Tag Archives: Jordan

Meraih ilmu di Serambi Mekah

‘Zikrayat: Kembara mencari ilmu di bumi  Syam(3)’

Gambar kenangan penulis semasa mengikuti kursus Bahasa Arab di Pusat Bahasa Nilam Puri pada hujung 1994- awal 1995 yang diperolehi dari Ziyad Akhtar

Usai SPM pada tahun 1994, saya bersama rakan saya Abu Hasif mengikuti kursus Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri…kali kedua saya di sini ialah pada bulan Julai 1996 mengikuti kursus persediaan Bahasa Arab sebelum ke Jordan pada Ogos 1996…Kesempatan berada di negeri Serambi Mekah telah digunakan oleh penulis untuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama sahabat yang lain…Alangkah baiknya kalau semua majlis-majlis ilmu dihadiri oleh pendengar yang ramai…

  Sepanjang di Nilam Puri penulis sempat bekenalan dengan beberapa orang seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan rakannya ustaz…(saya tak ingat namanya)…Pada masa ini kedua-duanya berlumba-lumba untuk menghafaz al-Qur’an. Saya masih ingat Ustaz Zaharuddin biasanya membaca surah Yusof semasa beliau mengimami solat di masjid Kg.Laut…rakannya pula mempunyai semangat yang tinggi untuk menghafaz al-Qur’an dan saya tahu kemudiannya dia pernah memenangi pertandingan hafazan peringkat kebangsaan….Antara sahabat lama yang saya kenali di Nilam Puri ini ialah Ustaz Yusro yang kini bertugas di Melaka… Pada masa ini juga saya mempunyai hubungan rapat dengan ustaz Nuruddin al-Kurt yang berasal dari Turki..Beliau mengajar di pusat bahasa dan sedang melanjutkan pengajian di UKM pada peringkat MA..

           Kedatangan saya kali kedua ialah pada bulan Julai/Ogos…Kali ini saya mengajak arwah ayah untuk menemani saya…kami berdua menaiki bas sahaja untuk ke sini kerana sepanjang hidup beliau, kami tidak pernah berkereta, yang ada ialah motor Honda CM977…Kursus kali ke-2 disertai 70 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia di samping pelajar-pelajar Kelantan yang akan menyambung pengajian mereka di Mesir…Di sini saya banyak belajar tentang gerakan Islam…

Nostalgia: PERJALANAN MENJADI TETAMU DATARAN SYAM(1)

Dengan nama yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Firman Allah SWT:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. Surah al-Duha(93):11

Hamba Allah(saya) tidak pasti apakah mampu untuk meneruskan coretan ini atau tidak. Catatan sekadar satu catatan perjanan peribadi penulis yang kerdil yang mungkin boleh menjadi suntikan semangat untuk adik-adik yang hendak melanjutkan pelajaran di bumi Jordan satu bumi yang diberkati Allah swt sebagaimana firman-Nya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Surah al-Isra:'(17):1

Salah satu tempat yang termasuk dalam ruang lingkup sekeliling Masjidil Aqsa ialah bumi Syam yang sekarang terdiri dari bumi Jordan dan Syria…bagi mereka yang berpeluang untuk ke sana, janganlah dilepaskan peluang untuk menuntut ilmu di sani, sama ada diperingkat ijazah pertama, M.A atau Ph.D…

Dalam kesibukan tugas-tugas harian di sekolah, kerja-kerja gerakan Islam di samping usaha untuk menyiapkan tesis…hamba Allah tidak pasti mampu meneruskan usaha ini…sekiranya ia sesuatu yang baik engkau permudahkannya ya Allah…sekiranya tidak baik maka hamba Allah memohon keampunan dari-Mu atas kekurangan…Astaghfirullah…

PERMULAAN YANG BAIK

Kisah ini bermula semasa hamba Allah belajar di tahun 4@5. Pada masa ini Ustzah Zarina yang berasal dari Felda Padang Piol, Jerantut melaporkan diri sekolah…hamba Allah tidak tahu di mana dia sekarang…tiada maklumat sejak dia berpindah semasa hamba Allah di tahun enam…semoga beliau berada dalam kesejahteraan dan perlindungan Allah sentiasa. Katanya:

“Di Temin ada SMKA Pahang, lepas UPSR belajarlah di sana”

Ustazah Zarina adalah pendorong awal hamba Allah untuk belajar dalam bidang agama…