohih Sirah Nabawiyah. Kami juga pernah belajar Sohih Muslim di teratak kami Dar al-Fikr selepas Asar hari Jumaat

Jejak Ulama: Siri 2: al-Marhum Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas

“Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas(1932-2011)”Tidak ada orang yang lebih alim dalam bidang tafsir selepas kewafatan syaikh al-Sya\’rawiyy melainkan Dr-Fadal Abbas\” Dr Solah al-Khalidiyy”]Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas(1932-...)"Tidak ada orang yang lebih alim dalam bidang tafsir selepas kewafatan syaikh al-Sya'rawiyy melainkan Dr-Fadal Abbas" Dr Solah al-Khalidiyy[/caption]

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang pakar dalam bidang tafsir dan secara khususnya ijaz al-Qur’an. Beliau menyebut dalam kitabnya al-Itqanul Burhan fi Ulum al-Quran bahawa beliau bercita-cita menghasilkan insklopedia ijaz al-Qur’an.

-Merupakan bekas pensyarah bahagian Usuluddin di Fakulti Shariah University of Jordan. Melahirkan ramai tokoh dalam bidang tafsir termasuklah anaknya sendiri Sana’ Fadal Abbas yang merupakan penulis bersama karya “Ijaz al-Qur’an” dan sekarang pensyarah di University al-Balqa’ al-Tatbiqiyyah, Jordan.

-Dr.Jammal Abu Hassan  merupakan seorang penuntut rapatnya, sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti ulum islamiyah antarabangsa enghasilkan satu buku yang dihadiahkan sempena 70 tahun Dr. Fadal yang diterbitkan oleh Dar al-Razi memuatkan penulisan-penulisan berkaitan al-quran dan bahasa pada tahun 2003. Dr.Ahmad al-Jammal sendiri menulis tentang pengalaman peribadinya dengan dr. Fadal Abbas.

– Perkenalan awal syaikh Jamal Abu Hasan  ialah semasa mendengar kuliyah tafsir yang disiarkan dalam radio Jordan. Dr. Fadal Abbas merupakan satu-satu tokoh yang membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu kemudian mentafsirkan seluruh al-Quran dalam radio Jordan. Menurut Dr.Ahmad al-Jammal pernah seorang pelajar Ph.D yang membuat kajian tentang Dr.Fadal meminta keizinan untuk mendapatkan salinan tafsir Dr.Fadal dari radio jordan tetapi tidak dibenarkan dengan alasan hak cipta radio Jordan.

-Alhamdulillah saya sendiri memperolehi 10 keping kaset rakaman tafsir yang disampaikan oleh Dr. Fadal ketika mencari kaset di balad(Pusat bandar Amman) pada tahun 2000 semasa saya keluar bersama al-Akh Shahrul Nizam(adik-ipar ustaz Abdullah Din) sekarang bertugas SMK Sri Bentong, Pahang. Insya Allah jika diberi kesempatan saya akan uploadkan kuliyah tafsir tersebut.

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang yang taat kepada Allah s.w.t dan dikurniakan dengan suara yang merdu. Pada bulan ramadan saya dan sahabat-sahabat menanti-menanti bacaan beliau. Pernah satu tahun beliau menjadi imam pada malam kedua, dia sudah membaca surah al-An’am dalam terawihnya, ini menunjukkan ketika solat bersendirian beliau sudah membaca 6 juzuk pada malam pertama. Pada setiap malam beliau akan membaca hampir 1 1/2 juzuk. Beliau menjadi imam terawih di Masjid al-Zumayli yang tidak jauh dari rumahnya

– Walaupun buta dan dalam keadaan tangan kanannya bergantung pada dinding mihrab masjid semasa berusia 67 tahun beliau menjadi imam solat gerhana matahari semasa gerhana matahari berlaku di Jordan pada tahun 1999 dan mengatakan sesiapa yang tidak mampu berdiri boleh duduk dan menyebut kisah Ai’shah r.anha yang solat di belakang rasul s.a.w. Rasul s.a.w solat gerhana matahari hingga selesai gerhana. Ai’shah r.anha berkata aku tidak mampu berdiri sehingga aku berniat untuk duduk tetapi apabila aku melihat orang tua dan kanak yang lebih lemah dariku berdiri, aku tidak duduk.’

Pada masa itu gerhana bermula selepas waktu zohor lebih kurang jam 1.30 tengahari, syaikh Fadal mengimamkan solat gerhana dengan membaca surah Ghafir (juz 24), surah Fussilat diikuti dengan surah-surah berikutnya dan solat berakhir lebih kurang jam 4.00 petang(berakhirnya gerhana)…3 juzuk dan ++++ dibaca oleh Dr.Fadal dalam keadaan tangannya sesekali bergantung pada dinding masjid. Demikianlah kesungguhan Dr.Fadal dalam melaksanakan sunnah nabi s.a.w.

Berhubung ketaatan beliau, saya pernah mendengar dari sahabat Arab saya bernama Nizar, dia belajar di Kulliyah Dakwah dan Usuluddin dibawah seliaan kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf jordan, seorang pengikut jamaah al-Ikhwan al-Muslimun, merupakan tenaga penggerak remaja di Masjid Abdul Rahman bin Auf membawa satu kisah menarik yang berlaku antara Dr.Fadak dengan al-Shahid Abdullah Azzam(meninggal 1989) seorang pejuang di Afghanistan insya Allah ada kesempatan saya akan menulis tentang beliau, saya tidak pernah berjumpa dengan beliau kerana semasa saya berada di Jordan, dia sudah gugur shahid tetapi saya belajar dan kagum dengan ilmunya melalui kaset tafsir surah al-tawbah, buku Ussaq al-Hur(Pencinta Bidadari) dan buku-buku mengenai jihad.

Kisah ini berlaku semasa al-Shahid Abdullah Azzam pulang dari mengerjakan umrah dan menumpang rehat di rumah Dr.Fadal. Apabila Dr.Fadal membentangkan persiapan untuk tidur, Dr.Abdullah Azzam memberitahu: Saya datang ke sini untuk solat dibelakang tuan, Dr.Fadal, seperti yang saya sebut suara Dr.Fadal memang merdu, iras-iras suara syaikh Muhammad Jibril. beginilah keadaannya antara dua tokoh ini mereka meneruskan solat sehingga awal pagi dan Abdullah Azzam tidak tidur sehingga ke pagi, alangkah kita memerlukan ulama seperti ini pada zaman ini…

Pernah saya menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal untuk pelajar-pelajar M.A, kelas M.A bermula dari jam 4-7 malam, peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab, apabila masuk waktu maghrib, beliau berhenti seketika dan memohon keizinan untuk berbuka puasa dengan memakan beberapa biji tamar… Demikianlah kesungguhannya untuk menghidupkan sunnah nabi s.a.w, menyegerakan berbuka puasa dan menghidupkan puasa nawafil…

Beliau memang seorang yang sangat mencintai rasul s.a.w dan seorang yang istiqamah. Alhamdulillah melalui seorang sahabat Arab saya dapat belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa sedikit dalam mustalah hadith, dan membaca hadith sohih al-Bukhari. Kelas sohih al-Bukhariyy adalah pada setiap Isnin malam selasa selepas maghrib.

Prof.Madya Dr.Muhammad Hawwa, pensyarah dalam bidang hadith di Universiti Mu'tah

Prof.Madya Dr.Muhammad Hawwa, pensyarah dalam bidang hadith di Universiti Mu'tah

[caption id=”attachment_141″ align=”aligncenter” width=”219″

Sejak saya belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa saya dibawa oleh beliau ke rumah Dr.Fadal Abbas untuk mengikuti kuliyah tafsir pada setiap Isnin malam selasa yang diadakan oleh Dr.Fadal Abbas. Kuliyah ini telah diadakan lebih dari dua puluh tahun(sejak penghujung1970 an) – perkiraan semasa saya belajar di Jordan, sekiranya kelas itu masih berterusan bermakna sudah mengjangkau 30 tahun…lihatlah istoqamah seorang alim dalam menyampaikan ilmu..Peristiwa ini juga menunjukkan sifat seorang alim yang tawaduk, Dr.Muhammad yang sudah memegang title Dr. tidak miss dari menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal Abbas…Bagaimana dengan kita hari ini, baru ada sedikit ilmu tetapi dah berlagak hebat… Kuliyah hari Isnin Dr.Fadal sesekala dihadiri oleh tokoh-tokoh hebat yang membawa title Dr.

Kecintaan Dr.Fadal Abbas dibuktikan melalui sambutan Mawlid rasul s.a.w. Sekiranya pada kuliyah-kuliyah yang biasa Dr.Fadal akan menghidangkan Qahwah Sadah” Kopi pahit yang disediakan untuk tetamu, tetapi apabila tiba musim Mawlid nabi s.a.w, Dr.Fadal akan membuat jamuan istimewa sebagai menghargai kedatangan nabi s.a.w.Pernah sekali beliau menjamu kami dengan kueh yang dinamakan Kinafah… cukup sedap rasanya dan apabila saya tanya dikedai harganya JD5(RM25) sekilo…beginilah keadaannya Dr. Fadal apabila tibanya musim mawlid nabi s.a.w. Sambutan Mawlid nabi bukan sehari tetapi pada minggu-minggu berikutnya syaikh akan membaca sirah nabi s.a.w selama sebulan…Antaranya kitab al-Mawahib al-Ladunniyah karangan al-Qastalaniyy…

Dr.Fadal juga merupakan seorang yang tegas dan amanah dalam tanggung jawab yang dilaksanakan sebab itu beliau terkenal dikalangan pelajar-pelajarnya sebagai seorang yg straight dari segi pemarkahannya. Pernah dalam satu kuliyah Dr.Fadal menyebut bahawa beliau meluluskan salah seorang penuntutnya yang sepatutnya gagal kerana akhlak pelajar tersebut baik, katanya beliau tidak tidur satu malam dan akhirnya memilih keputusan yang asal…pelajar tersebut gagal…

Akhirnya dalam coretan ringkas oleh hamba Allah yang daif ini, saya ingin menukilkan kata-kata Dr.Fadal Hassan Abbas dalam satu kuliyah yang disampaikan sekitar tahun 1999-2000 yang cukup memberi kesan kepada saya, pada masa itu dia seorang tokoh yang hebat dalam tafsir tetapi beliau mengatakan: Saya hidup dengan al-Qur’an puluhan tahun tetapi dihadapan al-Quran saya masih lagi seorang pelajar yang kerdil.”’. Bagaimana dengan kita?

29 Mac 2009-7.22 am

Tafsir ayat 10 surah al-Mumtahinah

Metodologi Pentafsiran al-Quran: SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW, SAHABAT DAN TABIIN

2.1 TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasululullah saw adalah pengasas kepada tafsir al-Quran kerana berperanan menjelaskan ayat-ayat yang tidak difahami. Firman Allah:
44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,

[829] Yakni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.

Firman Allah:

64. Dan kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Nabi saw telah menerangkan kepada para sahabat baginda makna-makna al-Quran sebagaimana baginda menjelaskan kepada mereka lafaz-lafaznya

2.2 TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasulullah saw wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul saw tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir
(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr

Sebab tafsir kurang pada zaman sahabat
(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap

Nilai Tafsir Zaman Sahabat
(a)Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah saw
(b)Apabila tidak di dapati daripada rasulullah saw sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak
(c)Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hokum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.(Usul al-Tafsir:hal.5)
Contoh:
Firman Allah swt:

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,(Surah al-Fatihah)

Terdapat beberapa tafsiran al-Sirat dalam ayat ini
Pandangan pertama: Ia adalah al-Quran atau mengikutinya berdasarkan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi bahawa ia adalah agama Allah yang kuat, peringatan yang berhikmah dan jalan lurus.
Pandangan kedua:Islam berdasarkan sabda Rasul saw dalam hadith al-Nawas bin Sam’an yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:
Dan Allah memberi satu perumpamaan: Jalan lurus. Di kiri kanan jalan ada dua pagar. Pada kedua-dua pagar itu ada pintu-pintu terbuka. Pada pintu itu ada garis-garis kosong. Ada seorang penyeru yang menyeru di atas jalan. Dan seorang penyeru yang menyeru di tengah jalan. Maka dikatakan jalan lurus adalah Islam, kedua-dua pagar adalah hudud(batasan-batasan Allah); pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah; penyeru di tengah jalan adalah kitabullah, penyeru di atas jalan adalah nasihat Allah kepada hati setiap orang mukmin.”
Pandangan ketiga: Jalan lurus adalah Rasulullah saw
Pandangan keempat: Ahli sunnah wal Jamaah
Pandangan kelima: Jalan ubudiyyah(ibadah kepada Allah)
Pandangan keenam: Perkataan orang yang berkata:Taat kepada Allah dan rasul-Nya.
Dan lain-lain yang mana semua pandangan ini adalah tafsiran kepada al-Sirat dan menunjukkan kepada satu nama yang sama dan perbezaan adalah mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang berbeza yang dikandung oleh nama itu.(Usul Tafsir hal.10-11)

(d) Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci
(e) Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
(f) Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.
(g)Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul(Sebab turun sesuatu ayat)
(g) Periwayatan sahabat daripada ahli kitab
Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin.
Pandangan merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al-Tafsir dan Dr. Nur al-Din Itir professor al-Quran dan al-hadith di Universiti Damsyik.
Menurut Dr.Nur al-Din al-Itr pengaruh ahli kitab bermula pada zaman sahabat. Namun para sahabat tidak berminat untuk mengetahui riwayat-riwayat ahli kitab secara terperinci. Mereka tidak bertanya semua perkara daripada ahli kitab dan mereka tidak menerima kesemuanya berasaskan pesanan nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تَكَذَِبُوهم وَقُولُوا آَمَنَّا بالله
”Janganlah kamu benarkan dan kamu dustakan mereka dan katakanlah kami beriman kepada Allah”

Pandangan kedua: Ahli kitab bukan sumber tafsir sahabat.
Pandangan ini merupakan pandangan Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas. Menurutnya sumber tafsir di kalangan sahabat: al-Quran, al-Sunnah, bahasa Arab, asbab al-Nuzul dan pemerhatian yang tajam. Ahli kitab tidak menjadi sumber periwayatan sahabat seperti pandangan beberapa pengkaji. Hal ini berpunca dari ketegasan Rasul saw supaya sahabat member perhatian kepada al-Quran. Kenyataan yang menyatakan sahabat meriwayatkan dari ahli kitab dalam tafsir tertolak dengan beberapa dalil:
1) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi suatu ketika nabi saw masuk ke masjid dan baginda mendapati mereka sedang berkumpul mendengar ucapan seorang lelaki lantas baginda bertanya: “Apa ini?. Mereka menjawab: Beliau sedang menerangkan tentang keturunan Arab. Baginda bersabda:
“Ini ilmu yang tidak bermanfaat. Sekiranya tidak diketahui tidak memudaratkan. “
Kemudian baginda berkata: Ilmu pada tiga perkara: Ayat yang muhkamat(terang hukumnya), fardu yang dilaksanakan dan sunnah yang diikuti.
Sekiranya ilmu berkaitan keturunan pun dikatakan oleh nabi sebagai ilmu yang tidak bermanfaat
2) Semasa Rasul saw melihat Saidina Umar membaca lembaran dari kitab taurat, baginda murka dan berkata:
“ Jangan Tanya sesuatu dari ahlil kitab, sesungguhnya mereka tidak memberi hidayah kepadamu kerana mereka telah sesat, dengan mengambil riwayat dari mereka, anda mungkin mendustakan suatu yang benar atau anda membenarkan sesuatu yang batil. Demi Allah sekiranya Musa bersama kamu maka pasti Musa akan mengikutiku.

3) Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata:
“ Wahai orang-orang Islam! Bagaimana kamu bertanya kepada ahli kitab sedangkan kitab kamu yang diturunkan Allah ke atas nabinya, berita yang terkandung di dalamnya merupakan yang terkini, kamu membacanya dan kamu tidak akan . Dan Allah telah memberitahu kamu bahawa ahli kitab mengubah ayat Allah dengan tangan mereka. Mereka mendakwanya dating dari sisi Allah semata-mata untuk mendapat habuan yang sedikit, apakah pengetahuan ini tidak akan menghalang kamu dari bertanya kepada mereka. Tidak demi Allah kita tidak melihatpun seorang dari mereka bertanya kepada kamu tentang kitab yang diturunkan kepada kamu.’

4. Ibn Kathir menyebut dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah bahawa Saidina Umar member amaran kepada Kaab bin al-Ahbar menghentikan kisah-kisah ahli kitab dengan katanya:
لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ
Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera.

5. Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi mengulas berita yang disampaikan oleh Kaab bahawa Allah telah membahagikan kalamnya dan melihat Allah antara nabi Musa dan Muhammad alihima sallam. Aisyah r.anha berkata: “ Telah berdiri bulu rambutku.”

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat ketika mentafsirkan al-Quran mereka kembali kepada sumber-sumber yang telah disebutkan bukannya kepada ahli kitab. Sumber mereka adalah tulen walaupun riwayat yang sampai kepada kita sangat terhad.

Metodologi Pentafsiran al-Qur’an: Pengenalan Ilmu Tafsir

PERHATIAN: SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN HANYA SAYA SERTAKAN TERJEMAHAN SAHAJA
BAB 1 : ILMU TAFSIR SUATU PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengertian Tafsir

(a) Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata تَفْسِرا فَسَّر-يُفَسِّرُ-
Menurut Ibn Manzur:
“التَّفْسِيْرُ كَشْفُ الْمَرَادِ عَنِ اللَّفظِ الْمُشْكِل”
“ Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.”

(b) Istilah:
” عِلْمٌ يُفْهَمُ بِهِ كِتاَبُ الله الْمُنَزَّلُ عَلَى نِبِيِّهِ مُحَمَّدٌ وَبَيَانُ مَعَانِيهِ واسْتِخْرَاجُ أَحْكَامِهِ وَحِكَمِه”
“ Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran”

1.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir:

(a) al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama
(b)Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat
(c) Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.
(d) Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.

1.3 Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir

(a)Ilmu bahasa
(b) Ilmu Qiraat
(c)Ilmu Usuluddin
(d)Ilmu Usul fiqh
(e)Ilmu Asbab al-Nuzul
(f) IlmuNasikh-Mansukh
(g) Ilmu fiqh
(h) Ilmu hadith

1.4 Syarat pentafsir
(a)Aqidah yang selamat
(b)Tidak mengikut hawa nafsu
(c) Memulakan dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran diikuti dengan hadith, kata-kata sahabat, kata para tabiin
(d) Ilmu yang berkaitan al-Quran
(e) Kefahaman yang mendalam

1.4 Adab pentafsir
(a)Ikhlas
(b) Beramal
(c) Berakhlak mulia

TAFSIR DURR MANTHUR OLEH IMAM AS-SUYUTI

Tafsir Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur:
Biodata al-Sayuti
Beliau ialah Abu al-Fadl Abd Rahman bin Kamaludin Abu Bakr bin Muhammad al-Khudairy al-Suyuti. Beliau terkenal dengan panggilan al-Suyuti merujuk kepada Bandar Asyut di Mesir. al-Sayuti dilahirkan di Kaherah pada bulan Rejab tahun 849H. Bapanya Kamaludin adalah antara ulama yang tersohor memiliki perpustakaan yang besar. Al-Idrusi meriwayatkan bahawa bapa kepada al-Sayuti meminta dari isterinya untuk mengambil buku dari perpustakaan tersebut dan pada waktu itu tiba waktu untuk melahirkan anak, lantas al-Sayuti dilahirkan di tengah-tengah buku sehingga beliau dipanggil Ibnu al-Kitab yang bermaksud anak kepada buku-buku. Dan beginilah hal keadaan al-Sayuti yang hidup dengan buku sehingga beliau bertemu dengan Allah swt.
Al-Sayuti dibesarkan dalam suasana ilmu walaupun bapanya meninggal dunia semasa beliau berusia enam tahun. Beliau belajar dengan tokoh ilmuan zamannya sehingga menjadi tokoh dalam tujuh disiplin ilmu iaitu tafsir, hadith, fiqh, nahu, ilmu balaghah( al-Maani, al-Bayan, al-Badi’).

Semasa berusia empat puluh tahun beliau memperuntukkan sepenuh masanya untuk menulis dan beribadat kepada Allah swt. Beginilah kehidupan al-Sayuti sehinga beliau wafat pada 17 Jamadil Awwal tahun 911H ketika berusia 62 tahun. Hasil usaha ini menyebabkan al-Sayuti Berjaya menghasilkan lebih dari 1194 judul tulisan berupa buku dan risalah kecil. Dalam bidang al-Quran sahaja beliau menghasilkan lebih dari empat puluh karya. Antara karya ulungnya dalam bidang al-Quran ialah al-Itqan fi Ulum al-Quran, Mu’tarik al-Aqran, Mufhamat al-Quran, Tanasuq al-Durar fi Tanasub al-Suwar, Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul, al-Tahbir fi Ulum al-Tafsir, al-Iklil fi Istinbat al-Tanzil

Metodologi Penulisan
Berhubung metodologi penulisan kitab ini, al-Sayuti menyebut di muqaddimah tafsirnya:
“ Saya telah menghimpunkan satu kitab tafsir bersanad kepada nabi saw, dimuatkan di dalamnya lebih 10 ribu hadith di antara marfu danmawquf dan telah sempurna dalam empat jilid lalu saya namakan Tarjuman al-Quran
Oleh kerana terdapat kekurangan semasa menghasilkan karya tersebut, beliau telah meringkaskannya
Tafsir al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur
Al-Sayuti menulis tiga karya berhubung Tafsir bil Ma’thur
(a)Majma al-Bahrayn wa Matla al-Badrayn dan merupakan satu kitab tafsir yang besar kerana beliau menjadikan kitab al-Itqan sebagai pengantar kepada tafsir ini, sekiranya pengantar sudah banyak maka bagaimana tafsiran yang sebenar?Malangnya kitab ini tidak sampai kepada kita dan kita tidak pasti adakah al-Sayuti menghabiskannya atau tidak.
(b) Turjuman al-Quran. Dalam kitab ini al-Sayuti mengumpulkan riwayat-riwayat yang ma’thur meliputi 10000 hadith yang marfu’ dan mawquf dari Rasul saw dan para sahabat dalam empat jilid. Tafsir ini juga hilang dari khazanah perpustakaan umat Islam
(c ) Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur
Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Turjuman al-Quran. Setelah menamatkan penulisan tafsir dengan riwayat yang ma’thur, beliau melihat keperluan untuk meringkaskan tafsirnya dengan menggugurkan rangkaian perawi dan memadai dengan menyebut matan hadith yang marfu dan mawquf dalam tafsir al-Durr al-Manthur
Kitab ini ditulis sekitar 13 tahun sebelum kewafatannya seperti yang disebut dihujung tafsirnya:
“ Saya selesai menulis tafsir ini pada hari raya Aidil Fitri, tahun 898H”
Setiap tafsir dalam kitab ini merupakan riwayat ma’thurat diambil oleh Imam al-Hafiz al-Sayuti dari pelbagai buku dari kitab-kitab hadith yang sohih, sunan-sunan, musnad-musnad dan karya yang menghimpun kata-kata sahabat dan tabiin seperti musannaf Abdul Razaq dan musannaf Ibnu Abi Syaibah dan kitab-kitab tafsir yang ma’thur yang bersanad seperti tafsir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Tafsir Ibnu al-Munzir , tafsir Ibn Mardawaih, tafsir Abd bin Humayd dan lain-lain.
Dari segi metodologi, al-Sayuti hanyalah mengumpul dan menyebut riwayat-riwayat dalam tafsir tanpa mengira status riwayat tersebut sama ada sahih, daif bahkan ada riwayat yang palsu.
Sehubungan dengan ini Dr. Al-Dhahabi menyebut:
“ Al-Suyuti seorang lelaki yang tersohor dalam membawa riwayat yang banyak, walaupun dia seorang yang menguasai ilmu hadith dan ilalnya(kecacatan hadith) tetapi dia tidak memilih riwayat yang sahih sahaja dalam tafsirnya, karyanya ini perlu kepada penilaan sehingga dapat diambil isinya.