Tag Archives: Ulama tafsir

Jejak Ulama: Siri 2: al-Marhum Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas

“Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas(1932-2011)”Tidak ada orang yang lebih alim dalam bidang tafsir selepas kewafatan syaikh al-Sya\’rawiyy melainkan Dr-Fadal Abbas\” Dr Solah al-Khalidiyy”]Prof.Dr.Fadal Hassan Abbas(1932-...)"Tidak ada orang yang lebih alim dalam bidang tafsir selepas kewafatan syaikh al-Sya'rawiyy melainkan Dr-Fadal Abbas" Dr Solah al-Khalidiyy[/caption]

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang pakar dalam bidang tafsir dan secara khususnya ijaz al-Qur’an. Beliau menyebut dalam kitabnya al-Itqanul Burhan fi Ulum al-Quran bahawa beliau bercita-cita menghasilkan insklopedia ijaz al-Qur’an.

-Merupakan bekas pensyarah bahagian Usuluddin di Fakulti Shariah University of Jordan. Melahirkan ramai tokoh dalam bidang tafsir termasuklah anaknya sendiri Sana’ Fadal Abbas yang merupakan penulis bersama karya “Ijaz al-Qur’an” dan sekarang pensyarah di University al-Balqa’ al-Tatbiqiyyah, Jordan.

-Dr.Jammal Abu Hassan  merupakan seorang penuntut rapatnya, sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti ulum islamiyah antarabangsa enghasilkan satu buku yang dihadiahkan sempena 70 tahun Dr. Fadal yang diterbitkan oleh Dar al-Razi memuatkan penulisan-penulisan berkaitan al-quran dan bahasa pada tahun 2003. Dr.Ahmad al-Jammal sendiri menulis tentang pengalaman peribadinya dengan dr. Fadal Abbas.

– Perkenalan awal syaikh Jamal Abu Hasan  ialah semasa mendengar kuliyah tafsir yang disiarkan dalam radio Jordan. Dr. Fadal Abbas merupakan satu-satu tokoh yang membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu kemudian mentafsirkan seluruh al-Quran dalam radio Jordan. Menurut Dr.Ahmad al-Jammal pernah seorang pelajar Ph.D yang membuat kajian tentang Dr.Fadal meminta keizinan untuk mendapatkan salinan tafsir Dr.Fadal dari radio jordan tetapi tidak dibenarkan dengan alasan hak cipta radio Jordan.

-Alhamdulillah saya sendiri memperolehi 10 keping kaset rakaman tafsir yang disampaikan oleh Dr. Fadal ketika mencari kaset di balad(Pusat bandar Amman) pada tahun 2000 semasa saya keluar bersama al-Akh Shahrul Nizam(adik-ipar ustaz Abdullah Din) sekarang bertugas SMK Sri Bentong, Pahang. Insya Allah jika diberi kesempatan saya akan uploadkan kuliyah tafsir tersebut.

-Dr.Fadal Abbas merupakan seorang yang taat kepada Allah s.w.t dan dikurniakan dengan suara yang merdu. Pada bulan ramadan saya dan sahabat-sahabat menanti-menanti bacaan beliau. Pernah satu tahun beliau menjadi imam pada malam kedua, dia sudah membaca surah al-An’am dalam terawihnya, ini menunjukkan ketika solat bersendirian beliau sudah membaca 6 juzuk pada malam pertama. Pada setiap malam beliau akan membaca hampir 1 1/2 juzuk. Beliau menjadi imam terawih di Masjid al-Zumayli yang tidak jauh dari rumahnya

– Walaupun buta dan dalam keadaan tangan kanannya bergantung pada dinding mihrab masjid semasa berusia 67 tahun beliau menjadi imam solat gerhana matahari semasa gerhana matahari berlaku di Jordan pada tahun 1999 dan mengatakan sesiapa yang tidak mampu berdiri boleh duduk dan menyebut kisah Ai’shah r.anha yang solat di belakang rasul s.a.w. Rasul s.a.w solat gerhana matahari hingga selesai gerhana. Ai’shah r.anha berkata aku tidak mampu berdiri sehingga aku berniat untuk duduk tetapi apabila aku melihat orang tua dan kanak yang lebih lemah dariku berdiri, aku tidak duduk.’

Pada masa itu gerhana bermula selepas waktu zohor lebih kurang jam 1.30 tengahari, syaikh Fadal mengimamkan solat gerhana dengan membaca surah Ghafir (juz 24), surah Fussilat diikuti dengan surah-surah berikutnya dan solat berakhir lebih kurang jam 4.00 petang(berakhirnya gerhana)…3 juzuk dan ++++ dibaca oleh Dr.Fadal dalam keadaan tangannya sesekali bergantung pada dinding masjid. Demikianlah kesungguhan Dr.Fadal dalam melaksanakan sunnah nabi s.a.w.

Berhubung ketaatan beliau, saya pernah mendengar dari sahabat Arab saya bernama Nizar, dia belajar di Kulliyah Dakwah dan Usuluddin dibawah seliaan kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf jordan, seorang pengikut jamaah al-Ikhwan al-Muslimun, merupakan tenaga penggerak remaja di Masjid Abdul Rahman bin Auf membawa satu kisah menarik yang berlaku antara Dr.Fadak dengan al-Shahid Abdullah Azzam(meninggal 1989) seorang pejuang di Afghanistan insya Allah ada kesempatan saya akan menulis tentang beliau, saya tidak pernah berjumpa dengan beliau kerana semasa saya berada di Jordan, dia sudah gugur shahid tetapi saya belajar dan kagum dengan ilmunya melalui kaset tafsir surah al-tawbah, buku Ussaq al-Hur(Pencinta Bidadari) dan buku-buku mengenai jihad.

Kisah ini berlaku semasa al-Shahid Abdullah Azzam pulang dari mengerjakan umrah dan menumpang rehat di rumah Dr.Fadal. Apabila Dr.Fadal membentangkan persiapan untuk tidur, Dr.Abdullah Azzam memberitahu: Saya datang ke sini untuk solat dibelakang tuan, Dr.Fadal, seperti yang saya sebut suara Dr.Fadal memang merdu, iras-iras suara syaikh Muhammad Jibril. beginilah keadaannya antara dua tokoh ini mereka meneruskan solat sehingga awal pagi dan Abdullah Azzam tidak tidur sehingga ke pagi, alangkah kita memerlukan ulama seperti ini pada zaman ini…

Pernah saya menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal untuk pelajar-pelajar M.A, kelas M.A bermula dari jam 4-7 malam, peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab, apabila masuk waktu maghrib, beliau berhenti seketika dan memohon keizinan untuk berbuka puasa dengan memakan beberapa biji tamar… Demikianlah kesungguhannya untuk menghidupkan sunnah nabi s.a.w, menyegerakan berbuka puasa dan menghidupkan puasa nawafil…

Beliau memang seorang yang sangat mencintai rasul s.a.w dan seorang yang istiqamah. Alhamdulillah melalui seorang sahabat Arab saya dapat belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa sedikit dalam mustalah hadith, dan membaca hadith sohih al-Bukhari. Kelas sohih al-Bukhariyy adalah pada setiap Isnin malam selasa selepas maghrib.

Prof.Madya Dr.Muhammad Hawwa, pensyarah dalam bidang hadith di Universiti Mu'tah

Prof.Madya Dr.Muhammad Hawwa, pensyarah dalam bidang hadith di Universiti Mu'tah

[caption id=”attachment_141″ align=”aligncenter” width=”219″

Sejak saya belajar dengan Dr.Muhammad Hawwa saya dibawa oleh beliau ke rumah Dr.Fadal Abbas untuk mengikuti kuliyah tafsir pada setiap Isnin malam selasa yang diadakan oleh Dr.Fadal Abbas. Kuliyah ini telah diadakan lebih dari dua puluh tahun(sejak penghujung1970 an) – perkiraan semasa saya belajar di Jordan, sekiranya kelas itu masih berterusan bermakna sudah mengjangkau 30 tahun…lihatlah istoqamah seorang alim dalam menyampaikan ilmu..Peristiwa ini juga menunjukkan sifat seorang alim yang tawaduk, Dr.Muhammad yang sudah memegang title Dr. tidak miss dari menghadiri kuliyah tafsir Dr.Fadal Abbas…Bagaimana dengan kita hari ini, baru ada sedikit ilmu tetapi dah berlagak hebat… Kuliyah hari Isnin Dr.Fadal sesekala dihadiri oleh tokoh-tokoh hebat yang membawa title Dr.

Kecintaan Dr.Fadal Abbas dibuktikan melalui sambutan Mawlid rasul s.a.w. Sekiranya pada kuliyah-kuliyah yang biasa Dr.Fadal akan menghidangkan Qahwah Sadah” Kopi pahit yang disediakan untuk tetamu, tetapi apabila tiba musim Mawlid nabi s.a.w, Dr.Fadal akan membuat jamuan istimewa sebagai menghargai kedatangan nabi s.a.w.Pernah sekali beliau menjamu kami dengan kueh yang dinamakan Kinafah… cukup sedap rasanya dan apabila saya tanya dikedai harganya JD5(RM25) sekilo…beginilah keadaannya Dr. Fadal apabila tibanya musim mawlid nabi s.a.w. Sambutan Mawlid nabi bukan sehari tetapi pada minggu-minggu berikutnya syaikh akan membaca sirah nabi s.a.w selama sebulan…Antaranya kitab al-Mawahib al-Ladunniyah karangan al-Qastalaniyy…

Dr.Fadal juga merupakan seorang yang tegas dan amanah dalam tanggung jawab yang dilaksanakan sebab itu beliau terkenal dikalangan pelajar-pelajarnya sebagai seorang yg straight dari segi pemarkahannya. Pernah dalam satu kuliyah Dr.Fadal menyebut bahawa beliau meluluskan salah seorang penuntutnya yang sepatutnya gagal kerana akhlak pelajar tersebut baik, katanya beliau tidak tidur satu malam dan akhirnya memilih keputusan yang asal…pelajar tersebut gagal…

Akhirnya dalam coretan ringkas oleh hamba Allah yang daif ini, saya ingin menukilkan kata-kata Dr.Fadal Hassan Abbas dalam satu kuliyah yang disampaikan sekitar tahun 1999-2000 yang cukup memberi kesan kepada saya, pada masa itu dia seorang tokoh yang hebat dalam tafsir tetapi beliau mengatakan: Saya hidup dengan al-Qur’an puluhan tahun tetapi dihadapan al-Quran saya masih lagi seorang pelajar yang kerdil.”’. Bagaimana dengan kita?

29 Mac 2009-7.22 am

Advertisements

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir al-Quran al-Azim Satu Pengenalan

Biografi Penulis:

Beliau ialah Imad al-Din Abu al-Fida’ Ismail bin Umar Ibn Kathir bin Dau’ bin Zara’ al-Qurashi al-Syafie. Dilahirkan pada 705H di Kg.Majdela, Busra. Beliau dibesarkan sebagai seorang yatim kerana bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berusia tujuh tahun Bapanya Abu Hafs Umar merupakan orang Alim di kota Busra, imam dan khatib di kampungnya. Selepas kewafatan bapanya, ibunya membawa beliau dan abangnya menetap di kota Damsyik. Di Damsyik, beliau telah menghafaz al-Quran sejak kecil dan belajar ilmu fiqh, hadith, tafsi, sejarah dan bahasa Arab sehingga dia menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau berguru dengan lebih dari dua puluh ulama besar Syam antaranya

(a) Al-Hafiz Abu al-Hajjaj al-Mizzi: Yusuf bin Abdul Rahman bin Yusuf bin Abdul Malik(m742H) yang merupakan alim dalam ilmu sejarah, hadith, dan biografi . Beliau adalah pengarang kitab Tahdhib al-kamal fi Asma’ al-Rijal’. Gurunya kagum dengan beliau sehingga mengahwinkan Ibnu Kathir dengan anak perempuannya Zainab.

(b) Ibnu Taymiyyah(m728H) Al-Mizzi sangat menyayangi Ibnu Taymiyyah sehingga beliau disemadikan bersebelahan kubur Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Kathir mewasiatkan supaya beliau dikebumikan bersebelahan kedua gurunya ini. Setelah mengutip ilmu yang banyak, Ibnu Kathir menjadi orang alim yang terkenal. Beliau mengajar tafsir di Masjid Umawi di Damsyik dan menjadi guru di Madrasah Umm al-Salih dan Dar al-Hadith dan tempat-tempat pengajian yang lain sehingga beliau meninggal dunia. Pada akhir usianya beliau diuji dengan kehilangan pandangan(buta). Ibnu al-Jazari salah seorang penuntut Ibnu Khathir memberitahu Ibnu Khathir berpesan kepadanya: Aku masih lagi menulis kitab Jami’ al-Masanid pada waktu malam…sehingga menjadi buta. Hasil Karya(m.s.92) Ibnu Kathir banyak menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang ilmu, terutama sejarah dan ilmu tafsir, antaranya karyanya yang terkenal ialah:

1) Al-Bidayah wa al-Nihayah fi al-Tarikh.

2) Tafsir al-Quran al-Azim

3) Al-Kawakib al-Darari fi al-Tarikh.

4) Intikab min al-Bidayah wa al-Nihayah.

5) Al-Ijtihad fi Talab al-Jihad.

6) Jami’ al-Masanid

7) Sunan Hadi li Aqwam al-Sunan.

8) Al-Wadih al-Nafis fi Manaqib al-Imam Muhammad bin Idris.

Tafsir Ibnu Kathir Suatu pengenalan

Ibnu Kathir memberi fokus kepada al-Quran sejak kecil apabila menghafaz al-Quran semasa berusia 11 tahun dan belajar tafsir dengan ulama besar seperti Ibnu Taymiyyah. Beliau juga memiliki ilmu-ilmu yang melayakkannya untuk mentafsir al-Quran.

Sumber tafsir Ibnu Khatir

a) Kitab-kitab Tafsir

1. Tafsir Ibnu Jarir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Tafsir Abu Bakar bin al-Munzir, TafsirAbd bin Humayd, Tafsir Abu Bakar bin Mardawayh – Sumber kata-kata yang ma’thur dalam tafsir

2. Tafsir al-Kashshaf –Sumber balaghah dan bahasa

3. Al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir al-Quran oleh Abu Ishaq Ahmad bin Ibrahim al-Tha’labi sumber kata-kata ma’thur dan kisah-kisah

4. Tafsir al-Razi , Tafsir Ibnu Atiyyah(Muharrar al-Wajiz), Tafsir al-Qurtubi

b) Kitab-kitab hadith

1. Musnad Imam Ahmad 2. Sohih al-Bukhari, Sohih Muslim 3. Sunan Abu Daud, al-Thirmidhi, al-Nasai, Ibnu Majah, 4. Sunan al-Baihaqi 5. Muwatta Imam Malik dan Mustadrak al-Hakim

c) Buku sirah dan sejarah

1. Sirah Nabawiyah –Ibnu Ishaq 2. Maghazi oleh al-Waqidi 3. Dalail al-Nubuwwah; al-Baihaqi dan Abu Nuaim 4. Tarikh al-Tabari

d)Karya-karya lain

1.Fadail al-Quran oleh al-Faryabi, Abu Ubaid al-Qasim bin al-Salam, Ibn al-Darris, al-Nasai 2. Musnad Abu Ya’la al-Musili, al-Sunan al-Kubra al-Baihaqi, Musannaf Abdul Razak dan Musannaf Ibnu Abi Shaibah.

e) Persoalan bahasa dan balaghah

1.Tafsir al-Tabari, al-Zamakhshari, al-Razi dll 2.Tafsir Maani al-Quran oleh al-Farra’ 3.Maani al-Quran oleh al-Zajjaj, al-Akhfash 4. Majaz al-Quran oleh Abu Ubaydah Ma’mar bin al-Muthanna 5.Ta’wil Mushkil al-Quran oleh Ibnu Qutaybah

Metodologi Ibn Kathir dalam Tafsir

Pertama: Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran. Contoh: Apabila Ibnu Kathir mentafsirkan Istiazah dan menjelaskan hukumnya semasa mentafsirkan surah al-Fatihah, beliau menyebut ayat-ayat yang memerintahkan orang mukmin supaya memohon perlindungan dari Allah SWT.

Ayat pertama:(Surah al-Aaraf) 199.

Jadilah Engkau Pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. 200. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat kedua:(Surah al-Mu’minun)

96. Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan[1020]. 97. Dan Katakanlah: “Ya Tuhanku Aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. 98. Dan Aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”

[1020] Maksudnya: perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan kaum musyrikin yang tidak baik itu hendaklah dihadapi oleh nabi dengan yang baik, umpama dengan memaafkannya, Asal tidak membawa kepada Kelemahan dan kemunduran dakwah.

Ayat ketiga:(Surah Fussilat)

34. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah Telah menjadi teman yang sangat setia. 35. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. 36. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, Maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dalam tiga ayat ini, Allah swt memerintahkan supaya berinteraksi dengan musuh dari kalangan manusia dengan ihsan untuk mengembalikan mereka kepada kebaikan dan memerintahkan supaya memohon perlindungan dengan Allah swt dari syaitan kerana pendekatan ihsan tidak mengubah syaitan kerana kerja syaitan ialah menghancurkan anak Adam dan permusuhan ketat antara syaitan dan manusia adalah sejak nabi Adam a.s.

Firman Allah:

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia Telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga [Surah al-A’raf :27]

Firman Allah: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu Hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala

[Surah Fatir:6]

Firman Allah:

patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [ Surah al-Kahf:50]

Syaitan telah bersumpah dengan bapa (Adam a.s)dia menjadi penasihat, sedangkan syaitan berdusta, maka bagaimana interaksi syaitan dengan kita.

Firman Allah:  Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau Aku akan menyesatkan mereka semuanya, 83. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka[1304].

[1304] yang dimaksud dengan mukhlis ialah orang-orang yang Telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah s.w.t. [Sad 82-83]

Firman Allah:

98. Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

99. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. 100. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. [al-Nahl 98-100]

Imam Ibnu Khathir telah menyebut lapan ayat yang menghuraikan istiazah, beliau menghimpunkannya dan menghuraikannya.

KEDUA: Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah

Ibnu Kathir ketika mentafsirkan al-Quran sangat banyak dengan hadith beserta jalur sanad dan menyebut perawi hadith daripada kutub al-Sittah(al-Bukhari, Muslim, Al-Thirmidhi, Abu Daud, al-Nasaie, Ibnu Majah) Setiap kali mentafsirkan satu-satu ayat Ibnu Kathir akan menyebut satu atau dua atau tiga hadith dan kadang-kadang lebih dari itu.

Contohya semasa Ibnu Kathir mentafsirkan ayat 284 surah al-Baqarah.

Firman Allah:

284. Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Semasa mentafsirkan ayat ini, Ibnu Kathir menyebut hadith-hadith tentang turunnya ayat ini yang menunjukkan ayat ini sangat berat bagi sahabat kerana Allah memberitahu tentang Allah akan menghitung lintasan hati tetapi mereka berserah kepada Allah , lalu Allah mengampunkan kesalahan lintasan hati dengan ayat selepasnya.

، عن أبي هريرة، قال: لما نزلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم: {لله ما في السماوات وما في الأرض وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء والله على كل شيء قدير} [ 2/البقرة/ آية 284] قال فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فأتوا رسول الله صلى الله عليه وسلم. ثم بركوا على الركب. فقالوا: أي رسول الله! كلفنا من الأعمال ما نطيق. الصلاة والصيام والجهاد والصدقة. وقد أنزلت عليك هذه الآية. ولا نطيقها. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم “أتريدون أن تقولوا كما قال أهل الكتابين من قبلكم: سمعنا وعصينا؟ بل قولوا: سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير. فلما اقترأها القوم ذلت بها ألسنتهم. فأنزل الله في إثرها: {آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير} [2 /البقرة/ آية 285] فلما فعلوا ذلك نسخها الله تعالى. وأنزل الله عز وجل: لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا (قال: نعم) ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا (قال: نعم) ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به (قال: نعم) واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين (قال: نعم) [ 2/ البقرة/ آية 286].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad: Apabila Allah menurunkan ayat: {لله ما في السماوات وما في الأرض وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء والله على كل شيء قدير} Perkara menjadi bebanan kepada sahabat lalu mereka datang menemui rasul saw dan mereka melutut dihadapan rasul s.a.w. Mereka berkata: Kami dipertanggungjawabkan dengan amalan-amalan yang kami tidak mampu, solat, puasa, jihad, sedekah kemudian turun pula ayat ini, kami tidak mampu! Rasulullah saw bersabda: “ Apakah kamu ingin berkata seperti ahli kitab sebelum kamu: Kami dengar dan kami lawan? Katakanlah: Kami dengar dan kami taat, pengampunan darimu wahai tuhan kami dan kepada engkau kami kembali. Apabila sahabat akur dengan perintah ini dan lidah mereka kelu. Allah menurunkan ayat: 285. Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (mereka berdoa): “Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.” Apabila mereka melakukannya Allah telah menasakhkan dengan menurunkan ayat: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Nabi bersabda : Ya Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Nabi bersabda : Ya Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Nabi bersabda : Ya beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” Nabi bersabda :Ya Dan diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-Thirmidhi dari Ibn Abbas r.anhuma berkata apabila turunnya ayat ini: وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله Terlintas dihati mereka perkara yang belum terlintas sebelum turunnya ayat ini, lalu Rasululllah s.a.w bersabda:Katakanlah “Kami dengar dan kami taat.”, maka Allah mencampakkan iman ke dalam hati mereka lalu Allah menurunkan ayat {آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير .لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت} Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Marwan al-Asfar dari seorang lelaki dari sahabat nabi s.a.w, (kalau tidak silap) Ibnu Umar berhubung ayat وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله Dinasakhkan oleh ayat yang selepasnya.

Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Thirmidhi, al-Nasai, Ibn Majah, Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu bersabda Rasul s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak menghukum umatku dalam perkara yang terlintas dihati selagi mana tidak dilakukan atau diperkatakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah r.anhu berkata, Rasulullah saw bersabda: Allah berfirman: Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu keburukan maka ia tidak akan ditulis, dan sekiranya dilakukan maka dicatat satu keburukan, Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan maka akan ditulis satu kebaikan, sekiranya dilakukan maka dicatat sepuluh kebaikan.

Ibnu Kathir menyebut lima buah hadith menghuraikan ayat ini, beliau juga menyebut riwayat yang lain dan jumlah riwayat yang disebut oleh Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini berjumlah 20 hadith semuanya dengan jalur sanad.

Selain mentafsir al-Quran dengan hadith, Ibnu Kathir juga mentafsir al-Quran dengan sirah nabawiyah, kehidupan sahabat, asbab al-Nuzul, dan menyebut riwayat sahabat tentang suasana ketika turunnya satu-satu ayat. Ini dapat dilihat dengan jelas semasa beliau mentafsirkan surah al-Anfal yang membincangkan tentang peperangan Badar dan surah Ali Imran yang menceritakan tentang peperangan Uhud, Surah al-Ahzab yang menerangkan peperangan Khandaq, Surah al-Tawbah yang menyentuh tentang peperangan Tabuk, Surah al-Nur tentang peristiwa al-Ifk iaitu Sayyidah Aishah yang difitnah dan seterusnya..

. Hakikatnya tafsir Ibnu Kathir kaya dengan sunnah qauliyah(kata-kata) melalui hadith-hadith marfu’ dan sunnah fi’liyyah(perbuatan) melalui sirah nabawiyah.

KETIGA: Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan kata-kata sahabat dan tabiin.

Selepas mentafsirkan al-Quran dengan ayat dan hadith, Ibn kathir mentafsirkan ayat dengan menyebut kata-kata sahabat, tabiin dan atba’ al-tabiin yang diambil dari tafsir-tafsir yang ma’thur seperti tafsir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Ibnu al-Munzir dan lain-lain yang disebut sebelum ini. Tafsir Ibnu Kathir dianggap sebagai pustaka kepada kata-kata sahabat; Khulafa’ al-Rasyidin, Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Kaab, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Amru, Abu Hurayrah, Abu al-Darda’, Muaz bin Jabal dll R.anhum. Pustaka kepada kata-kata Tabiin seperti Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah, Ikrimah, Tawus al-Yamani, Abu al-Aliyah, Zaid bin Aslam, Said bin Musayyab, Muhammad bin Kaab al-Karzi, Said bin Jubayr, Hassan al-Basri, Masruq bin al-Ajda’, Abu Wail, Muqatil bin Sulayman, al-Rabi bin Anas dll.

Sebagai contoh ialah tafsir ayat 10 surah al-Baqarah berhubung orang munafiq:

10. Dalam hati mereka ada penyakit[23], lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

[23] yakni keyakinan mereka terdahap kebenaran nabi Muhammad s.a.w. lemah. Kelemahan keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri-hati dan dendam terhadap nabi s.a.w., agama dan orang-orang Islam.

Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini menyebut beberapa tafsiran yang diberikan oleh sahabat dan tabiin Al-Suddi meriwayatkan dari Abu Malik dan Abu Soleh dari Ibnu Abbas dan Murrah al-Hamdani dari Ibnu Masud dan beberapa sahabat nabi yang lain: Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya maksudnya Dalam hati mereka ada perasaan syak lalu Allah menambah syak mereka.

Ibnu Ishak meriwayatkan dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah – atau Said bin Jubayr: Dalam hati mereka ada penyakit maksudnya dalam hati mereka ada syak.

Pandangan yang sama turut disebut oleh Mujahid, Ikrimah, Hasan al-Basri, Abu al-Aliyah, al-Rabi’ bin Anas dan Qatadah. Dan dari Ikrimah dan Towus Dalam hati mereka ada penyakit maksudnya riyak.

Al-Dahhak berkata dari Ibnu Abbas: Dalam hati mereka ada penyakit maksudnya dalam hati mereka ada penyakit nifaq lalu Allah tambah nifaq mereka, pandangan ini sama dengan pandangan pertama.

Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam menyebut: Dalam hati mereka ada penyakit, penyakit ini penyakit agama bukannya penyakit pada badan dan mereka ialah orang munafiq.lalu Allah menambah keburukan mereka kerana Allah berfirman: 124. Dan apabila diturunkan suatu surat, Maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turannya) surat ini?” adapun orang-orang yang beriman, Maka surat Ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira.

125. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit[666], Maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang Telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir. [666] maksudnya penyakin bathiniyah seperti kekafiran, kemunafikan, keragua-raguan dan sebagainya.

Pandangan yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Zaid Rahimahullah adalah baik, balasan adalah dari jenis amalan yang dilakukan . Begitu juga dengan pandangan-pandangan yang lain.Ini sama dengan firman Allah:

17. Dan oraang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.[ Lihat tafsir Ibnu Kathir 1/46-47]

Daripada tafsiran yang diberikan oleh Ibnu Kathir dapat disimpulkan:

1. Beliau menyebut kata dua orang sahabat

2. Beliau menyebut kata 14 orang tabiin

3. Beliau menyebut empat tafsiran bagi perkataan penyakit di hati orang munafiq dan menisbahkan pandangan tersebut kepada tabiin; syak, nifaq, riya’ dan perbuatan jahat.

4. Ibnu Kathir cenderung kepada pandangan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan beliau adalah dari kalangan atba’-tabiin, oleh itu beliau menyebut katanya secara lengkap beserta dalil dan mengulasnya sebagai pandangan yang baik(hasan)

5. Beliau mengumpulkan antara kata Abdul Rahman yang menjadi pilihannya dengan pandangan tabiin yang lain untuk menunjukkan pada hakikatnya tidak ada perselisihan antara pandangan-pandangan ini.

6. Beliau menyokong pandangannya dengan surah Muhammad yang menunjukkan balasan adalah berdasarkan jenis amalan, sama ada amalan itu buruk atau baik.

KEEMPAT: Ibnu Kathir Mentafsir al-Quran dengan Bahasa Semasa mentafsirkan al-Quran,

Ibnu Kathir merujuk kepada bahasa Arab dari segi nahu, sorof , menyebut bayt-bayt syair, dan pandangan ahli-ahli bahasa seperti al-Farra’, Abu Ubaydah, al-Akhfash, al-Kasai, al-Mubarrad, Tha’lab dll. Beliau juga merujuk kepada tafsir lorongan bahasa seperti Tafsir al-Farra’, Tafsir al-Zamakhshari dan menyebut pandangan penyusun kamus seperti al-Jawhari.

KELIMA: Ibnu Kathir mengistibat hukum dan pengajaran dari ayat Setelah melalui langkah-langkah tafsir yang disebut sebelum ini, Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan akal dan pandangan I

bnu kathir sangat jelas dalam tafsir ayat-ayat hukum. Contohnya ketika beliau mentafsirkan ayat 49 surah al-Ahzab:

49. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut’ah[1225] dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.

[1225] yang dimaksud dengan mut’ah di sini pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri.

Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi hukum yang banyak:

1- Perkataan “Nikah” merujuk kepada akad dan tidak ada ayat dalam al-Quran yang lebih jelas dari ayat ini. Para fuqaha berselisih tentang hakikat nikah, apakah ia berlaku dengan akad atau dengan wati’(persetubuhan) atau kedua-duanya. Al-Quran menggunakan perkataan al-Nikah untuk merujuk kepada akad diikuti dengan wati’ kecuali ayat ini yang penggunaannya khusus kepada akad nikah berasaskan firman Allah:

2. Dalil keharusan mentalak wanita sebelum disetebuhi

3. Firmannya “ al-Mu’minat” hukumnya menyeluruh meliputi ahli kitan kerana tidak ada perbezaan hukuman antara mukminah dan ahli kitab secara sepakat..

4. Ibnu Abbas, Said bin Musayyab, Hasan al-Basri, Ali bin al-Husayn dan sekumpulan salaf menjadikan ayat ini sebagai dalil talak tidak akan berlaku melainkan setelah didahului oleh pernikahan. Ia juga menunjukkan talak tidak sah dan tidak berlaku sebelumnya dan ini adalah pandangan mazhab Syafie, Hanbali dan sekumpulan besar dari salaf dan khalaf.

5.Firman Allah:

Ini perkara disepakati ulama bahawa wanita yang ditalak sebelum disetebuhi tidak ada iddahnya dan wanita tersebut boleh pergi dan berkahwin dengan sesiapa yang dikehendakinya pada waktu itu juga, kecuali wanita yang kematian suaminya maka iddahnya 4 bulan 10 hari walaupun suaminya belum bersetubuh dengannya. Hukum ini juga secara ijmak.

6. Firman Allah: Maka berilah mereka mut’ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya. Mut’ah dalam ayat ini lebih umum dari memberikan separuh dari mahar musamma(yang ditentukan ), atau mut’ah khas-pemberian khusus sekiranya mahar tidak ditentukan. Allah berfirman bagi golongan yang mengambilnya sebagai mahar musamma maka wanita yang dicerai mendapat separuh dari mahar :

237. Jika kamu menceraikan Isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal Sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, Maka bayarlah seperdua dari mahar yang Telah kamu tentukan itu[ Surah al-Baqarah] Sekiranya mahar tidak ditentukan lagi, maka suami memberi mut’ah.

Firman Allah:

236. Tidak ada kewajiban membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. dan hendaklah kamu berikan suatu mut’ah (pemberian) kepada mereka. orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), yaitu pemberian menurut yang patut. yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Sahl bin sa’d al-Saidi dan Abi Usaid r.anhuma berkata:

تزوج النبي صلى الله عليه وسلم أميمة بنت شراحيل، فلما أدخلت عليه بسط يده إليها، فكأنها كرهت ذلك، فأمر أبا أسيد أن يجهزها ويكسوها ثوبين رازقيين.

Nabi saw berkahwin dengan Umaymah binti Sharahil , apabila Umaymah di bawa masuk bertemu Rasul saw, nabi menghulurkan tangannya kepada Umaymah, tetapi Umaymah seolah-olah tidak suka , lalu baginda saw memerintah supaya Abu Usaid menyediakan keperluan pengantin, maka Abu Usaid memakaikannya dua helai baju yang dibuat dari jerami.

Ali bin Talhah berkata: Sekiranya suami telah menetapkan maharnya maka bekas isteri berhak mendapat separuh, dan sekiranya tidak ditetapkan maka suami memberi mut’ah(pemberian) mengikut kemampuan ekonominya yang demikian itu ialah melepaskannya dengan cara yang terbaik.

Kesimpulannya dari ayat ini, Imam Ibnu Kathir telah mengistinbat enam hukum fiqh. Pada setiap hukum yang disebutnya beliau menyebut dalil dari frasa yang terdapat dari ayat tersebut, beliau memberi penjelasan dan menyokong dengan ayat-ayat yang lain dan hadith rasul saw.

Keistimewaan Tafsir al-Quran al-Azim

Tafsir al-Quran al-Azim adalah karya yang ulung yang dihasilkan dalam tafsir al-Atahri al-Nazari, juga yang paling masyhur dan merupakan yang kedua selepas tafsir Ibn Jarir al-Tabari. Ia banyak tersebar di kalangan masyarakat dan kerap diulang cetak. Pernah diterbitkan secara berasingan dan ada juga yang dicetak bersama dengan karya lain. Pernah dicetak bersama tafsir al-Baghawi dan dicetak dalam empat jilid besar. Karya ini turut direngkaskan oleh para ulamak termasuk Ahmad Syakir, namun beliau tetap menjaga keasliannya sebagai karya tafsir bi al-Ma’thur. Dikekalkan gaya bahasa dan ungkapan Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud ayat dan tujuannya, dibuang sanad-sanad dan unsur-unsur Israiliyyat, hadith-hadith daif dan juga hadith-hadith sahih yang berulang. Membincangkan persoalan cabang dalam fiqh bagi membolehkan ia menjadi rujukan yang sederhana bagi generasi Islam. Karya beliau dinamakan ( عمدة التفسير عن ابن كثير) dan telah diterbitkan dalam lima jilid. Turut membuat ringkasan ialah Muhammad Nasib al-Rifa’i, Syaikh Muhammad ‘Ali al-Sabuni dan lain-lain. Selain daripada bentuk metodologi yang kemas, keistimewaan Ibn Kathir dalam tafsirnya ialah sering mengingatkan pembaca dan pengkaji ilmu Tafsir tentang riwayat-riwayat Israiliyyat yang tertolak. Pandangn Ibn Hajar: “ Beliau (Ibn Kathir) adalah ahli Hadith yang faqih. Karya-karya penulisannya tersebar luas di pelbagai negeri semasa hidupnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai setelah beliau meninggal dunia.