Dua target saya dalam perjalanan ialah berusaha meningkatkan ibadat khususnya al-Quran sebagaimana doa yang diajar oleh nabi saw
“ YA ALLAH JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PERHIASAN HATI KAMI, CAHAYA KEPADA HATI KAMI, PENGHILANG KEDUKAAN KAMI, PENGUBAT KERUNGSINGAN, AJARKANLAH KAMI DARI AL-QURAN PERKARA YANG KAMI JAHIL, INGATLAH KAMI DENGAN AL-QUR’AN PERKARA YANG KAMI LUPA, BERIKANLAH KAMI REZEKI MEMBACA AL-QURAN SEPANJANG HARI SIANG DAN MALAM, DAN JADIKANLAH AL-QUR’AN PEMBELA KAMI DAN BUKANNYA PENDAKWA KE ATAS KAMI..”
SEMOGA ALLAH MEMBANTU HAMBU-MU YANG LEMAH INI UNTUK MENDEKATI, MENCINTAI, MEMBACA, MEMAHAMI DAN BERAMAL DENGAN KITABMU
Target kedua dapat menulis tesis dan target saya pada 13April2011 saya akan cuba untuk menyelesaikan penulisan saya..nampaknya dalam dua semester yang lepas penulisan saya agak lambat…pada semester 1 2009/2010 saya hanya dapat menghantar 20 halaman kepada penyelia itupun saya saya tulis pada bulan Ramadan…pada semester kedua pun begitu juga walaupuan pada awal Januari saya dapat menulis draf awal sebanyak 40 muka surat dan setelah diedit dan yang terakhirnya dalam perjalanan KK-JB halaman yang dihantar ialah sebanyak 22 halaman sahaja…saya harap dalam tempoh 18 hari perjalanan banyak yang saya dapat lakukan untuk tesis saya…
moga lekas dapat PhD ustaz
🙂