Nota 23 Ramadan Billionare Pahala

Nota 23 Ramadan “ Billionare Pahala”

Dunia adalah tempat untuk beramal soleh dan mengumpul sebanyak mungkin pahala yang boleh. Sebab itu kita melihat generasi salaf berlumba-lumba untuk beramal soleh mengharapkan pahala dari sisi Allah s.w.t. Mereka sanggup mengkhatam al-Qur’an dengan angka yang dikira angka sebagai angka yang pelik oleh kita umat Islam akhir zaman. Sebahagiannya telah dicatatkan dalam nota Ramadan yang lalu. Mereka sanggup berjaga malam untuk beribadah. Asad bin ‘Amru mencatatkan bahawa IMAM ABU HANIFAH SOLAT SUBUH DENGAN WUDUK ISYAK SELAMA 40 TAHUN! HAMPIR KESELURUHAN MALAMNYA DIHABISKAN UNTUK MEMBACA AL-QUR’AN PADA SATU RAKAAT. TANGISAN BELIAU DI DENGAR SEHINGGA JIRANNYA BERASA SIMPATI DENGAN BELIAU. DAN ADA RIWAYAT YANG MENYATAKAN DIA MENINGGAL DUNIA DALAM SUASANA DIA TELAH MENGKHATAM AL-QUR’AN SEBANYAK 7000 KALI.”

Di dalam kitab Siyar ‘Alam al-Nubala pula dipetik dari Husayn bin ‘Amru  al-Anqazi: Bahawa apabila Abdullah bin Idris Rahimahullah hampir kepada ajalnya, anak perempuannya menangis, lantas dia berkata: “Janganlah kamu menangis!DAKU TELAH KHATAM DI RUMAH INI 4000 KALI”

Yahya al-Hamani menyebut semasa Abu Bakar bin ‘Ayyash berada dalam keadaan nazak, adik perempuannya menangis, lalu dia bertanya: “Apakah yang menyebabkan kamu menangis?” Lihatlah kepada sudut itu. Di sana saya telah mengkhatam al-Qur’an SEBANYAK 18000 KALI KHATAM.”

Imam Nawawi pula menyebut dalam Syarah Imam Muslim bahawa anak lelaki kepada Abu Bakar bin ‘Ayyash  berkata: Bapaku berkata: Bahawa bapamu tidak pernah melakukan perbuatan zina. Dia mengkhatam al-Qur’an  sejak 30 tahun yang lalu, setiap hari sekali. Dan kami juga memetik riwayat bahawa Abu Bakar berkata kepada anaknya:

“Wahai anakku! Jangan sekali-kali kamu melakukan maksiat di bilik ini. Saya telah khatam al-Qur’an di dalamnya sebanyak 12 000 KALI KHATAM

Ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah s.w.t tidak boleh dibandingkan dengan DUNIA. Dua rakaat fajar disebut oleh Nabi s.a.w lebih baik dari dunia dan isinya. Ini baru solat sunat fajar yang hukumnya sunat maka bagaimana dengan ibadat yang wajib! Dengan melakukan solat sunat fajar dua rakaat kita lebih kaya dari Bill Gate! Kita lebih kaya  dari Robert Corp! Inilah kelebihan yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-hambanya yang soleh yang beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Berapa pahala sekali khatam al-Qur’an

Pahala membaca al-Qur’an

Al-Zarkashi menyebut dalam kitabnya al-Burhan fi Ulum al-Qur’an. Beliau memetik dari  Imam Abu Bakar Ahmad bin al-Husayn bin Mihran al-Muqri’ (Meninggal dunia 381H) usaha mengira bilangan huruf al-Qur’an mengambil masa 4 bulan  menggunakan biji gandum. SUMBER: AL-BURHAN FI ULUM AL-QUR’AN , JILID 1, HAL.347.  al-Zarkashi menyebut:

  • BIL SURAH : 114
  • BIL AYAT: 6236
  • BIL PERKATAAN:77439
  • BIL HURUF:323015

 

Nabi s.a.w memberitahu bahawa pada setiap huruf yang dibaca maka ganjaran pahalanya ialah sepuluh kali ganda. Maka ganjaran pahala setiap kali khatam al-Quran ialah 323015x 10= 3,230,150. Merujuk kepada kisah yang disebut diawal catatan ini dinyatakan  Imam Abu Hanifah khatam al-Quran 7000 kali x 3,230,150=2, 261, 105,000.

Sekali Khatam al-Qur’an Dalam Solat lebih baik dari 24 Ribu Juta!

Dalam catatan yang lepas saya ada menyebut hadith yang menerangkan kelebihan orang yang membaca 3 ayat al-Qur’an dalam solat lebih baik dari 3 ekor unta yang bunting, 4 ayat al-Qur’an yang dibava dalam solat lebih baik dari 4 ekor bunting dan begitulah seterusnya.

Maknanya sekali khatam al-Quran ia lebih baik dari 6236 ekor yang bunting…Nabi (s.a.w) menyebut lebih baik..kalau nak kira dari segi nilai semasa harga seekor unta sekitar RM4000 ringgit…ini unta yang biasa…bagaimana pula kalau unta yang bunting…6236Xrm4k=24,944,000 …sekali khatam al-Qur’an dalam solat lebih baik dari RM24  RIBU JUTA….الله الله الله. Bayangkan seperti yang ustaz sebelum ini Saidina Uthman khatam al-Qur’an dalam satu rakaat witir…maknanya Saidina Uthman memperolehi suatu yang lebih baik dari RM 24 RIBU juta!!!! Hanya pada satu malam sahaja…. سبحان الله…keimanan kepada Allah akan menyebabkan kita merasai besarnya nilai al-Qur’an….Itu baru sekali khatam al-Qur’an dalam solat…Bayangkan berapa pahala yang telah diperolehi oleh Syaikh Dr. Abdul Rahman al-Sudays.

Berlumba-lumba melakukan amalan pada malam al-Qadar

Allah s.w.t menjanjikan pahala beribadat pada malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan. Justeri generasi awal berlumba-lumba mengkhatam al-Qur’an pada akhir Ramadan. Bayangkan seorang yang mengkhatam al-Qur’an  pada malam Lailatul Qadar akan mendapat RM24 RIBU JUTA X Bonus 1000 bulan= 83 tahun 4 bulan  bersamaan

BERFIKIRLAH UNTUK MENCIPTA SATU PROGRAM YANG DAPAT DIMANFAATKAN OLEH ORANG LAIN

Antara cara memperbanyakkan pahala ialah memulakan satu sunnah atau amalan yang baik. Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ،مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ،وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا ، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ )) ( ) رواه مسلم .

“Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohnya itu, sedang barangsiapa yang mengajak kearah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu.” (Riwayat Muslim)

Antara pahala yang tidak putus ialah ilmu yang bermanfaat yang diajar oleh seorang guru. Begitu juga program yang dilaksanakan dari satu generasi kepada satu generasi. Saya mengambil contoh tempat saya menuntut ilmu di peringkat menengah satu masa dahulu (1990-1995). Saya tidak tahu siapa yang memulakan bacaan al-Ma’thurat di sekolah. Sehingga hari ini al-Ma’thurat masih menjadi amalan di sekolah tersebut. Pahala yang tidak putus akan selagi mana Sunnah yang baik itu berterusan. Demikian juga al-Syahid Hasan al-Banna yang menyusun al-Ma’thurat.

Bayangkan berapa banyak pahala yang diperolehi oleh pengasas mazhab, Imam Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi..ulama tafsir…ulama hadith..Imam Ibnu Jarir al-Tabari, Imam al-Bukhari, Imam Muslim…Sultan Solahuddin al-Ayyubi, Sultan Muhammad al-Fatih dan pahala yang sama pasti diperolehi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Nota 22 Ramadan “Ibadah hati”

NOTA 22 RAMADAN: IBADAH HATI

Salah satu dari tujuan perutusan Nabi Muhammad s.a.w untuk memperbaiki hati PENYELEWENGAN DARI SUDUT ‘AQIDAH DAN PENYAKIT-PENYAKIT HATI.

Firman Allah (s.w.t) dalam ayat 2 surah al-Jumu’ah:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Nabi (s.a.w) memberitahu kepada kita bahawa hati adalah punca yang menentukan baik dan buruknya  anggota badan kita.  Sabda Nabi s.a.w

 ألاَ وَإنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَت صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

Ingatlah bahawa di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan, tetapi apabila benda ini rosak – jahat, maka rosak – jahat – pulalah seluruh badan. Ingatlah bahawa benda itu adalah hati.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah s.w.t mengutuskan Nabi kita s.a.w untuk kita menghiaskan hati dengan ibadah hati seperti  ikhlas, rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang), dan rahbah (takut) adalah ibadah qalbiyah (yang berkaitan dengan hati), sabar, syukur, yakin, khusyuk.  Juga untuk membersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah seperti kedekut, riya’, ‘ujub, sum’ah, pemarah…

Sebahagian dari ibadat hati telah dihuraikan dalam beberapa catatan yang lalu. Dalam nota dihuraikan beberapa contoh kepada Ibadat Hati  berdasarkan hadith Nabi (s.a.w):

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي خَلَاءٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسْجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا قَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُهُ

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah  s.w.t pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya

1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang dibesarlam dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah  s.w.t, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)

 

Melalui hadith kita dapati betapa besarnya ibadat HATI kerana ia menjadi salah satu sebab seseorang itu mendapat perlindungan Allah diakhirat. Antaranya

1)HATI YANG BERGANTUNG DENGAN MASJID

Allah s.w.t memuji golongan yang hatinya rindu  dan  selalu ‘risau dan resah’ apabila jauh dari masjid, dan berasa sedih apabila tidak  di waktu-waktu solat berjemaah dan ketika majlis diadakan.

Firman Allah s.w.t dalam ayat 18 surah al-Taubah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya:

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Apakah pendorong yang mendorong seseorang itu untuk terus ke masjid jika bukan kerana rasanya cinta kepada Allah s.w.t dan rasul-Nya.  Kedatangannya tidak menjanjikan apa-apa habuan keduniaan.

Kesimpulannya beruntunglah orang yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk solat berjemaah secara Istiqamah, marilah kita jadikan Ramadan sebagai permulaan untuk kita berazam untuk istiqamah solat berjemaah. Bukan mudah untuk kita mendidik hati untuk datang ke masjid secara beristiqamah. Buktinya lihatlah bagaimana masjid akan kembali lengang apabila menjelangnya satu syawal.  Beruntunglah orang yang hatinya bergantung dengan masjid kerana di akhirat nanti dia mendapat perlindungan Allah s.w.t.

2)CINTA: DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Di sinilah kehebatannya ibadat hati iaitu mencintai orang lain kerana Allah. Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w menyebut salah satu tanda seseorang itu mendapat kemanisan iman ialah DIA MENCINTAI SESEORANG SEMATA-MATA KERANA ALLAH.

Marilah dalam detik-detik akhir Ramadan ini kita beramal dengan doa Nabi Daud a.s

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَالعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أحَبَّ إلَيَّ مِنْ نَفْسِي ، وأهْلِي ، وَمِنَ الماءِ البارِدِ ))

Ya Allah, sesungguhnya saya mohon kepadaMu untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu, juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah dapat mencintai padaMu.“Ya Allah, jadikanlah kecintaan padaMu itu yang lebih saya cintai daripada diri saya sendiri, juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin.” Diriwayatkan oleh Imam Termidzi

3)TAKUT: Seorang yang diajak oleh wanita cantik dan berkedudukan untuk berzina lalu dia menjawab: ‘SESUNGGUHNYA AKU TAKUT KEPADA ALLAH”

Hal ini juga tentu pada wanita yang menolak ajakan lelaki yg berpenyakit hatinya…!

Apakah ibadat hati si hamba Allah ini sehingga dia berhak mendapat perlindungan Allah s.w.t  di saat manusia lemas dalam lautan peluh..ianya ialah rasa takut Allah swt.

” Ya Allah kurniakan kepada kami rasa takut kepadamu yg akan menghalang kami dari melakukan maksiat.”

Apakah perkara yang menghalang Nabi Yusuf a.s dari melakukan perbuatan zina dengan isteri  al-‘Aziz ? Ianya rasa takut kepada Allah s.w.t dan hati Nabi Yusuf a.s dipenuhi dengan RASA CINTA KEPADA ALLAH.

Inilah sifat yang perlu ada pada kita yang sedang menghadapi UJIAN CINTA yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita…Dalam hadith Riyadussolihin ada diceritakan kisah tiga orang lelaki  yang bermusafir dan berlindung di gua, tiba-tiba gua tersebut tertutup. Maka masing-masing memohon kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Akhirnya pintu gua itu terbuka dengan izin Allah s.w.t. Salah dari mereka menyebut:

Ya Allah, sesungguhnya saya mempunyai seorang  sepupu wanita – yang merupakan orang yang tercinta bagiku dari sekalian manusia – dalam sebuah riwayat disebutkan: Saya mencintainya sebagai kecintaan orangorang lelaki yang amat sangat kepada wanita – kemudian saya menginginkan dirinya, tetapi ia menolak kehendakku itu, sehingga pada suatu tahun ia memperoleh kesukaran. Iapun mendatangi tempatku, lalu saya memberikan seratus duapuluh dinar padanya dengan syarat ia bersedia untuk bersama denganku Ia berjanji sedemikian itu. Setelah saya dapat menguasai dirinya – dalam sebuah riwayat lain disebutkan: Setelah saya dapat duduk di antara kedua kakinya – sepupuku itu lalu berkata: “Takutlah engkau pada Allah dan jangan membuka cincin – maksudnya cincin di sini adalah kemaluan, maka maksudnya ialah jangan melenyapkan kegadisanku ini – melainkan dengan haknya – yakni dengan perkahwinan yang sah -, lalu sayapun meninggalkannya, sedangkan ia adalah yang amat tercinta bagiku dari seluruh manusia dan emas yang saya berikan itu saya biarkan dimilikinya. Ya Allah, jikalau saya mengerjakan yang sedemikian dengan niat untuk mengharapkan keridhaanMu, maka lapangkanlah kesukaran yang sedang kita hadapi ini.” (  HR al-Bukhari dan Muslim)

Kisah ini menunjukkan betapa hebatnya IBADAT HATI ini!

4)IKHLAS:

Terdapat dua ibadah yang terkandung makna ikhlas dalam 7 golongan ini:

PERTAMA : ORANG  bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta

 

KEDUA: Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.”

Semua ibadah mestilah dilakukan dengan ikhlas kerana tanpa ikhlas amalan akan tertolak  . Di sini dicatatkan beberapa keikhlasan pada solat, infaq yang dilakukan secara tersembuyi dan menundukkan pandangan. Ini antara perkara yang memerlukan keikhlasan. Bayangkan seorang yang berada di negara empat muslim, berpuasa pada musim panas yang berlaku pada bulan Jun-Ogos..Ada masanya mereka akan berpuasa selama 17 jam dengan tahap kepanasan 46 darjah celsius, tiba-tiba seorang tidak dapat bergerak pada jam yang ke-16 kerana terlalu haus dan apabila dia masuk ke bilik dia bertemu dengan mesin penyejuk air akan tetapi dia tidak mampu untuk meminumnya swalaupun setitis, ,mengapa? Ini kerana takut semata-mata kepada Allah. Dari sinilah jelas sekali ibadat ikhlas dala, puasa demikian juga ibadat-ibadat yang lain

Andainya disaat orang ramai sedang dibuai mimpi dan seorang itu bangun pada jam 3.00 pagi sebelum subuh, dia kemudian solat tahajjud 8 rakaat. Dia tidak memberitahu sesiapa pun dan mengapa dia bangun? Dia tidak memberitahu mengapa dia menunaikan solat Isyak dan subuh. Yang dimahukan ialah menghampirkan diri kepada Allah dengan Qiamullail, dia tidak memberitahu sesiapa pun sehingga isterinya sendiri tidak tahu, Dia keluar dengan penuh tenang dari tempat tidur, kemudian berwuduk dan bersolat 8 rakaat tanpa memberitahu sesiapa pun membuktikan keikhlasannya.

Akhirnya marilah pada saat-saat akhir Ramadan ini kita memperbanyakkan doa ini kepada Allah s.w.t:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, nyanyuk, dan siksa kubur. Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ketakwaan kepada jiwaku, sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya, Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak berguna, hati yang tidak khusyu’, nafsu yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak dimakbulkan.'”(RIWAYAT  IMAM MUSLIM)

Nota 21 Ramadan Tangisan Indah

NOTA 21 RAMADAN “TANGISAN INDAH”

Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan.  Ada yang menangis  kegembiraan, menangis kerana kesakitan, ada juga yang menangis kerana putus cinta, menangis kerana kehilangan orang yang disayangi , tidak kurang juga orang yang berpura-pura dalam tangisan, ada tangisan kerana dibayar upah, ada juga yang menangis kerana orang lain menangis. namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah s.w.t?. Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan? Berapa ramai yang menangis kerana khusyuk? Berapa ramai yang menangis kerana rindu kepada Allah? Menangis kerana teringatkan Rasulullah s.a.w? Menangis kerana memperkenangkan perjuangan Rasulullah s.a.w? Menangis kerana mengenangkan kehebatan para sahabat dan para pejuang Islam terdahulu?

Allah s.w.t. memuji golongan yang menangis . Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra’:

وَقُرْآَنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا (106) قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Katakanlah (Wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

Dalam ayat ini Allah s.w.t memuji golongan yang berilmu yang  apabila dibacakan al-Qur’an kepada mereka, mereka akan tunduk sujud dalam keadaan menangis.

Dalam surah Maryam Allah s.w.t memuji para Nabi yang sujud dalam keadaan menangis apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah yang bersifat dengan sifat al-Rahman. Firman Allah s.w.t dalam ayat 58 surah Maryam

أُولَئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آَدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آَيَاتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis

Menangis kerana takut dan tunduk kepada Allah s.w.t adalah merupakan tangisan yang terpuji dan merupakan nikmat yang banyak  yang dikurniakan oleh Allah swt kepada generasi salaf dan ia nikmat berharga buat kita umat akhir zaman walaupun ia datang seketika.

 

Salaf Mudah Menangis Kerana Hati Mereka Bersih Dosa

Apabila kita perhatikan golongan salaf mereka kerap dan mudah menangis kerana rasa takut, rindu dan tunduk kepada Allah s.w.t kerana mereka jauh dari dosa. Hati mereka bersih. Berikut dicatatkan beberapa contoh tangisan generasi awal Islam.

(1)Tangisan Rasulullah saw

Berkata Abdullah bin ash-Shakhir:

 

 أَتَيْتُ النَّبِيَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَهُوَ يُصَلِّي وَلِجَوْفِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ الْمِرْجَلِ ، يَعْنِي : يَبْكِي

“Aku masuk kepada Rasulullah s.a.w, baginda sedang bersolat, dalam dada baginda bagaikan bekas air yang mendidih kerana menangis” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dll. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menilainya sahih

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ : ” اقْرَأْ , قُلْتُ : أَقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ ، قَالَ : فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى إِذَا بَلَغْتُفَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاءِ شَهِيدًا سورة النساء آية 41 قَالَ : حَسْبُكَ ، فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ” 

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abdullah bin Masud r.anhu bersabda rasul saw: Bacakan al-Qur’an untukku. Ibn Masud berkata: Aku membaca untukmu dan al-Quran itu diturunkan kepadamu? Nabi (s.a.w) bersabda: Aku suka untuk mendengar dari orang lain. Ibnu Mas’ud berkata: Aku membaca surah al-Nisa’ sehingga ke ayat  yang bermaksud:

  1. maka Bagaimanakah (Keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan Engkau (Wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

 

Nabi berkata: Cukuplah, dan aku melihat dua mata rasul saw menangis

 

(2)Tangisan Saidina Umar r.a

Dari Alqamah bin Waqqas berkata: Adalah Umar membaca surah Yusuf dalam solat Isyak dan saya berada dihujung saf. Apabila sampai ayat yang menyebut nabi Yusuf a.s saya mendengar suara tangisan dan hiba beliau.

 

Abdullah bin ‘Isa pula menyebut bahawa di wajah Saidina Umar ada dua garisan hitam kesan dari tangisan.

 

Ibnu ‘Umar pula menyatakan bahawa Umar selalu menangis semasa beliau mengimami solat subuh. Aku mendengar tangisannya dari saf yang ketiga

 

(3)Tangisan Abdullah bin Mas’ud r.a

Dari Zaid bin Wahb berkata: “ Aku melihat Ibnu Mas’ud menangis sehingga air mataya membasahi tanah.

(4)Tangisan Abdullah bin ‘Umar

Berkata Nafi’ adalah Abdullah bin ‘Umar apabila membaca firman Allah (s.w.t):

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ

Beliau menangis dengan tangisan yang kuat sekali.

Dalam kitab Sifah al-Safwah dinyatakan bahawa Abdullah bin Umar minum air yang disejukkan, tiba dia menangis dengan kuat sekali. Lalu ditanya apakah yang menyebabkan tuan menangis? Dia menjawab: Daku teringat sepotong ayat al-Qur’an:

وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ

Surah Saba’ ayat 54 : “Dan diberi penghalang antara mereka dengan apa yang mereka inginkan

Aku tahu bahawa ahli neraka tidak akan menikmati sedikit pun dari air yang sejuk. Dan Allah swt telah berfirman :

أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ

Maksudnya:

(5) Tangisan Abdullah bin ‘Abbas

Dari ‘Abdullah bin Abi Mulaikah berkata:

“ Saya menemani Ibnu ‘Abbas dari Makkah ke Madinah. Dia akan solat dua rakaat. Sekiranya dia berhenti dia akan solat separuh malam dan membaca al-Qur’an secara tartil, huruf demi huruf dan dia membanyakkan tasbih dan menangis.

(6)Tangisan Umar bin Abdul Aziz

Al-Zahabi menyebut dalam kitabnya Siyar ‘Alam al-Nubala’

عن عُمَرُ بْنُ ذَرٍّ ، حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ ، قَالَ : حَدَّثَتْنِي فَاطِمَةُ امْرَأَةُ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَيْهِ ، فَإِذَا هُوَ فِي مُصَلَّاهُ يَدُهُ عَلَى خَدِّهِ ، سَائِلَةٌ دُمُوعُهُ ، فَقُلْتُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ! أَلِشَيْءٍ حَدَثَ ؟ قَالَ يَا فَاطِمَةُ ! إِنِّي تَقَلَّدْتُ أَمْرَ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَتَفَكَّرْتُ فِي الْفَقِيرِ الْجَائِعِ ، وَالْمَرِيضِ الضَّائِعِ ، وَالْعَارِي الْمَجْهُودِ ، وَالْمَظْلُومِ الْمَقْهُورِ ، وَالْغَرِيبِ الْمَأْسُورِ ، وَالْكَبِيرِ ، وَذِي  الْعِيَالِ فِي أَقْطَارِ الْأَرْضِ ، فَعَلِمْتُ أَنَّ رَبِّي سَيَسْأَلُنِي عَنْهُمْ ، وَأَنَّ خَصْمَهُمْ دُونَهُمْ مُحَمَّدٌ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَخَشِيتُ أَلَّا تَثْبُتَ لِي حُجَّةٌ عِنْدَ خُصُومَتِهِ ، فَرَحِمْتُ نَفْسِي فَبَكَيْتُ .

Dari Umar bin Zar, memberitakan dia diberitahu oleh ‘Ata’ bin Abi Rabah, bahawa dia diberitahu oleh Fatimah isteri kepada ‘Umar bin Abdul Aziz masuk berjumpa dengannya. Pada masa itu dia sedang duduk di tempat solatnya dalam keadaan tangannya di pipinya dan air mata mengalir. Aku berkata: “ Wahai Amirul ada apa-apakah yang berlaku?

Dia menjawab: “ Wahai Fatimah. Aku memikul urusan umat Muhammad s.a.w. Aku memikirkan orang fakir yang lapar, orang sakit yang terabai, orang yang sukar mendapatkan pakaian, orang yang dizalimi, orang asing, orang tua dan orang susuh di seluruh pelusuk dunia dan saya tahu Allah s.w.t akan bertanya kepadaku berhubung mereka. Mereka akan mengadu dan saya bimbang kalau saya tidak mampu menjawab semasa dibicarakan di hadapan orang yang mendakwa ke atas  saya ( di akhirat), saya berasa  kasihan pada diri sendiri lalu aku menangis.

عَن جرِيرُ بْنُ حَازِمٍ ، عَنْ مُغِيرَةَ بْنِ حَكِيمٍ : قَالَتْ فَاطِمَةُ امْرَأَةُ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ : ياَ مُغِيرة  أَنَّهُ يَكُونُ فِي النَّاسِ مَنْ هُوَ أَكْثَرُ صَلَاةً وَصِيَامًا مِنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ ، وَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشَدَّ فَرَقًا مِنْ رَبِّهِ مِنْهُ ، كَانَ إِذَا صَلَّى الْعِشَاءَ ، قَعَدَ فِي مَسْجِدِهِ ، ثُمَّ يَرْفَعُ يَدَيْهِ ، فَلَمْ يَزَلْ يَبْكِي حَتَّى تَغْلِبَهُ عَيْنُهُ ، ثُمَّ يَنْتَبِهُ ، فَلَا يَزَالُ يَدْعُو رَافِعًا يَدَيْهِ يَبْكِي حَتَّى تَغْلِبَهُ عَيْنُهُ ، يَفْعَلُ ذَلِكَ لَيْلَهُ أَجْمَع

Dari Jarir bin Hazim dari Mughirah bin Hakim, berkata Fatimah isteri kepada ‘Umar bin ‘Abdul Aziz : Wahai Mughirah, tidak ada orang yang lebih banyak solat dan puasanya dari ‘Umar bin Abdul Aziz. Tidak ada orang lebih takut kepada Allah darinya. Selesai solat Isyak dia akan duduk di tempat solatnya kemudian mengangkat tangan berdoa. Dia masih lagi menangis sehingga dia tertidur. Kemudian apabila dia terkejut  dia berdoa lagi dalam keadaan menagis sehingga dia tertidur lagi.

عَنْ عَطَاءٍ قَالَ : كَانَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ يَجْمَعُ كُلَّ لَيْلَةٍ الْفُقَهَاءَ فَيَتَذَاكَرُونَ الْمَوْتَ وَالْقِيَامَةَ وَالْآخِرَةَ وَيَبْكُونَ

Dari ‘Ata’ menyebut  Umar bin ‘Abdul Aziz mengumpul para fuqaha’ pada setiap malam. Mereka memperingati kematian, akhirat dan kiamat kemudian mereka menangis.

Tangisan Imam Syafie

رَوَى الْمُزَنِي قَالَ‏:‏ دَخَلْتُ عَلَى الشَّافِعِي فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيْه،

فَقُلْتُ لَهُ‏:‏  يَا أَباَ عَبْد الله  كَيْفَ أَصْبَحْتَ‏؟‏

فَرَفَعَ رَأْسَهُ  وَقَالَ‏:‏ أَصْبَحْتُ مِن الدُّنْيَا رَاحِلاً، وَللِإِخْوَانِ مُفَارِقاً، وَلِسُوءِ عَمَلِي مُلاَقياً، ولكأس المنية شارباً، وعلى الله وارداً، ولا أدرى أروحي تصير إلى الجنة فاهنئها، أم إلى النار فأعزيها، ثم  بَكَى و أنشاء  يقول‏:‏

Al-Muzani meriwayatkan bahawa dia menziarahi Imam Syafie semasa beliau sakit nazak. Aku bertanya kepadanya: Wahai Abu Abdullah, bagaimana kamu berpagi?

Beliau mengangkat kepala dan berkata:

“Aku berpagi dalam keadaan akan meninggalkan dunia , berpisah dengan rakan-rakan, membawa amalan yang buruk, berhadapan dengan saat kematian, saat untuk bertemu dengan Allah.dan aku tidak tahu adakah rohku menunju ke syurga, maka bergembiralah daku atau ke neraka, maka takziah untukku. Kemudian Imam Syafie menangis dan mengalunkan:

وَلَمّا قَسا قَلبي وَضاقَت مَذاهِبي              جَعَلتُ الرَجا مِنّي لِعَفوِكَ سُلما

تَعاظَمَني ذَنبي فَلَمّا قَرَنُتهُ                      بِعَفوِكَ رَبّي كانَ عَفوُكَ أَعظَما

فَما زِلتَ ذا عَفوٍ عَنِ الذَنبِ لَم تَزَل           تَجودُ وَتَعفو مِنةً وَتَكَرما

وَإنْ تَنْتَقِمْ مِنِّيْ فَلَسْتُ بِآيِسٍ                  وَلَوْ أَدْخَلْتَ نَفْسِيْ بِجُرْمِيْ جَهَنَّمَ

فلولاك لم يغو بإبليس عابد                   فكيف وقد أغوى صفيك آدما

وَإِنِّي لآتِي الذَّنْبَ أَعْرِفُ قَدْرَهُ                 وَأَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ يَعْفُو  ترحما

.“Tatkala hatiku telah mengeras, dan jalan-jalanku telah menyempit * Ku          jadikan harapanku terhadap ampunan-Mu sebagai tangga.

“Betapa besar dosaku, namun ketika kubandingkan * dengan “Ampunan-Mu wahai Rabb-ku, sungguh ampunan-Mu jauh lebih besar.

“Sentiasa Engkau Pemilik Ampunan atas dosa, terus menerus *  Engkau Baik dan memaafkan (hamba-Mu) sebagai anugerah dan karunia.

 Jikalau Engkau hendak menyiksaku, maka sungguh aku tak’kan pernah putus dari asa “Kendatipun Engkau akan melemparku ke dalam Jahannam karena kejahatanku.

Tanpa izinmu Iblis tidak mampu untuk menggoda hambanya  tetai Iblis telah menggoda pilihan-Mu Adam

Dan sesungguhnya aku datang dengan dosa  yang aku tahu tahapnya*  dan aku tahu bahawa Allah memaafkan dengan rahmatnya.

 

TANGISAN  TANGISAN TAKUT, RINDUKAN, KHUSYUK KEPADA ALLAH SWT DI BULAN RAMADAN

Setiap insan hendaklah berusaha mencapai keadaan itu. Walaupun ia kadang-kala hanya hadir dalam waktu-waktu tertentu, namun ia adalah amat bermakna untuk jiwa. TERUTAMANYA PADA BULAN RAMADAN DAN SECARA KHUSUSNYA PADA MALAM-MALAM DAN HARI-HARI TERAKHIR DARI BULAN RAMADAN. Saya catatkan di sini contoh tangisan semasa saya berada ditanah suci pada salah satu dari bulan Ramadan:

Pada hari pertama berpuasa di Mekah iaitu 19 Ramadan saya mengambil tempat untuk berbuka di dataran putih…di sebelah kanan saya beberapa saudara seagama dari Sudan dan di belakang saya beberapa jemaah dari Pakistan…Agak lama juga saya menunggu untuk berbuka dari selepas Asar sehingga timbul rasa jemu…

Apa yang saya ingin sebutkan dalam coretan ini ialah berkaitan seorang jemaah India atau Pakistan yang menangis ketika membaca surah al-Insan…Pada setiap ayat dia akan menangis dan sahabat yang bersebelahan dengannya juga menangis…tangisannya menarik perhatian jemaah yang berada…Beginilah keadaan hamba-hamba Allah di sini yang menangis mengharapkan keredaan Allah semoga tangisan ini menyelamatkan mereka semua dari azab Allah…

Dalam solat witir yang diimamkan oleh Imam al-Sudaysiyy dengan suaranya yang syahdu dan merdu, pada malam-malam ganjil Imam al-Sudaysiyy akan memanjangkan doa Qunut sekitar 15 minit dengan penuh khusyuk disertai tangisan menyebabkan jemaah menangis termasuklah yang tidak memahami bahasa Arab. Doa untuk keampunan umat Islam, rahmat kepada orang Islam yang telah meninggal dunia, doa-doa yang ma’thur dari nabi saw, mendoakan kesejahteraan pemimpin untuk menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta memberi khidmat kepada masyarakat dan lain-lain

BERUSAHALAH UNTUK MENDAPATKAN TANGISAN INDAH INI KERANA IA MEMPUNYAI KELEBIHAN YANG BESAR

HADITH 1

Dalam hadis, Nabi s.a.w menyebut tujuh golongan yang mendapat perindungan Allah pada hari Akhirat kelak, salah satunya:

وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ))

“lelaki yang mengingati Allah secara sendirian lalu matanya menangis” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

HADITH 2

عن ابن عباس رضي الله عنهما ، قَالَ : سَمِعْتُ رسولَ اللهِ  صلى الله عليه وسلم  ، يقول : (( عَيْنَانِ لاَ تَمسُّهُمَا النَّارُ : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ  ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ في سَبيلِ اللهِ )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديث حسن ))

“Dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam berkawal di jalan Allah” (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hasan gharib. Al-Albani menyatakan sahih).

 

HADITH 3

عن أَبي هريرة  رضي الله عنه  ، قَالَ : قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم  : (( لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيةِ الله حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ في الضَّرْعِ ، وَلاَ يَجْتَمِعُ عَلَى عَبْدٍ غُبَارٌ في سَبيلِ اللهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديث حسن صحيح ))

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis karena ketakutannya kepada Allah, sehingga air susu kembali dalam tetek. Tidak pula akan berkumpul pada seseorang hamba debu karena melakukan peperangan fi-sabiliilah dan asap neraka Jahanam.”

 

Sebagai penutup marilah kita menangis Kita hendaklah berusaha agar dapat menangis kerana takut dan juga kerana rindukan Allah. Rindukan Allah itu suatu nikmat yang amatlah rugi sesiapa yang tidak pernah merasainya.

NOTA 20 RAMADAN “ SABAR DALAM MELAKUKAN KETAATAN”

NOTA 20 RAMADAN “ SABAR DALAM MELAKUKAN KETAATAN”

Allah swt memberi  ganjaran  pahala yang besar tanpa hisab kepada orang yang bersabar  sebagaimana  Allah s.w.t. memberi pahala tanpa batasan kepada orang yang berpuasa. Allah s.w.t telah menyebut  berhubung sabar di dalam al-Qur’an lebih dari  90 tempat. Para ulama telah mengkategorikan sabar kepada beberapa  kategori:

(a)Sabar dalam melakukan ketaatan  kepada Allah. Ia merupakan sabar yang paling afdal

(b)Sabar dari melakukan perbuatan maksiat

(c) Sabar atas ujian yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t.

Ketiga-tiga jenis kesabaran ini terkumpul dalam firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 17 yang merupakan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ [لقمان:17].

Firman-Nya : (( Tunaikan solat dan serulah kepada ma’ruf)) merupakan perbuatan taat dan sabar atas ketaatan

Firman-Nya : (( Cegahlah kemungkaran)) dan adalah satu yang tidak masuk akal seorang yang mencegah kemungkaran tetapi dirinya sendiri melakukan perbuatan mungkin. Ini bermaksud Luqman berpesan kepada anaknya supaya bersabar dari melakukan maksiat.

Firman-Nya: Bersabarlah atas apa yang menimpa kamu ialah bersabar atas apa yang menimpa manusia

Apabila menyatakan kesabaran,  antara contoh kesabaran ialah kesabaran Nabi Yusuf a.s. Baginda a.s sabar menghadapi godaan isteri Aziz, sabar ketika dia dicampak ke dalam perigi oleh adik-beradik sendiri. Beza antara dua kesabaran sabar kerana terpaksa  berpisah dengan adik-beradik bukan dengan pilihannya tetapi terpaksa  berbanding sabar dari perbuatan maksiat kerana seseorang boleh memilih sama ada melakukan maksiat atau meninggalkannya

Apa yang cuba dikupas dalam catatan ini adalah berkaitan kesabaran dalam melakukan ketaatan khususnya sebagai persediaan untuk kita melalui sepuluh malam terakhir.

HUKUM BERSABAR

Hukum bersabar dalam ketiga-ketiga keadaan adalah wajib. Wajib bersabar dalam melakukan ketaatan seperti solat dan puasa, wajib sabar dari melakukan maksiat seperti mengumpat, melihat perkara yang diharamkan ,mendengar orang mengumpat dan sebagainya, sabar dalam menghadapi musibah juga adalah wajib.

SABAR DALAM MELAKUKAN KETAATAN

 

Maksud sabar dalam melakukan ketaatan ialah sabar dalam melakukan ibadat dan ketaatan yang diwajibkan ke atasnya hambanya yang muslim. Ini kerana nafsu sentiasa mengelak dari melakukan ibadat. Nafsu berasa berat untuk melakukan ibadat lebih-lebih lagi ketika seseorang dikuasi oleh syaiatn ,nafsu yang ingin kerehatan dan sifat malas.  Ibadat solat menjadi berat kerana malas, zakat berat disebabkan sifat bakhil. Berhubung sabar atas ketaatan Allah swt berfirman dalam surah Maryam ayat 65:

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

Maksudnya: “Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?”

 

Contoh kesabaran dalam ketaatan di dalam al-Qur’an ialah kesabaran Nabi Ibrahim a.s dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya sendiri

 

 

Dalam ibadat-ibadat tertentu Allah s.w.t mengaitkan ibadah tersebut dengan kesabaran

 

(a)Ibadat solat

 

Firman Allah s.w.t dalam ayat 132 surah Taha

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

 

Maksudnya:

 

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

(b) Berjihad di jalan Allah

 

Firman Allah s.w.t dalam ayat 45-46 surah al-Anfal

{يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ .وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Bersabar dalam ibadah berlaku dalam tiga keadaan:

(a)Sebelum beribadat dengan mengikhlaskan hati dan  menjauhi sifat riya’ serta menanam azam untuk melakukan sesuatu ibadat

(b)Sabar semasa ibadat dengan melakukannya dengan penuh khusyuk

(c) Sabar selepas ibadat dengan menjauhkan sifat ujub

Bersungguh-sungguh dan kesabaran dalam beribadat pada  sepuluh malam terakhir

Dalam nota ini dibawa beberapa hadith menunjukkan bagaimana kesungguhan sahabat bersama Rasulullah saw untuk beribadah  PADA SEPULUH MALAM TERAKHIR:

 

Hadith pertama: Imam Abu Daud no. 1169  meriwayatkan  Dari Abu Zar r.a berkata:

صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَمَضَانَ ، فَلَمْ يَقُمْ بِنَا شَيْئًا مِنَ الشَّهْرِ حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ ، فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ، فَلَمَّا كَانَتِ السَّادِسَةُ لَمْ يَقُمْ بِنَا ، فَلَمَّا كَانَتِ الْخَامِسَةُ قَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَوْ نَفَّلْتَنَا قِيَامَ هَذِهِ اللَّيْلَةِ ، قَالَ : فَقَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ، قَالَ : فَلَمَّا كَانَتِ الرَّابِعَةُ لَمْ يَقُمْ ، فَلَمَّا كَانَتِ الثَّالِثَةُ جَمَعَ أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ وَالنَّاسَ ، فَقَامَ بِنَا حَتَّى خَشِينَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلَاحُ ، قَالَ : قُلْتُ : وَمَا الْفَلَاحُ ؟ قَالَ : السُّحُورُ ، ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِقِيَّةَ الشَّهْرِ ” 

 

Maksudnya: Kami puasa bersama Nabi sa.w.  akan  tetapi Nabi sa.w tidak   memimpin kami untuk melakukan shalat (tarawih) hingga Ramadhan tinggal tujuh hari lagi, maka Rasulullah s.a.w  mengimami kami solat sampai sepertiga malam. Kemudian beliau tidak keluar lagi pada malam ke enam (tinggal 6 hari lagi – pent). Dan pada malam ke lima (tinggal 5 hari – pent) beliau memimpin solar lagi sampai separuh malam. Lalu kami berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Seandainya engkau menambah lagi untuk kami sampai habis malam?’, maka baginda s.a.w  bersabda:

« إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ »

“Seorang lelaki yang  solat tarawih bersama imam sampai selesai maka ditulis baginya solat malam keseluruhannya.”

Kemudian baginda  tidak memimpin solat  lagi hingga Ramadhan tinggal tiga hari. Maka beliau memimpin kami solat  pada malam yang ketiga. Beliau mengajak keluarga dan istrinya. Beliau mengimami sampai kami khawatir tidak mendapatkan falah. Saya (perawi) bertanya ‘apa itu falah?’ Dia (Abu Dzar) berkata ‘sahur’.

Hadith menunjukkan bagaimana bersabarnya sahabat berterawih bersama dengan Nabi saw sehingga pada malam 27 Ramadan mereka tidak tidur.

Hadith kedua: al-Nu’manbin Basyir ra berucap di atas minbar kota Hims( Syria)

قُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ الْأَوَّلِ ، ثُمَّ قُمْنَا مَعَهُ لَيْلَةَ خَمْسٍ وَعِشْرِينَ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ، ثُمَّ قَامَ بِنَا لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ ، حَتَّى ظَنَنَّا أَنْ لَا نُدْرِكَ الْفَلَاحَ . قَالَ : وَكُنَّا نَدْعُو السُّحُورَ الْفَلَاحَ ، فَأَمَّا نَحْنُ فَنَقُولُ : لَيْلَةُ السَّابِعَةِ لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ ، وَأَنْتُمْ تَقُولُونَ : لَيْلَةُ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ السَّابِعَةُ ، فَمَنْ أَصَوْبُ نَحْنُ أَوْ أَنْتُمْ 

 “Kami melaksanakan Qiamullail-terawih  bersama Rasulullah s.a.w pada malam 23 Ramadhan sampai SEPERTIGA MALAM . Kemudian kami solat lagi bersama beliau pada malam 25 Ramadhan sampai SEPARUH MALAM . Kemudian beliau memimpin lagi pada malam 27 Ramadhan sampai kami menyangka tidak akan sempat mendapati sahur.” (HR. Nasa’i, Ahmad, Al-Hakim, Shahih)

NOTA 18 RAMADAN “ HARI PEMBEZA”

NOTA 18 RAMADAN “ HARI PEMBEZA”

Firman Allah (s.w.t) dalam ayat 41 surah al-Anfal:

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِنْ كُنْتُمْ آَمَنْتُمْ بِاللَّهِ وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (41)

Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir Yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa Yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada “Hari Al-Furqaan”, Iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Hari al-Furqan iaitu hari pembeza antara dua pihak, pihak yang memperjuangkan kebenaran iaitu tentera Islam dan pihak batil yang terdiri dari tentera kafir. Ia merujuk kepada perang Badar. Allah s.w.t telag memberi kemenangan kepada Islam dalam perang Ini walaupun bilangan tentera Islam hanya 313 orang berbanding  1000 orang. Hari ini menyaksikan tewasnya dan matinya pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Abu Jahal dan lain-lain. Ia berlaku pada pagi Jumaat 17 Ramadan tahun kedua hijrah.

Peperangan ini berlaku apabila dua golongan daripada satu bangsa, satu keturunan, satu bahasa dan satu tanah air bertembung. Satu golongan menerima al-Quran dan berjuang meninggikannya dan satu golongan yang berkeras dan menentang al-Quran. Di atas dasar keyakinan itulah mereka sanggup berjuang menghadapi musuh-musuh Islam dari kalangan keluarga dan sebangsa dengan mereka. Maka berlakulah peperangan Badar yang diizinkan oleh Allah kepada orang-orang Islam kerana mereka diperangi dan untuk meninggikan syariat Islam dan menentang golongan kuffar.

Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 39-40:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ (39) الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ (40)

” Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar maha berkuasa menolong mereka. Iaitu orang-orang yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ” Tuhan Kami hanyalah Allah.” Dan sekiranya Allah tiada menolak pertembungan sebahagian manusia dengan manusia yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang  Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Rasulullah saw terpaksa berhijrah ke Madinah bersama-sama sahabat Muhajirin dan kemudian bergabung dengan golongan Islam di Madinah yang menerima Islam dan bersedia memberi pertolongan kepada golongan Muhajirin Makkah. Rasulullah mempersaudarakan kedua-dua golongan ini yang dari tanah air berlainan atas dasar keimanan kepada Allah dan keyakinan kepada Islam. Mereka telah bergabung sehingga berjaya menegakkan Negara Islam pertama di bawah pimpinan Rasulullah saw. Persaudaraan dan tertegaknya Islam di madinah menyebabkan golongan Jahiliyyah tidak senang , sehingga mereka menubuhkan satu pasukan tentera untuk menghancurkan Negara Islam. Maka berlakulah peperangan pertama yang hebat yang ditetapkan oleh Allah berlaku pada bulan Ramadan, di suatu tempat bernama Badar.

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (123)

Dan sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepada kamu(dalam peperangan) di Badar, sedangkan kamu pada masa itu lemah ( surah Ali Imran ayat 123)

Pertembungan kedua belah pihak di dalam peperangan Badar secara tidak seimbang. Golongan yang dipimpin oleh Rasulullah saw hanya berjumlah 300 orang sahaja dan tidak mempunyai kelengkapan senjata yang cukup lengkap, bertembung dengan golongan Abu Jahal 1000 orang bala tentera lengkap bersenjata. Bilangan yang sedikit tidak menjejaskan tentera Islam malah mereka diberi kemenangan yang gemilang kerana mereka memiliki kekuatan aqidah, keimanan dan keyakinan serta pergantungan ikhlas kepada Allah Taala.

Keyakinan ini dinyatakan oleh para sahabat diwakili oleh al-Miqdad bin Aswad : Wahai Rasulullah, kami tidak akan berkata kepada kamu sebagaimana berkata Bani Israil kepada Nabi Musa “ Pergilah kamu bersama-sama Tuhan kamu berperang, kami di sini mahu duduk saja”. Tetapi kami berkata : “ Pergilah kamu bersama-sama Tuhan kamu berperang, kami juga akan berperang bersama-sama kamu”.

Inilah ikrar yang diucapkan oleh para sahabat r.a. Ia bukan sebarang ikrar tetapi ikrar yang terbit daripada hati yang yakin dan ikhlas kepada Allah, bukannya ikrar yang hanya terbit daripada lidah yang tidak bertulang, yang boleh berkata-kata dengan mudah. Sehingga ada di antara orang Islam yang mahu memakan kurma di tangannya berkata, “Tidak ada yang menghalang aku  berperang kecuali buah tmar ini”. Lalu dia membuang buah kurma di tangannya, terus meluru merempuh musuh sehingga mati syahid.

Dasar perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat ialah sebagai menyatakan ubudiyyah dan ketundukan kepada Allah Taala dan untuk mengajak seluruh manusia supaya menyembah dan beribadah hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain, sebagaimana ucapan doa yang diucapkan oleh Rasulullah saw di dalam peperangan tersebut:

“ Ya Allah, sekiranya golongan yang kecil dan dikalahkan, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi.”

Sementara golongan jahiliyyah tetap angkuh dan mahu apa yang mereka mahukan walaupun jelas bercanggah dengan kebenaran. Yang mereka utamakan hanyalah menjaga hubungan kekeluargaan walaupun di atas dasar kesesatan dan bercanggah dengan dasar pengabdian dan ketundukan kepada Allah. Ini jelas di dalam doa Abu Jahal :  “Ya Allah, dia merupakan orang yang paling memutuskan hubungan keluarga, membawa ajaran yang tidak dikenali, maka musnahkan dia hari ini.”

Allah Taala memperkuatkan dan memberi sokongan kepada ahli Badar dengan tentera malaikat yang dipimpin oleh malaikat Jibrail, semulia-mulia makhluk ghaib. Sementara tentera musyrikin jahiliyyah diberi sokongan oleh sahabat-sahabat makhluk ghaib iaitu iblis.

Oleh itu kita perlu sedar bahawa bukan sahaja di dalam bulan Ramadan kita membuktikan pengabdian kepada Allah dengan berpuasa menahan diri daripada makan dan minum, dan kita sedar bahawa perintah Allah mesti didahulukan daripada kepentingan nafsu dan perut, maka kita juga perlu menyedari bahawa membuktikan kepada Allah Taala dengan berjuang menegakkan syariat Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Itulah salah satu pengajaran dari bulan Ramadan yang mulia ini . Bukan sahaja dengan berpuasa tetapi juga  dengan mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya.

DI AKHIR NOTA INI SAYA CATATKAN KESUDAHAN ABU JAHAL YANG SANGAT BANYAK MENYAKITI RASULLULLAH SAW.  Saya bawakan satu doa contoh untuk melihat bagaimana kesudahan manusia yang sombong dan angkuh ini…manusia yang disifatkan oleh Nabi saw sebagai FIR’AUN UMATKU…Ucapan yang disebut oleh Nabi saw semasa baginda melihat matinya Abu Jahal dalam perang Badar padahal dia adalah salah seorang dari dua Umar yang diminta oleh baginda s.a.w supaya diberi petunjuk. Rupanya Allah s.w.t  memilih Saidina Umar bin al-Khattab r.a dan bukannya ABU JAHAL Amru bin Hisyam. Semoga Allah s.w.t bangkitkan kita di akhirat nanti bersama Rasululllah s.a.w…bersama Abu Bakar r.a, bersama Umar r.a dan para sahabat dan hamba-hamba-Nya yang soleh

KISAH PERTAMA: ABU JAHAL MENDAKWA INGIN MEMIJAK TENGKUK RASUL SAW

Dari Abu Hurairah (r.a) katanya:

Abu Jahal bertanya: “Adakah Muhammad sedang meletakkan wajah di atas tanah( sujud) di hadapan kamu.”

Lalu seorang menjawab: “Ya.”

Abu Jahal berkata: “Demi al-Lat dan al-Uzza, kalau saya melihatnya berbuat demikian(sujud), aku akan memijak tengkuknya atau aku letakkan di wajahnya tanah.”

Abu Jahal pun datang kepada Rasulullah s.a.w yang sedang solat dan Abu Jahal berkata dia hendak memijak kepalanya.

Apabila beliau menghampiri Rasululullah (s.a.w) dia akan kebelakang dan berlindung dengan kedua tangannya lalu ditanya kepadanya: “Apa halnya kamu?”

Abu Jahal menjawab: “Di antaraku dengannya ada parit api, makhluk yang menyeramkan dan memiliki sayap.”

Rasulullah   (s.a.w) bersabda: “Kalau dia mendekatainya maka dia akan disambar oleh malaikat dan anggotanya akan patah satu persatu.”

[Hadith riwayat Imam Muslim dalam kitab sifat-sifat orang munafiq, no.2797, Ahmad j.2,h.370, Ibnu Kathir dalam tafsirnya, j.4,h.529. Menurutnya: Hadith riwayat Ahmad, Muslim, al-Nasai, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir dalam tafsirnya, j.30,h.256 dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, j.1,h.438]

KISAH KEDUA: ABU JAHAL MENCABAR RAKAN-RAKANNYA UNTUK MELETAKKAN SISA SEMBELIHAN DI SAAT NABI SAW SEDANG SUJUD

Dari Abdullah bin Mas’ud juga:

Suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang berada di Masjidil Haram. Sementara itu Abu Jahal bin Hisyam, Syaibah serta Utbah kedua-duanya anak lelaki Rabi’ah, Walid bin Uqbah, Uqbah bin Abu Mu’ait Umaiyah bin Khalaf; Abu Ishak menyatakan : Dan dua lelaki lain yang aku lupa namanya, kesemuanya  tujuh orang. Mereka semua berada di Hijir Ismail dan Rasulullah (ﷺ) sedang solat. Apabila Rasulullah  s.a.w  memanjangkan sujudnya, Abu Jahal berkata: Siapakah di antara kamu yang berani pergi ke tempat sembelihan yang dimiliki oleh suku Fulan dan membawa sisa-sisa najis sembelihan dan meletakkannya ke atas Muhammad. Orang yang paling teruk daripada mereka iaitu ‘Uqbah bin Abu Mu’ait pergi mengambil sisa-sia sembelihan lalu meletakkannya ke atas bahu baginda (s.a.w) yang sedang sujud.

Ibnu Mas’ud menyebut: Aku hanya mampu berdiri dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana tiada orang yang dapat melindungiku. Aku pun pergi. manakala Fatimah apabila mendengar apa yang berlaku, dia datang kepada Rasul   (s.a.w) datang. Dia membuang kotoran yang ada tengkuk Rasul (s.a.w) kemudian memarahi orang-orang Quraisy dan mereka tidak membalas kata-kata Fatimah (r.a).

 

Nabi   (s.a.w) kemudian mengangkat kepalanya dari sujud. Setelah Nabi (s.a.w) selesai dari sembahyangnya, baginda   (s.a.w) berdoa ke atas mereka.

Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau urusan orang-orang Quraisy… Ya Allah! aku serahkan kepada Engkau  Utbah,  ‘Uqbah,  Abu Jahal dan Syaibah”

 

Rasulullah (s.a.w) Kemudiannya keluar dari masjid dan baginda bertembung dengan Abu al-Bukhturi di jalan berlenggang-lenggang membawa cemeti  Apabila beliau melihat Nabi saw dengan wajah yang lain. Nabi pun berkata : “Biarkanlah aku.” Abu al-Bukhturi berkata: “Demi  Allah beritahulah apa yang telah berlaku ke atasmu, tentu telah terjadi sesuatu ke atas dirimu.”

Apabila Nabi saw tahu bahawa baginda tidak akan dilepaskan darinya maka Nabi saw memberitahu apa yang telah berlaku.  Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Abu jahal menyuruh orang meletakkan najis ke atasku.” Maka Abu al-Bukhturi pun berkata : “Ayuh kita ke Masjid.’’

Maka Nabi saw dan Abu al-Bukhturi menuju ke masjid dan memasukinya. Kemudian Abu al-Bukhturi menemui Abu Jahal dan berkata : “Wahai Abu al-Hakam , Kamukah yang menyuruh supaya meletakkan najis ke atas diri Muhammad? “. Abu Jahal menjawab : “Ya.” Lalu dia mengangkat cemetinya dan memukul kepalanya. Ibnu Mas’ud menyebut  maka lelaki yang ada di situ saling berbantah-bantahan di antara satu sama lain. Abu Jahal menjerit : “Celaka !!! Sesungguhnya Muhammad menanamkam permusuhan di  antara kita”

Dalam riwayat lain, Apabila Rasulullah saw mengangkat kepalanya baginda  mengucapkan syukur kepada Allah dan memuliakanNya kemudian berdoa:

“ Ya Allah jatuhkanlah hukuman  ke atas  pemimpin Quraisy.”

[al-Haythami menyebut(j.6.h.18):Hadith Ibnu Mas’ud dalam sahih menyebut kisah al-Buhturi dengan oendak. Hadith ini riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan di dalam perawinya terdapat al-Ajlah bin ‘Abdullah al-Kindi dan dia seorang yang thiqah di sisi Ibnu Ma’in dan lain-lain. Menurut al-Nasai dan lain-lain al-Ajlah seorang yang daif. Hadith hasan Insya-Allah. Lihat ulasan dalam takhrij hadith 89]

KESUDAHAN ABU JAHAL

Hadis Abdul Rahman bin Auf r.a   katanya:

Ketika aku berdiri di tengah-tengah barisan semasa peperangan Badar aku menoleh ke kanan dan ke kiriku, tiba-tiba aku terpandang dua orang pemuda Ansar yang masih remaja. Aku benar-benar berhasrat untuk bersama dengan mereka berdua. Salah seorang daripada mereka mengisyaratkan kepadaku dan bertanya kepadaku: Wahai Pak cik! Apakah pak cik kenal Abu Jahal? Aku menjawab: Ya! Aku mengenalinya, kenapakah kamu memerlukannya wahai anak saudaraku? Lalu dia berkata: Aku pernah diberitahu bahawa Abu Jahal pernah mencaci maki Rasulullah s.a.w . Demi Zat yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya aku melihat Abu Jahal maka aku akan berlawan dengannya satu lawan satu sehingga terbukti siapa yang akan mati terlebih dahulu. Aku begitu kagum dengan tekad dan semangat anak muda tersebut. Kemudian pemuda yang seorang lagi pun berkata demikian juga kepadaku.

Tidak berapa lama kemudian aku melihat Abu Jahal muncul dari kejauhan dan mundar-mandir di antara orang ramai. Aku katakan kepada kedua orang pemuda itu: Bukankah sekarang kalian sudah melihat Abu Jahal. Itulah dia lawan yang kamu berdua tanyakan tadi. Lalu mereka mendekati Abu Jahal dan tanpa menunggu lebih lama lagi mereka menghunus pedang ke arah Abu Jahal sehingga dia meninggal dunia pada waktu itu juga. Kemudian mereka berdua menemui Rasulullah s.a.w  dan memberitahu kepada baginda. Rasulullah  s.a.w  lalu bertanya kepada mereka: Sebenarnya siapakah di antara kamu berdua yang telah membunuhnya? Kemudian mereka berdua masing-masing mengaku sebagai pembunuhnya. Rasulullah ﷺ bertanya lagi: Apakah kamu berdua telah menyapu pedang kamu berdua? Mereka menjawab: Tidak! Selanjutnya Rasulullah  s.a.w memeriksa pedang mereka. Setelah puas lalu baginda bersabda: Kalian berdua telah membunuhnya. Akhirnya Rasulullah s.a.w  memutuskan bahawa harta orang yang terbunuh tersebut adalah untuk Muaz bin Amru bin Al-Jamuh. Dua orang pemuda tersebut bernama Muaz bin Amru bin Al-Jamuh dan Muaz bin Afra’.

( HR al-Bukhariyy dalam kitab peperangan bab kelebihan mereka yang menyertai Badar, no. Hadith 3988, Imam Muslim dalam kitab jihad dan perjalanan bab orang yang membunuh musuh mendapat bahagian dari harta yang dibunuh, no. Hadith 1752, al-Hakimj. 3, h. 425, al-Tabariyy dalam sejarah j. 3, h. 454, al-Baihaqiyy dalam Dalail, j. 3, h. 83)

Lailatul Qadar: Mahukah kita perolehinya setiap tahun?

A-Z LAILATUL QADR

Ustaz Dr.Norazamudin's Blogs

BOLEHKAH MENDAPAT LAILATUL QADAR SETIAP TAHUN?

Oleh Dr.Norazamudin bin Umar, Ahli Lembaga Penasihat Pusat Pendidikan Islam an-Nur( Tahfiz).

RAYUAN INFAQ RAMADAN 1436H

1.TAHFIZ AL-HAKIM JENGKA 15 PAHANG YANG BARU DILAKUKAN ACARA PECAH TANAH SEBELUM RAMADAN MAYBANK-156141528644

2.DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR, KOTA KINABALU FASA KE-3- RM100,000 DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN 1 BLOK, BANK ISLAM 10 0160 1008 4808, MAYBANK 56 02 1400 2770, KUWAIT FINANCE HOUSE- 0091 4000 1132

3-DANA WAKAF KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAH- MAYBANK 563046310726 DI ATAS NAMA DARUL HADIS MANAGEMENT

4.MA’HAD DIRASAT DINIYYAH (MADAD), KG TEMIN, BANK ISLAM: 06082010009239, MAYBANK 55601106264

Apabila kerajaan mengumumkan bonus hari raya setengah bulan dan minimum 500  ringgit semua  kakitangan awam gembira dan tetapi tersenyumkah kita apabila Allah swt memberi bonus seribu bulan kepada kita pada salah satu malam dari sepuluh malam yang terakhir di bulan yang mulia ini. Firman Allah (s.w.t):

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu…

View original post 1,812 more words

NOTA 17 RAMADAN ” SEBAIK-BAIK KAMU ORANG YANG BELAJAR DAN MENGAJAR AL-QUR”AN

NOTA 17 RAMADAN “ SEBAIK-BAIK KAMU ORANG YANG BELAJAR AL-QUR’AN DAN MENGAJAR AL-QUR’AN”

 RAYUAN INFAQ RAMADAN 1436H

1.TAHFIZ AL-HAKIM JENGKA 15 PAHANG YANG BARU DILAKUKAN ACARA PECAH TANAH SEBELUM RAMADAN MAYBANK-156141528644

2.DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR, KOTA KINABALU FASA KE-3- RM100,000 DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN 1 BLOK, BANK ISLAM 10 0160 1008 4808, MAYBANK 56 02 1400 2770, KUWAIT FINANCE HOUSE- 0091 4000 1132

3-DANA WAKAF KENDERAAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAH- MAYBANK 563046310726 DI ATAS NAMA DARUL HADIS MANAGEMENT

4.MA’HAD DIRASAT DINIYYAH (MADAD), KG TEMIN, BANK ISLAM: 06082010009239, MAYBANK 55601106264

      

Antara nikmat yang paling besar ialah nikmat al-Qur’an yang menjadi kitab petunjuk. Tidak akan rugi orang yang menjadikan al-Qur’an sebagai teman  hidup. Bulan Ramadan telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk menurunkan al-Qur’an secara sekaligus sebelum ia diturunkan secara berperingkat-peringkat.  Apa sahaja yang dilakukan untuk al-Qur’an insya-ALLAH akan mendapat ganjaran di sisi Allah, mencintainya, mempelajarinya, membacanya, memahaminya, mengamalkannya serta mengajak orang kepada al-Qur’an. Apa yang cuba dikupas dalam catatan ini adalah berkaitan hadith  Nabi saw:

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه ، قَالَ : قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم  : ((  خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ )) رواه البخاري .

Maksudnya: SEBAIK-BAIK KAMU ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QUR’AN DAN MENGAJARNYA. HR AL-BUKHARI

Sempena ramadan kali ini, saya membuat catatan berkaitan dengan guru al-Qur’an saya :

Al-Marhum al-Syaikh Ibrahim Rummanah ( 1345-1420H)

Dalam ruang ini penulis cuba mencatat sedikit berkaitan guru al-Qur’an beliau yang belum pernah dicatat oleh beliau sebelum ini  iaitu al-Marhum Syaikh Ibrahim Rummanah yang meninggal pada tahun 2000. Penulis belajar al-Quran dan khatam bersama syaikh secara beramai-ramai di masjid Universiti of Jordan dalam program Kursus Lanjutan Bacaan al-Qur’an dan tajwid.

Penulis cuba mencari artikel yang ditulis berkaitan syaikh Ibrahim Rummanah oleh profesor Dr. Ahmad Shukri dalam majalah al-Furqan yang diterbitkan oleh Jam’iyyah al-Muhafazah ‘Ala al-Qur’an Jordan tetapi belum diberi rezeki untuk menemui semula. Justeru catatan saya adalah berdasarkan ingatan dan maklumat yang sangat sedikit melalui carian internet.

Menurut cerita syaikh beliau pernah bertugas lebih dua puluh tahun di Kuwait sebelum dia berhijrah ke Jordan pada awal 1990 kerana perang Teluk yang berlaku pada masa itu. Apabila membuat carian diinternet saya menemui satu artikel yang menyatakan syaikh bertugas sebagai penyemak al-Qur’an untuk rakaman al-Quran di radio Kuwait pada tahun  1960 an.

Alhamdulillah kami belajar al-Qur’an dengannya selama setahun iaitu pada sesi pengajian 1998/1999 setelah mengikuti kursus asas tajwid pada sesi pengajian 1997/1998 selama satu semester. Dalam  kursus lanjutan pengajian al-Qur’an. 90 peratus pengajian ialah secara talaqqi dan musyafahah cuma bacaannnya adalah secara beramai-ramai. Syaikh suka bercerita pengalamannya yang diselit semasa kami belajar membaca al-Qur’an dengan beliau.

Syaikh meninggal dunia pada tahun 1420H/2000 pada hari Khamis semasa beliau telah berwuduk dan ingin keluar dari rumahnya di Amman untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Jam’iyyah al-Muhafazah ‘Ala al-Qur’an al-Karim di daerah al-Zarqa’ kira-kira 20 KM dari bandar Amman.  Jenazah beliau disolatkan di masjid Universiti of Jordan selepas solat fardu Jumaat. Solat jenazah diimamkan oleh al-marhum Syaikh Dr. Fadl Hassan ‘Abbas seorang alim al-Qura’n khususnya dalam bidang tafsir dan kemukjizatan al-Qur’an.

Apa yang kami tidak boleh dilupakan ialah perasaan hati kami untuk mengiringi jenazah syaikh ke tanah perkuburan Islam Sahab yang merupakan tanah perkuburan yang paling luas di ibu kota Amman. Jaraknya lebih kurang 15KM dari masjid universiti. Pada masa ini untuk ke sana kami perlu menaiki kereta dan tidak ada orang yang kami kenal. Pengangkutan utama pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ialah bas dan teksi…Dalam perasaan hati yang benar-benar ingin mengiringi syaikh, tiba-tiba seorang Arab yang tidak dikenali bertanya dan akhirnya dia mengajak kami untuk ke tanah perkuburan….

Berdasarkan carian internet syaikh Ibrahim Rummanah pernah belajar di Ma’had al-Qira’at dan bahasa Arab di Universiti al-Azhar. Antara guru al-Qur’an beliau ialah  syaikh Muqri’ Husain Abu Isninah (1887-1967 @ 1304-1387). Beliau adalah guru al-Quran di Masjid al-Ibrahimiyah Palestin. Selepas 40 hari dari kelahirannya di bandar Khalil, Palestin , beliau dibawa oleh keluarganya ke Mesir. Semasa berusia setahun setengah beliau ditimpa penyakit yang menyebabkannya buta. Di sana bapanya telah menghantar beliau mengajar al-Qur’an dengan al-Kuttab al-Syaikh Ibrahim al-Maghribi.  Sebahagian besar dari al-Qur’an dihafaz dengan al-Syaikh Ibrahim al-Maghribi sehingga gurunya ini meninggal dunia.  Syaikh Husin berjaya menghafaz al-Qur’an semasa berusia 9 tahun.

Syaikh Husin kemudianya belajar dengan syaikh al-Muqri’ Muhammad bin Hasan al-Faham dan menghafaz matan al-Syatibiyah dan al-Durrah  dengan gurunya ini. Melalui Tariqah al-Syatibiyyah dan al-Durah  dia belajar  Qiraat sepuluh al-Sughra dan mendapat ijazah sanad bersambung kepada Rasullullah saw melalui jalan gurunya Syaikh al-Muqri’ Ibrahim bin Sa’d bin ‘Ali pada hari Jumaat 16 Muharram tahun 1333H bersamaan 4 Disember 1914.

Syaikh Ibrahim bertalaqqi dengan syaikh Husain dan mendapat dari beliau ijazah Qira’ah al-Sab’ah melalui Tariqah al-Syatibiyah.

Penuntut Syaikh Ibrahim Rummanah

Antara anak muridnya ialah Syaikh Muqri’ Abu Rif’at Muhammad Ali bin Muhammad bin Uthman. Anak kelahiran Jordan 1939. Beliau mengikuti kursus lanjutan tilawah al-Qur’an dan  tajwid yang dianjurkan oleh Markaz al-Thaqafi al-Islami (pusat Islam universiti). Beliau khatam dengan syaikh secara beramai dan mendapat ijazah umum. Beliau juga belajar dengan al-Marhum syaikh bacaan al-Qur’an dan ilmu tajwid  dalam program Diploma Lanjutan dalam ilmu tajwid dan Qiraat, Universiti of Jordan.

Antara anak muridnya juga ialah syaikh Dr. Ibrahim al-Jarami. Anak kelahiran Lubnan ini mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang bahasa Arab, memiliki sijil dioploma program Diploma Lanjutan dalam ilmu tajwid dan Qiraat. Beliau menghafaz al-Quran semasa berusia 17 tahun. Beliau belajar al-Quran mengikut riwayat Hafs ditangan beberapa guru antaranya syaikh Mahmud Idris, syaikh Said al-‘Anbatawi dan Syaikh Ibrahim Rummanah.

* DISINI DICATATKAN  JUGA BERKAITAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN TAHFIZ DI AL-HARAMAYN DAN PROGRAM TAHFIZ OLEH JAM’IYAH MUHAFAZAH AL-QUR’AN JORDAN.

PENGAJIAN TAHFIZ DI AL-HARAMAYN

Pengajaran tahfiz al-Qur’an di Masjid Nabawi dan secara lebih khusus di Masjidil Haram. Selain dari kuliah-kuliah ilmu berkitab sama ada di selepas subuh atau selepas maghrib…ia juga diimarahkan dengan pengajian yang berbentuk “ madrasah” pada sebelah siang…Pelajarnya belajar secara sistematik…Selepas subuh kalau di Madinah adalah halakah khas untuk mempelajari al-Qur’an manakala di Makkah selepas maghrib  ada halaqah menghafaz al-Qur’an. Kelas ini  terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama untuk kanak-kanak antara 4-9 atau 10 tahun….peringkat rendah ….bermula dengan pembelajaran untuk membaca al-Quran…seperti baca iqra’lah di tempat kita sampai kepada anak itu menghafaz al-Qur’an…kelompok kedua pula terdiri dari anak-anak yang sudah masuk peringkat sekolah menengah…Selepas maghrib mereka akan menghafaz al-Qur’an dan memperdengarkan “Tasmi’” bacaan al-Qur’an di hadapan guru…jumlah halaqahnya bukan satu tetapi ia sangat mengagumkan سبحان الله  puluhan halaqah al-Qur’an…bagi setiap kelompok sama ada kanak-kanak atau kelompok remaja….ما شاء الله  mereka ini berlumba-lumba untuk menghafaz al-Qur’an….Alhamdulillah penulis  sempat berkenalan dengan seorang Dr Fahmi…pemegang ijazah PHd dari Oxford university…berasal dari Lombok , Indonesia dalam pengembaraan mencari bahan-bahan semasa sedang melanjutkan pengajian di peringkat Phd…. …Dia berhijrah ke Makkah semasa usianya belasan tahun…belajar di sana dan membesar di sana dan kehidupannya penuh dengan menuntut ilmu …Dia kahwin lambat…umur 40 baru kahwin…isterinya juga dari Lombok…Indonesia…semasa penulis beriktikaf di masjidil Haram beliay berkenalan dengan beliau dan pada masa tu dia ada seorang anak lelaki yang berusia 6 atau tujuh tahun,,,masa ni anak dia sudah menghafaz hampir 10 juzuk al-Qur’an…سبحان الله…suasana di Makkah ini memberi contoh praktikal kepada halaqah menghafaz al-Quran di masjid yang disebut oleh Nabi (s.a.w)

Jami’yyah Muhafazah al-Qur’an Jordan

Persatuan menghafaz al-Qur’an Jordan diasaskan pada tahun 7 syawal 1411H bersamaan 2 April 1991. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Kebudayaan Jordan pada 20 April 1991. Persatuan ini diasaskan oleh beberapa ulama Jordan seperti Dr. Ibrahim Zayd al-Kilani, Dr. Fadl Hassan Abbas rahimahullah, Dr. Solah al-Khalidiyy dan Dr. Ahmad Nawfal. Pada peringkat empat pusat persatuan ditubuhkan. Objektif penubuhan persatuan ini antaranya:

(a)Menimbulkan kesedaran di kalangan orang awam pentingnya menghafaz al-Qur’an dan mengkaji ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’an

(b)Menganjurkan kursus pengajaran al-Qur’an berdasarkan Qiraat al-Qur’an

(c) Mendirikan Ma’had al-Qiraat al-Qura’niah, perpustakaan dan melibatkan diri dalam usaha khidmat terhadap al-Qur’an dan Ulum al-Qur’an

(d) Mencetak bahan-bahan ilmiah berkaitan al-Qur’an, menghasilkan media eletronik

(e) Membina pusat-pusat tahfiz al-Qur’an di setiap bandar serta menanam semangat bersaing dalam menghafaz al-Qur’an dan menguasai ‘Ulum al-Qur’an

Sehingga kini sudah lebih 400 pusat tahfiz ditubuhkan di seluruh Jordan

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pusat-pusat ini

1-Kursus asas dan lanjutan berkaitan hukum tajwid

2-Pertandingan menghafaz al-Qur’an secara tahunan sama ada sebahagian atau keseluruhan dalam pelbagai peringkat. Pertandingan ini disertai ribuan pelajar lelaki dan wanita

3-Program ijazah dan sanad di hadapan Qari yang berijazah. Lebih 8000 orang telah menerima ijazah dari persatuan

4-Program menghafaz al-Qu’ran yang mengambil masa dua bulan sehingga enam tahun. Sehingga 2010 hampir 2000 huffaz berjaya dilahirkan

5-Qawafil al-Qura’n ( Rombongan) yang dihantar ke kawasan terpencil  yang dihantar selama 3 hari sebulan untuk mengajar membaca al-Qur’an