KOLEKSI HADITH HARI INI(BERMULA 24 MAC 2010)

Hadith (17 Rabiulawwal 1432H=20 Februari 2011)
 
Hadith1(24 Mac 2010)

Diriwayatkan dari  Abu Hurairah r.anhu berkata: Seorang lelaki dating kepada Rasul s.a.w dan bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk dijadikan teman dengan baik. Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Ibumu, lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi wahai Rasul s.a.w. Baginda menjawab: Kemudian bapamu HR al-Bukhari

Hadith 2(25 Mac 2010)

Diriwayatkan dari Ali R.anhu bahawa Fatimah mengadu tentang tangannya yang menjadi keras kerana kerja yang banyak dilakukan. Fatimah mencari Rasul saw untuk mendapatkan khadam tetapi Fatimah tidak bertemu dengan baginda saw lantas  Fatimah r.anha memberitahu hal ini kepada Aishah. Sekembalinya Rasululullah saw, Aisyah memberitahu baginda saw. Ali berkata: Baginda saw datang ke rumah kami sedangka kami sedang berbaring untuk tidur. Aku pun bingkas bangun tetapi baginda bersabda: Duduklah kamu di situ.(Ali berkata): Baginda duduk hampir dengan kami sehingga aku merasakan sejuk kakinya di dadaku, lantas baginda bersabda: MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU BERDUA SESUATU YANG LEBIH BAIK DARI SEORANG KHADAM?APABILA KAMU BERDUA MENUJU KE TEMPAT TIDUR ATAU KAMU BERBARING UNTUK TIDUR, MAKA BERTAKBIRLAH 34X, BERTASBIHLAH(SUBHANALLAH)33X DAN PUJILAH ALLAH(ALHAMDULILLAH)33X, INI LEBIH BAIK BAGI KAMU BERDUA DARI SEORANG KHADAM. HR AL-BUKHARI

Hadith 3( 26 Mac 2010)

آية الإيمان حب الأنصار ، وآية النفاق بغض الأنصار
Dr Anas r.a. nabi s.a.w berkata: Antara tanda keimanan ialah mencintai orang Ansar dan tanda munafiq membenci orang Ansar.HR al-Bukhari no.17, kitab Iman

Hadith 4(27 Mac 2010)

Hadith 5(28 Mac 2010)

Hadith 6(29 Mac 2010)

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasul saw bersabda: Allah swt menciptakan Adam dengan ketinggian 60 hasta, kemudian Allah berfirman: Pergilah dan beri salam kepada Malaikat dan dengarlah ucapan mereka kerana ianya ucapanmu dan ucapan keturunanmu. Adam berkata: Assalamualaikum. Malaikat menjawab: Assalamualaika warahamtullah; mereka tambah Rahmatullah, dan setiap manusia yang masuk ke syurganya akan masuk dengan rupabentuk Adam ,  dan manusia semakin mengecil sehingga sekarang…

Hadith 7(14 r.akhir/30Mac2010)

Dari Abdullah bin Amru bin al-‘Ass ranhuma berkata, rasul saw bersabda kepadaku.

Wahai Abdullah, janganlah kamu menjadi seperti si Fulan, dahulu dia suka melakukan Qiamullail tetapi kini dia meninggalkan Qiamullail

Hadith Muttafaqun Alayhi

Hadith 9(Khamis

Diriwayatkan dari Anas r.anhu dari nabi saw bersabda:

” Apabila seorang hamba diletakkan dalam kubur, kemudian teman-temannya meninggalkannya sehinggakan si mati mendengar bunyi kasut mereka, kemudian dia didatangi dua Malaikat lalu keduanya mendudukkan si mati. Keduanya berkata: Apa yang kamu katakan tentang lelaki yang bernama Muhammad ini?

Si mati menjawab: Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan rasul-Nya.

Kemudian dikatakan kepadanya: Lihatlah tempatmu di neraka, Allah telah menggantikannya dengan satu tempat di syurga.  Nabi bersabda lagi: Si mati melihat kedua-duanya.

Adapun orang kafir atau munafiq dia akan menjawab: Aku tidak tahu, aku berkata dengan apa yang diperkatakan oleh manusia, lalu dikatakan kepadanya: Kamu tidak tahu!Kamu tidak membaca! Kemudian dia dipukul dengan tukang besi dengan satu pukulan antara dua telinganya, lalu si mati menjerit dan jeritannya di dengari oleh seluruh  makhluk kecuali jin dan manusia.(HR AL-BUKHARI, NO.HADITH1303)MASJID LOHAN

Hadith 10(Jumaat)

Hadith 11(Sabtu)

Hadith 12(Ahad)

Hadith 13(Isnin)

Hadith 14(Selasa-6 Apr 1010-20 r’akhir 1431H)

Diriwayatkan dr Abdullah bin  Mas’ud r.a: Aku masuk bertemu dengan Rasul saw ketika baginda sakit tenat, lalu aku memegang baginda dengan tanganku, aku berkata: Wahai Rasululllah, aku melihatmu sangat sakit. Nabi saw menjawab: YA DAKU SAKIT SEBAGAIMANA SAKITNYA DUA LELAKI DARI KALANGAN KAMU. Aku berkata (Ibnu Mas’ud): Ini kerana untukmu dua kali ganjaran pahala. Baginda s.a.w menjawab: YA. Baginda kemudian bersabda:

MANA-MANA MUSLIM YANG DIUJI DENGAN KESAKITAN ATAU UJIAN YANG LAIN, MELAINKAN ALLAH AKAN MENGGUGURKAN DOSANYA SEPERTIMANA GUGURNYA DARI POKOK). HR AL-BUKHARI NO.5659 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar  berkata: Apabila seorang lelaki bermimpi semasa Rasul saeew masih hidup, mereka akan menceritakan mimpi tersebut kepada Rasul saw.  Ibnu Umar berkata: Aku berharap aku melihat satu mimpi  yang boleh aku beritahu kepada rasul saw. (Pada masa ini aku masih seorang remaja), aku tidur di masjid nabawi pada zaman rasul saw dan aku bermimpi berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka. Neraka itu bagai telaga yang dikelilingi binaan yang tinggi dari kayu.  Di dalam neraka itu, aku melihat orang orang yang daku kenali.

Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu, Abdullah bin Umar seketika berdoa, “A’udzubillahi minann alnar  Aku berlindung kepada Allah dari api neraka.” Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, “kamu tidak perlu berasa takut!

Abdullah bin Umar menceritakan mimpi tersebut kepada Hafshah dan  Hafsah menemui Nabi SAW dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu pada beliau. Seketika itu, beliau bersabda,

نعم الرجل عبج الله لو كان يصلى من الليل

 “Sebaik baik lelaki adalah Abdullah bin Umar kalau dia melakukan salat malam!”Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan shalat tahajud dan sentiasa menghabiskan kebanyakan malamnya untuk berqiamullail(HR al-Bukhari)

Hadith 26:  19 April 2010/3 JAMADILAWWAL 1431H
GALAKAN MENUNTUT ILMU DAN PERINGATAN BERLELUASA ZINA DI AKHIR ZAMAN
عَنْ ‏ ‏أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ‏ ‏قَالَ ‏: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏: ‏إِنَّ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏أَشْرَاطِ السَّاعَةِ ‏ ‏أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا . ‏ رواه البخاري ومسلم.

Terjemahan:

Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)

Hadith 27 (20 April 2010/5 J.awwal)

Ka’ab bin Malik menceritakan tentang kisah beliau ketinggalamn dalam peperangan Tabuk,apabila aku memberi salam kepada rasul saw wajahnya berseri-seri kegembiraan

وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سر استنار وجهه حتى كأن وجهه قطعة قمر، وكنا نعرف ذلك منه

Rasulullah s.a.w. itu apabila gembira hatinya, maka wajahnya pun bersinar indah, seolah-olah wajahnya itu adalah sepenuh bulan, kita semua mengetahui hal itu. HR al-Bukhari no.3556.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s