SYUKUR DAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah (s.w.t) kerana pada hari ini 24 April 2012 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1433H lebih kurang jam 1035 pengerusi VIVA mengumumkan bahawa anda berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah.
Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, hari Jumaat mempunyai keistikewaan dalam pengajian Ph.D saya. Saya mendaftar pada petang Jumaat 15 Ogos …membentangkan proposal juga pada hari Jumaat lebih kurang jam 12 tengahari, menyelesaikan penulisan akhir sebelum penyerahan tesis juga pada hari Jumaat 19 Ramadan bersamaan 19 0gos 2011 dan hari ini VIVA juga pada hari Jumaat.
Pemeriksaan tesis saya terdiri Dr.Wan Hassan dari UM, Dr.Abdul Rahman Cik dari UIA dan Dr.Azman dari Indonesia.
Firman Allah (s.w.t):

11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Surah al-Duha)


Setinggi-tinggi kesyukuran Alhamdulillah-Thumma al-hamdulillah setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, mencari bahan-bahan dalam dan luar negara, pengalaman menulis di pelbagai tempat…di rumah, di surau, di perpustakaan,,, membuat semakan terakhir dalam perjalanan flight Kota Kinabalu- Kuala Lumpur-Kuwait-Syria, perjalanan bas Syria-Jordan, kemudian perjalanan Jordan-Mesir, di Rawdah, masjid Nabawi, di teratak Wardah Syati’, Mekkah al-Mukarramah (sekarang sudah runtuh) dan akhirnya pada pagi Sabtu 17.5.2011 ana dapat menulis muqaddimah tesis di hadapan multazam sebelum salat subuh…
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibuku Jeriah binti Wahab yang dikasihi dan bapaku Umar bin Teh Ibrahim, guru al-Qur’anku yang pertama semoga Allah (s.w.t) mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakkannya bersama orang soleh. Mereka berdua berjasa dalam membesar dan mendidikku.
Wahai Tuhan! Muliakan kedua-duanya dengan kelebihan-Mu dan rahmatilah mereka.
Pakaikan kepada ibuku pakaian keimanan dan keafiatan dengan rahmat-Mu.

Terima kasih kepada semua guru yang mendidik dari sekolah Tadika, SK LKTP Jengka 14, SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan secara khususnya Ustazah Halizan, Ustaz Nik Adnan dan Ustazah Norana, guru-guru di pusat bahasa Arab Nilam Puri, guru-guru semasa di Jordan sama ada diuniversiti atau dalam majlis-majlis halakah, pensyarah2 di Kuliyah Pendidiak UIAM, Dr.Abdullah Yusuf penyelia M.A saya kerana hasil dan curahan ilmu mereka saya mendapat kejayaan ini…

Penghargaan khusus kepada Kepada dua guru dan mursyidku al-Marhum Dr. Fadl Hasan ،Abba:s dan Dr. Sala:h al-Kha:lidiyy. Sekalung al-Fatihah buat guruku al-Marhum Dr. Fadl Hasan ،Abba:s atas curahan ilmu sepanjang kuliah di Fakulti Syariah, University of Jordan, dan khususnya dalam kuliah mingguan di rumahnya pada setiap Isnin malam Selasa sepanjang tempoh 1996-2000. Kuliah yang menjadi cetusan untuk penulis menulis kajian ini. Juga kepada Dr. Sala:h al-Kha:lidiyy atas curahan ilmu di Kuliah Dakwah dan Usuluddin, masjid Abdul Rahman bin Auf dan rumahnya sepanjang pengajian penulis di Jordan 1995-2000.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan perhargaan kepada guruku dan penyeliaku yang sangat dihormati Dr. Mohd Zaki bin Abd Rahman kerana kesudian beliau untuk menghadapi kesusahan dan kepenatan ketika membaca, memeriksa dan memberikan panduan yang berterusan semasa tesis ini disiapkan.

Juga kepada Kepada isteriku yang dicintai Zulinda binti Naftah yang banyak bersabar bersamaku menempuh kesukaran dan kepenatan…Semoga Allah membalasinya dengan kebaikan… kepada Anak-anakku yang menjadi penyejuk mata; Maryam Awatif, Muhammad al-Fatih dan Khadeejah Awfa.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan orang perseorangan yang banyak memberi bantuan fizikal kepada penulis dalam menyempurnakan tesis ini khususnya Ustaz Abdullah Hamzah, Ustaz M Syahrul Nizam, Ustazag Haziyah binti Hussin, ustaz Mohd Khairul Amin, Ustaz Iqbal Zahin, Ustaz Aizam Mas’ud dan sahabat-sahabat lain yang tidak dapat saya catatkan yang banyak memberi sumbangan sama ada dari segi rujukan, bantuan fizikal dan moral sepanjang penulis berulang-alik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Juga kepada sahabat-sahabat di Surau Riyadussolihin, jemaah masjid negeri, masjid nurul hidayah Bangka-Bangka, masjid al-Hilal Tg Dumpil, masjid Tun Ahmad Syah Inanam dan masjid bandaraya.

Juga yang memberi sumbangan kewangan…Tuan Hj.Abu Aslam dan lain-lain

Juga kepada Dr.Che Ku Mah, juga Dr. Mohd Kassim bin Tusin, yang banyak memberi sokongan dan ispirasi untuk saya

Semoga jasa kalian dibalas oleh Allah SWT
KLIA 530 petang

4 responses to “SYUKUR DAN PENGHARGAAN

  1. Tahniah buatmu sahabat. Moga allah memberkati segala ilmu dan kehidupanmu.
    Moga dengan nikmatnya ini mampu melahirkan lebih ramai pencinta agama sepertimu.

    dari Hafizullah di pulau mutiara.

    • Ustaz Norazamudin Umar

      Syukran..ini hanyalah sebutir kejayaan…amin semoga hasil tulisan yg sedikit ini menjadi ilmu yg bermanfaat…semuanya ilmu Allah (s.w.t)

  2. TAHNIAH SYEIKH… ANA TURUT RASA BANGGA DAN GEMBIRA ATAS KEJAYAAN HEBAT ENTA.. BILA LAH ANA NAK TURUT MACAM ANTA..

  3. Alhamdulillah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s