Sebarang sumbangan dan derma ikhlas bolehlah disalurkan melalui;
No akaun: 10016010084808 – BIMB, PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN-NUR
Assalamulaikum
Sempena bulan Ramadan 1433H pihak jawatankuasa Pusat Pendidikan Islam al-Nur (Kelas Khas Tahfiz) merayu kepada semua muslimin dan muslimat yang dermawan untuk memberi sumbangan Infaq pusat Pendidikan Islam An-Nur (Tahfiz) memerlukan kos untuk pembinaan blok kelas baru bagi pengambilan pelajar tahun hadapan. Bagi Fasa Pertama kos yang dianggarkan ialah RM100,000. Buat masa ini pelajar belajar di blok kelas Pendidikan Islam An-Nur (aliran kelas agama sebelah petang) pada sebelah pagi dan menumpang di surau Riyadussolihin pada sebelah petang…
Pelajar sedang menghafaz dalam surau
Pelajar Tahun 1, Pusat Pendidikan Islam al-Nur (Tahfiz) 2011
Berikut sedikit maklumat berhubung PPIAN (Tahfiz)
PPIAN berusaha menawarkan pendidikan yang berteraskan Islam bersepadu
antara dunia & akhirat kepada ibubapa yang berminat untuk mencorakkan masa
depan anak mereka dengan acuan Islam.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Menyediakan satu pendidikan bersepadu dunia dan akhirat.
- Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak.
- Mendekatkan anak-anak kepada Al-Quran dan menjadikan Al-Quran rutin bacaan seharian .
- Menyediakan satu alternatif kepada ibu bapa untuk mencorak pendidikan anak-anak mereka.
- Melahirkan pelajar yang menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 5 juzu’ dan cemerlang dalam akademik.
- Melahirkan generasi yang mempunyai roh keislaman dalam kehidupan seharian.
Ahli Jawatankuasa
Lembaga Penasihat:
Tuan Haji Sapawi Matusin
Tuan Haji Shariman Abdullah
Tuan Haji Farid Abdullah @ Peter Gorind
Encik Sulaiman
Dr. Haji Norazamudin Omar
Pengerusi
Ustaz Mohd Jumat Bin Abdul Razak Al Hafiz
Setiausaha
Ustaz Mohd. Ridhuan Bin Othman
Tim. Setiausaha
Firdaus Bin Abdul Rahman
Bendahari
Ustaz Murtadha Mansur
LOKASI SEKOLAH
Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral Kota Kinabalu.
SESI PERSEKOLAHAN
MULA (JAM) |
HINGGA (JAM) |
MATA PELAJARAN |
6.30 pagi |
8.30 pagi |
Hafaz Al-Quran |
8.30 pagi |
9.00 pagi |
Sarapan pagi |
9.00 pagi |
10.00 pagi |
Akademik |
10.00 pagi |
10.30 pagi |
Rehat ( Minum pagi) |
10.30 pagi |
11.30 pagi |
Akademik |
11.30 pagi |
1.30 petang |
Qailullah, Solat & Makan |
1.30 petang |
3.30 petang |
Akademik / Fardu ‘Ain |
3.30 petang |
4.00 petang |
Solat Asar / Minum petang |
4.00 petang |
5.00 petang |
Al-Quran / Riadah |
5.00 petang |
Pulang |
PERKEMBANGAN PELAJAR
Bermula dengan bilangan pelajar seramai 9 orang di awal penubuhannya, kini (JULAI) bilangan pelajarnya adalah seramai 21 orang (9 L, 12 P).