Category Archives: Umrah

Mengenali Imam Masjidil Haram Dari Dekat (Siri 1)

IMAM-IMAM MASJIDIL HARAM : AS-SYAIKH DR. ABDUL RAHMAN AS-SUDAYS

Sumber: أئمة الحرمين  (1343H-1432H)karangan Dr.Abdullah bin Ahmad al-Ghamidi

DOA KHATAM AL-QURAN 1433H

TEMURAMAH SALURAN KUWAIT BERHUBUNG DOA IBU SYAIKH SUDAYS SEMASA KECIL

Beliau antara imam yang paling lama bertugas di masjidil haram. Biasanya beliau menjadi imam maghrib setiap malam Ahad hingga malam Rabu sekiranya beliau tidak bertugas diluar.

Nama penuh beliau ialah Abu Abdul Aziz Abdul Rahman bin Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah. Beliau terkenal dengan panggilan al-Sudays. Merupakan anak kelahiran Riyadh tahun 1382H (sekarang 1433H-51 tahun).

Beliau menghafaz al-Qur’an semasa berusia 12 tahun. Bapanya telah menghantar beliau belajar di Jamaah (kumpulan) Tahfiz al-Qur’an al-Karim yang berada di bawah penyeliaan Syaikh Abdul Rahman bin Abdullah A:l Faryan.

Beliau membesar di Riyadh dan belajar di sekolah rendah al-Muthanna bin Harithah kemudian Ma’had Ilmiyy juga di Riyadh. Antara gurunya yang terkenal ialah Syaikh Abdullah al-Munif dan Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Tuwayjiri. Beliau menamatkan pengajiannya di Ma’had pada tahun 1399H dengan keputusan imtiyaz. Beliau selanjutnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah di Riyadh sehingga tahun 1403H. Antara guru-guru di sini ialah:

1.Syaikh Salih al-‘Aliyy al-Nasir

2.Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Al Syaikh

3.Dr. Syaikh soleh bin Abdul Rahman al-Atram

4.Dr.Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jabrin

5.Syaikh Abdul Aziz al-Daud

6.Syaikh Fahd al-Hamin

7.Syaikh Dr. Soleh bin Ghanim al-Sadlan

8.Syaikh Dr.Abdul Rahman bin Abdullah al-Darwish

9.Syaikh Dr. Abdullah bin Aliyy al-Rukban

10.Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Rabi’ah

11.Syaikh Dr.Ahmad bin ‘Aliyy Sayr al-Mubarakiyy

12.Syaikh Dr. Ahmad Abdul Rahman al-Sadhan

Beliau pernah menjadi imam di beberapa masjid di ibu kota Riyadh dan yang terakhirnya di masjid  (Jami’) al-Syaikh al-‘Allamah Abdul Razaq al-‘Afifi

Selain menuntut ilmu di university beliau turut menuntut ilmu di masjid-masjid antaranya dengan:

1.Syaikh Abdul Aziz bin Baz

2.Syaikh al-‘Allamah Abdul Razzaq ‘Afifi

3.Dr.Soleh al-Fawzan

4.Syaikh Abdul Rahman bin Nasir al-Barak

5.Syaikh Abdul Aziz Abdullah al-Rajihi

Pada tahun 1404H beliau dilantik menjadi Imam dan khatib di masjidil haram dan memulakan tugasnya pada 22 Sya’ban 1404H, hari Ahad sebagai imam solat Asar dan khutbahnya yang pertama juga pada bulan Ramadan iaitu pada  15 Ramadan,

Pada tahun 1408H beliau memperolehi sarjana dengan pangkat mumtaz dari Kuliyah Syariah, Universiti Imam Muhammad bin Saud al-Islamiyah bahagian usul fiqh dengan tesisnya bertajuk: المسائل الأصولية المتعلقة بالأدلة الشرعية التي خالف فيها ابن قدامة الغرالى)  di bawah penyeliaan dua penyelia, yang pertamanya dengan Syaikh al-‘Allamah Abdul Razzaq Afifi dan disebabkan masalah kesihatan, beliau diselia oleh Syaikh Dr. Abdul Rahman al-Darwisy.

Selanjutnya al-Sudays bertugas di bahagian Qadi di Kuliah Syariah, Universiti Ummul Qura di Mekah.

Pada tahun 1416H beliau memperolehi ijazah doktor falsafah  dengan pangkat mumtaz beserta cadangan tesis  dicetak di university Ummul Qura berjudul الواضح في أصول الفقه لأبي الوفاء بن عقيل الحنبلى دراسة وتحقيق.  Penyeliau beliau ialah Dr.Ahmad Fahmi Abu Sunnah dan disemak oleh Dr.Abdullah bin Abdul Muhsin al-Turki, Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan, Dr. ‘Aliyy bin Abbas al-Hukmiyy, ketua bahagian pengajian tinggi Syariah, Universiti Ummul Qura.

Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan di university Ummul Qura serta meneruskan tugasnya menjadi imam, khatib dan tenaga pengajar di masjidil haram pada tahun 1416H. Beliau mengajar selepas maghrib  di masjidil haram dalam pelbagai disiplin ilmu termasuklah aqidah. Fiqh, tafsir dan hadith di samping terlibat dalam memberi fatwa pada musim haji dan lain-lain.

Beliau juga banyak mengembara di dalam Arab Saudi dan luar Saudi dalam pertemuan, muktamar dan merasmikan pembukaan masjid dan pusat-pusat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Beliau juga terlibat dalam pertubuhan akademik, dakwah dan kebajikan. Antaranya beliau dicadangkan oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz untuk terlibat sebagai anggota syariah badan al-Ighatah al-Islamiah yang berada di bawah pertubuhan Rabitah al-Alami al-Islamiyy (Kesatuan Dunia Islam).

Beliau juga ada menulis dalam media massa, terlibat dalam aktiviti dakwah dalam ceramah-ceramah dan seminar di dalam dan luar Negara. Antara karya tulisan beliau selain tesisnya ialah:

-Kawkabah al-Khutab al-Munifah Min Jiwar  al-Ka’bah al-Syarifah

-Ittihaf al-Musytaq Bi Lamahat Min Minhaj wa Sirah al-Syaikh Abdul Razzaq

-Ahamm Muqawwimat fi solah al-Mu’allimin wa al-Mu’allimat

-Dawr al-‘Ulama’ fi Tabligh al-Ahkam al-Syar’iyyah

-Risalah Ila al-Mar’ah al-Muslimah

-al-Ta’liq al-Ma’mul  ‘Ala Thalatah usul

-Al-Idahat al-Jaliyah ‘ala al-Qawa’id al-Khams al-Kulliyah

Terjemahan: Dr. Norazamudin bin Umar

Advertisements

Semoga Allah Memberkati Perkahwinan Mereka

Alhamdulillah pada petang 7 syawal saya sempat menghadiri majlis walimatul urus perkahwinan anak kepada dua orang sahabat yang dikasihi kerana Allah. Pertama puteri kepada Hj Abu Aslam Abdullah di Masjid Bandaranya Nabilah. Majlis yang sederhana tetapi bertepatan dengan syarak. Waktu zohor semua tetamu berhenti dan dapat menunaikan solat secara berjemaah. Anaknya kahwin muda, sesuatu yang agak jarang tetapi bagi saya suatu yang baik. Teringat saya kepada syaikh al-Murabbi Said Hawwa yang mengahwinkan anaknya sebelum masuk ke Universiti. Ketika berusia 17@ 18 tahun walaupun kurang disenangi sahabat handai. Prinsipnya anaknya tidak akan masuk ke universiti kecuali selepas berkahwin. Menurut murabbi saya yang saya sangat sayangi kerana Allah Dr. Muaz Hawwa, bapanya mencari berbelas pasangan untuk dikahwinkan dengan beliau tetapi ramai yang menolaknya kerana terlalu muda. Selepas tawjihi (macam SPM) Dr Muaz memohon untuk menyambung pelajaran di Universiti tetapi tidak mendapat tempat. Semasa berusia 18 tahun Dr.Muaz berkahwin dan alhamdulillah selepas itu mendapat tempat di universiti. Alhamdulillah ketiga-tiga anaknya yang berkahwin sebelum masuk universiti adalah penghafaz al-Qur’an dan ketiga-tiga pemegang ijazah kedoktoran…TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA NABILAH DAN PASANGANNYA..SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN BERDUA…

Foto diambil dari Facebook cikgu Azrul Shahizul Nizam Azizoon. Kedua mempelai ini adalah penuntut di Sekolah Perubatan Universiti Malaysia, Sabah

Kedua ialah perkahwinan puteri kepada Ustaz Rapihi Derim yang diadakan di Dewan Masyarakat Menggatal.Menantunya orang Sarawak.

Semoga mereka semua akan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad (s.a.w) dan menjadi penyokong kepada perjuangan Islam.

ALLAHUAKBAR

NOSTALGIA UMRAH MAC 2010/RABIULAWWAL1413H

13 MAC 2011-MASJID NABAWI

MAGHRIB

IMAM SYAIKH SOLAH AL-BUDAYR : Surahs Dhariyaat 15-19 and Toor 17-19) 

ISYAK

IMAM SYAIKH HUZAIFI: (Surah Ahzaab: Ayaah 70-73 and Dhariyaat: 55-60)

14 MAC 2011 (AHAD)

SUBUH

IMAM SYAIKH SOLAH AL-BUDAYR : Surat An-Naziaat wa Al-Ghashiyah

MAGHRIB

IMAM SYAIKH SOLAH AL-BUDAYR: (Surah Qiyamah)

ISYAK

(Surah Ghafir 10-20) Sheikh Budayr
15 MAC (ISNIN)
SUBUH
ISNIN UMRAH
16 MAC-20 MAC MAKKAH AL-MUKARRAMAH
SUBUH 16 MAC
MAGHRIB 16 MAC
ISYAK 16 MAC
17 MAC(RABU)
SUBUH
MAGHRIB
ISYAK

UMRAH TARBAWI PERJALANAN MERENTASI ZAMAN

MUQADDIMAH

Alhamdulillah pujian untuk-Nya kerana memberi sedikit kesempatan kepada hamba-Nya untuk mengupdate  blog ini yang sudah lama tidak disentuh kerana kesibukan menyiapkan tesis.  Alhamdulillah bermula 27 Mei 2011- 12  Jun 2011 saya bersama rakan-rakan dan kenalan seramai 20 orang melakukan ziarah jejak sahabat dan ulama di Syria, Jordan dan Mesir seterusnya ziarah Madinah bermula 1 Rejab dan perjalanan di akhiri dengan mengunjungi Baitullah al-Haram. Ahli rombongan terdiri dari rakan sepejabat Cikgu Hambali, Cikgu Jaid dan isteri Ustazah Fatimah Sulaiman yang bertugas di SMKA Tun Mustafa, Puan Hajah Saripah dan suami tuan Haji Rahman berserta anak-anak Watifah, Khaleisah, Nabilah dan anak bongsunya Izz, Datin Norain dan anaknya Norqamariah, rakan usrah Ustaz Mujib bersama dua ibu bapanya Hj.Abdul Rahman Hj. Omar dan isteri, Ustaz Mizan Helmy, Abang Nazri Jabatan Kimia dan rakan dari Kota Belud Ustaz Samsuddin juga saudara Zakaria yang mesra dengan panggilan Zack dan isteri Nooraihan, kedua-duanya pernah belajar dengan saya dalam program Diploma pengajian Islam Pasca Siswazah di UMS.

KKIA to LCCT

27 Mei 2011
Dari Kota Kinabalu kami bertolak secara berasingan, Ustaz Din telah bertolak lebih awal, Cikgu Saripah dan keluarga dengan AK5107, Datin Norain dengan fire-fly, Abang Nazree dengan MAS. Saya pula ditakdirkan bersama Cikgu Hambali, Cikgu Jaid dan isteri, Zack dan isteri dengan Air Asia AK 5109. Kami bertolak jam 345 petang dan sampai di Kuala Lumpur jam 615 petang. Rupa-rupanya hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan Cikgu Jaid dan isteri…Tahniah dan perjalanan kami bertepatan pula dengan tarikh tersebut 26 Mei…Jadi perjalanan mereka berdua suatu yang istimewa…Cikgu Jaid sudah lama merancang untuk mengerjakan umrah bersama saya…sejak kepulangan saya dari Mekah pada bulan Mac 2010..Awalnya rancang hendak pergi hujung tahun 2010 dan disebabkan saya ingin memberikan penumpuan terhadap penulisan tesis hasrat ini ditangguhkan. Alhamdulillah pembatalan perancangan ini ada baiknya kerana pada penghujung tahun 2010 kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa ziarah seperti tahun-tahun sebelumnya..Sungguh cantik ketetaoan ALlah swt dan saya sendiri dapat menyiapkan hampir 20% daripada penulisan tesis…

Setibanya di LCCT kami pada awal merancang untuk beristirehat di Tune Hotel sementara menanti chekc in di KLIA jam 12 tengah malam. Cadangan yang tidak dirancangn tidak menjadi kerana hotel sudah penuh. Kami solat Asar d LCCT, kemudian solat Jamak Taqdim Maghrib dan Isyak. Selepas solat kami memutuskan untuk ke KLIA dengan bas…

KLIA-Kuwait Airways

Alhamdulillah lebih kurang jam 11.50 malam kami berkumpul di kaunter check in Kuwait Airways untuk memulakan perjalanan KL-Kuwait-Damsyik. Alhamdulillah urusan check in berjalan dengan mudah. Check in dijalankan secara individu untuk mengelakkan kesukaran sekiranya ada penumpang yang gagal meneruskan perjalanan kerana ada halangan di imegresen seperti hutang dengan LHDN.

Suatu yang boleh dipuji pengurusan syarikat Kuwait Airways adalah professional. Beberapa hari sebelum ini pihak Kuwait Airways menelefon saya untuk mengatur jemaah saya disebabkan tempahan secara on-line hanya membenarkan dua ketiga individu dalam satu masa…Kaunter pun dah bersedia mengatur group umrah yang banyak…ada yang terus mengerjakan umrah dan ada juga yang transit di tempat lain terlebih dahulu…Ingatkan group kami sahaja ke Damsyik, rupa-rupanya ada satu lagi group lain lebih kurang 40 orang dari Kedah yang dipimpin oleh seorang ustazah juga menuju ke Damsyik.

27 RAMADAN MALAM LAILATUL QADAR ???PERHIMPUNAN TERBESAR UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Pada setiap malam 27 Ramadan dikatakan oleh sesetengah ulama sebagai MALAM LAILATULQADAR. Pandangan yang menetapkan malam 27 Ramadan sebagai malam al-Qadar telah mendorong sejumlah yang besar masyarakat Arab yang datang dari seluruh pelusuk negara Arab dan warganegara Arab Saudi dan sebahagian umat Islam dari seluruh dunia memenuhi masjidil Haram sehingga ada pintu masuk ke Masjidil Haram ditutup seawal waktu Asar iaitu pintu King Abdul Aziz dan King Fadh. Menurut berita yang dikeluarkan pada pagi 27 Ramadan dianggarkan lebih 3 juta umat Islam memenuhi kawasan dalam masjidil Haram….tidak termasuk mereka solat dari dalam bangunan seperti Safwah Tower dan lain-lain. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terbesar umat Islam secara serentak pada waktu malam yang berlaku pada salah satu malam dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan. Pada waktu siang perhimpunan terbesar umat Islam ialah pada 9 Zulhijjah ketika para Hujjah berwukuf di Arafah untuk meluluskan mereka mendapat title haji sebagaimana yang disebut oleh Rasul saw: Haji itu Arafah. Sebab itu orang yang sakit akan dibawa juga ke Arafah supaya hajinya sah.
Benarkah lailatul Qadar berlaku pada malam 27? Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Ini berdasarkan beberapa yang telah disebut oleh penulis dalam beberapa entri yang lalu…

Terdapat beberapa pandangan rakan di Mekah yang mengatakan lailatul Qadr pada tahun ini pada malam 27 berasaskan beberapa tanda seperti matahari pada pagi 27 Ramadan bercahaya putih tidak seperti biasa…Saya pula tidak keluar dari masjdil Haram untuk memerhatikan cuaca pada pagi tersebut.

Seorang rakan yang lain pula yang berusia antara 50-60 an, pada malam ini dia berasa sangat khusyuk dalam solat yang tidak pernah dirasai sepanjang hidupnya. Dan yang lain pula mengatakan lailatul Qadr pada malam 27 kerana mereka tidak terjaga dari tidur dan ketinggalan solat tahajjud pada malam 27…Saya sendiri mendengar Imam Suraym membaca al-Quran dengan khusyuk dan kedengaran suara sebaknya semasa beliau membaca surah al-An’am dan Sudays yang membaca Qunut dalam witir selama ½ jam dan diberapa tempat beliau menangis.
Semua ini merupakan pandangan yang subjektif dan lailatul Qadar yang sebenarnya hanyalah diketahui oleh Allah SWT. Oleh kerana lailatul Qadar yang dinanti-nanti dan dicari-cari oleh seluruh umat Islam menyebabkan pelbagai pandangan disebut oleh sarjana Islam berhubung lailatul Qadr. Ulama hadith yang terkenal Imam Ibnu Hajar al-Asqalaniyy menyebut malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku? Dalam kitab “Fath al-Bari” beliau menurunkan tidak kurang dari 45 pendapat tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil.Ini berdasarkan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang lailatul Qadr. Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450).Beruntunglah sesiapa yang menghidupkan kesepuluh hari yang terakhir kerana pasti salah satu darinya adalah malam al-Qadr…Bagi yang belum kita masih menaruh harapan pada malam 29 Ramadan dan sekiranya telah berlalu tanamkan azam dan hidupkanlah sepuluh malam terakhir pada Ramadan yang akan datang…

INSHAALLAH jika diizinkan oleh-Nya dan dibuka hati saya akan menulis sedikit tentang malam 27 Ramadan di Mekah dan beberapa tips yang boleh diambil sekiranya anda menjadi tetamu Allah pada sepuluh malam yang terakhir pada masa-masa akan datang. ABU AWATIF, DAR AL-SYA’B2, SYUAB AMIR